Anda di halaman 1dari 18

BAHAGIAN PENDIDIKAN DAN LATIHAN TEKNIKAL VOKASIONAL

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


ARAS 5 & 6, BLOK E14, KOMPLEKS E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN,
62604 PUTRAJAYA, MALAYSIA
NOTA KULIAH 3
SEMESTER SEMESTER 3 TAHUN 1 DIPLOMA SESI 2023

JABATAN JABATAN PERNIAGAAN


PROGRAM DIPLOMA PERAKAUNAN

KOD / KURSUS DBE 3333 PERCUKAIAN 1


K1 PENGENALAN PERCUKAIAN DI MALAYSIA
KOMPETENSI K2 MENGUMPUL MAKLUMAT CUKAI INDIVIDU
K3 MELAKSANAKAN PENGIRAAN ELAUN/PELEPASAN DIBENARKAN BAGI CUKAI
INDIVIDU
K4 MELENGKAPKAN PENGIRAAN ELAUN MODAL UNTUK INDIVIDU
K5 MENYEDIAKAN PENGIRAAN CUKAI PENDAPATAN KENA DIBAYAR BAGI INDIVIDU
K6 MENYEMAK PENGIRAAN CUKAI PENDAPATAN KENA DIBAYAR BAGI INDIVIDU
K7 MELENGKAPKAN BORANG CUKAI LHDN UNTUK INDIVIDU
K8 MENGESAHKAN STATUS PEMBAYARAN CUKAI UNTUK INDIVIDU

KOMPETENSI UNIT 3.1 Mengenalpasti pengiraan elaun / pelepasan dibenarkan


3.2 Mengira elaun / pelepasan yang dibenarkan
3.3 Menyelesaikan pengiraan elaun / pelepasan dibenarkan

1. Menganalisa maklumat percukaian individu untuk pengiraan cukai (C3, PLO3, CLUSTER
2).
HASIL 2. Melaksanakan pengiraan cukai individu berasaskan dokumen sokongan berkaitan (P3,
PEMBELAJARAN PLO2, CLUSTER 3a).
3. Mengikut peraturan Akta Cukai Pendapatan 1967, ketetapan Umum LHDN dan peraturan
lain yang berkaitan dengan percukaian individu (A2, PLO8, CLUSTER 5).
PLO 2 Mengaplikasi pelbagai kemahiran praktikal, kaedah dan prosedur untuk melaksanakan tugasan
dalam bidang Perakaunan.

PLO 3 Menggunakan kemahiran mentafsir, mengaplikasi dan menilai serta menyelesaikan masalah
spesifik berkaitan bidang Perakaunan.

PLO 8 Mematuhi etika profesionalisma dalam persekitaran pekerjaan serta sosial

MAKLUMAT PELAJAR

NAMA

TARIKH

TAJUK :
MELAKSANAKAN PENGIRAAN PELEPASAN DIBENARKAN BAGI CUKAI INDIVIDU

TUJUAN :
Kertas penerangan ini bertujuan untuk membantu pelatih dalam menguasai pengetahuan dan
kefahaman tentang jenis-jenis elaun/pelepasan dibenarkan, kadar elaun/pelepasan dibenarkan
serta kategori elaun/pelepasan dibenarkan.
1
2.1 MENGENALPASTI PENGIRAAN PELEPASAN DIBENARKAN

Jenis-jenis dan kategori pelepasan

a) Pelepasan Peribadi

I. Pelepasan Diri RM9000


Menurut seksyen 46 ACP 1967, setiap individu akan diberikan pelepasan diri dengan tujuan
untuk mengurangkan pendapatan boleh cukai. Nilai tambahan akan diberikan jika individu
berkenaan adalah cacat atau kurang upaya.

ii. Pelepasan isteri/ bekas isteri RM4000


Menurut seksyen 47(1) ACP 1967, individu layak menuntut pelepasan isteri jika isterinya tidak
bekerja dan juga apabila isteri memilih untuk membuat taksiran bersama. Nilai tambahan akan
diberikan jika isteri cacat (OKU).

iii. Pelepasan suami


Mulai tahun taksiran 2002, apabila isteri bekerja dan si suami tidak bekerja kerana kurang
upaya, isteri layak menuntut pelepasan suami.

iv. Pelepasan anak


Menurut seksyen 48 ACP 1967, anak didefinisikan sebagai anak sendiri, anak tiri atau anak
angkat yang sah menurut undang-undang Malaysia ataupun luar Malaysia.
Syarat:
1. Berumur bawah 18 tahun RM2000 seorang
2. Menuntut sepenuh masa di sekolah, kolej, universiti atau pertubuhan pendidikan serupa. 18
tahun keatas, belum berkahwin. belajar ijazah dan keatas, RM8,000
3. Berkhidmat dibawah artikelship untuk mendapatkan kelayakan profesional
4. Mengalami kecacatan samada dari segi mental/ fizikal tanpa mengira umur

v. Premium insurans nyawa dan KWSP


Menurut seksyen 49(1) ACP 1967, individu yang bermastautin telah:
1. Membayar premium insurans nyawa
2. Mencarum samada pekerja/ bekerja sendiri dalam satu skim yang diluluskan atau dalam
KWSP (swasta)
3. Membayar caruman berkaitan dengan pencen atau skim yang diluluskan untuk balu dan
anak-anak yatim dibawah mana-mana undang-undang bertulis
Maka, jumlah bayaran agregat dibenarkan sebagai pelepasan cukai tertakluk kepada jumlah
maksimum. Menurut seksyen 49(3) bayaran insurans yang dibenarkan adalah

