Anda di halaman 1dari 6

SKRIP SKETSA KEPENGGUNAAN

TEMA : “PERDAGANGAN SIHAT PENGGUNA BERKAT”

TAJUK : INGAT SEBELUM KENA, JIMAT SEBELUM HABIS

Kisah ini menceritakan tentang Penduduk Kampung Rambutan yang sangat taksub dengan barangan
kosmetik dan ubat kurus yang di jual oleh Fidah. Mereka membeli barangan tersebut tanpa
menghiraukan nasihat daripada kawan mereka Bella supaya tidak membeli barangan Kosmetik
tersebut. Bella berulangkali menasihati kawan-kawannya supaya jadi pengguna bijak .Oleh itu Bella
memberitahu kawan-kawannya iaitu Benny, Kim, Ana, dan Puspa supaya mengkaji sendiri kesan
penggunaan barangan yang di jual oleh Fidah kerana barangan tersebut baharu sahaja di jual di
Malaysia. Akibat tidak mendengar nasihat Bella, mereka berempat telah mendapat kesan yang tidak
baik selepas menggunakan produk kosmetik dan ubat kurus tersebut. Justeru itu, Pengerusi MPKK
Kampung Rambutan telah memanggil semua penduduk kampung untuk berkumpul di Balai raya.
Pengerusi MPKK( Majlis Pengurusan Komuniti Kampung) ingin membincangkan tentang masalah
yang dihadapi Penduduk Kampung Rambutan yang menghadapi masalah selepas menggunakan Produk
sampah yang dijual oleh Fidah. Akhirnya masalah dapat diselesaikan melalui mesyuarat yang diketuai
oleh MPKK Kg. Rambutan. Pengajarannya Penduduk Kampung akan sentiasa berhati-hati memilih
Produk Kosmetik dan ubat Kurus terutama produk yang baharu dipasarkan di Negara
Malaysia.Seterusnya mereka tahu hak sebagai pengguna dalam menuntut keadilan akibat ditipu oleh
Fidah dengan menjual Barangan Kosmetik dan Ubat Kurus yang tidak diluluskan oleh KKM
(Kementerian Kesihatan Malaysia).

BIL NAMA PELAJAR PERKARA PERANAN/


TUGAS

1. NELVYENNA Seorang yang sentiasa berhati-hati dalam membeli produk terutama BELLA
NONONG barangan kosmetik dan ubat kurus
2. ELNA CARLINA Seorang yang terlalu taksub untuk menguruskan badannya dan tidak PUSPA
EDMOND menghiraukan nasihat bella.
3. NOR RAFIDAH Seorang penjual Produk Kosmetik dan ubat kurus yang baharu di beli FIDAH
BINTI ABDUL dari china,dia tidak menghiraukan kesan penggunaan produk kepada
KARIM rakan sekampung. Beliau hanya mengutamakan keuntungan .
4. JOAN NICOLE Seorang yang terlalu percaya kepada Fidah kerana mahu menghilangkan KIM
ANN YALI jerawat di muka.Dia membeli Kosmetik tanpa memikirkan kesan yang
akan dialami kemudian hari.
5. NURSHAZWANIE Seorang yang sentiasa mengikuti dibelakang kawannya iaitu Ana, apa- ANA
BINTI JAYA apa sahaja produk yang dibeli oleh kawannya dia akan ikut membeli dan
mahu menggunakan produk tersebut untuk menghilangkan parut di
muka.
6. EVAN BROCKHEM Seorang bapa yang Prhatin terhadap anak-anaknya BAPA BENNY
ANDORO
7. ALEXDURANTIS Seorang yang sentiasa setia dengan MPKK Kampung Rambutan, SETIAUSAHA
EMISA Sentiasa bersedia menjalankan tugas yang telah diamanahkan. KAMPUNG
8. WESTLEY ASHLEY MPKK Kampung Rambutan yang sentiasa aktif dan cepat dalam MPKK
WALTER menyelesaikan masalah.Sentiasa Prihatin dengan keadaan pembangunan Kampung
yang berlaku di Kampung. Rambutan
9. ALBERT SAMUEL Seorang yang terlalu taksub untuk menguruskan badannya dan sentiasa BENNY
BIN SIKIBON mengikuti kawannya Puspa.Benny tidak menghiraukan nasihat bella.
10. JOHN ALBERT JUD Mengurus Muzik dan alatan yang diperlukan semasa Pertandingan PA SISTEM
Sketsa Kepenggunaan

GRAM MUZIK PENGENALAN

BABAK 1:

Semasa Melalui rumah Fidah di Kampung Rambutan, Benny, Ana, Puspa dan Bella telah di panggil
oleh Fidah, lalu keempat sekawan ini telah masuk ke dalam rumah Fidah.( Bunyi Muzik)

K/B : SUASANA DI RUMAH FIDAH SEDANG MENJUAL BARANGAN


KOSMETIK DAN UBAT KURUS KEPADA BENNY,KIM,ANA,PUSPA & BELLA

FIDAH : ( Nyanyi & Menari ikut rentak lagu pandanglah lihatlah)Hai semua, dari mana ni?

