Anda di halaman 1dari 4

BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


ARAS 5 & 6, BLOK E14, KOMPLEKS E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA

NOTA KULIAH 3
SEMESTER SEMESTER 3 TAHUN 2 DIPLOMA SESI 2020

JABATAN JABATAN PERNIAGAAN

PROGRAM DIPLOMA PERAKAUNAN

KOD / KURSUS DBE 3323 PENGAUDITAN 2


K1 JADUAL HARTANAH , LOJI DAN PERALATAN (PPE)
KOMPETENSI K2 JADUAL ASET-ASET LAIN - PELABURAN
K3 JADUAL ASET SEMASA – AKAUN BELUM TERIMA
K4 JADUAL ASET SEMASA - INVENTORI
K5 JADUAL ASET SEMASA – TUNAI DAN SETARA TUNAI

KOMPETENSI UNIT
3.1 Menerima arahan kitaran akaun belum terima
3.2 Mendapatkan dokumen kitaran Akaun Belum Terima
3.3 Memeriksa kitaran Akaun Belum Terima
3.4 Membuat ringkasan penemuan audit kitaran Akaun Belum Terima

1. Menyediakan dokumen audit aset bukan semasa dan aset semasa (C3,
PLO3)
2. Menentusah jadual pengauditan aset bukan semasa dan aset semasa
HASIL PEMBELAJARAN (P4, PLO2)
3. Mematuhi prosedur mengaudit aset bukan semasa dan aset semasa (A2,
PLO6)
PLO 2 Mengaplikasi kemahiran praktikal dalam Perakaunan

PLO 3 Mengenalpasti dan menyelesaikan masalah secara kreatif, inovatif dan efektif
dalam bidang Perakaunan

PLO 6 Memahami serta memberi komitmen secara profesional, beretika dan


bertanggungjawab selari dengan kod amalan profesion

MAKLUMAT PELAJAR

NAMA

TARIKH

TAJUK : JADUAL ASET SEMASA – BELUM TERIMA

TUJUAN :
Kertas penerangan ini bertujuan untuk membantu pelatih dalam menguasai pengetahuan dan
kefahaman tentang mengaudit aset semasa iaitu belum terima.
PENERANGAN

DEFINISI AKAUN BELUM TERIMA (ABT)

• ABT adalah penerimaan yang sepatutnya diterima pada tempoh kewangan tetapi tidak
diterima sehingga tempoh kewangan berakhir.

• ABT juga adalah satu janji bayar dari pelanggan keatas hutang akibat dari penjualan barangan
atau perkhidmatan secara kredit. ABT ini dijangka dapat dikutip terma kredit tertentu.

• Apabila penghutang tidak menjelaskan hutang selepas tempoh kredit yang diberikan dan
usaha telah dilakukan untuk mengutip hutang tersebut gagal , maka akaun belum diterima
tersebut akan dikategorikan sebagai akaun belum terima tidak dapat dikutip (hutang ragu).

DOKUMEN SUMBER PENGAUDITAN AKAUN BELUM TERIMA

I. Lejar Penghutang
II. Senarai Penghutang - untuk menyediakan Laporan Pengumuran Penghutang

PROSEDUR AUDIT AKAUN BELUM TERIMA

I. Dapatkan laporan pengumuran Akaun Belum Terima.


 Pengumuran akaun belum terima merupakan analisis baki akaun belum terima dengan
membahagikannya mengikut umur. Biasanya semakin lama baki akaun itu tidak
dibayar, semakin rendah kemungkinan akaun itu akan dibayar. Jadi peruntukan hutang
lapuk yang tinggi perlu dikenakan. Jadual pengumuran akaun belum terima dapat
memberi tanda tentang kebolehkutipan akaun tersebut.