1. Insurans nyawa pembayar cukai


2. Insurans nyawa isteri pembayar cukai
3. Insurans nyawa suami (jika isteri sebagai pembayar cukai)
4. Insurans gabungan suami dan isteri
5. Insurans nyawa gabungan suami atau dua atau dua lebih isteri

2
vi. Premium insurans pendidikan dan manfaat perubatan
Mulai tahun taksiran 1996, seseorang individu yang membayar premium insurans untuk tujuan
perubatan ataupun pendidikan samada bagi dirinya, isteri dan anak-anak, berhak mendapat
pelepasan tambahan bagi premium.

vii. Belanja perubatan kerana penyakit serius


Pelepasan ini akan diberikan ke atas perbelanjaan perubatan diri pembayar cukai, pasangan
dan anak-anak. Tuntutan ini mestilah dibuktikan dengan resit yang dikeluarkan oleh pengamal
perubatan yang diluluskan

viii. Kos melanjutkan pelajaran


Pelepasan ini diberikan kepada pembayar cukai yang melanjutkan pelajaran di institusi dalam
negara bagi tujuan meningkatkan kemahiran dalam bidang teknikal dan vokasional

ix. Perubatan ibubapa


Seseorang individu yang bermastautin layak mendapat pelepasan perubatan untuk ibubapa.
Ibubapa merujuk kepada ibubapa kandung dan juga ibubapa angkat.

x. Pembelian alat-alat sokongan perubatan


Pelepasan bagi pembelian alat-alat sokongan perubatan untuk kegunaan sendiri atau untuk
isteri, anak-anak dan juga kedua-dua ibubapa

b) Rebat
Menurut seksyen 6A ACP 1967, rebat adalah tolakan yang dibenarkan selepas pengiraan
jumlah cukai kena bayar

i. Rebat diri dan isteri


Mulai tahun taksiran 2001, rebat diberikan kepada seseorang pembayar cukai jika pendapatan
bercukainya kurang daripada RM35,000.

Taksiran berasingan: Taksiran Bersama


Isteri RM400 Isteri RM400
Suami RM400 Suami RM400

ii. Rebat zakat fitrah dan zakat pendapatan


Segala pembayaran zakat adalah dibenarkan sebagai tolakan sepenuhnya daripada cukai kena
bayar selepas ditolak rebat diri dan isteri. Segala pembayaran mestilah disertakan resit yang
sah dikeluarkan oleh majlis agama atau mana-mana pihak yang berkenaan.

Contoh 1 : Jumlah Zakat RM 600


Jumlah Cukai RM 800
Tolak:
Zakat RM 600
Cukai Kena bayar RM 200

3
Contoh 2 : Jumlah Zakat RM1,200 – zakat ditolak terhad kepada jumlah cukai
Jumlah Cukai RM 800
Tolak:
Zakat RM 800
Cukai Kena bayar RM 0

Contoh 3 : Jumlah Zakat RM 1,000


Jumlah Cukai RM 1,300
Tolak:
Zakat RM 1,000
Cukai Kena bayar RM 300

Contoh 4 : Jumlah Zakat RM 2,000– zakat ditolak terhad kepada jumlah cukai
Jumlah Cukai RM 1,300
Tolak:
Zakat RM 1,300
Cukai Kena bayar RM 0

c) Derma dan Hadiah


Derma dan hadiah merupakan satu lagi insentif potongan atau pelepasan cukai yang diberi
untuk keseluruhan jumlah yang telah didermakan atau dihadiahkan oleh pembayar cukai
kepada badan yang diluluskan oleh Kerajaan. Derma dan hadiah diberi tolakan daripada
pendapatan agregat.

Jenis-jenis derma dan hadiah yang diberi pelepasan:


i. Derma/ hadiah wang kepada Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri atau Institusi dan
Organisasi yang diluluskan [Sek 44 (6)]

ii. Derma/ Hadiah wang kepada institusi/organisasi yang diluluskan. (Amaun adalah
terhad kepada 7% daripada pendapatan agregat) [Sek 44(6)]

iii. Hadiah Artifak, Manuskrip atau lukisan kepada kerajaan [Sek 44(6A)]

iv. Derma/hadiah tunai untuk kemudahan perpustakaan atau kepada perpustakaan yang
diluluskan [Sek 44(8)]

v. Derma/ hadiah wang atau sumbangan manfaat bagi menyediakan kemudahan ditempat
awam bagi membantu orang kurang upaya [Sek 44(9)]

vi. Derma/ hadiah wang atau kos peralatan perubatan kepada mana-mana badan rawatan
kesihatan. [Sek 44(10)]

vii. Hadiah Lukisan kepada Galeri Lukisan Kebangsaan atau Negeri [Sek 44(11)]

viii. Derma/ hadiah wang atau kos sumbangan manfaat kepada aktiviti sukan atau Badan
Sukan yang diluluskan [Sek 44(11B)]

