Anda di halaman 1dari 7

SEKOLAH RENDAH

KEBANGSAAN SENADIN

UNIT KOKURIKULUM

KERTAS KERJA

1 MURID 1 SUKAN

BOLA JARING

JARINGAN EMAS

(TEORI DAN PRAKTIKAL)

2022
1) PENDAHULUAN

1.1 Kelab Bola Jaring Sk Senadin akan mengadakan satu program Jaringan Emas tentang
Bengkel Teori dan Praktikal Bola Jaring anjuran Kelab Bola Jaring . Program ini diharap akan
membantu memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar dalam teknik teori dan praktikal Jaringan
Emas Bola Jaring dan menguruskan aktiviti pertandingan peringkat sekolah . Program ini juga
dijangkakan dapat menyediakan pemain pelapis pasukan Bola Jaring Sekolah dalam jangka
panjang.

2) RASIONAL

2.1 Memberi pendedahan kepada murid sasaran terutama pelajar darjah 3, 4 dan 5 dalam tatacara
permainan.

2.2 mendapat pendedahan tentang strategi permainan dan asas taktikal jaringan.

2.3 mempraktikkan pengetahuan tentang cara membuat jaringan bola jaring yang betul.

3) OBJEKTIF

3.1 Menambah pengetahuan pelajar secara teori dan praktikal tentang cara membuat jaringan
yang betul sejajar dengan matlamat 1Murid 1Sukan.

3.2 Mempraktikkan pengetahuan asas tentang bermain secara berpasukan.

3.3 Memupuk semangat kerjasama, berkongsi pengetahuan dan ilmu di kalangan murid.

4) KUMPULAN SASARAN

4.1 Terbuka iaitu sebanyak 30 orang murid tahun 3, 4, dan 5 daripada setiap tahun.

4.2 Murid sasaran adalah yang telah dikesan mempunyai bakat dalam sukan bola jaring dan
mempunyai fizikal yang sesuai (tinggi).

5) KAEDAH PELAKSANAAN AKTIVITI

5.1 Ceramah (Teori)

5.2 Bengkel (Praktikal)


5.3 Perlawanan persahabatan

6) MENJARING

Menjaring adalah satu lagi kemahiran penting dalam sukan ini.Setiap pemain perlu mahir
membuat jaringan. Walaupun hanya terdapat dua orang pemain yang dibenarkan membuat
jaringan iaitu GA dan GS, namun pemain-pemain lain juga perlu mempunyai kemahiran ini. Ini
kerana, adakalanya penjaring tidak dapat bermain dengan baik dan dia perlu diganti dengan
pemain yang lain.Percubaan menjaringkan gol boleh dilakukan di mana-mana tempat di dalam
bulatan jaringan. Yang penting ialah ia perlu disesuaikan dengan cara menangkap bola,
kedudukan penjaring dalam bulatan jaringan dan ketinggian penghalang. Kemahiran membuat
jaringan memerlukan ketepatan pada sasaran dan pada gelang jaring.Kawasan jaringan hanya
boleh diduduki oleh pemain-pemain GS, GA, GK, dan GD sahaja. Tetapi hanya GS dan GA
yang boleh membuat jaringan, sementara yang dua lagi bertindak sebagai penghalang daripada
pasukan lawan. Jaringan dikira masuk apabila bola memasuki lilitan jaringan. Untuk menjadi
penjaring yang baik, seseorang pemain mestilah pantas, cekap dan berhati-hati. Penjaring
haruslah pantas berlari atau melompat serta cekap menangkap bola yang dihantar kepadanya.
Terdapat beberapa cara jaringan boleh dibuat. Antaranya ialah jaringan statik sebelah tangan,
jaringan sambal melompat dan jaringan sambil berlari.

6.1 JARINGAN STATIK SEBELAH TANGAN

a) Dengan cara ini, pemain berdiri seimbang dengan beratbadannya di atas kedua belah kaki
sementara tangan yang membuat jaringan berada di hadapan sedikit.

(b) Tangan yang menjaring diluruskan dan tapak tangan terhulur ke atas dengan jari dibuka dan
bola berada di atas jari dan ibu jari (bukan di tapak tangan).

(c) Tangan pemain dihulurkan ke atas supaya boleh berada sama tinggi dengan paras kepala
(atau lebih) dan menumpukan perhatian ke satu arah di bulatan jaringan.

(d) Dari kedudukan ini, bengkokkan siku dan bawa bola ke paras muka, dan serentak dengan ini,
bengkokkan lutut.

