Anda di halaman 1dari 3

Surat 1

No.98, Jalan 1/1,


Taman Bendahara,
81300 Skudai,
Johor Darul Takzim

8 Januari 2018

Ke hadapan sahabatku yang diingati selalu, Syahrul yang berada di Kuantan. Semoga saudara
sekeluarga berada dalam keadaan sihat sejahtera. Saya dan keluarga di sini sihat walafiat.

Saudara,

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan selamat menyambut Tahun Baru 2018. Apa azam saudara pada
tahun ini? Isi surat saya pada kali ini adalah berkisar kepada cerita tentang pengalaman percutian saya
dan keluarga saya di Cameron Highlands pada cuti hujung tahun yang lalu. 

Saya menginap di sebuah hotel di Tanah Rata selama dua malam. Semasa berada di sana, saya telah
mengunjungi beberapa tempat yang menarik. Selain itu, saya berpeluang melawat ladang teh, kebun
bunga ros, taman kaktus, ladang strawberi, kebun sayur-sayuran dan Hutan Lipur Tanah Rata.

Tempat yang menarik hati saya ialah ladang strawberi. Di situ, saya berpeluang untuk memetik sendiri
buah strawberi yang segar. Saya membeli beberapa bungkus strawberi untuk dibawa pulang. Cuaca di
Tanah Tinggi Cameron Hinglands sangat sejuk. Saya berasa seolah-oleh berada di luar negara yang
beriklim sejuk. Saya begitu gembira dapat bercuti di sana.

Setakat ini sahaja yang dapat saya tulis untuk tatapan saudara. Semoga dipanjangkan usia kita agar
dapat berjumpa lagi.

Sahabatmu,
Farid
Contoh Surat Kiriman Tidak Rasmi 2
Siti Aminah,
No, 7, Taman Indah,
96400 Mukah,
Malaysia.

10 Januari 2018

Menemui saudari Husna yang berada di Jakarta. Apa khabar saudari dan keluarga di sana? Saya dan
keluarga, sihat walafiat sentiasa. Surat saudari telah selamat saya terima semalam. Terima kasih kerana
sudi mengutus surat kepada saya. 

Untuk pengetahuan saudari, sekarang saya sedang menuntut di Sekolah Menengah Taman Daya, dalam
Tingkatan Satu. Saya berasa sangat seronok kerana telah mendapat ramai teman baru. 

Dalam surat saudari yang lepas, saudari ada menyatakan keinginan saudari dan keluarga untuk
melancong ke Malaysia pada cuti pertengahan tahun ini. Saya rasa pilihan saudari sangat tepat. Malaysia
ialah negara yang indah dan unik.

Banyak tempat menarik yang boleh saudari dan keluarga kunjungi di Malaysia. Di Sarawak terdapat
tempat-tempat yang menarik seperti Kampung Budaya, Gua Niah, dan Gua Mulu. Kampung Budaya
terletak 40 km dari Bandaraya Kuching. Saudari boleh menginap di hotel dan chalet yang berdekatan iaitu
Pusat Peranginan Damai dan Santubung.

Di Kampung Budaya, saudari boleh melihat rumah-rumah kaum etnik yang berada di Sarawak. Saudari
juga dapat merasai sendiri budaya dan adat resam setiap kaum etnik ini. Selain itu, saudari boleh pergi ke
bahagian utara negeri Sarawak dengan menaiki kapal terbang atau pengangkutan darat. Di situ ada, Gua
Mulu dan Gua Niah. Sementara di Gua Mulu saudari dapat melihat keindahan alam semula jadi serta
unsur-unsur pembentukan batu kapur yang sungguh menakjubkan. Di Gua Niah pula, saudari dapat
melihat artifak peninggalan manusia kuno yang hidup pada zaman Paleolitik. Selain itu, saudari dapat
menyaksikan pemungut sarang burung layang-layang memungut sarang burung untuk diproses.

Saudari,

Selain Sarawak, negeri Terengganu juga mempunyai tempat menarik untuk dikunjungi. Di sana terdapat
Pantai Rantau Abang yang popular sebagai tempat penyu mendarat dan bertelur.Pengunjung berpeluang
mendapat pengalaman menyaksikan penyu-penyu mendarat pada waktu senja untuk bertelur. Pulau
Redang juga terdapat di Terengganu. Di situ, pengunjung dapat lari daripada kesibukan kota dengan
merasai ketenangan dan menikmati keindahan alam semulajadi. Taman Hidupan Air di Pulau Redang
menyajikan keseronokan luar biasa kepada pengunjungnya.

Saudari,

Sekiranya saudari berminat tentang sejarah Tanah Melayu, saudari boleh berkunjung ke Melaka. Di situ
masih terdapat bangunan-bangunan lama peninggalan Portugis dan Belanda termasuk kota A Famosa.
Saya pasti saudari tertarik mendengar keindahan serta keunikan tempat-tempat menarik yang telah saya
ceritakan tadi. Saudari juga boleh melayari internet untuk lebih mengetahuinya.

Sampai di sini sahaja pertemuan kita untuk kali ini. Saya harap kita dapat berjumpa di lain lembaran.
Sampaikan salam saya kepada keluarga saudari. Sekian.

Sahabatmu,
Nur

Anda mungkin juga menyukai