Ya Allah , Ya Karim Ya Wadud ,Kami merafakkan rasa kesyukuran
kepada-Mu kerana telah mengizinkan kami untuk berada di Majlis Penutupan Bulan Bahasa Peringkat Sekolah pada hari ini.
Ya Allah , Tuhan Yang Berkuasa Melaksanakan apa
yang dikehendaki ,Jadikanlah hari-hari yang kami lalui dimulai dengan rahmat-Mu , pertengahannya barakah ,dan disudahi dengan keampunan-Mu .Dan juga jadikanlah hari-hari yang kami lalui permulaannya hidayah, pertengahannya kemenangan dan diakhiri dengan kecemerlangan .
Ya Allah , Tuhan Yang Maha Esa lagi Perkasa,Kami memohon kehadrat-Mu
semoga Engkau jadikan majlis ini sebagai satu wadah untuk kami bersatu-padu , bekerjasama dan bantu-membantu di kalangan kami untuk membangunkan martabat dan kecemerlangan sekolah kami.
Ya Allah , kurniakanlah kepada kami Iman yang teguh, mantap dan
kukuh demi menghadapicabaran-cabaran hidup semasa dan dalam mengharungi pancaroba hidup ini .
Ya Allah tunjukkanlah kami taufiq dan hidayah, jalan yang benar.
Jadikanlah kami insan yang suka mendengar kebaikan lantas melakukannya , begitu juga jadikanlah kami insan yang apabila mengetahui keburukan lantas bersegera meninggalkannya.
Ya Allah , jadikanlah perhimpunan kami ini sebagai perhimpunan yang
diberkati dan dirahmati . Dan jadikanlah perpisahan kami selepas ini sebagai perpisahan yang Engkau pelihara daripada bahaya dan keburukan.
Rabbana atina fiddunya hasanah wa fil akhiroti hasanah waqina
‘adzabannar
Wasallallahhu ala saiyidina muhammadin wa ala alihi wasohbihi