Anda di halaman 1dari 6

Panduan Asas Bina Rumah Atas Tanah

Sendiri
 January 14, 2020
 By 1:02 pm

Apakah anda ingin rumah anda dibina mengikut citarasa kemahuan anda?

Apakah anda ingin rumah idaman anda dibina pada kualiti yang baik dengan kos murah?

Apakah kriteria kontraktor anda, adakah berdasarkan kawan? Saudara? Atau yang

bagaimana?

Sebagai asas atau pengetahuan terhadap diri anda,  anda harus memahami serba sedikit

tentang proses membinaan rumah diatas tanah sendiri. Boleh dikatakan 80% rakyat

Malaysia tidak tahu prosesnya. Kebanyakan mereka hanya menyerahkan 100% kepada

kontraktor dan penguam untuk menguruskan pembinaan rumah.

Hari ini, terdapat pelbagai skim atau pakej pembinaan rumah yang ditawarkan oleh

syarikat-syarikat pembinaan dengan membuat tawaran  harga yang menarik dan

sesetengahnya dengan harga yang tidak masuk akal. Anda harus berhati-hati dengan

tawaran tersebut supaya anda tidak tertipu dan menyesal dikemudian hari. Ramai juga 

yang menghadapi masalah di tipu oleh pihak kontraktor.  Kebanyakan mereka ini tidak

ambil berat soal perjanjian dan terlalu mempercayai kontraktor. Anda wajib mengetahui

intipati perjanjian dan spesifikasi rumah anda. Selalunya pihak kontraktor  tidak

menjelaskan secara terperinci tentang perkara-perkara  yang harus anda ketahui

terutama kandungan perjanjian dan spesifikasi rumah. Adalah menjadi tugas anda

bertanyakan hal-hal ini dengan kontraktor.


Antara perkara yang selalu di hadapi oleh pelanggan adalah:-

a) Kos Pelan Rumah yang tinggi

b) Yuran peguam (lawyer fees) yang tinggi

c) Spesifikasi rumah yang dibina tidak menepati spesifikasi seperti didalam perjanjian.

d) Kualiti rumah yang dibina adalah rendah

e) Menghadapi masalah kelewatan kerja dan kadang – kadang tergendala/terbengkalai.

Antara langkah-langkah yang perlu anda ambil sebagai panduan untuk membina rumah

atas tanah sediri. Berikut adalah Panduan Asas Bina Rumah Atas Tanah Sendiri

1. Kenali Lokasi Tanah Anda

Pastikan lokasi tanah anda adalah berhampiran dengan kemudahan air, elektrik dan jalan

raya. Jika jauh, kos tambahan terpaksa anda tanggung. Adakah jalan masuk ke tanah

anda ditenggelami air semasa hujan lebat atau musim tengkujuh? Sebaik-baiknya lokasi

tanah anda adalah berhampiran dengan rumah kejiranan sedia ada.

2. Membuat Pelan Rumah

Sebelum membuat rekabentuk dan pelan rumah, sebaik-baiknya anda membuat tinjauan

beberapa rumah yang anda minati reka bentuknya terlebih dahulu. Kalau boleh, masuki

rumah tersebut dan tentukan kedudukan ruang-ruang didalam rumah dan spesifikasi

rumah tersebut. Kalau boleh, dapatkan pelan lantai dari tuan rumah atau kontraktor

berkaitan.

Ini akan memudahkan anda untuk membuat rujukan bila  membuat pelan rumah nanti.

Kemudian, pilihlah reka bentuk yang bersesuaian dengan citarasa anda. Berbincang

dengan pelukis pelan tentang pelan rumah, reka bentuk rumah, kos pelan ruman dan

anggaran kos untuk membina rumah tersebut. Jika anda tidak ada pengalaman,

berbincanglah  dengan kontraktor anda.


3.Membuat Spesifikasi Rumah

Spesifikasi rumah amat penting kerana ianya menentukan kos pembinaan dan kualiti

sesebuah rumah. Sebelum melantik kontraktor, sepatutnya anda membuat spesifikasi

rumah terlebih dahulu. Sekiranya anda tidak mampu  membuatnya, anda boleh

berbincang dengan kontraktor. Spesifikasi ini amat penting supaya kedua-dua pihak

berpuashati  semasa penyerahan kunci rumah nanti. Dengan adanya spesifikasi ini, ianya

akan memudahkan kontraktor untuk membuat sebut harga dan membina rumah anda.

Contoh Spesifikasi :-

 Atap – atap genting jenama Monier jenis contour

 Besi – mengikut spesifikasi pelan rumah (ikut spec JKR)

 Pintu – pintu utama kayu Nyatuh (atau setara) atau meranti

 Mangkuk tandas berharga RM350 (apa2 jenis brand seperti Caresan)

 Cat – jenis Kasai atau Jotun (jaminan 5 tahun)

 Bumbung – kayu kelat atau berubat Malaysia

 Siling – siling kapur untuk semua ruang dalaman, veranda dan parking

kecuali siling tandas

 Mozek – disemua tempat rumah – bilik tidur (saiz 16 inci, lingkungan harga

RM3.80 semua corak dan jenis), Ruang keluarga dan tamu (saiz 20 inci,

lingkungan harga RM4.80 sekeping, semua corak dan jenama menyebabkan

kulat pada dinding rumah. Kebanyakan kontraktor lain hanya beri sehingga

5 kaki sahaja.

