Anda di halaman 1dari 1

Kebakaran Belukar

Pada suatu petang, semasa cuaca panas terik, Puan Lim terkejut melihat asap tebal akibat kebakaran
belukar yang berlaku berhampiran dengan rumahnya. Secepat kilat Puan Lim mendail nombor 999 untuk
menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat. Kebetulan pada masa itu pengawai yang sedang bertugas
ialah Encik Suffian Kasim. Yang berikut ialah perbualan antara Puan Lim dengan Encik Suffian.

Puan Lim: Helo, itu balai bomba?

Encik Suffian: Selamat petang. Ya, Ini Balai Bomba dan Penyelamat Miri. Apakah yang dapat saya bantu,
puan?

Puan Lim: (cemas) Encik, tolong saya. Saya putus akal. Rumah saya diselubungi asap. Saya tidak dapat
bernafas dengan sempurna.

Encik Suffian: Bertenang, puan. Apakah sebenarnya yang sedang berlaku? Sila tarik nafas dan jawab
soalan-soalan saya. Siapakah nama puan? Apakah nombor telefon dan di manakah lokasi rumah puan
sekarang?

Puan Lim: Saya Puan Lim Siaw Mei. Nombor telefon saya ialah 656565. Alamat rumah saya ialah Lot 167,
Kuala Baram, Miri.

Encik Suffian: Baiklah. Apakah yang telah berlaku?

Puan Lim: Ada kebakaran berlukar berhampiran dengan rumah saya dan api itu semakin marak. Saya
berasa sangat takut kerana hanya saya dan cucu-cucu saya yang kecil berada di rumah. Suami saya
bekerja dan dia belum balik. Apakah yang harus saya buat? Saya tak ada kereta. Jiran pun jauh.

Encik Suffian: Sekali lagi bertenang, puan. Pihak kami akan menghantar pasukan penyelemat ke sana
dengan segera. Perkara yang perlu puan lakukan adalah tutup semua suis elektik. Selepas itu, bawa cucu-
cucu puan keluar dari rumah dan pergi ke tempat yang lebih selemat. Kami akan sampai di sana secepat
mungkin.

Puan Lim: Baiklah encik. Saya akan lakukannya seperti yang encik arahkan. Terima kasih

Encik Suffian: Sama-sama

Anda mungkin juga menyukai