BENNY :Hi Fidah Cantik, Kami semua dari Kedai, jalan-jalan cari makan.

ANA :Fidah buat apa, Tunggu Putera datang Meminangkah.

FIDAH :Sebenarnya Fidah sedang tunggu bulan jatuh keriba.Eh, bukanlah.Fidah tunggu
Kamu semua cik adik cantik, cik abang kacak.

ANA, PUSPA, BENNY,KIM & BELLA: (Ketawa serentak ) terima kasih kerana puji kami.
Kak Fidah Puji kami ni, macam ada makna saja.

FIDAH : Jemput masuk rumah Fidah, Fidah ada Produk baharu ni, murah-murah lagi. Ada Ubat
Kurus, Krim Muka ajaib, dan macam-macam lagi.

PUSPA : Fidah, ubat kurus ni berkesankah? Berapa lama boleh kurus kalau saya makan ubat
ni?

FIDAH :Jangan risau , kalau kamu makan ubat kurus ni, dalam tempoh 2 minggu sahaja kamu
boleh kurus macam Lisa Surihani,isteri Yusri KRU.

PUSPA : Wah,Kalau macam tu saya mahu beli 5 botol. Berapa harganya? Bagilah diskaun sikit
sebab
Sebab Sayakan ambil banyak.

FIDAH : Sebenarnya harga sebotol RM 50 ringgit, kalau Puspa ambil 5 botol, Fidah bagi
diskaun sikit.Jadi harganya hanya RM 200.

PUSPA : Baiklah, terima kasih Fidah Cantik. Saya harap lepas ni saya ramping macam Lisa
Surihani.
BELLA :Puspa, saya rasa sangsilah dengan Produk Baharu ni, jangan-jangan belum diluluskan
oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.Janganlah beli barangan sampah macam ni.
Kalau nasib tidak baik, rosak badan kamu disebabkan oleh produk ni.

PUSPA : Tidak apa lah Bella, biar saya cuba dulu, sudah lama saya mahu jadi ramping macam
artis-artis di Malaysia.

BELLA :Kalau tidak mahu dengar nasihat saya, saya tidak boleh cakap apa-apa lagi. Saya
Cuma mahu bagi tahu , Lisa Surihani tu buat ‘Intermintten Fasting’ dia tidak guna
prodak-produk sampah macam ni.

FIDAH : Eh, Bella janganlah cakap buruk tentang produk saya, Sampai hati kamu cakap
produk saya macam sampah.Kalau tidak mahu, tidak payah tengo-tengo produk
jualan saya.

BELLA : Kalau macam tu, saya tunggu kawan-kawan saya di sini sahaja. (Sambil menjeling-
Jeling perlakuan kawan-kawannya)

BENNY : Eh, Saya pun mahu ubat kurus macam Puspa juga. Manalah tau boleh kurus dalam
Masa yang singkat.

FIDAH : Jangan risau kesannya memang cepat, seawal 2 minggu boleh Nampak sudah
kesannya.

ANA :Fidah, Saya mau beli Krim ajaib, manalah tahu kan, boleh hilang jerawat saya
ni.Berapa harga Krim ajaib ni Fidah?

FIDAH :Harga krim ajaib ni Cuma RM 100 Sahaja, tapi selepas 2 minggu muka kamu akan
Cantik berkilat, mulus dan halus.

ANA :Wow krim ajaib ni lah saya cari selama ini. Ok lah saya cuba 1 botol dahulu.

KIM : Eh, murahnya krim ajaib ni, kalau macam tu, Kim pun mahu cuba juga. Manalah tau
Boleh jadi macam Erra Fazira.

FIDAH : Hah, macam tu lah, cuba dulu baru tahu kesannya.Bukan macam kawan kamu seorang
tu, tak nak beli tapi mahu kasi buruk-buruk pula produk saya.

BELLA : Kim, Ana, Benny mari sekejap. Betulkah kamu mahu beli produk sampah ni. Fikir dulu
Sebelum beli. Nanti menyesal tiada guna, seperti kata pepatah nasi sudah menjadi
bubur.Nanti kamu yang dapat susah.

KIM,ANA & BENNY : Tidak apa lah Bella, Biar kami cuba dulu ya.

FIDAH : Terima Kasih semua, jangan lupa bagi tahu kawan-kawan ya, Fidah jual Barangan baik
punya.
KIM,ANA, BENNY & BELLA: Baiklah, kami pulang dulu ya.

BABAK 2:

Selepas 2 minggu menggunakan produk krim ajaib dan ubat kurus, Ana, Benny, Kim & Puspa
mendapati produk tersebut tidak diluluskan oleh KKM, malahan muka Ana dan Kim bertambah
teruk.Badan Benny & Puspa pula semakin besar.

BAPA BENNY : Benny, kenapa badan kamu makin membesar. Kamu macam tidak sihat saja.

BENNY : (melihat Cermin) Bapa, Badan benny rasa gatal dan macam ada benjolan di
Perut. Sakitlah.

BAPA BENNY :Benny, mari kita pergi hospital.