4
ix. Derma/ Hadiah wang atau kos sumbangan manfaat kepada projek berkepentingan
Negara yang diluluskan. [Sek 44(11C)]

Kadar Pelepasan Peribadi Pemastautin Malaysia

TAHUN 2022
BIL JENIS POTONGAN INDIVIDU AMAUN
(RM)
1 Individu dan saudara tanggungan 9,000
2 Perbelanjaan rawatan perubatan, keperluan khas dan penjaga untuk ibu bapa 8,000
(Keadaan kesihatan disahkan oleh pengamal perubatan) (Terhad)
3 Perbelanjaan pembelian peralatan sokongan asas (untuk kegunaan individu kurang 6,000
upaya, suami / isteri, anak atau ibu bapa yang kurang upaya) (Terhad)
4 Individu kurang upaya 6,000

5 Yuran pengajian (Sendiri) :


(i) Peringkat selain sarjana dan doktor falsafah - bidang undang-undang,
perakaunan, kewangan Islam, teknikal, vokasional, industri, saintifik atau
teknologi;
(ii) Peringkat sarjana dan doktor falsafah - sebarang bidang atau kursus 7,000
pengajian (Terhad)
(iii) kursus up-skilling atau self-enhancement dalam apa-apa bidang kemahiran
yang diiktiraf oleh Ketua Pengarah Pembangunan Kemahiran di bawah Akta
Pembangunan Kemahiran Kebangsaan 2006 – berkuatkuasa mulai TT 2021
hingga TT 2022. (Terhad 1,000)
6 (i) Perbelanjaan perubatan bagi penyakit serius (Diri sendiri atau suami / isteri atau
anak-anak)
6(ii) Perbelanjaan perubatan bagi rawatan kesuburan (Diri sendiri atau suami/isteri)
6(iii) Pemvaksinan bagi diri sendiri, pasangan atau anak. Jenis vaksin yang layak
dibenarkan potongan adalah seperti berikut:
i. Pneumococcal;
ii. Human papillomavirus (HPV);
iii. Influenza; 8,000
iv. Rotavirus; (Terhad)
v. Varicella;
vi. Meningococcal;
vii. Kombinasi TDAP (tetanus-diphtheria-acellular-pertussis); dan
viii. Coronavirus Disease 2019 (Covid-19)
(Terhad 1,000)
7 (i) Pemeriksaan perubatan penuh (diri sendiri, suami/isteri atau anak) seperti
yang ditakrifkan oleh Majlis Perubatan Malaysia (MPM).
(ii) Ujian pengesanan COVID-19 termasuk pembelian kit ujian kendiri ke atas 1000
diri sendiri, suami/isteri atau anak. (Terhad)
(iii) Pemeriksaan kesihatan mental atau konsultasi ke atas diri sendiri, suami
/isteri atau anak
8 Gaya hidup - Perbelanjaan untuk kegunaan / manfaat diri sendiri, suami / isteri atau 2,500
anak bagi:  (Terhad)
(i) Pembelian atau langganan buku, jurnal, majalah, surat khabar (termasuk
langganan secara eletronik) dan lain-lain penerbitan seumpamanya (Bukan
bahan bacaan terlarang); 
(ii) Pembelian komputer peribadi, telefon pintar atau tablet (Bukan untuk
kegunaan perniagaan); 
(iii) Pembelian peralatan sukan untuk aktiviti sukan mengikut Akta Pembangunan
5
Sukan 1997 (tidak terpakai bagi jenis basikal bermotor) dan bayaran keahlian
gimnasium; dan 
(iv) Bayaran bil bulanan untuk langganan internet (Atas nama sendiri)
9a Gaya hidup-Pelepasan Tambahan untuk kegunaan / manfaat diri sendiri, suami /
isteri atau anak bagi: 
(i) Pembelian peralatan sukan untuk aktiviti sukan mengikut Akta Pembangunan
Sukan 1997
500 (terhad)
(ii) Bayaran sewa atau fi kemasukan ke fasiliti sukan
(iii) Bayaran fi pendaftaran bagi menyertai pertandingan yang mana diluluskan
oleh Pesuruhjaya Sukan di bawah Akta Pembangunan Sukan 1997
Pelepasan ini adalah tambahan kepada pelepasan yang diberikan di bawah item 10
9b Gaya hidup - Pembelian komputer peribadi, telefon pintar atau tablet untuk
2500
kegunaan / manfaat diri sendiri, suami / isteri atau anak dan bukan untuk kegunaan
(Terhad)
perniagaan 
10 Pembelian peralatan penyusuan ibu untuk kegunaan sendiri bagi anak berumur 2 1,000
tahun dan kebawah (Potongan dibenarkan sekali setiap DUA (2) tahun taksiran) (Terhad)
11 Bayaran bagi yuran penghantaran anak berumur 6 tahun dan ke bawah ke taman 3,000
asuhan kanak-kanak / tadika yang berdaftar (Terhad)
12 Tabungan bersih dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN)(Tabungan 8,000
bersih adalah Jumlah simpanan dalam tahun 2021 TOLAK jumlah pengeluaran (Terhad)
dalam tahun 2021)
13 4,000
Suami / Isteri / Bayaran alimoni kepada bekas isteri
(Terhad)
14 Suami / Isteri kurang upaya 5,000
15a Anak yang belum berkahwin dan berumur di bawah 18 tahun 2,000
15b Anak yang belum berkahwin dan berumur 18 tahun dan ke atas dan menerima 2,000
pendidikan sepenuh masa (peringkat A-Level, sijil, matrikulasi, persediaan atau pra-
ijazah)
Anak yang belum berkahwin dan berumur 18 tahun dan ke atas tertakluk kepada
syarat-syarat berikut: 8,000
(i) mengikuti pengajian tinggi sepenuh masa (Tidak termasuk kursus matrikulasi /
pra-ijazah / A-Level) di universiti, kolej atau institu pelajaran yang serupa dengannya
di Malaysia; atau
(ii) berkhidmat di bawah satu ikatan artikel atau indentur untuk memperoleh
kelayakan perdagangan atau profesion di Malaysia; atau mengikuti kursus di
peringkat ijazah dan ke atas di institusi pengajian tinggi luar Malaysia.
(iii) kursus dan institusi pengajian tinggi diiktiraf oleh pihak berkuasa Kerajaan yang
berkaitan.
Anak Kurang upaya 6,000
15c Pelepasan tambahan sebanyak RM8,000 bagi anak kurang upaya berumur 18 tahun
dan ke atas, belum berkahwin dan mengikuti diploma ke atas di dalam Malaysia @
8,000
peringkat ijazah ke atas di luar Malaysia dalam kursus dan di IPT yang diiktiraf oleh
pihak berkuasa Kerajaan yang berkaitan.
16 Insuran nyawa dan KWSP TERMASUK tidak melalui potongan gaji 7,000
(Terhad)

