Anda di halaman 1dari 6

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (TAMIL) LADANG BRAFFERTON

42200 KLANG, SELANGOR

KERTAS KONSEP

NAMA PROGRAM :

BENGKEL PEMANTAPAN TATABAHASA GURU-GURU BAHASA MELAYU


TAHUN 2023

TARIKH :
20 JULAI 2023
(KHAMIS)

TEMPAT :
SJKT LADANG BRAFFERTON

ANJURAN :
PANITIA BAHASA MELAYU
SJKT LADANG BRAFFERTON, KLANG.

TEMA:
BIASAKAN YANG BETUL, BETULKAN YANG BIASA
KERTAS KONSEP
BENGKEL PEMANTAPAN TATABAHASA TAHUN 2023
SJKT LADANG BRAFFERTON, KLANG

1.0 Pendahuluan
Tatabahasa adalah bidang yang menumpukan kepada pembentukan kata dan proses pembinaan ayat sesuatu
bahasa (Nik Safiah Karim & Norlidza Shamsudin, 2008). Menurut Siti Hajar Hj. Abdul Aziz (1996) tatabahasa
ialah peraturan-peraturan bagaimana sesuatu perkataan dibentuk dan bagaimana perkataan itu bergabung
dengan perkataan-perkataan lain untuk menghasil ayat-ayat yang gramatis. Dengan kata lain, tatabahasa ialah
rentetan ucapan, pengelompokan serta pengklasifikasian unsur-unsur ucapan menurut fungsinya.
Menurut Noam Chomsky, seorang ahli bahasa, tatabahasa ditakrifkan sebagai suatu kumpulan sistem yang
harus dipatuhi oleh pengguna bahasa sesuatu bahasa itu, dan ia menjadi dasar untuk melahirkan asperasi
bahasa yang baik dan indah, serta menjamin kemantapan bahasa sesuatu bahasa. Menurut Robin pula
(1971:172) pula menyatakan bahawa tatabahasa merupakan suatu yang menitik beratkan struktur uturan
pertuturan atau penulisan dan dengan penggolongan serta pengkelasan unsur-unsur pertuturan yang berulang-
ulang berdasarkan rumus-rumusnya. Menurut Tatabahasa Dewan, aspek tatabahasa menyentuh kepada dua
sudut, iaitu melibatkan cara perkataan dibentuk daripada bunyi-bunyi bahasa dan cara perkataan disusun
menjadi ayat. Huraian di peringkat perkataan disebut morfologi, manakala huraian di peringkat ayat disebut
sintaksis.
Dapat dirumuskan bahawa tatabahasa merupakan suatu teori bahasa yang harus disusun dengan tepat,
lengkap, dan mudah difahami. Ianya dapat dihuraikan dengan jelas tentang kebolehan bahasa disusun dan
digunakan oleh penutur natif sesuatu bahasa. Tatabahasa sesuatu bahasa itu mengandungi tiga bidang utama,
iaitu sintaksis, semantik dan fonologi. Tatabahasa menjadi suatu dasar dalam menyusun sesuatu ayat dengan
betul.
Memang tidak dapat dinafikan bahawa bahasa Melayu dan tatabahasa berpisah tiada. Tatabahasa
merupakan perkara asas yang wajib dikuasai oleh murid agar mereka dapat menghasilkan karya dengan betul
dan tertib. Oleh itu, menjadi tanggungjawab bagi setiap guru bahasa Melayu untuk menyampaikan kandungan
tatabahasa dengan betul dan tepat kepada murid supaya dapat mengelakkan berlakunya kesilapan semasa
menghasilkan karya.
Oleh hal yang demikian, bengkel pemantapan tatabahasa ini diadakan buat julung kali di SJKT Ladang
Brafferton bagi memastikan guru-guru bahasa Melayu di sekolah ini benar-benar menguasai aspek tatabahasa
dengan betul. Program ini juga adalah sebahagian daripada usaha Panitia Bahasa Melayu dalam memupuk
semangat menimba ilmu secara berterusan dalam kalangan guru.

2.0 Objektif

2.1 OBJEKTIF PROGRAM


Pada akhir program ini, guru-guru dapat
 memahami dan menggunakan konsep kata ganti nama diri dengan betul.
( 5.1.1 [iii] )
 memahami dan menggunakan konsep kata penguat dengan betul.
( 5.1.4 )
 memahami dan menggunakan imbuhan apitan dengan betul.
( 5.2.1 )
 Memahami dan mengunakan kata majmuk dengan betul.
( 5.2.2 )
 Memahami dan membina ayat aktif dan ayat pasif dengan betul.
(5.3.3)

3.0 Tema

‘Biasakan yang betul, betulkan yang biasa.