(e) Kemudian luruskan lutut dan tolak bola dengan tangan kearah jaringan.
6.2 MENJARING SAMBIL MELOMPAT

a) Cara ini sama juga dengan cara menjaring berdiristatik. Cuma bezanya ialah apabila hendak
membuat jaringan, penjaring akan melompat dan melepaskan bola ke jaring. Kedudukan badan,
kaki dan tangan adalah sama seperti membuat jaringan statik. Kelebihan jaringan cara ini ialah
memberi peluang kepada penjaring merapatkan diri dengan gol menerusi lompatannya.

6.3 MENJARING SAMBIL BELARI

a) Untuk membuat jaringan sambil berlari, undang-undang gerak kaki mestilah dipatuhi. Apabila
membuat jaringan, pemain mestilah memastikan laluan ke arah tiang gol lapang dan tidak
dihalang oleh pihak musuh supaya memudahkannya menuju ke arah tiang gol.Caranya ialah
pemain melompat dengan kaki yang bertentangan dengan tangan yang memegang bola dan
melepaskan bola sambil melompat.

b) Gerakan ini penting dalam kemahiran menjaring cara ini. Kelebihan menjaring cara ini ialah
jaringan dapat dibuat dengan pantas dan menyukarkan pemain lawan membuat halangan. Namun
menjaring dengan teknik ini memerlukan gabungan kepantasan dan ketepatan yang betul-betul
tinggi. Ini dapat dicapai dengan latihan yang berulang-ulang.

6.4 LOMPATAN (LONJAKAN)

a) Kemahiran melompat atau melonjak mesti ditingkatkan dari semasa ke semasa kerana sering
terdapat pemain yang tidak dapat melompat dengan betul. Melompat merupakan unsur penting
dalam sukan ini lebih-lebih lagi apabila pemain berhadapan dengan pihak lawan yang lebih
tinggi.Teknik lompatan dan kelajuan berlari hendaklah ditingkatkan supaya dapat
mencapaiketinggian lompatan yang maksimum.

b) Semasa melompat, kepala mesti lurus ke atas dan tangandihulurkan ke atas untuk menangkap.
PENGERUSI : EN AHMAD BIN OTHMAN

NAIB PENGERUSI : EN. AHAMAD BIN ENI

PENGURUS : PUAN NAZIAH BINTI BAHAR

JURULATIH : PUAN SITI NUR AZZIN BINTI HAMADAN

: CIK IZZAH HAMIZAH BINTI SHUIB

AHLI JAWATAN KUASA

1. ARABELLA ARIANA
2. DARLENE MCGRACE ANYIE
3. ELVELYN ELISA
4. LOUISA LIVAN LATIP
5. NORHIDAYATUL BINTI ABDULLAH
6. RUFHSHAMICA LAING ANAK DAWIE
7. MALISSA MALAYA ANAK MADELIN DURI
8. NUR FIONA FARHANIENA BINTI MAT RAHIM
9. SHARIFAH SHAFIDANIA BINTI WAN HIDZIR
10. STEPHENIE AWING STEWARD
ATUR CARA PROGRAM JARINGAN EMAS

TARIKH :13 Mac 2021

HARI : Sabtu

MASA :0800 hingg 1100

TEMPAT : Gelanggang Bola Jaring Sk Senadin

KUMPULAN SASARAN : 30 orang murid yang telah ditapis

ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil Pekara Jumlah Harga Catatan


1. Air meneral 2 kotak RM10 X 2 = RM20
2. kuih 45 bungkus RM2 X 45 = RM90
JUMLAH RM110
HARAPAN DAN PENUTUP 

Besarlah harapan pihak kami agar program yang dirancang ini akan menjadi kenyataan 
dengan mendapat kelulusan dan sokongan serta kerjasama dari semua pihak. Program ini 
dapat dilihat sebagai satu cara untuk merapatkan perpaduan dan meningkatkan kerjasama 
secara berpasukan dan juga diharapkan agar semua pihak yang terlibat mendapat 
pengalaman yang sangat berguna ke arah pembentukan jati diri yang unggul. 

DISEDIAKAN OLEH, 

(___________________________) 
NAZIAH BINTI BAHAR
( GURU PENASIHAT BOLA JARING) 

DISEMAK OLEH 
( _________________________) 

EN. AHAMAD BIN ENI

( PENOLONG KANAN KOKURIKULUM) 

DISAHKAN OLEH : 

(___________________________) 

EN. AHMAD BIN OTHMAN

(GURU BESAR SK SENADIN)

Anda mungkin juga menyukai