Anda di halaman 1dari 1

DOA MAJLIS PENUTUPAN PERTANDINGAN BERCERITA BAHASA

MELAYU DAN PIDATO SEKOLAH RENDAH PERINGKAT DAERAH


SIMUNJAN 2019

‫ والصلةا والسلما على‬، ‫الحمد لله الذي بنعمته تتم الصالحات‬


. ‫رسولنا المأين وعلى آله وأصحابه أجمعين‬

Ya Allah , Ya Karim Ya Wadud ,

Kami merafakkan rasa syukur kepada-Mu kerana telah mengizinkan kami


untuk berada dan menghadiri serta menyaksikan Pertandingan Bercerita
Bahasa Melayu Dan Pidato Sekolah Rendah Peringkat Daerah Simunjan
2019 pada hari ini.

Ya Allah , Tuhan Yang Berkuasa Melaksanakan apa yang dikehendaki ,

Jadikanlah hari-hari yang kami lalui dimulai dengan rahmat-Mu,


pertengahannya barakah, dan disudahi dengan keampunan-Mu. Dan juga
jadikanlah hari-hari yang kami lalui permulaannya hidayah, pertengahannya
kemenangan dan diakhiri dengan kecemerlangan .

Ya Allah , Tuhan Yang Maha Esa lagi Perkasa

Kami memohon kehadrat-Mu semoga Engkau jadikan majlis ini sebagai satu
wadah untuk kami bersatu-padu , bekerjasama dan bantu-membantu di
kalangan kami demi membangunkan negara dalam menghadapi alaf baru.
Jadikanlah juga majlis ini sebagai usaha murni kami untuk mengembangkan
potensi anak-anak murid secara seimbang baik dalam bidang akademik
mahupun ko-kurikulum.

Ya Allah , jadikanlah perhimpunan kami ini sebagai perhimpunan yang


diberkati dan dirahmati . Dan jadikanlah perpisahan kami selepas ini sebagai
perpisahan yang Engkau pelihara daripada mara bahaya dan keburukan.

‫ربنا آتنا في الدنيا حسنة وفي الخآرةا حسنة وقنا عذاب النار‬
.‫والحمد لله رب العالـمين‬

Anda mungkin juga menyukai