Anda di halaman 1dari 4

Latihan Kefahaman “buktikan”

Darjah 5

Nama:____________________________ Kelas: ________________________________

Arahan: Baca petikan karangan di bawah ini dengan teliti.

“Mak, ingat ya. Jangan buka pintu sembarangan. Sekarang ada ramai penipu yang
suka menyamar dan mengambil kesempatan terhadap orang tua,” kata Puan Nadiah kepada
ibunya, Mak Limah.

Mak Limah hanya berdiam sahaja. Dia tahu bahawa anaknya amat menyayanginya
tetapi dia berkecil hati kerana merasakan seakan-akan dirinya tidak dipercayai.

“Selama aku duduk di rumah ini, dah berapa banyak harta kau yang hilang?” sindir Mak
Limah. Puan Nadiah tidak menjawab. Dia memang faham benar dengan perangai ibunya.
Ibunya memang tidak suka ditegur.

“Nadiah hanya pesan sahaja,” kata Puan Nadiah dengan lembut sebelum keluar ke
tempat kerjanya. Dia juga sempat mencium pipi ibunya.

1. Berikan satu bukti Mak Limah kecil hati dengan anaknya.


(2 markah)

2. Berikan dua bukti yang menunjukkan bahawa Puan Nadiah menyayangi ibunya.
(4 markah)

0
Selepas Puan Nadiah keluar, Mak Limah terdengar suara orang memberi salam.

“Ada apa, Encik?” tanya Mak Limah selepas menjawab salam pemuda itu.

“Selamat pagi, Makcik. Saya pekerja dari Kementerian Kesihatan. Saya ditugaskan
untuk memeriksa jika ruang dapur Makcik terdapat tempat pembiakan nyamuk,” kata pemuda
yang bermisai tebal itu.

Mak Limah tercegat di depan pintu dapur. Dia dapat merasakan ada sesuatu yang
kurang meyakinkan tentang pemuda tersebut. Dia berasa hairan kerana pemuda itu tidak
memakai pakaian seragam seperti pekerja-pekerja kementerian yang lain. Dia juga tidak
menunjukkan pas kerjanya. Mak Limah cepat-cepat mencari helah.

“Nanti ya, Encik. Makcik kejutkan majikan makcik dahulu. Makcik hanya pembantu
rumah sahaja,” jawab Mak Limah dengan harapan pemuda itu akan berasa takut. Mak Limah
cuba sedaya upaya untuk kelihatan tenang.

Tanpa berkata apa-apa, pemuda yang bermisai tebal itu terus membuka langkah
seribu meninggalkan tempat itu. Malah, fail yang dibawanya tadi ditinggalkan di depan pintu
Mak Limah. Mak Limah menghela nafas lega.

3. Berikan dua bukti pemuda bermisai tebal itu mencurigakan. (4 markah)

1
4. Berikan dua contoh yang menunjukkan Mak Limah seorang yang bijak apabila
menghadapi masalah. (4 markah)

5. Pemuda bermisai tebal itu berasa takut kerana Mak Limah hendak memanggil
majikannya. Nyatakan dua bukti yang menyokong pernyataan ini.
(4 markah)

2
Q34 – Q40 KEFAHAMAN 2 (22m)
Q34 Mak Limah berasa sedih / kecil hati. (2m)

Q35 Dia berpesan kepada ibunya dengan lembut. (2m)


Dia mencium pipi ibunya sebelum keluar bekerja. (2m)

Q36 Ada orang yang suka menyamar dan mengambil kesempatan terhadap orang tua.
(2m)

Q37 Pemuda itu tidak memakai pakaian seragam seperti pekerja-pekerja kementerian
yang lain. (2m)
Pemuda itu tidak menunjukkan pas kerjanya. (2m)

Q38 Mak Limah cepat-cepat mencari helah / Mak Limah mengatakan bahawa dia
hanya pembantu rumah sahaja. (2m)
Mak Limah cuba sedaya-upaya untuk kelihatan tenang. (2m)

Q39 Dia terus membuka langkah seribu meninggalkan tempat itu. (2m)
Fail yang dibawanya tadi juga ditinggalkan di depan pintu Mak Limah. (2m)

Q40(a) perangai (1m)


(b) helah (1m)

Anda mungkin juga menyukai