Anda di halaman 1dari 1

5.

0 KESAN PENGKHUSUSAN AWAL TERHADAP PENYERTAAN PELAJAR DALAM


SUKAN

 Pengkhususan awal dalam sukan dapat ditakrifkan sebagai latihan yang


intensif dan berterusan sepanjang tahun dalam satu jenis sukan dengan
mengecualikan sukan lain (Nagano & Oyama, 2022).

Kesan Positif:

 Buckley et al., (2017) berpendapat bahawa pengkhususan awal dalam satu jenis
sukan sukan adalah bertujuan untuk meningkatkan prestasi dan
meningkatkan kemungkinan penyertaan dalam sesuatu sukan pada
peringkat elit.

 Santos-Lozano et al., (2017) pula berpendapat bahawa tujuan utama seseorang


atlet mengikuti pengkhususan awal adalah disebabkan terdapat akses gaya
hidup kepada sukan tertentu seperti berlari (sukan tersebut berada dekat dengan
mereka), harapan untuk kewangan, kejayaan istimewa, atapun tekanan daripada
keluarga.

Kesan Negatif:

 Kesan negatif melibatkan kecederaan


 Meskipun begitu, pengkhususan awal terhadap penyertaan pelajar atau atlet dalam
sukan yang berumur kurang daripada 18 tahun dilihat mampu menyebabkan kesan
negatif dengan menyebabkan pelajar terdedah kepada risiko kecederaan
muskuloskeletal yang berlebihan (Bell et al., 2018).

Peratusan kecederaan di peringkat atlet sekolah menengah adalah 39.9%, atlet kolej
42.1% dan atlet profesional 25.4%.

Walaupun atlet kolej menunjukkan peratusan kecederaan yang lebih tinggi dan ketara,
pengkhususan awal dalam kalangan atlet remaja lebih berisiko untuk mengalami kecederaan
memandangkan mereka masih berada pada fasa pembangunan fisiologi (Buckley et al.,
2017).

Perspektif atlet tentang pengkhususan sukan

 80% atlet sekolah menengah, kolej dan profesional melaporkan bahawa


mereka gembira untuk memberi tumpuan kepada 1 sukan pada usia yang
mereka lakukan.
 Namun begitu, Atlet profesional tidak menyarankan anak-anak mereka
untuk mengkhususkan diri dalam satu jenis sukan. Sebaliknya atlet sekolah
menengah dan kolej menyarankan pengkhususan awal disebabkan atlet muda
telah mempunyai pengalaman dan sesuatu sukan yang mereka ikuti.

Anda mungkin juga menyukai