Anda di halaman 1dari 10

Pintu Nombor Satu

Perjanjian Pertama dengan Adam (AS)

“Dan sesungguhnya Kami telah membuat satu perjanjian dengan Adam sebelum ini,
tetapi dia lupa, dan Kami dapati pada sisinya tiada keazaman yang kukuh.”

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang &
Segala puji bagi Allah, Tuhan Semesta Alam, &
Semoga Doa dan Keberkatan-Nya tercurah kepada Muhammad & Keluarga Muhammad,
para Imam & para Mahdi.
26 Kemudian Tuhan berfirman, “Mari kita ciptakan umat manusia berdasarkan imej
kita, yang menyerupai kita, supaya mereka memerintah ke atas ikan-ikan di laut dan
burung-burung di udara, ke atas haiwan ternakan dan segala haiwan liar dan ke
atas segala makhluk yang merayap menyelusuri tanah.”

27 Maka Tuhan ciptakan umat manusia berdasarkan imejnya sendiri; berdasarkan imej
Tuhan dia ciptakan mereka; lelaki dan perempuan dia ciptakan mereka.

28 Tuhan memberkati mereka dan berkata kepada mereka, “Berkembanglah dan


bertambah banyaklah; penuhilah bumi dan takluklah ia. Memerintahlah ke atas
ikan-ikan di laut dan burung-burung di langit dan ke atas setiap makhluk hidup yang
merayap menyelusuri bumi.”

29 Kemudian Tuhan berfirman, “Aku berikan kepadamu segala tumbuhan yang berbiji di
seluruh muka bumi dan setiap pohon yang mempunyai buah dengan biji di dalamnya.
Ianya akan menjadi milik kamu untuk sebagai makanan.

30 Dan kepada semua haiwan di bumi dan semua burung di langit dan segala binatang
yang merayap di bumi—segala sesuatu yang mempunyai nafas kehidupan di
dalamnya—Aku berikan semua tumbuh-tumbuhan hijau sebagai makanan.” Dan
terjadilah sedemikian.

31 Tuhan melihat segala yang dijadikannya, dan ianya adalah sangat bagus. Dan
adanya petang, dan adanya pagi—pada hari keenam.1

Kisah hubungan manusia dengan Penciptanya adalah kisah Perjanjian. Kerana ketika
Dia menciptakan Adam (AS), dia mengikat satu Perjanjian dengannya. Satu Perjanjian
bermaksud satu wasiat. Kerana apabila seorang bapa membuat Perjanjian dengan anaknya
atau apabila dia meninggalkan wasiat dengan anaknya, dalam kedua-dua kes, perjanjian dan
wasiat adalah pengisytiharan rasmi mengenai kehendak bapa berkenaan dengan pelucutan
harta dan urusannya. Tuhan memilih dan melantik Adam sebagai Raja atas penciptaan dan
menjadikan beliau bertanggungjawab ke atas urusan Taman Eden. Tuhan mengisytiharkan
kepada Adam bahawa beliau boleh memakan dari mana-mana pokok, tumbuh-tumbuhan
atau buah-buahan yang beliau kehendaki kecuali satu pokok yang diharamkan baginya.
Maka kehendak Pencipta ke atas Adam (AS) adalah agar Adam menjadi penggantinya di
1
Kitab Suci Injil, Kitab Kejadian, Bab 1, Ayat 26-31
bumi dan Allah mewajibkan ketaatan kepada Adam oleh setiap orang dan Allah mengambil
Perjanjian daripada Adam (AS) bahawa beliau menjaga permukaan bumi-Nya dan Tuhan
menghalalkan segalanya untuk Adam kecuali untuk satu pohon. Pohon itu di dalam
Al-Quran dipanggil "Pohon Keabadian" dan di dalam Taurat dan Injil ianya dipanggil
"Pohon Ilmu Pengetahuan kepada Kebaikan dan Kejahatan." Tuhan berikan Adam (AS) satu
perintah dan satu larangan. Dia memerintahkannya untuk membiak dan melarangnya dari
Pohon itu.

Adam (a.s), bagaimanapun, tidak mematuhi kehendak Tuhan dan melanggar


Perjanjian dengan memakan dari Pohon Terlarang tersebut. Imam Al-Sadiq (Darinya
Salam) berkata mengenai ayat Al-Qur'an: “Dan janganlah kamu mendekati pohon ini”
“Ianya adalah Pohon Ilmu Pengetahuan Muhammad dan Keluarga Muhammad salam
kepada mereka” 2 Imam Al-Ridha (Darinya Salam) berkata: “Ianya tidaklah seperti
pohon-pohon di dunia.” 3

Jadi dimanakah terletaknya Taman Eden? Berkenaan dengan lokasi Taman Eden,
Imam Al-Sadiq (Darinya Salam) menjelaskannya dengan berkata: “Dan Kami berfirman
Wahai Adam, tinggallah kamu dan isterimu di dalam Taman,” ini adalah salah satu taman di
dunia ini, terbit di atasnya matahari dan bulan, dan sekiranya ianya dari taman-taman
akhirat, nescaya mereka tidak akan pernah terkeluar daripadanya dan tidak pula Syaitan
dapat memasukinya.” 4 Oleh itu, kita boleh membuat kesimpulan bahawa Taman Eden
berada di Bumi; namun, pohon-pohon di dalamnya tidak seperti pohon-pohon di Bumi.
Perkataan "pohon" adalah satu alegori atau simbol untuk sesuatu yang lain. Jadi apakah
yang diwakili oleh pohon itu?

