Anda di halaman 1dari 1

Tentera Udara Diraja Malaysia

Tentera Udara Diraja Malaysia adalah pasukan udara di dalam Angkatan Tentera Malaysia. Pasukan
ini ditugaskan untuk mempertahankan ruang udara Malaysia dan dilengkapkan dengan pesawat-pesawat
pejuang dan pengangkut.
Tentera Udara Diraja Malaysia ditubuhkan dalam tahun 1958 sebagai Tentera Udara Persekutuan Malaya.
Tetapi sejarah TUDM boleh dikesan jauh lebih awal dengan penubuhan Tentera Udara Sukarelawan
Malaya (Malayan Volunteers Air Force) sebagai cabang tempatan Tentera Udara Diraja Britain di masa
penjajahan British.

SEJARAH
Pasukan Sukarelawan Udara Negeri-Negeri Selat
Pasukan Sukarelawan Udara Negeri-negeri Selat (Straits Settlements Volunteer Air Force) ditubuhkan oleh
pentadbiran British untuk membantu pertahanan Negeri-negeri Selat dan Negeri-Negeri Melayu. Pasukan
ini dilengkapkan dengan pesawat Hawker Audax, salah satu varian pesawat Hawker Hart.

Tentera Udara Sukarelawan Malaya


Dalam tahun 1940, dengan ancaman perang dengan Empayar Jepun kian di ambang, pasukan ini
dibesarkan menjadi Tentera Udara Sukarelawan Malaya (Malayan Volunteer Air Force (MVAF)) dan
menerbangkan pesawat-pesawat yang kebanyakannya terdiri dari pesawat-pesawat awam seperti Tiger
Moth, Leopard Moth dan Dragon Rapide. Walaupun pasukan MVAF berjaya melarikan diri
semasa Kejatuhan Singapura dalam bulan Februari 1942, pasukan ini musnah semasa peperangan di
Sumatera apabila berhadapan dengan pasukan udara tentera Jepun yang jauh lebih besar dan moden.
Tentera Udara Sukarelawan Malaya ditubuhkan semula dalam tahun 1950 untuk membantu operasi-
operasi ketenteraan semasa Darurat di Malaya. Unit inilah yang menjadi tunas kepada penubuhan Tentera
Udara Diraja Persekutuan Malaya dalam tahun 1958.

Tentera Udara Diraja Persekutuan Malaya


Pada mulanya TUDM memainkan peranan sebagai sebuah pasukan yang memberikan perkhidmatan
komunikasi dan perhubungan di antara formasi-formasi Tentera Persekutuan di samping membantu aktiviti
yang dijalankan oleh Tentera Udara Diraja British (RAF) dan Tentera Udara Diraja Australia (RAAF). Pada
ketika ini hanya dua pasukan tersebut mempunyai pesawat tempur yang menyokong operasi ketenteraan
khususnya dalam perjuangan menentang pengganas-pengganas komunis semasa Darurat.
Dalam tahun 1960, TUDM memperolehi keupayaan tempur dengan penghantaran 20 buah pesawat CL41-
G Tebuan yang dibuat di Kanada. Pesawat ini adalah satu pengembangan pesawat latihan jenis Canadair
Tutor, dan diberikan enjin yang lebih berkuasa dan dilengkapkan dengan stesen persenjataan di sayap
yang boleh memuatkan bom dan roket. Pesawat Tebuan ini dibahagikan kepada dua buah skuadron, iaitu
No. 6 Skuadron dan No. 9 Skuadron. TUDM merupakan pengguna tunggal pesawat CL41-G Tebuan  
Dalam masa ini juga TUDM telah menerima penghantaran 29 buah pesawat Aérospatiale Alouette III yang
digunakan untuk khidmat perhubungan. (Helikopter ini kemudiannya dilengkapkan dengan meriam 20 mm
ataupun mesingan 12.7mm dalam tahun 1970-an untuk memberikannya peranan sebagai pesawat
bantuan udara.

Pangkalan[sunting | sunting sumber]
TUDM mempunyai beberapa buah pangkalan yang digunakan untuk menempatkan pesawat dan unit-unit
TUDM yang lain. Antara pangkalan yang digunakan oleh TUDM adalah :

 TUDM Gong Kedak


 TUDM Alor Setar (Kolej Tentera Udara)
 TUDM Butterworth
 TUDM Kuantan
 TUDM Subang
 TUDM Kuching
 TUDM Labuan

Anda mungkin juga menyukai