6
17 Skim Persaraan Swasta dan Anuiti Tertunda (Deferred Annuity) - berkuatkuasa 3,000
mulai Tahun Taksiran 2012 hingga tahun taksiran 2025. (Terhad)
18 3,000
Insurans pendidikan dan perubatan TERMASUK yang tidak melalui potongan gaji
(Terhad)
19 Caruman kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) 350 (Terhad)
20 Perbelanjaan bayaran penginapan di premis penginapan yang berdaftar dengan
Pesuruhjaya Pelancongan dan bayaran masuk ke tempat tarikan pelancong
sehingga tempoh 31 Dis 2022 1,000
(Terhad)
Premis penginapan berdaftar boleh disemak dipautan
http://www.motac.gov.my/semakan/hotel-berdaftar
21 Perbelanjaan bayaran pemasangan, sewaan, pembelian termasuk sewa-beli
peralatan atau langganan bagi penggunaan kemudahan pengecasan kenderaan 2500
elektrik bagi kenderaan sendiri (Bukan untuk kegunaan perniagaan) (Terhad)

Potongan dibenarkan bagi Tahun Taksiran 2022 dan 2023.


Nota : Rujuk laman web LHDN untuk kadar pelepasan bagi tahun taksiran semasa

A. PERBEZAAN PERBELANJAAN DIBENARKAN DAN TIDAK DIBENARKAN (PERNIAGAAN)


Perbelanjaan yang dibenarkan di tolak cukai mestilah perbelanjaan yang sepenuhnya untuk
menghasilkan hasil perniagaan. Hanya perbelanjaan hasil (revenue expenses) dibenarkan tolak
cukai, manakala perbelanjaan modal (capital expenditure) tidak dibenarkan ditolak dari
pengiraan cukai. Berikut adalah perbezaan antara perbelanjaan hasil dan perbelanjaan modal
perniagaan.
Bil. Perbelanjaan Hasil Perbelanjaan modal
Perbelanjaan yang biasanya dibuat sekali
1. Perbelanjaan berulang-ulang
sahaja
Tidak meningkatkan manfaat yang
2. Meningkatkan manfaat yang berterusan
berterusan
3. Berkaitan modal kerja Berkaitan modal tetap perniagaan
Berkaitan dengan proses Berkaitan dengan struktur perniagaan atau
4.
menghasilkan hasil perniagaan sebagai alat menjana keuntungan
Wujud untuk memperoleh, membesarkan,
Wujud untuk memastikan kecekapan
5. mengubahsuai atau membuang struktur
perniagaan
perniagaan (ada elemen penambahbaikan)
Dibenarkan tolak sebagai belanja Tidak dibenarkan tolak sebagai belanja
6.
perniagaan (belanja dibenarkan) perniagaan (belanja tidak dibenarkan)

