Anda di halaman 1dari 10

BAHAGIAN PENDIDIKAN DAN LATIHAN TEKNIKAL VOKASIONAL

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


ARAS 5 & 6, BLOK E14, KOMPLEKS E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA

NOTA KULIAH 1

SEMESTER SEMESTER 2 TAHUN 1 DIPLOMA SESI 2023/2024

JABATAN JABATAN PERNIAGAAN

PROGRAM DIPLOMA PERAKAUNAN

KOD / KURSUS DBE2113 PERAKAUNAN KEWANGAN 2


K1 MENGURUS AKAUN BELUM BAYAR
K2 MENGURUS AKAUN BELUM TERIMA
KOMPETENSI
K3 MENYEMAK PENYATA PENYESUAIAN BANK
K4 MENGURUS WANG TIDAK DITUNTUT
K5 AKAUN CAWANGAN DISATUKAN

1.1 Menyatakan definisi dan fungsi Senarai Akaun Belum Bayar dan Pengumuran Akaun Belum Bayar
KOMPETENSI UNIT
1.2 Membuat penyesuaian / perbandingan Lejar Akaun Belum Bayar dengan Penyata Pembekal dan Surat
Pengesahan Juruaudit.
1.3 Menganalisis Akaun Belum Bayar berkaitan tempoh Pengumuran dan amaun tertunggak .
1.4 Menyatakan tindakan yang perlu diambil berdasarkan analisis pengumuran mengikutk riteria berikut:
1.5 Mengenalpasti kaitan antara BukuTunai dan Akaun Belum Bayar (Account Payable).
1.6 Menyatakan tujuan menyelia baki BukuTunai dan baki wang di bank mencukupi sebelum meluluskan senarai
pembayaran.

1. Menerangkan konsep Pengurusan Akaun Belum Bayar, Pengurusan Akaun Belum Terima, Semakan
Penyata Penyesuaian Bank, Mengurus Wang Tidak Dituntut dan menyedia Akaun Cawangan
Disatukan (C2, PLO 1, CLUSTER 1).
HASIL 2. Menyediakan Laporan Pengurusan Akaun Belum Bayar, Pengurusan Akaun Belum Terima, Semakan
PEMBELAJARAN Penyata Penyesuaian Bank, Laporan Pengurusan Wang Tidak Dituntut dan Penyata Kewangan Akaun
Cawangan Disatukan (C3, PLO3, CLUSTER 2).
3. Menunjukkan kerjasama dalam melaksanakan penyediaan laporan Penyata Kewangan Akaun
Cawangan Disatukan (A2, PLO5, CLUSTER 3b).

PLO 1 Menjelaskan kefahaman secara sistematik berkaitan pengetahuan teori dan teknikal untuk melaksanakan
pelbagai tugasan rutin dan bukan rutin dalam bidang Perakaunan
PLO 3 Menggunakan kemahiran mentafsir, mengaplikasi dan menilai serta menyelesaikan masalah spesifik berkaitan
bidang Perakaunan
PLO 5 Berinteraksi dengan berkesan secara individu atau berpasukan dan berkhidmat kepada masyarakat

MAKLUMAT PELAJAR
NAMA

TARIKH

TAJUK / TITLE:
MENGURUS AKAUN BELUM BAYAR (MANAGE ACCOUNTS PAYABLE)
TUJUAN PEMBELAJARAN / INSTRUCTIONAL AIMS :

Nota Kuliah ini dibuat untuk pelajar-pelajar menguasai dan mengaplikasi pengetahuan dan
kefahaman tentang teori dan amali berkaitan Akaun Belum Bayar.

(i) Menyatakan definisi dan fungsi Senarai Akaun Belum Bayar dan Pengumuran Akaun
Belum Bayar.
(ii) Membuat penyesuaian / perbandingan Lejar Akaun Belum Bayar dengan Penyata
Pembekal dan Surat Pengesahan Juruaudit.
(iii) Menganalisis Akaun Belum Bayar berkaitan tempoh pengumuran dan amaun tertunggak.
(iv) Mengambil tindakan berdasarkan analisis pengumuran.
(v) Mengaitkan antara Buku Tunai dan Akaun Belum Bayar
(vi) Tujuan menyelia baki Buku Tunai dan baki wang di bank mencukupi untuk meluluskan
pembayaran.

DEFINISI DAN FUNGSI SENARAI AKAUN BELUM BAYAR

1. Definisi Senarai Akaun Belum Bayar (Creditors Listing)


- Sebelum menyediakan Senarai Akaun Belum Bayar (Creditors Listing), belian
barangan jualan atau perkhidmatan daripada pembekal yang telah dilakukan
secara kredit dan jumlah pembayaran yang telah dibuat dapat dirujuk dalam
Lejar Subsidiari.