Dalam salah satu doa yang diriwayatkan dari Ahlul Bait (AS) kita membaca:“Kami
adalah pohon kenabian dan lokasi kepada risalah dan kami adalah tempat kembalinya para
Malaikat…(place that the Angels return to/tempat yang para Malaikat kembali pada….)” 5
Kita juga melihat bahawa (yang) merujuk kepada Pohon dalam Al-Qur’an, Tuhan
menyatakan: “Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah telah membuat perumpamaan,
kalimat yang baik seperti pohon yang baik, yang akarnya teguh dan cabangnya (menjulang)
ke langit?” 6 Jelas sekali bahawa perkataan "pohon" adalah metafora untuk
kalimat-kalimat, dan kalimat-kalimat Tuhan yang lengkap adalah Muhammad dan
Keluarga Muhammad (Daripada Mereka Salam). Tambahan pula, keluarga suci Nabi
menafsirkan pohon yang baik itu sebagai Muhammad dan Keluarga Muhammad (Daripada
Mereka Salam), dan mereka menafsirkan pohon yang dilaknat dalam Al-Qur'an juga bukan
seperti pohon-pohon di bumi tetapi sebaliknya, mereka mentafsirkannya sebagai Dinasti
Umayyah. Oleh itu, kita boleh menyimpulkan daripada semua ini bahawa Pohon yang
didekati Adam (AS) dan yang dilarang daripadanya bukanlah pokok yang literal sama
sekali, tetapi ianya merujuk kepada seseorang.

Diriwayatkan dari anak Abdus yang meriwayatkan dari Ibnu Qatiba yang
meriwayatkan dari Hamdan bin Sulaiman, yang meriwayatkan dari Al-Harwi yang berkata:

“Aku berkata kepada Al-Ridha (Darinya Salam): “Wahai anak Rasulullah, ceritakan
kepadaku tentang Pohon yang Adam dan Hawa makan daripadanya, apakah ia?
Orang ramai berbeza pendapat mengenai perkara ini; ada yang mengatakan bahawa

2
Tafsir Al-Imam Al-Askari (AS), Dinisbahkan kepada Al-Imam Al-Askari, m/s 221
3
Bihar Al-Anwar, Al-Alamah Majlisi, Jilid 26, m/s 273
4
Bihar Al-Anwar, Al-Alamah Majlisi, Jilid 11, m/s 143
5
Nahjul-Balaghah, Khutbah 109, Ghurar Al-Hikam, No. 10,005
6
Kitab Suci Al-Qur’an, Bab 14 (Ibrahim), Ayat 24
ianya adalah gandum, yang lain mengatakan ianya adalah pohon anggur dan yang
lain menyatakan bahawa ianya adalah pohon iri hati.” Maka beliau menjawab:
"Semua itu benar.” Jadi saya berkata "Apakah maksudnya tumbuhan-tumbuhan dan
pohon-pohon yang saya sebutkan semuanya berbeza, bagaimana ianya boleh sama?”
Maka beliau berkata, “Wahai Aba Al-Salt, pohon-pohon di taman itu menghasilkan
berbagai jenis buah, maka ianya adalah pohon gandum dan di dalamnya ada anggur
dan tidaklah seperti pohon-pohon di bumi, dan sesungguhnya ketika Allah
memuliakan Adam (AS) dengan memerintahkan para Malaikat dan memasukkannya
ke dalam taman, Adam berkata kepada dirinya sendiri: “Adakah Tuhan pernah
menciptakan manusia yang lebih baik daripadaku?” Dan Tuhan mengetahui apa
yang ada dalam hatinya, Dan lalu Tuhan memanggilnya dan berfirman, “Wahai
Adam, angkatlah kepalamu dan lihatlah kaki Takhtaku.” Maka Adam mendongak dan
mendapati tertulis di kaki takhta Tuhan: “Tiada Tuhan melainkan Tuhan, dan
Muhammad adalah Utusan Allah, Ali anak kepada Abu Talib adalah Amirul
Mukminin dan isterinya Fatimah adalah Sayyidatun Nisa’ al-Alamin, dan Al-Hassan
dan Al-Hussein (Salam Kepada Mereka) adalah Penghulu Pemuda Syurga.” Maka
Adam (AS) berkata: “Wahai Tuhan, siapakah mereka itu?” Tuhan menjawab, dengan
berfirman: “Mereka adalah keturunan kamu yang akan datang dan mereka lebih baik
daripada kamu dan lebih baik daripada semua ciptaan-Ku dan jika tidak kerana
mereka, Aku tidak akan menciptakan kamu dan tidak akan menciptakan syurga atau
neraka dan tidak pula Aku telah mencipta langit atau Bumi. Jangan sesekali
memandang mereka dengan mata yang iri hati atau aku akan menyingkirkan kamu
dari sisiku.” Tetapi Adam (AS) iri hati kepada mereka dan dia mengharapkan
pangkat dan kedudukan mereka dan oleh itu syaitan menyerangnya dan memikatnya
sehingga dia memakan dari Pohon Terlarang tersebut. Dan syaitan memikat Hawa
kerana dia dengkikan Fatimah Al-Zahraa (Darinya Salam) dan lalu Tuhan
mengeluarkan mereka dari Taman-Nya dan mengeluarkan mereka ke bumi.” 7
Imam Ahmad Al-Hassan (Darinya Salam) menjelaskan bahawa Hawa iri hati kepada
Fatimah (Darinya Salam) terutamanya kerana Fatimah adalah Pohon Terlarang tersebut.
Apabila Adam (AS) mengetahui bahawa Tuhan menciptakan seorang wanita yang lebih baik
daripada Hawa, dia pergi kepada Fatimah (Darinya Salam) dan cuba untuk bersetubuh
dengannya, dan inilah sebabnya Hawa iri kepada Fatima, kerana Adam menginginkannya.
Tetapi Adam tidak dapat bersetubuh dengannya. Amirul Mukminin Ali bin Abi Talib
(Darinya Salam) telah datang dan melemparkan Adam (AS) ke luar Taman Eden. Berikut
ialah bahagian Injil Gnostik “Tentang Asal Usul Dunia” yang ditemui di dalam Nag
Hammadi, dan ianya menyebut beberapa butiran kisah yang mengesahkan apa yang
dikatakan oleh Imam (Darinya Salam):