 Sinki dlm tandas harga sekitar RM150++. Sinki dapur 3 lubang harga sekitar

RM300++

 Longkang – jenis glace (berkilat)

 Letrik – Punca kuasa untuk lampu, kipas. Pendawaian jenis 3-phase.

 Piping – Paip, shower adalah jenis chrome.


4. Pemilihan kontraktor

Pemilihan kontraktor amat penting kerana merekalah yang akan membina rumah anda. 

Dapatkan maklumat beberapa kontraktor. Senarai pendek dua atau tiga  kontraktor yang 

terbaik.  Jangan terpengaruh dengan kontraktor yang merupakan kawan anda atau yang

dicadangkan oleh kawan baik anda atau saudara mara anda.

Rumah anda berharga ratusan ribu ringgit. Pilihlah kontraktor yang berpengalaman dan

mempunyai track-rekod yang baik.  Tempoh paling lama untuk menyiapkan rumah

adalah setahun. Kontraktor yang berpengalaman biasanya dapat menyiapkan rumah

kurang dari 6 bulan.

5. Sebutharga Kos Pembinaan Rumah

Senarai pendek dua atau tiga kontraktor yang  terbaik. Dapatkan sekurang-kurangnya

dua atau tiga  sebutharga dari kontraktor ini berdasarkan spesifikasi yang telah anda

tetapkan. Sebutharga sesebuah rumah bergantung kepada spesifikasi rumah, kos pekerja

dan lokasi rumah.Pesanan kami, jangan terpengaruh dengan sebutharga yang murah

atau pakej-pakej bina rumah yang murah.

Sebut harga  yang rendah  biasanya menggunakan bahan binaan yang kurang berkualiti

atau menggunakan pekerja yang kurang mahir.Sebutharga hendaklah berdasarkan

spesifikasi anda. Jika tidak, anda akan mempunyai pelbagai sebut harga dan perbagai

spesifikasi. Ini akan menyukarkan anda untuk memilih kontraktor yang terbaik.

Oleh itu saranan kami, anda sediakan spesifikasi terlebih dahulu, kemudian dapatkan

sebutharga berdasarkan spesifikasi tersebut.Note: Sebutharga murah biasanya dibuat

oleh kontraktor yang kurang berpengalaman ,  menggunakan bahan binaan yang kurang

bermutu, cara binaan yang tidak menepati standard atau menggunakan pekerja kurang

mahir
6. Kaedah Pembayaran Kepada Kontraktor

JADUAL BAYARAN BERPERINGKAT (PROGRESS)

PERATUSAN
ANSURAN YANG KENA DIBAYAR (%) JUMLAH (RM)

1 Setelah perjanjian selesai ditandatangani 10% 30,000.00

2 Dalam tempoh 21 hari selepas peminjam menerima


notis bertulis dari kontraktor menyatakan siapnya:

a)      Kerja asas dan pertapakan bangunan. 10% 30,000.00

b)      Krangka konkrit bertetulang bangunan. 15% 45,000.00

c)      Dinding banguna tersebut beserta rangka pintu dan


tingkap dipasang dengan tepat. 10% 30,000.00

d)      Memasang bumbung, pendawain elektrik dan


saluran paip pada bangunan tersebut. 10% 30,000.00

e)      Kerja melapis dalam dan luar bangunan tersebut. 10% 30,000.00

f)       Parit,saluran najis dan jalan pada bangunan tersebut. 15% 45,000.00

3 Semasa serahan pemilikan kosong dan sambungan


bekalan elektrik dan air pada bangunan. 15% 45,000.00

4 Dipegang oleh peguamcara sebagai pemegang


pertaruhan untuk bayaran kepada kontraktor 5% 15,000.00

a)      Apabila tamat tempoh 6 bulan selepas serahan


pemilikan kosong – (2.5%)

b)      Apabila tamat tempoh 12 bulan selepas pemilikan


kosong – (2.5%)

JUMLAH 100 300,000.00

Jika anda membuat pinjaman perumahan melalui LPPSA atau bank, pihak mereka akan

membuat bayaran kepada kontraktor mengikut peringkat  siap pembinaan rumah

(progress). Anda tidak perlu risau tentang pembayaran ini kerana mereka mempunyai

jadual khas untuk setiap peringkat pembayaran.


Sekiranya anda membuat bayaran secara tunai, sebaik-baiknya anda membayarnya

mengikuti jadual diatas iaitu bayaran mengikut peringkat pembinaan rumah anda.

Dibawah adalah jadual pembayaran berdasarkan  peratusan siap sesebuah rumah :

7. Kualiti Sesebuah Rumah

Kualiti binaan sesebuah rumah bergantung kepada perkara-perkara berikut :

a)Bahan binaan

b)Spesifikasi rumah

 Kemahiran pekerja (workmanship)

 Sikap kontraktor/pemaju

 Pengawasan – samaada dari kontraktor atau anda sendiri

8. Lawatan Semasa Pembinaan

Semasa dalam pembinaan, sebaik-baiknya anda pantau pembinaannya, paling kurang

sebulan sekali. Lagi kerap lagi baik. Kalau boleh, bawalah rakan anda yang mempunyai

pengalaman dalam pembinaan rumah

9. Penyerahan Kunci

Sebelum penyerahan kunci dibuat, anda hendaklah memastikan rumah anda siap

sepenuhnya. Sekiranya ada perkara-perkara yang anda tidak puashati, berbincanglah

dengan kontraktor. Selepas anda berpuas hati, bolehlah anda menerima kunci rumah

anda.

Anda mungkin juga menyukai