BENNY : Baiklah bapa.(Sambil menangis)

PUSPA : (bangun tidur dan melihat cermin) Oh tuhan, apa dah jadi ni, kenapa
perut saya makin besar, macam mengandung. Eh gatal-gatal pula badan saya.
(Menangis)
ANA : (bangun dan melihat cermin) Mama, ayah… Tengo muka Ana, apa dah
Jadi ni. Kenapa begini..Tidak.. (Menangis)

KIM : (bangun dan melihat cermin) Tidak…. Ini bukan saya, kenapa muka
saya macam ni.Menyesal tidak dengar cakap Bella. Menyesal beli Produk
Sampah. (Menangis)

BABAK 3:

Selepas KIM,ANA,PUSPA & BENNY mendapat musibah. Pengerusi MPKK telah menjemput semua
penduduk Kampung Rambutan berkumpul untuk membincangkan masalah yang berlaku di Kampung
mereka. Tujuannya supaya penduduk Kapung Rambutan akan lebih berhati-hati membeli produk yang
tiada kelulusan KKM.

(Muzik Pembukaan Mesyuarat)

MPKK kampung :Apa khabar semua?

Penduduk Kampung :Khabar baik Tok.

MPKK Kampung :Semua sudah ada?

Penduduk Kampung : Semua sudah ada Tok.

MPKK Kampung :Baiklah, Mari kita mulakan mesyuarat kita.


Penduduk Kampung :Baik Tok
MPKK Kampung :Selamat pagi semua.

Penduduk Kampung :Selamat Pagi Tok.

MPKK Kampung :Tujuan kita semua berkumpul hari ini, kerana ingin membincangkan tentang
masalah yang berlaku di Kampung Rambutan.Hal ini berkaitan dengan Fidah
yang telah menjual Produk sampah kepada Ana, Kim, Benny dan Puspa.Selaku
MPKK Kampung saya harap kita semua akan lebih peka terhadap masalah yang
berlaku di Kampung kita. Jadi kita teruskan dengan pelaporan daripada
setiausaha Kampung Rambutan.

Setiausaha Kampung :Selamat pagi semua, Saya ingin melaporkan tentang masalah yang disebabkan
Oleh Fidah. Cik Fidah telah menjual Produk yang tidak diluluskan oleh KKM.
Oleh itu, rakan sekampung yang telah membeli produk tersebut telah mengalami
Masalah badan mengembang dan muka berkudis. Baiklah Tok,Itu sahaja
pelaporan saya Tok.

FIDAH :Selamat pagi Tok dan rakan sekampung, apa salah saya, mereka yang salah
Kerana membeli produk saya. Saya tidak memaksa mereka membeli Produk
yang saya jual.

MPKK Kampung :Baiklah, apa pandangan Kamu semua?

BELLA : Fidah tetap bersalah Tok sebab dia telah menjual produk yang tidak diluluskan
Oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Saya harap kita akan melaporkan
kesalahan Fidah ini kepada KPDNHEP.

FIDAH :Fidah tak bersalah, kalau benar Fidah bersalah, buktikan kepada penduduk
Kampung bahawa aku bersalah.

ANA & KIM : Ini buktinya Tok, lihat muka kami dua , buruk dan makin teruk.

PUSPA : Tok, ini juga boleh jadi bukti,badan saya dan Benny bengkak selepas
menggunakan ubat kurus yang dijual oleh Fidah.

FIDAH : Eh, tolong sikit, jangan cakap sembarangan, kalau betul Fidah bersalah sila
Laporkan kepada persatuan Pengguna.Fidak tak takut. Lain kali jangan
Fitnah orang, nanti berdosa.Selagi belum dibuktikan Fidah bersalah jangan
Fitnah Fidah.

MPKK Kampung : Baiklah, mseyuarat sampai di sini sahaja, saya akan laporkan kepada Pihak
Kementerian Perdagangan Dalam negeri dan Hal Ehwal Pengguna
(KPDNHEP)

Penduduk Kampung : Baik tok.


BABAK 4:
Setelah seminggu, Pihak Persatuan Pengguna telah dapat membuktikan Fidah telah melanggar akta
Pengguna. Fidah didapati bersalah dan dikenakan hukuman.

MPKK Kampung :Terima kasih kepada semua penduduk Kampung yang hadir pada hari
ini.Keputusan telah saya perolehi. Didapati Fidah telah melanggar Akta 599
Akta perlindungan pengguna, Fidah akan dikenakan denda setimpal dengan
Kesalahan yang dilakukan olehnya.

FIDAH : (menangis) Fidah minta maaf Ana, Puspa, Kim dan Benny. Fidah tidak akan
Melakukan kesalahan ini lagi. Fidah harap kamu maafkan fidah.Kerana
ketamakan Fidah, maruah diri dan keluarga tercalar. Fidah insaf. Fidah tidak
Akan mengulangi kesilapan lagi.

Penduduk Kampung :Kami semua maafkan kesalahan kamu Fidah.

GRAM MUZIK PENUTUP

Anda mungkin juga menyukai