“Selepas hari rehat, Sophia menghantar anak perempuannya Zoe, dipanggil Hawa,
sebagai pengajar, supaya dia boleh membuat Adam, yang tidak mempunyai roh,
bangkit, supaya mereka yang akan dia lahirkan boleh menjadi wadah cahaya.
Apabila Hawa melihat teman lelakinya bersujud, dia merasa kasihan kepadanya, dan
dia berkata, "Adam! Hiduplah! Bangkitlah ke atas bumi!" Serta-merta kata-katanya
menjadi kenyataan. Kerana Adam, setelah bangkit, tiba-tiba membuka matanya.
Apabila beliau melihatnya, beliau berkata, "Engkau akan dipanggil 'Ibu kepada Yang
Hidup', kerana Engkaulah yang telah menghidupkan saya.”

Kemudian pihak autoriti dimaklumkan bahawa bentuk model mereka hidup dan telah

7
Uyoun Akhbar Al-Ridha (AS), Al-Shaykh al-Saduq, Jilid 2, m/s 274
bangkit, dan mereka sangat gelisah. Mereka menghantar tujuh malaikat utama untuk
melihat apa yang telah berlaku. Mereka datang kepada Adam. Apabila mereka
melihat Hawa bercakap-cakap dengan beliau, mereka berkata kepada satu sama
lain), "Apakah jenis perempuan yang bercahaya ini? Kerana dia menyerupai rupa
yang kelihatan kepada kita dalam pencahayaan. Sekarang, marilah kita
membaringkannya dan membuang air mani kita ke dalamnya, supaya apabila dia
menjadi kotor dia tidak dapat naik ke dalam pencahayaannya . Sebaliknya, mereka
yang dikandungnya akan berada di bawah kekuasaan kita. Tetapi janganlah kita
beritahu Adam, kerana beliau bukanlah salah seorang dari kita. Sebaliknya marilah
kita tidurkan beliau dengan nyenyak. Dan marilah kita mengajar beliau dalam
tidurnya bahawa dia berasal dari rusuknya, supaya isterinya taat, dan beliau
menjadi tuan atasnya."

…Kemudian Hawa, sebagai satu kuasa, ketawa dengan keputusan mereka. Dia
meletakkan kabus ke dalam mata mereka dan diam-diam meninggalkan dirinya yang
diserupakan bersama Adam. Dia memasuki pohon ilmu pengetahuan dan tinggal di
sana. Dan mereka mengejarnya, dan dia mendedahkan kepada mereka bahawa dia
telah pergi ke dalam pohon itu dan menjadi sebatang pohon. Kemudian, keadaan
menjadi satu ketakutan yang dahsyat, makhluk-makhluk buta itu melarikan diri.
Selepas itu, apabila mereka telah pulih dari kebingungan, mereka datang kepada
Adam; dan melihat diri perempuan yang diserupakan ini bersama beliau, mereka
berasa sangat terganggu, menyangka bahawa dialah Hawa yang sebenar…” 8

Sudah tentu, tidak semua yang ditulis dalam Manuskrip Nag Hammadi adalah betul
atau bebas daripada penyelewengan tetapi apa yang ketara dan jelas daripada manuskrip itu
ialah:

1. Di Taman Eden terdapat seorang wanita yang merupakan asal-usul kepada


Kehidupan dan yang merupakan sebatang Pohon (ini adalah
Zoe/Al-Zahra/Hawa yang Sebenar dan Asli yang diserupakan yang mana Hawa
adalah salinannya.)