Contoh 1:
Kenalpasti sama ada perbelanjaan dibawah belanja hasil atau belanja modal.
7
Bil. Perkara Jenis belanja
1. Syarikat Abu Sdn Bhd membeli kereta untuk kegunaan Perbelanjaan modal
perniagaan
2. Syarikat Karim Sdn Bhd menggantikan pintu kedai yang telah Perbelanjaan hasil
rosak
3. Syarikat Setia Sdn Bhd menggantikan pintu kedai dengan Perbelanjaan modal
pintu Jati untuk menambahkan gaya kedainya
4. Memperbaiki tayar lori syarikat yang telah botak Perbelanjaan hasil
5. Perbelanjaan pra operasi sebelum perniagaan memulakan Perbelanjaan modal
pembelian barang niaga atau jualan barangniaga seperti
belanja menubuhkan perniagaan
I. PERBELANJAAN YANG DIBENARKAN
Berikut adalah contoh perbelanjaan yang dibenarkan dalam menentukan pendapatan
larasan bagi sesuatu perniagaan:
1. Perbelanjaan yang dibelanja akan dalam tempoh asas untuk menghasilkan
pendapatan kasar seperti kos pengeluaran, kos barang-barang yang dijual,
perbelanjaan pemasaran, perbelanjaan pentadbiran dan perbelanjaan am.

2. Faedah pinjaman yang dibayar untuk memperoleh aset bagi tujuan menjalankan
perniagaan tersebut. Faedah pinjaman yang dikeluarkan untuk membeli rumah sendiri
tidak dibenarkan.

3. Sewa yang dibayar ke atas premis, mesin dan lain-lain yang bertujuan menghasilkan
pendapatan kasar daripada perniagaan. Premis tersebut adalah digunakan untuk
menjalankan perniagaan.

4. Gaji dan upah yang dibayar kepada kakitangan, tetapi jika gaji itu dibayar untuk
pembantu rumah atau untuk diri sendiri (milikan tunggal) adalah tidak dibenarkan.

5. Yuran perundingan yang dibayar kepada juru perunding perniagaan.

6. Perbelanjaan pembaikan dan penyelenggaraan yang berhubung dengan loji, mesin,


perabot dan perkakas serta peralatan yang digunakan untuk perniagaan. Perbelanjaan
untuk pembinaan semula atau penambahan tidak dibenarkan (kerana ia berbentuk
perbelanjaan modal).

7. Premium insurans yang diambil bertujuan melindungi tanggungan kerugian dan


kehilangan aset perniagaan seperti polisi kebakaran dan juga kecurian. Premium
insurans nyawa dan keluarga sendiri adalah tidak dibenarkan.

8. Caruman yang dibayar oleh majikan kepada KWSP yang diluluskan untuk para
pekerjanya tetapi dihadkan kepada 19% jumlah pembayaran tahunan gaji setiap
pekerja.

8
9. Hutang lapuk dan peruntukkan hutang lapuk dibenarkan jika kedua-duanya diperoleh
secara tepat dan khusus iaitu atas penghutang perniagaan dan bukannya penghutang
am. Hutang tersebut mesti berkaitan dengan perniagaan yang dijalankan.

10. Perbelanjaan guaman dibenarkan jika untuk memastikan kontrak perniagaan dapat
dilaksanakan atau untuk mendapatkan semula hutang perniagaan. Bayaran
perkhidmatan professional seperti bayaran perakaunan, audit dan kesetiausahaan
dibenarkan mendapat potongan.

11. Yuran setiausaha syarikat dibenarkan sebagai perbelanjaan yang dibenarkan mulai
tahun 2015.  Jumlahnya terhad kepada RM 5,000.00.   Yuran tersebut mestilah dibayar
pada tahun yang sama.  Dalam lain perkataan sekiranya masih berhutang tidak boleh
ditolak sebagai belanja dibenarkan
12. Yuran ajen percukaian dibenar untuk tolakan sebanyak RM 10,000.00 sahaja mulai
tahun 2015. Untuk menyediakan dan memajukan borang ke LHDN, menyediakan cukai
anggaran, menyediakan dan memajukan ke LHDN pengiraan cukai tahunan dan
menyediakan serta memajukan pengiraan GST ke Jabatan Kastam.

13. Yuran tersebut mestilah dibayar pada tahun yang sama.  Dalam lain perkataan
sekiranya masih berhutang tidak boleh ditolak sebagai belanja dibenarkan.

14. Bayaran bonus kepada pekerja-pekerja (tiada had mulai tahun 2002).

15. Hutang lapuk dihapuskira yang timbul daripada hutang perniagaan yang tidak dapat
dipungut

16. Bayaran pembaharuan lesen-lesen perniagaan. Lesen untuk tahun pertama


perniagaan tidak dibenarkan ditolak cukai kerana ia adalah belanja modal perniagaan.
Utk tahun kedua dan seterusnya dibenarkan.

