Anda di halaman 1dari 6

KARANGAN – SURAT TIDAK

RASMI
No. 13 Laluan MBM 18,
Medan Bemban Mesra,
31000 Batu Gajah, Perak.
22 Julai 2022
Menemui sahabatku, George yang berada di
Australia, semoga sihat sejahtera hendaknya di
samping keluarga yang tersayang. Bagi diri saya di
sini sihat walafiat sahaja. Cuma pada masa ini,
saya agak sibuk dengan persiapan menghadapi
peperiksaan pertengahan tahun yang akan
dijalankan pada minggu hadapan.
Saya ingin mengucapkan terima kasih atas kiriman
warkah daripada saudara yang saya terima pada
minggu lepas. Saya berasa bangga kerana saudara
berminat untuk mengetahui tempat-tempat yang
menarik di negara saya yang sememangnya
merupakan antara destinasi pelancongan. Malahan,
saya bertambah teruja apabila saudara menyatakan
keinginan untuk melancong ke sini kerana negara saya
menjanjikan pelbagai pengalaman yang indah kepada
saudara.
Saudara,
Industri pelancongan di Malaysia berfokus kepada keindahan
alam semula jadi seperti hutan simpan, gunung-ganang, pulau
peranginan dan pantai. Antara destinasi yang menawarkan
pemandangan yang indah ialah Gunung Kinabalu yang terletak di
Sabah. Saudara boleh mendaki gunung dan merasai pelbagai
pengalaman yang mencabar. Di samping itu, saudara juga boleh
makan angin di Pulau Tioman yang merupakan antara pulau
tercantik di dunia. Malahan, saudara juga boleh meneroka Gua
Tempurung di Gopeng, Perak. Tempat-tempat ini kerap menjadi
kunjungan pelancong yang ingin melepaskan tekanan dan
melapangkan fikiran.
Saudara juga boleh berkunjung ke taman-taman air di
negara ini, seperti Sunway Lagoon di Selangor, A Famosa Water
Theme Park dan Lost World di Tambun, Perak. Tempat-tempat
ini memberikan keseronokan dan kepuasan kepada saudara. Di
samping itu, jika saudara ingin membeli-belah, saudara boleh
mengunjungi pasar raya besar yang bagai cendawan tumbuh di
negara ini. Hampir setiap pasar raya ini menjadi medan
perniagaan bagi peniaga kraf tangan dan cenderamata yang
menarik dan murah harganya. Jualan mega yang diadakan
setiap tahun membolehkan saudara membeli barangan dengan
harga yang berpatutan dan murah.
Setakat ini sahaja penerangan saya kepada
saudara. Saya berharap agar penjelasan ini dapat
memikat hati saudara untuk berkunjung ke negara
saya. Saya bersedia untuk menjadi pemandu
pelancong saudara jika saudara datang ke sini.
Semoga kita berjumpa dalam warkah yang lain
pada masa akan datang.
Sahabatmu,
Hafieza

Anda mungkin juga menyukai