- Di dalam Lejar ini setiap pembekal atau pemiutang mempunyai akaunnya sendiri
dan pemilik perniagaan boleh melihat jumlah baki yang masih belum dijelaskan.

- Dapat dirumuskan bahawa Senarai Akaun Belum bayar (CL) adalah untuk:
(i) melihat baki hutang yang masih belum dijelaskan.
(ii) menyenaraikan baki hutang kepada setiap pemiutang samada Pemiutang
Niaga atau Pemiutang Lain.
(iii) menunjukkan jumlah hutang perniagaan kepada pembekal/pemiutang
dalam satu tempoh masa.
Contoh :
Nama Perniagaan : Lee Brothers Hardware Trading
Senarai Akaun Belum Bayar pada 31 Mac 2018

Bil Particular Folio Trade Others Remark


Creditors Creditors
1 Mydin Holding TC01 5,875.00
2 Takashima Trading TC02 4,000.00
3 Tenaga Nasional Bhd OC01 239.80
4 Syarikat Air Trg OC02 55.40

JUMLAH 9,875.00 295.20

Ini bermaksud bahawa Lee Brothers masih belum menjelaskan hutang sebanyak
RM9,875.00 kepada Pemiutang Niaga dan RM295.20 kepada Pemiutang Lain.

2. Definisi Pengumuran Akaun Belum Bayar.

- Pengumuran berkait rapat dengan tempoh kredit. Tempoh kredit adalah satu
kemudahan yang diberikan oleh pembekal untuk menjelaskan amaun perlu
bayar dalam invois dalam tempoh masa yang dipersetujui.

- Pengumuran Akaun Belum Bayar bermaksud tempoh masa perniagaan masih


belum menjelaskan hutang (tempoh keberhutangan) kepada pembekal bagi
setiap urusniaga belian kredit.

3. Tujuan Pengumuran :
- Proses analisis pengumuran adalah bagi menentukan pembayaran kepada
pembekal akan dibuat tepat pada masanya atau sebelum tarikh akhir
pembayaran dengan tujuan :
(i) Menjaga hubungan baik dengan pihak pembekal
(ii) Menjaga bekalan stok tidak terjejas
(iii) Mengelakkan sebarang caj / faedah di atas jumlah tunggakan hutang
PENYESUAIAN / PERBANDINGAN LEJAR AKAUN BELUM BAYAR DENGAN
PENYATA PEMBEKAL DAN SURAT PENGESAHAN JURUAUDIT.

Sebelum analisis pengumuran dilakukan, pemilik perniagaan perlu membuat perbandingan


dan penyesuaian jika berlaku perbezaan antara Lejar Pemiutang dan Penyata Akaun yang
dihantar oleh pemiutang atas sebab-sebab berikut :

i. Cek telah diposkan kepada pemiutang tetapi belum diterima oleh pemiutang.
ii. Kesilapan- tersalah masuk akaun pemiutang lain.
iii. Kesilapan oleh pemiutang/ pembekal - tersalah masuk akaun.
iv. Kesilapan mencatat amaun. Contoh RM 1211 dicatat sebagai RM 1121.

PENYATA PENYESUAIAN PEMIUTANG BAGI BULAN ……………….

NAMA PEMIUTANG : ……………………………………..………………………………..

BAKI SEPERTI DALAM LEJAR PEMIUTANG XXXXX

TAMBAH :

TARIKH PERKARA NO. RUJUKAN NILAI


Cek telah diposkan kepada pemiutang tetapi belum diterima oleh
pemiutang.
Kesilapan oleh pemiutang - tersalah masuk akaun
xxxx
XXXXX
TOLAK :
TARIKH PERKARA NO. RUJUKAN NILAI
Kesilapan- tersalah masuk akaun pemiutang lain

xxxx

XXXXX
BAKI SEPERTI DALAM PENYATA AKAUN PEMIUTANG
CONTOH SURAT PENGESAHAN JURUAUDIT :
CONFIRMATION FOR AUDIT PURPOSES
THIS IS NOT A REQUEST FOR PAYMENT

Date : 28/2/2018

To : Orient Sdn. Bhd


Lot 3, Wisma Tunku Azman
Taman Setiawangsa
81800 Ulu Tiram Johor

RE: AE Electric Sdn. Bhd.


-------------------------
In the course of our regular examination of the accounts of our above client, we find that the
balance on your account is as follows:

Balance as at Due from you Due to you


28/2/2018 RM0.00 RM 7,500.00

If the balance shown above at the date mentioned is correct, please confirm by signing this
letter where indicated and returning to us.

We appreciate that the account may have been paid or settled since the date mentioned but
confirmation of the balances still required and no reference to payment need be made.

If the balance is not correct we should be obliged if you would write direct to us giving details
of the difference.