2. Wanita yang menjadi Pohon itu berkongsi pangkat rohani yang sama dengan
pencipta roh Adam.

Imam Ahmed Al-Hassan (Darinya Salam) telah menyatakan bahawa Adam (AS)
adalah anak kepada Amirul Mukminin Ali Ibn Abi Talib (AS) di dalam Dunia Roh, dan
bahawa ianya adalah Ali (AS) yang merupakan pencipta langsung roh Adam (AS). Dunia
Roh dan hubungannya adalah sesuatu yang akan kita kembangkan dalam bab yang akan
datang.

Mohammed ibn Sinan meriwayatkan daripada anak kepada Abbas yang berkata:

“Kami bersama Rasulullah salam dan rahmat ke atas baginda dan keluarga baginda
dan Ali bin Abi Talib salam kepada beliau, mendekatinya. Nabi bersabda kepadanya,
"Salam kepada orang yang Tuhan ciptakan sebelum penciptaan bapanya selama
empat puluh ribu tahun." Maka kami berkata: "Wahai Nabi Allah, adakah anak
sebelum bapa?" Maka baginda bersabda: “Ya, sesungguhnya Allah telah
menciptakan aku dan Ali daripada cahaya yang satu sebelum penciptaan Adam pada

8
Berkenaan Asal-usul Dunia - Manuskrip Nag Hammadi, m/s 214-215
tempoh masa ini, kemudian Allah membahagikan cahaya itu kepada dua bahagian,
kemudian Dia menciptakan segala sesuatu daripada cahayaku dan cahaya Ali, salam
kepada beliau, kemudian Dia meletakkan kami berada di sebelah kanan Takhta-Nya,
dan kami bertasbih kepada-Nya dan kemudian para malaikat bertasbih kepada-Nya,
dan kami memuji-Nya dan jadi kemudiannya mereka memuji-Nya, dan kami
menyembah-Nya dan jadi kemudiannya mereka menyembah-Nya, dan demikian pula
semua orang yang memuji dan menyembah-Nya telah mempelajari bagaimana untuk
melakukannya sedemikian daripada Ali, salam kepada beliau.” 9

Tuhan menciptakan Adam (AS) dengan tangannya seperti yang dinyatakan di dalam
ayat Al-Qur’an: “Dia berkata, Wahai Iblis, apakah yang menghalangmu daripada sujud
kepada apa yang Aku ciptakan dengan tangan-Ku?” 10 Oleh itu, Ali (Darinya Salam) adalah
Tangan Tuhan yang secara langsung mencipta Adam (AS). Ahmad bin Muhammad bin
Abi-Nasr meriwayatkan dari Hassan Al-Jammal yang meriwayatkan dari Hasyim bin Abi
Ammar Al-Janbi yang berkata: “Aku mendengar Amirul Mukminin berkata: “Aku adalah
Mata Tuhan dan aku adalah Tangan Tuhan dan Akulah Sisi Tuhan dan Aku adalah Pintu
kepada Tuhan." 11
Adapun bagi lokasi Taman Eden, ianya adalah di Iraq sekarang. Di dalam Al-Qur'an
dinyatakan: “Dan Dia mengajari Adam semua nama”12 dan dalam Injil dinyatakan:
“Sekarang Tuhan telah membentuk dari tanah semua haiwan liar dan semua burung di
langit. Dia membawa mereka kepada lelaki itu untuk melihat apa yang akan beliau namakan;
dan apa saja yang disebut lelaki itu kepada tiap-tiap makhluk, itulah namanya.” 13 Imam
Ahmad Al-Hassan (Darinya Salam) menjelaskan dengan berkata:

“Tuhan menyuruh Adam (AS) untuk menamakan segala sesuatu dari binatang dan
tumbuh-tumbuhan dan segala yang lain, dan apa-apa yang Adam pilih sebagai nama
untuknya ianya menjadi namanya, dan bagi ayat Al-Quran yang menyatakan, “Dan
Dia mengajari Adam semua nama” ini bermakna bahawa Tuhan mengajari Adam
(AS) inkarnasi semua Malaikat, dan “beliau memberitahu mereka nama-nama
mereka” 14, yang bermaksud inkarnasi mereka, dia memberitahu mereka pada masa
itu kerana para malaikat tidak mengetahui inkarnasi mereka sendiri, mereka tahu
bahawa mereka mempunyai inkarnasi sebelum mereka menjelma pada masa kini
tetapi mereka tidak tahu apakah inkarnasi mereka pada dunia sebelumnya. Sama
juga dengan sekarang, orang-orang yang beriman tidak mengetahui inkarnasi
mereka dan kamu maklumkan inkarnasi mereka, orang ramai bertanya tentang
inkarnasi mereka kerana mereka tahu mereka telah inkarnasi sebelum ini tetapi
mereka tidak tahu siapakah mereka.”
Berkenaan umur Adam dan Hawa di taman dan rupa mereka, Imam Ahmed
Al-Hassan (Darinya Salam) berkata: “Mereka (Salam Kepada Mereka), masih muda, Hawa
berumur sembilan tahun dan Adam dua belas. Walau bagaimanapun, pada masa itu seorang
kanak-kanak berusia sembilan tahun adalah orang dewasa yang mempunyai kitaran haid
dan kelihatan seperti orang yang berusia lapan belas tahun pada hari ini. Dan Adam yang
berumur dua belas tahun mempunyai rupa seorang yang berumur dua puluh empat tahun
pada hari ini. Jadi, penampilan mereka pada masa itu adalah dua kali ganda umur mereka

9
Bihar Al-Anwar, Al-Alamah Majlisi, Jilid 25, m/s 24
10
Kitab Suci Al-Qur’an, Bab 38 (Ibrahim), Ayat 24
11
Al-Kafi, Al-Shaikh Al-Kulaini, Jilid 1, m/s 145
12
Kitab Suci Al-Qur’an, Surah 2 (Al-Baqarah), Ayat 31
13
Kitab Suci Injil, Kitab Kejadian, Bab 2, Ayat 19
14
Kitab Suci Al -Qur’an, Surah 2 (Al-Baqarah), Ayat 33
pada tahun-tahun hari ini. Dan kedua-duanya muncul secara tiba-tiba di Bumi setelah
dicipta." Imam Ahmed Al-Hassan (Darinya Salam) juga berkata bahawa Hawa bukanlah
orang yang makan dari Pohon itu, tetapi ianya hanya Adam (AS). Tambahan pula, apa yang
telah ditulis tentang Hawa sebagai orang yang pertama makan daripada Pohon itu dan
menjadi punca mengapa Adam (AS) makan daripada Pohon itu adalah palsu dan dusta.

Hukuman ilahi kerana melanggar Perjanjian adalah pantas dan amat perit.
Akibatnya, Adam, Hawa dan Azazel telah diasingkan dari Taman Eden dan ianya dikatakan
kepada mereka: “Turunlah sebagai musuh kepada satu sama lain dan kamu akan mendapat
tempat tinggal di Bumi dan kesenangan di dalamnya untuk sementara waktu.” 15 Dan Tuhan
berfirman kepada mereka “Bawakanlah kebinasaan yang kamu mampu kepada mereka
dengan suaramu yang menggoda, dan seranglah mereka dengan pasukan berkuda dan
pasukan pejalan kaki dan saling berkongsi harta dan anak-anak dengan mereka dan
berjanjilah kepada mereka, sesungguhnya janji-janji Syaitan itu bukanlah melainkan
pembohongan.” 16 Para ulama telah lama keliru tentang maksud syaitan berkongsi dengan
manusia berkaitan harta dan anak-anak mereka. Imam Ahmad Al-Hassan (Darinya Salam)
telah merungkaikan misteri ini dan mendedahkan realitinya. Ianya adalah seperti yang
tertulis. Iblis atau Azazil (Semoga Tuhan Melaknatnya) pergi kepada Hawa dalam bentuk
fizikal dan memperdayanya untuk melakukan hubungan seksual dengannya di bumi; oleh
itu, Hawa menjadi hamil akan Qabil (Semoga Allah Melaknatnya), dan Qabil adalah anak
kandung kepada Iblis (Semoga Allah Melaknatnya) dan BUKAN anak kepada Adam (AS).

Kisah ini telah disebutkan di dalam riwayat kaum Yahudi:

"Kemungkaran telah datang ke dunia dengan yang pertama dilahirkan oleh seorang
wanita, Qabil, anak sulung Adam. Apabila Tuhan menganugerahkan Syurga kepada
pasangan pertama manusia, Dia memberi amaran kepada mereka khususnya terhadap
persetubuhan jasmani antara satu sama lain. Tetapi selepas kejatuhan Hawa, Syaitan,
yang menyamar sebagai ular, menghampirinya, dan hasil daripada penyatuan mereka
adalah Qabil, sang moyang kepada semua generasi yang tidak soleh yang memberontak
terhadap Tuhan, dan bangkit melawan-Nya. Keturunan Qabil daripada Syaitan, iaitu
malaikat Samael, yang telah muncul dalam penampilan serafiknya. Semasa
kelahirannya, keterujaan dari Hawa adalah salah, "Saya telah mendapat seorang lelaki
melalui malaikat Tuhan." Adam tidak berada bersama Hawa semasa mengandungkan
Qabil. Setelah dia menyerah pada kali kedua kepada godaan Syaitan, dan membiarkan
dirinya terganggu dalam keinsafannya, dia meninggalkan suaminya dan mengembara ke
arah barat, kerana dia takut kehadirannya akan terus membawa kesengsaraan kepada
beliau. Adam kekal berada di timur. Apabila hari-hari Hawa untuk melahirkan telah
digenapi, dan dia mula merasakan keperitan untuk melahirkan, dia berdoa kepada
Tuhan untuk meminta pertolongan. Tetapi Dia tidak mendengar akan doanya. "Siapakah
yang akan menyampaikan pesanan kepada Tuanku Adam?" Dia telah bertanya pada
dirinya sendiri. "Wahai penerang di langit, aku mohon kepadamu, beritahu tuanku Adam
apabila kamu kembali ke timur!" Pada masa yang sama, Adam menjerit: "Ratapan
Hawa telah menusuk ke telingaku! Mungkin ular itu telah menyerangnya lagi," dan
beliau bergegas kepada isterinya. Mendapatinya dalam kesakitan yang perit, beliau
memohon kepada Tuhan bagi pihaknya, dan dua belas malaikat muncul, bersama-sama
dengan dua kuasa syurgawi. Mereka semua mengambil tempat, di sebelah kanannya dan
di sebelah kirinya, sementara Mikail, juga berdiri di sebelah kanannya, menghulurkan
tangan ke atasnya, dari mukanya turun ke bawah dadanya, dan berkata kepadanya,

15
Kitab Suci Al -Qur’an, Surah 7 (Al-A’raf), Ayat 24
16
Kitab Suci Al -Qur’an, Surah 17 (Al-Isra’), Ayat 64
"Diberkatilah kamu, Hawa, demi Adam. Kerana permintaan dan doanya saya telah
dihantar untuk memberikan bantuan kami kepada kamu. Bersedialah untuk melahirkan
anakmu!" Serta-merta lahirlah anaknya, satu sosok yang bercahaya. Tidak lama
kemudian bayi itu berdiri di atas kakinya, berlari pergi, dan kembali dengan memegang
setangkai jerami di tangannya, yang dia berikan kepada ibunya. Itulah sebabnya dia
dinamakan Qabil, perkataan Ibrani untuk tangkai jerami. Sekarang Adam membawa
Hawa dan anak lelaki itu ke rumahnya di sebelah timur. Tuhan menghantar kepadanya
pelbagai jenis benih melalui tangan malaikat Mikail, dan dia diajar cara mengusahakan
tanah dan menjadikannya menghasilkan hasil keluaran dan buah-buahan, untuk
menyara dirinya dan keluarganya dan keturunannya. Setelah beberapa ketika, Hawa
melahirkan anak lelakinya yang kedua, yang dinamakannya Habil, kerana, katanya, dia
dilahirkan untuk mati.” 17

Selepas Adam (AS) diusir dari Taman Eden, beliau dan Hawa bertaubat atas iri
hatinya dan keingkaran mereka, Tuhan mengampuni mereka dan memulihkan Perjanjian
Pertama walaupun ianya telah dimungkiri. Setakat ini, kita telah mempelajari beberapa
perkara. Pertama, kita telah belajar tentang keadaan Adam dan Hawa di Taman Eden.
Semuanya dihalalkan bagi mereka kecuali satu perkara (mendekati Pohon itu). Kedua, asal
kepada semua dosa adalah hasad dengki. Ketiga, Perjanjian Pertama terdiri daripada satu
perintah dan satu larangan. Ini adalah undang-undang dan syariat yang bersesuaian untuk
masa dan keadaan mereka. Ianya adalah satu-satunya peraturan yang diperlukan oleh Adam
dan Hawa kerana tidak ada manusia lain yang hidup selain mereka. Tiada pelanggaran pada
masa itu mahupun tiada sebarang pelanggaran yang memerlukan undang-undang untuk
ditubuhkan. Hanya Adam, Hawa, Keluarga Muhammad, para malaikat dan
makhluk-makhluk rohani (Salam Kepada Mereka) yang wujud. Hukum syariat akhirnya
akan berkembang dan diadaptasi mengikut perubahan kondisi, suasana dan keperluan yang
berubah-ubah. Sekarang, mari kita periksa beberapa situasi yang berlaku pada zaman Adam
(AS) dan generasi selepasnya yang memerlukan perubahan dalam hukum syariat.