17. Belanja keraian


Pada asasnya semua belanja keraian hanya dibenarkan 50% kecuali mulai Tahun
Taksiran 2014, skop belanja keraian telah diluaskan kepada {S 39(1)(I)}:

a. Belanja keraian kepada pekerja


Belanja keraian untuk makanan & minuman percuma, jamuan akhir tahun, hadiah
kepada pekerja adalah 100% dibenarkan. Walaubagaimanapun, dimana makan tghr
dan makan malam untuk pelanggan dan terdapat beberapa pekerja dijemput hadir,
hanya 50% dibenarkan. Ini kerana, belanja keraian untuk pekerja tersebut adalah
bersangkutan untuk meraikan pelangan.

b. Perniagaan hiburan (entertainment business)


Contoh peruntukan keraian bagi perniagaan hotel dan restoran adalah dibenarkan
100%

9
c. Hadiah untuk promosi di pameran perdagangan antarabangsa
Segala perbelanjaan untuk mempromosi Malaysia di luar negara adalah dibenarkan

d. Sampel promosi
Belanja untuk menyediakan sampel promosi barang keluaran perniagaan adalah
dibenarkan. Walaubagaimanapun, pembelian barang promosi lain seperti pen,
cawan, barangan kaca, sabun dan lain-lain sebagai hadiah kepada pelangan adalah
tidak dibenarkan kecuali dilekatkan atau diukir logo perniagaan pada barangan
tersebut.

e. Majlis kebudayaan atau sukan


Belanja keraian untuk mempromosikan barangan perniagaan kepada umum (public)
di dalam majlis kebudayaan atau sukan adalah dibenarkan.
f. Perbelanjaan keraian yang sepenuhnya untuk jualan (wholly to sales)
Merujuk kepada Ketetapan Umum 4/2015, segala perbelanjaan berkaitan dengan
jualan kepada pelangan, dealer dan distributor kecuali pembekal adalah dibenarkan
termasuklah:

i. Makanan dan minuman melancarkan produk baru


ii. Penebusan baucer kerana pembelian barang jualan
iii. Penebusan diskaun baucer, baucer shopping, tiket konsert atau wayang,
baucer makanan atau hadiah dan baucer tunai
iv. Hadiah percuma kerana membeli melebihi amaun tertentu
v. Penebusan berasaskan point terkumpul
vi. Cabutan bertuah untuk pelangan yang membuat pembelian
vii. Belanja melancong untuk dealer yang mencapai sasaran jualan yang
ditetapkan
viii. Makanan atau minuman ringan untuk pelangan di premis perniagaan

g. Perbelanjaan perjalanan percutian hanya dibenarkan untuk majikan, pekerja dan


keluarga terdekat jika ia adalah acara tahunan perniagaan dan dibuat di dalam
Malaysia (S 39 (1) (m))

Contoh 2

Belanja Dibenarkan untuk keraian:


Syarikat Sejahtera Sdn bhd membelanjakan RM 100,000 bagi tahun berakhir 31 Julai 2021.

Berikut adalah perincian belanja keraiannya:

Perbelanjaan RM
Belanja makanan diberi kepada pekerja (100%) 10,000
Belanja keraian untuk pembekal 5,000

10
Mempromosi barangan di Majlis kebudayaan untuk awam 50,000
Hadiah kepada pelanggan yang membeli melebihi RM100 15,000
Pelancaran produk baru 20,000
JUMLAH 100,000

Kirakan belanja dibenarkan untuk belanja keraian bagi tahun taksiran 2021.

Jawapan:

Belanja Belanja % Belanja tidak


dibuat dibenarka dibenarkan dibenarkan
Perkara
(RM) n (RM)
(RM)
Belanja makanan diberi kepada
10,000 10,000 100%
pekerja
Belanja keraian untuk pembekal 5,000 2,500 50% 2,500
Mempromosi barangan di Majlis
50,000 50,000 100%
kebudayaan untuk awam
Hadiah kepada pelanggan yang
15,000 15,000 100%
membeli melebihi RM100
Pelancaran produk baru 20,000 20,000 100%

JUMLAH 100,000 97,500 2,500

Contoh 3

Syarikat Alibaba meraikan 20 pembekalnya pada 20 Nov 2022 dengan kos RM 10,000.
Beberapa orang pekerja turut hadir.

Kirakan belanja dibenarkan untuk belanja keraian bagi tahun taksiran 2022.

Jawapan:
Hanya RM5,000 (50%) dibenarkan kerana belanja untuk meraikan pembekal.

Contoh 4

Pada 1 September 2022, Warna Sdn Bhd menyediakan trip bercuti kepada pekerja-
pekerjanya ke Langkawi. Perbelanjaan yang telah dibuat ialah RM 40,000 untuk kos
perjalanan dan RM 30,000 untuk makanan, minuman dan penginapan.

11
Kirakan belanja dibenarkan untuk belanja keraian bagi tahun taksiran 2022.

Jawapan
Perbelanjaan untuk makanan, minuman dan penginapan RM30,000 adalah dibenarkan.

Kos perjalanan RM 40,000 dibenarkan kerana diadakan di Malaysia dan perlu dipastikan
jika ini adalah acara tahunan syarikat.

Contoh 5

Belanja keraian dan klasifikasi belanjanya sama ada dibenarkan atau tidak dibenarkan.