Kindly send to the following address:


SHAZIN & CO.
Chartered Accountants
303A, Jalan Mahkota,Taman Maluri, 55100 Kuala Lumpur
Tel # 03-92844366 / 92845366; Fax # 03-92848366

Yours faithfully,

-------------------------------------
For and behalf of
SHAZIN & CO.
CONFIRMATION
I/ we confirm that the balance shown above is correct.

Signature:
Position:
Date: COMPANY CHOP
MENGANALISIS AKAUN BELUM BAYAR BERKAITAN TEMPOH PENGUMURAN DAN
AMAUN TERTUNGGAK

CONTOH 1 :

Read more: http://www.businessdictionary.com/definition/accounts-payable-


aging.html#ixzz3UB8eQDH7

Rumusan Analisis Pengumuran di atas :

Perniagaan masih ada berhutang kepada Olivia Webb sebanyak RM842.36 dalam tempoh 61-
90 hari. Daripada analisis ini, perniagaan perlu memberi keutamaan membuat pembayaran
kepada pemiutang ini.

Keutamaan pembayaran kepada pemiutang akan mencerminkan kredibiliti perniagaan


kepada pihak pembekal. Dua (2) kriteria dalam mengambil tindakan daripada analisis
pengumuran ialah :

(i) Tempoh kredit yang diberikan oleh pihak pemiutang. Jika tempoh kredit 45 hari dan
perniagaan belum menjelaskan hutang sehingga 62 hari, ini akan menjejaskan
nama baik perniagaan dan boleh mengganggu proses mendapatkan bekalan
berterusan.
(ii) Polisi Keberhutangan Perniagaan. Jika Perniagaan telah menetapkan tempoh
keberhutangan adalah 30 hari maka perniagaan perlu membuat pembayaran dalam
tempoh tersebut sekalipun tempoh kredit diperoleh adalah 45 hari. Ini akan
meningkatkan kepercayaan pemiutang kepada perniagaan bagi membina hubungan
baik 2 hala.

Perniagaan juga perlu menyelia Buku Tunai dan Buku Kawalan Bank bagi tujuan berikut :

i) Melihat kecukupan wang untuk membayar hutang dan dahulukan hutang lama.
ii) menjamin wang mencukupi sebelum meluluskan pembayaran.
iii) mengelakkan sebarang kesilapan catatan / perekodan.
iv) mengelakkan daripada berlaku cek tendang dan pembekal tidak percaya.
CONTOH 2 : JADUAL PENGUMURAN AKAUN BELUM BAYAR

Rumusan analisis pengumuran di atas juga menunjukkan perniagaan perlu memberi


keutamaan menjelaskan hutang yang tempoh keberhutangannya menghampiri 90 hari.
LATIHAN MENGURUSKAN AKAUN BELUM BAYAR

1. Apakah maksud tempoh kredit?


...........................................................................................................................................
...........................................................................................................................................
.............................................................................................................

2. Nyatakan fungsi Senarai Akaun Belum Bayar.


...........................................................................................................................................
...........................................................................................................................................
............................................................................................................
3. Nyatakan fungsi Jadual Pengumuran Akaun Belum Bayar.
...........................................................................................................................................
...........................................................................................................................................
.............................................................................................................
4. Nyatakan kaitan antara Buku Tunai dan Akaun Belum Bayar.

.................................................................................................................................
.................................................................................................................................

5. Apakah 2 kriteria dalam tindakan yang perlu diambil selepas menganalisis pengumuran
Akaun Belum Bayar ?
a)..............................................................................................................................

b)..............................................................................................................................

6. Jelaskan fungsi Buku Tunai dalam pengurusan Akaun Belum Bayar


...........................................................................................................................................
.......................................................................................................................
7. Nyatakan tujuan menyelia Buku Tunai dan baki wang di bank mencukupi sebelum
meluluskan pembayaran.
...........................................................................................................................................
.......................................................................................................................
RUJUKAN (REFERENCES):

Rujukan Utama

1. Morni Hayati Jaafar Sidik, 2016, Financial Accounting 1, Oxford Fajar Sdn. Bhd.

RujukanTambahan

 Mohd Nizal Hanif, Anuar Nawawi, Rodziah Abd Samad dan Intan Salwani Mohamed
(2014), Fundamentals Of Financial Accounting , Companion Website
 MALAYSIAN ACCOUNTING STANDARD BOARD (MASB) / FINANCIAL REPORTING
STANDARD (FRS) http://www.masb.org.my/images/stories/archive/PERS/!masb1.pdf
 Bahan Simulasi Amali Industri, Kursus Pemantapan SKM Tahap 4 (2014), Institut
Xelfact, Kuala Lumpur.
 Wan Madznah Wan Ibrahim (2015), Perakaunan Teks STPM, Penggal 2, Oxford Fajar
Sdn. Bhd.
 Frank Wood dan Alan Sangster (2012), Business Accounting 2, Pearson Education
Limited.

Anda mungkin juga menyukai