 Kaedah pengumuran yang digunakan adalah berbeza-beza diantara satu entiti dengan
entiti yang lain. Biasanya jadual pengumuran disediakan oleh pelanggan. Juruaudit
hanya perlu menjalankan audit tentang ketepatannya dengan menyemak dan
membandingkannya dengan rekod akaun belum terima.

a) Sahkan jumlah dalam lejar am.


b) Kira semula laporan pengumuran.
c) Semak semula penghutang yang ada baki kredit.
d) Menyemak pertukaran asing digunakan.

II. Memilih sampel yang material untuk kitaran Akaun Belum Terima.

a) Menghantar surat pengesahan kepada penghutang.


b) Bandingkan jawapan yang diperolehi dengan amaun dalam laporan pengumuran.
c) Sekiranya tidak dapat jawapan, dapatkan senarai baki penghutang 3 bulan
berikutnya untuk melihat terdapat pembayaran atau tidak.

 Boleh melakukan pengesahan langsung daripada pihak penghutang. Teknik ini


dinamakan pengesahan akaun belum terima atau pengedaran surat penghutang.
Pengesahan akaun belum terima dilaksanakan melalui dua cara iaitu pengesahan
positif dan pengesahan negatif.
i. Pengesah positif.
- Pengesahan positif disediakan dalam bentuk surat, yang dihantar kepada
penghutang dengan menghendaki penghutang membalasnya untuk memberi
perakaun sama ada jumlah hutang penghutang yang dinyatakan dalam surat
pengedaran itu betul atau tidak.
- Surat pengesahan itu dihantar oleh syarikat kepada penghutang yang dipilih
oleh juruaudit untuk diuji. Penghutang diminta menghantar terus jawapan
kepada juruaudit. Pengiriman surat pengedaran dibuat melalui syarikat kerana
perhubungan tidak wujud diantara juruaudit dengan penghutang. Balasan
langsung daripada penghutang kepada juruaudit dapat mengukuhkan mutu
bukti tentang kesahan baki akaun belum terima

ii. Pengesahan negative


- Pengesahan negatif pula merupakan pengedaran surat kepada penghutang
yang balasannya daripada penghutang hanya perlu dibuat sekiranya jumlah
akaun belum terima yang dinyatakan dalam surat pengesahan yang dihantar itu
tidak betul.
- Tatacara audit melalui surat pengesahan bukan sahaja menjadi bukti tentang
kesahan baki akaun belum terima, tetapi juga memberikan maklumat
tambahan tentang keberkesanan sistem kawalan dalaman syarikat.
- Tatacara pengesahan ini dapat mendedahkan beberapa perkara antaranya
termasuklah:

 Akaun belum terima palsu atau penipuan yang berkaitan.


 Kesilapan atau manipulasi proses tempoh jualan.
 Jualan yang dimasukkan dalam akaun belum terima atau penipuan yang
berkaitan.
 Jumlah akaun belum terima yang dinafikan kebenarannya oleh
penghutang.

III. Menyemak Nota kredit selepas tarikh imbangan duga.


• Sekiranya terdapat nota kredit, pastikan pelarasan perlu dibuat pada imbangan duga
terlaras.

IV. Menyemak laporan pengumuran dan mengenalpasti amaun yang material yang boleh
dikategorikan sebagai hutang lapuk.

a) Dapatkan rekod pengumpulan seterusnya.


b) Semak semula rekod pembayaran semasa tempoh perakaunan.
c) Keperluan sama ada tindakan perundangan harus diambil atau tidak.
d) Berbincang dengan pengurusan peruntukan amaun hutang lapuk.
SOALAN:

Jawab soalan di bawah.

1. Berikan definisi Akaun belum terima


__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________

2. Berikan dua dokumen yang diperlukan untuk kitaran akaun belum terima
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________

3. Berikan definisi tunai


___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
______________________________________________________________

4. Nyatakan dokumen yang digunakan untuk mengaudit tunai.


__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________

RUJUKAN :

Mohd Abdullah Jusoh dan Hazianti Abdul Halim (2006). Pengauditan. CERT Publication.

Takiah Iskandar (2001). Asas Pengauditan . Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Anda mungkin juga menyukai