Tidak
Dibenarkan
Bil. Jenis keraian dibenarkan ACP 1967
100% 50% 100% 50%
1. Keraian diberi kepada bakal √ Tidak kesemuanya dan
pelanggan dalam suatu transaksi semata-mata dilakukan di
tertutup bawah subseksyen 33(1),
ACP
2. Keraian diberi kepada bakal √
pelanggan atau pelanggan sedia
S 39 (1) (i)
ada semasa pelancaran produk
baharu syarikat
3. Hadiah perkahwinan kepada √
pelanggan

4. Keraian kepada pekerja syarikat √


berkaitan Tidak kesemuanya dan
semata-mata dilakukan di
5. Keraian untuk mesyuarat agung √ bawah subseksyen 33(1),
tahunan syarikat ACP

6. Pemberian tunai bagi majlis makan √


malam tahunan pelanggan

7. Majlis makan malam tahunan untuk √


pekerja S 39 (1)(l)

8. Hadiah berlogo perniagaan untuk √


majlis makan malam tahunan S 39 (1) (l)
pelangan
9. Hadiah tanpa logo perniagaan √ √ Tidak termasuk dalam
untuk majlis makan malam tahunan proviso (i) hingga (viii)
pelangan kepada perenggan 39(1)
(l), ACP

12
10. Hadiah melancong sebagai insentif √
kepada wakil penjual yang telah S 39 (1) (l)
mencapai sasaran jualan
11. Hadiah bunga di majlis pembukaan √ √
cawangan baharu pelanggan
Tidak termasuk dalam
12. Keraian kepada pembekal √ √ proviso (i) hingga (viii)
kepada perenggan 39(1)
(l), ACP
13 Hamper untuk pelanggan semasa √ √
musim perayaan

Rujukan: Perbelanjaan Keraian LHDN Ketetapan Umum No. 4/2015 Tarikh Penerbitan: 29 Julai 2015

II. PERBELANJAAN KHUSUS YANG BOLEH DIBENARKAN

1. Perbelanjaan majikan atas peralatan untuk membantu pekerja yang cacat dalam
menjalankan tugas. Contohnya: kerusi roda.

2. Perbelanjaan bagi penyebaran dalam Bahasa Kebangsaan. Ianya berhubung


dengan penterjemahan atau penyebaran dalam Bahasa Kebangsaan yang
berkaitan dengan Buku Kebudayaan, Kususasteraan, Profesional, Sains atau
Teknikal yang diluluskan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.

3. Sumbangan kepada perpustakaan yang boleh dikunjungi oleh orang awam samada
perpustakaan awam, sekolah atau institusi pengajian tinggi. Had maksima ialah
RM100,000 dan hendaklah dalam bentuk tunai.

4. Perbelanjaan mengadakan Perkhidmatan kemudahan awam dan sumbangan ke


Badan Amal atau ke Projek Awam yang berkaitan dengan pelajaran, kesihatan,
perumahan dan infrastruktur yang diluluskan oleh pihak berkuasa.

5. Perbelanjaan majikan bagi penyediaan dan penyelenggaraan Pusat Rawatan


Kanak-kanak untuk manfaat pekerja.

6. Sumbangan bagi menubuhkan dan menyelenggara Kumpulan Muzik atau


Kebudayaan yang diluluskan oleh Menteri.

7. Potongan zakat pada kadar 2.5% ke atas pendapatan agregat dibenarkan ditolak
daripada pendapatan agregat syarikat.

8. Perbelanjaan menaja aktiviti kesenian dan kebudayaan yang diluluskan oleh


Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Perlancongan. Mulai tahun 2007, had
maksima ialah RM 500,000 setahun. Walaubagaimanapun, had maksima tajaan
aktiviti kesenian atau kebudayaan di luar negara hanya RM 200,000.

13
9. Perbelanjaan latihan amali untuk bukan pekerja, dengan syarat latihan amali
tersebut berkaitan dengan perniagaan pembayar cukai. Ianya termasuk kos
menghadiri seminar, bengkel dan lain-lain yang dijalankan di Malaysia.

10. Mulai tahun taksiran 2015, yuran setiausaha syarikat adalah dibenarkan tidak
melebihi RM 5000 bagi satu tahun taksiran dan yuran agen cukai adalah dibenarkan
tidak melebihi RM 10000 bagi satu tahun taksiran.

11. Belanja biasiswa untuk program diploma atau ijazah termasuk master dan Phd
dengan syarat pelajar itu belajar sepenuh masa di institusi di Malaysia, pelajar tidak
berpendapatan dan pendapatan ibubapa/ penjaga tidak melebihi RM5.000.

III. PERBELANJAAN YANG TIDAK DIBENARKAN

Berikut adalah contoh-contoh perbelanjaan yang tidak dibenarkan sebagai potongan


daripada pendapatan kasar dalam penentuan untuk mendapatkan pendapatan terlaras
perniagaan.

1. Perbelanjaan persendirian seperti perbelanjaan dari rumah ke tempat perniagaan.

2. Ambilan stok barang perniagaan. Nilai yang dikira ialah harga pasaran barangan
yang diambil dan bukan pada nilai kosnya.

3. Caruman yang dibayar oleh majikan kepada skim pencen yang tidak diluluskan oleh
LHDN.

4. Kos pembinaan semula bangunan atau memperbesarkannya tidak dibenarkan


kerana ia adalah perbelanjaan modal dan bukan perbelanjaan hasil.