“Maka Nafs (diri) Qabil telah mendorongnya dan menjadikan ianya kelihatan adil
kepadanya untuk membunuh saudara lelakinya; lalu dia membunuhnya dan
tergolong dari kalangan mereka yang rugi.” 18

Sebelum Qabil membunuh Habil, tidak ada undang-undang berkenaan pembunuhan,


mahupun tidak ada hukuman yang rasmi, kerana ianya tidak pernah berlaku sebelum itu
kepada umat manusia. Oleh itu, apabila Qabil membunuh Habil kita dapati bahawa Adam
(AS) mahupun Tuhan tidak melaksanakan apa-apa jenis hukuman ke atasnya. Apa yang
diketahui dalam syariat kebanyakan agama ialah denda kerana membunuh adalah
kematian.. Walaubagaimanapun, di dalam agama, syariat, dan perundangan Adam (iaitu
Undang-undang Adam), Qabil tidak dihukum atau dijatuhkan hukuman mati. Sebaliknya,
dia bebas bergerak dan berkahwin, meneruskan kehidupan normalnya membangunkan
bandar-bandar dan menyebarkan benihnya ke seluruh bumi. Mungkin, pembaca mendapati
ini pelik, tetapi bagaimana seseorang boleh dihukum walhal mereka tidak pernah melanggar
undang-undang? Tambahan pula, mengapa perlu ada undang-undang untuk jenayah yang
tidak pernah dilakukan atau tidak pernah terlintas difikiran?

8 Sekarang Qabil berkata kepada saudaranya Habil, "Jom pergi ke padang." Ketika
mereka berada di padang, Qabil menyerang saudaranya Habil dan membunuhnya.

9 Kemudian Tuhan berfirman kepada Qabil, “Di manakah saudaramu Habil?” “Saya
tidak tahu,” jawabnya. “Adakah saya penjaga adik saya?”
17
Lagenda Kaum Yahudi, Louis Ginzberg, Jilid 1, Bab 3 , m/s. 110
18
Kitab Suci Al-Qur’an, Surah 5 (Al-Maidah), Ayat 30
10 Tuhan berfirman, “Apakah yang telah kamu lakukan? Dengar! Darah saudaramu
menjerit kepadaku dari tanah.

11 Sekarang kamu dibawah satu sumpahan dan dihalau dari tanah itu, yang membuka
mulutnya untuk menerima darah saudaramu dari tanganmu.

12 Apabila kamu mengusahakan tanah, ianya tidak akan membuahkan lagi hasil untuk
kamu. Kamu akan menjadi pengembara yang keresahan di bumi.”

13 Qabil berkata kepada Tuhan, “Hukuman ke atasku lebih daripada yang mampu aku
tanggung.

14 Hari ini kamu mengusir aku dari tanah ini, dan aku akan terlindung dari
kehadiran-Mu; aku akan menjadi pengembara yang keresahan di bumi, dan sesiapa
yang menjumpaiku akan membunuhku.”

15 Tetapi Tuhan berkata kepadanya, “Bukan begitu; sesiapa yang membunuh Qabil
akan merasai pembalasan tujuh kali ganda.” Kemudian Tuhan meletakkan satu tanda
pada Qabil supaya tidak seorang pun yang menjumpainya akan membunuhnya.

16 Maka keluarlah Qabil dari kehadiran Tuhan dan menetap di tanah Nod, di sebelah
timur Eden.

17 Qabil bersetubuh dengan isterinya, dan dia mengandung dan melahirkan Enoch.
Qabil kemudian membina sebuah kota, dan dia menamainya menurut nama anaknya
Enoch.

18 Dari Enoch lahirnya Irad, dan Irad ialah bapa kepada Mehuyael, dan Mehuyael
ialah bapa kepada Metusael, dan Metusael ialah bapa kepada Lamekh.19

Jenayah, penyelewengan, pembunuhan, rompakan dan peperangan semuanya meningkat


dalam generasi selepas Adam. Anak-anak Qabil memenuhi bumi dengan ketidakadilan dan
kezaliman sehingga Nuh (AS), iaitu Penyelamat dan Al Qaim yang dijanjikan dari keluarga
Adam (AS) tiba. Sepanjang tahun-tahun dan generasi dari Adam (AS) hingga kepada Nuh
(AS), anak-anak Adam menggunakan taqiyyah atau berhati-hati menyamar
(menyembunyikan kepercayaan sebenar seseorang kerana takut akan bahaya). Maka,
mereka menyembunyikan segala yang mereka pelajari daripada Adam dan para nabi antara
Adam dan Nuh (Salam Kepada Mereka Semua), kerana risau kehilangan nyawa mereka di
tangan anak-anak Qabil. Sehinggakan haiwan-haiwan turut berubah dan takut kepada
manusia.