4.0 Anjuran

Panitia Bahasa Melayu SJKT Ladang Brafferton

5.0 Masa perlaksanaan

20 Julai 2023

6.0 Tempat
Program ini akan diadakan di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Brafferton, Klang

7.0 Sasaran
a) Program ini menyasarkan semua guru bahasa Melayu Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Brafferton.
b) Guru bahasa Melayu dari SJKT Jalan Acob, SJKT Methodist Kapar, SJKT North Hummock dan SJKT Ladang Bukit
Rajah.
8.0 Tentatif program
1.30 pm :Ketibaan guru-guru
Pendaftaran
Ucapan alu-aluan oleh GB SJKT Ladang Brafferton, Klang
Bengkel bermula
Sesi Refleksi
4.00 pm :Majlis Penutupan
Pemberian sijil penyertaan
Bengkel bersurai

9.0 Ahli Jawatankuasa


CARTA ORGANISASI
BENGKEL PEMANTAPAN TATABAHASA MELAYU TAHUN 2023

PENASIHAT : PUAN SIVAGAMI a/p GOVINDASAMY ( Guru Besar SJKTLB)


PENGERUSI : PUAN TIBHA a/p SUBRAMANIAM ( Penolong Kanan Pentadbiran )
NAIB PENGERUSI 1 : ENCIK PUNITHASELVAN a/l RAMAIYAH (Guru Penolong Kanan Hem)
NAIB PENGERUSI 2 : PUAN CLARY a/p SINNAPPAN (Guru Penolong Kanan Kokurikulum)
PENYELARAS : ENCIK ARASU a/l SEKAR (Ketua Panitia Bahasa Melayu)

AJK Pendaftran : Puan Sandamathi a/p


AJK Sijil : Puan Kalaiselvi a/p
AJK Peralatan : Encik Arasu a/l Sekar
AJK Siar raya : Encik Prabhu a/l Arumugam
AJK Persedian tempat : Encik Arasu a/l Sekar

10.0 Anggaran Perbelanjaan


Bil. Perkara Jumlah
1. Peralatan / bahan lain
- Kertas A4, alat tulis, marker permanent, kertas RM 50.00
sebak dan blue tac.
- Fotostat
2. Sijil Penyertaan RM 10.50
6 orang guru
1 Penceramah
RM 1.50 x 7
Jumlah Besar RM 60.50

Sumbangan dana untuk menjalankan program:


1. PRO SURIA ENTERPRISE : RM 60.50
11.1 Penutup
Pihak kami amat mengharapkan semoga prorgam ini dapat diluluskan serta dilaksanakan dengan jayanya dan
mencapai objektif yang digariskan dalam melahirkan pelajar yang cemerlang dari semua sudut sama ada akademik,
akhlak dan sahsiah, hubungan dengan manusia dan dengan Maha Pencipta. Semoga apa jua sumbangan dan
bantuan yang diberikan mendapat keberkatan Tuhan. Segala perancangan, pengurusan dan pentadbiran yang teliti
menjadikan pelaksanaan yang dibuat berjalan dengan lancar.

Disediakan oleh :- Disemak oleh:- Disahkan oleh:-

....................................................... .................................................. ..................................................


ARASU a/l SEKAR TIBHA a/p SUBRAMANIAM SIVAGAMI a/p GOVINDASAMY
Ketua Panitia Bahasa Melayu Guru Penolong Kanan Pentadbiran Guru Besar
SJKT Ladang Brafferton. SJKT Ladang Brafferton. SJKT Ladang Brafferto

KERTAS CADANGAN BENGKEL PEMANTAPAN TATABAHASA MELAYU


SJKT LADANG BRAFFERTON, KLANG TAHUN 2023

KEPUTUSAN

Meluluskan Bengkel Pemantapan Tatabahasa Melayu SJKT Ladang Brafferton, Klang


Tahun 2023

atau

Tidak Meluluskan Bengkel Pemantapan Tatabahasa Melayu SJKT Ladang Brafferton,


Klang Tahun 2023

Ulasan:
___________________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________________

NAMA :
JAWATAN :
TARIKH :

Anda mungkin juga menyukai