Anda di halaman 1dari 3

Pengenalan

Masalah disleksia dalam pembelajaran sudah lama wujud di kalangan


pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah. Di Malaysia, disleksia hanya
diperkenalkan kepada khalayak ramai buat pertama kalinya pada tahun 1993
melalui Seminar Kebangsaan Pengenalan kepada Disleksia yang dianjurkan
oleh Rotary Club Gombak. Disleksia adalah masalah pembelajaran yang
semakin dikenali oleh masyarakat Malaysia melalui Dasar Langit Terbuka dan
capaian maklumat melalui rangkaian elektronik yang semakin canggih hingga ke
pelusuk negara. Media cetak dan elektronik semakin kerap menguar- uarkan
simptom ini dan dapat diikuti oleh semua lapisan masyarakat di mana sahaja
berada. Peranan sekolah semakin berat dalam memastikan arahan ‘Pendidikan
Rendah Wajib’ oleh Kementerian Pendidikan Malaysia bermula Disember 2002.
Kehadiran kanak-kanak ke sekolah seawal prasekolah melalui agenda besar
Kementerian Pendidikan Malaysia memastikan program perluasan Prasekolah
ke seluruh Negara menjelang 2005 memperlihatkan keperluan pengisian
pendidikan yang lebih berkualiti dan berkesan.

Kajian mengenalpasti kanak-kanak bersimpton disleksia diharap menjadi


penyumbang ke arah kualiti perancangan pendidikan yang dimaksudkan. Dalam
era masyarakat dapat menilai dan mampu membayar harga sesebuah
pendidikan melalui pemilihan terbuka institusi bagi anak-anak mereka mengikuti
pendidikan, maruah institusi pendidikan di bawah kendalian kerajaan akan
dipertahankan dan mampu terus bersaing, menjadi kebanggaan dengan kualiti
pendidikan yang mengambil kira keunikan potensi kanak-kanak yang bernaung
di bawahnya. Adalah menjadi harapan agar peluang “Pendidikan Untuk Semua”
yang sekian lama dimeteri melalui Pernyataan Salamanca (UNESCO 1994) akan
menjadi lebih bermakna dengan perhatian dan penglibatan semua pihak bangun
untuk membantu kanak-kanak disleksia mencapai aspirasi masa depannya
melalui pendidikan berkualiti. Ramai kalangan selebriti terkenal dunia mencipta
nama dalam bidang masing-masing yang pada asalnya adalah penghidap
disleksia seperti Albert Einstein, Richard Branson, Walt Disney, Tom Cruise dan
ramai lagi.

Murid yang mempunyai kecerdasan mental yang searas atau melebihi


murid-murid biasa tetapi mengalami kesukaran atau kelemahan yang tinggi
dalam penguasaan kemahiran membaca, mengeja dan menulis digelarkan
sebagai murid-murid Disleksia. Namun begitu, ia bukanlah satu kecacatan dan
tiada kaitan dengan tahap kecerdikan atau IQ seseorang (Sofiah, 2000). Pada
pendapat saya, disleksia ialah salah satu masalah pembelajaran yang
menyebabkan murid-murid ini mengalami kesukaran dalam menguasai
kemahiran bahasa dan matematik serta ia tidak dapat disembuhkan maka boleh
dirawat.

Menurut buku Pendidikan disleksia yang dikarang oleh Zainal Kassan &
Suhaila Abdullah antara faktor-faktor penyebab disleksia adalah keturunan
(genetik), pemakanan yang tidak berkhasiat, perkembangan yang tidak
seimbang, gangguan persepsi penglihatan, kelahiran pramatang dan juga
penyakit yang dihidapi semasa kanak-kanak.

Seterusnya, bagi mengenalpasti murid-murid yang mengalami masalah


disleksia ini boleh mengesan melalui menjalani Instrumen Senarai Semak
Disleksia (ISD) oleh guru Bahasa Melayu di sekolah. ISD ini digunakan untuk
mengenalpasti kebarangkalian disleksia seseorang murid. Jika keputusan ISD
menandakan murid berkenaan mengalami kebarangkalian disleksia, pentadbir
sekolah akan mencadangkan kepada ibu bapa atau penjaga supaya anaknya
dibawa ke Pengamal Perubatan Kerajaan untuk pemeriksaan selanjutnya.

Kesimpulannya, pengawasan dan prihatinan yang baik daripada ibu bapa,


guru-guru serta daripada pihak tertentu sudah pastinya murid-murid yang
mengalami masalah disleksia ini boleh dirawat dengan secepat mungkin seperti
dalam lakonan hindi ‘Taare Zamin Paa’

Anda mungkin juga menyukai