Abi Abdullah (Darinya Salam) berkata: "Sesungguhnya Qabil mendekati Seth salam
kepadanya dan berkata kepadanya: "Ayahmu memberikanmu dari pengetahuan yang beliau
miliki, dan aku lebih tua daripadamu dan lebih berhak ke atas ilmu ini daripada kamu,
tetapi kerana aku membunuh anaknya, dia menjadi marah kepadaku dan mengutamakan
kamu dengan ilmu ini daripadaku. Demi Allah, jika kamu menyebutkan sesuatu dari ilmu
yang kamu warisi dari ayahmu untuk menunjuk-nunjuk di hadapanku dan bersikap
seolah-olah kamu lebih baik, maka aku akan membunuhmu sebagaimana aku membunuh
saudaramu.” Seth kemudian menyembunyikan segala yang dia miliki tentang pengetahuan

19
Kitab Suci Injil, Kitab Kejadian, Bab 4, Ayat 8-18
yang diperolehinya sehingga kerajaan Qabil dan pemerintahannya berakhir. Dan untuk
sebab itulah kita mengamalkan penyamaran (taqiyyah) hari ini, kerana kita mempunyai
contoh daripada anak Adam, dan Seth memberitahu anaknya tentang perjanjian dan wasiat
secara rahsia, dan sejak Seth menyerahkan wasiat kepada anaknya, demi Tuhan, Sunnah itu
adalah untuk menurunkan wasiat, ulama kepada ulama, dan mereka akan membuka wasiat
setiap tahun pada satu hari tertentu dan mereka akan bercakap tentang bagaimana bapa
mereka memberikan mereka satu ramalan dan berita gembira mengenai kedatangan Nuh
(a.s).” 20

Terdapat beberapa perkara penting yang kita perlu berikan tumpuan:

1. Pertama, kekurangan undang-undang dan syariat yang berkaitan untuk menghukum


jenayah pada zaman Adam (AS) menyebabkan Qabil dan keturunannya bangkit berkuasa
dan menyebabkan anak-anak Adam menjadi lemah, dan tertindas di bumi. Akibatnya,
undang-undang dan syariat Ilahi perlu dikemaskini dan diperluaskan untuk menangani
perubahan keadaan.

2. Kedua, memandangkan Adam dan Hawa adalah hanya dua orang manusia di bumi pada
mulanya, segala-galanya dibenarkan kepada mereka, dan pembiakkan umat manusia
berlaku melalui perkahwinan sumbang. Tidak ada yang melarang perkahwinan di antara
saudara mara terdekat peringkat pertama. Perkara ini terus berlaku sehingga ianya
diharamkan dalam perjanjian-perjanjian yang akan datang.

3. Ketiga, peperangan antara kebaikan dan kejahatan sebenarnya adalah peperangan antara
benih dan keturunan Adam (AS) dan benih dan keturunan Iblis (Semoga Allah
Melaknatnya). Daripada Adam (AS) datang setiap orang yang beriman dan daripada Iblis
datang setiap orang yang kafir dan penzalim.

Akhirnya, Isa Al Masih (AS) di dalam Injil, dalam Kitab Yahya (Bab 8) mengesahkan bahawa
orang-orang kafir semuanya dari keturunan Iblis dan adalah anak-anaknya manakala
orang-orang yang beriman adalah anak-anak Adam (AS) dan anak-anak Tuhan:

39 “Ibrahim adalah bapa kami,” jawab mereka. “Jika kamu adalah anak-anak
Ibrahim,” kata Jesus, “maka kamu akan melakukan apa yang Ibrahim lakukan.

40 Sebenarnya, kamu sedang mencari jalan untuk membunuh aku, seorang yang telah
memberitahu kamu kebenaran yang aku dengar daripada Tuhan. Ibrahim tidak
melakukan perkara seperti itu.

41 Kamu melakukan pekerjaan bapa kamu sendiri.” “Kami bukan anak luar nikah,”
bantah mereka.“Satu-satunya Bapa yang kami ada ialah Tuhan itu sendiri.”

42 Jesus berkata kepada mereka, “Jika Tuhan adalah Bapa kamu, kamu akan
menyayangiku, kerana aku datang ke sini daripada Tuhan. Aku tidak datang dengan
sendirinya; Tuhan yang menghantarku.

43 Mengapakah bahasaku tidak jelas bagimu? Kerana kamu tidak mampu mendengar
apa yang aku katakan.

44 Kamu adalah milik bapa kamu, iaitu iblis, dan kamu mahu melakukan kemahuan

20
Bihar Al-Anwar, Al-Alamah Al-Majlisi, Jilid 11, m/s 241
bapa kamu. Dia adalah seorang pembunuh sejak mulanya, tidak berpegang pada
kebenaran, kerana tidak ada kebenaran dalam dirinya. Apabila dia berbohong, dia
bercakap bahasa ibundanya, kerana dia adalah pendusta dan bapa kepada para
pendusta.

45 Tetapi kerana aku berkata benar, kamu tidak mempercayaiku!

46 Bolehkah sesiapa di antara kamu membuktikan aku bersalah? Jika aku bercakap
benar, mengapa kamu tidak percayai aku?

47 Sesiapa yang dimiliki Tuhan, mendengar apa yang Tuhan katakan. Alasan mengapa
kamu tidak mendengar ialah kerana kamu bukan milik Tuhan” 21

21
Kitab Suci Injil, Kitab Yahya, Bab 8, Ayat 39-47

Anda mungkin juga menyukai