5. Susut nilai aset tetap tidak dibenarkan. Tetapi LHDN akan memperuntukkan elaun
modal sebagai gantian susut nilai.

6. Peruntukkan am hutang lapuk iaitu hutang lapuk yang tidak dapat ditentukan secara
tepat dan khusus atau yang bukan urusan perniagaan.

7. Perbelanjaan pra operasi seperti bayaran lesen pendaftaran, lesen majlis-majlis


daerah, lesen jualan barang-barang terkawal, deposit yang dikembalikan dan
perbelanjaan permulaan yang lain.

8. Bayaran derma samada berbentuk tunai atau barangan.

9. Caruman KWSP bahagian majikan yang melebihi 19% dari gaji pekerja.

14
10. Modal yang dikeluarkan atau sejumlah wang yang bertujuan digunakan sebagai
modal. Contoh: bayaran bagi membeli aset tetap atau aset persendirian seperti
rumah kediaman dan kenderaan.

11. Perbelanjaan tambang percutian percuma yang diberikan kepada pekerja-pekerja.

12. Perbelanjaan keraian yang tidak berkaitan dengan jualan (hanya 50% sahaja yang
dibenarkan).

13. Belanja guaman bagi rayuan terhadap taksiran cukai perniagaan atau pendapatan.

14. Denda yang dikenakan. Contoh: denda lewat membayar cukai.

RUMUSAN PERBELANJAAN PERNIAGAAN

Dibenarkan Tidak Dibenarkan

Perbelanjaan yang dilakukan di dalam menghasilkan Perbelanjaan bagi tujuan persendirian


pendapatan Contoh: Manfaat kediaman & Bayaran bil
Contoh: telefon

 Bayaran Upah/Gaji Perbelanjaan pembelian aset peribadi


 Bayaran KWSP Contoh: Pembelian kereta peribadi &
 Sewa premis perniagaan Pembelian Perabot
 Faedah pinjaman perniagaan
 Perbelanjaan pembaikan ke atas premis dan Perbelanjaan permulaan
kenderaan yang digunakan untuk perniagaan Contoh: Belanja penubuhan perniagaan
&Perbelanjaan pengiklanan

B. PERBELANJAAN KHAS (POTONGAN DUA KALI GANDA)


Dalam keadaan tertentu, pembayar cukai boleh menuntut potongan tambahan bagi
perbelanjaan yang layak dalam menentukan pendapatan larasan daripada perniagaan.
Perbelanjaan tersebut boleh diberi potongan tambahan tertakluk kepada syarat tertentu.

Contoh perbelanjaan tersebut ialah:


1. Premium insurans kargo yang kena dibayar oleh pengimport. Tetapi dengan syarat
risikonya diinsuranskan dengan mana-mana syarikat insurans yang diperbadankan
di Malaysia.

15
2. Belanja saraan bagi penggajian pekerja hilang upaya fizikal atau mental. Pembayar
cukai/majikan hendaklah mengemukakan bukti bahawa pekerja berkenaan tidak
boleh menjalankan pekerjaan seperti seorang yang normal.

3. Premium insurans kredit eksport yang kena dibayar oleh peniaga kepada syarikat
insurans yang diluluskan Kementerian Kewangan.

4. Belanja penyelidikan dan pembangunan (bukan perbelanjaan modal) yang


diluluskan oleh Menteri Kewangan. Penyelidikan hendaklah digunakan untuk
kegunaan perniagaan yang dijalankan.

5. Sumbangan kepada institusi penyelidikan yang diluluskan, atau bayaran


perkhidmatan kepada institusi atau syarikat penyelidikan yang diluluskan, atau
bayaran perkhidmatan kepada syarikat penyelidikan dan pembangunan atau
syarikat kontrak penyelidikan dan pembangunan.

6. Premium insurans kargo yang kena dibayar oleh pengeksport. Tetapi dengan syarat
risikonya diinsuranskan dengan mana-mana syarikat insurans yang diperbadankan
di Malaysia.

7. Belanja pengangkutan kapal yang dilakukan oleh pengilang untuk menghantar


barangan yang dikilangkan dari Sabah atau Sarawak kemana-mana pelabuhan di
Semenanjung Malaysia.

8. Belanja bagi penggalakkan eksport perkhidmatan.

9. Belanja yang dilakukan dalam mengambil pekerja yang terdiri daripada graduan
mengganggur yang berdaftar dengan Unit Perancangan Ekonomi. Intensif potongan
dua kali ini hanya diberi pada tahun taksiran 2004 dan 2005 sahaja.

MENGIRA ELAUN/ PELEPASAN DIBENARKAN

Contoh 1:
En Jasmadee, adalah seorang pengarah syarikat menerima gaji bulanan sebanyak
RM12,000. beliau juga menerima yuran pengarah sebanyak RM7,500 pada tahun 2022. En
Jasmandee membuat potongan sumbangan KWSP pada kadar yang ditetapkan iaitu sebanyak
11%. Isteri beliau seorang suri rumah sepenuh masa. Mereka mempunyai 4 orang anak.
Aiman, 21 tahun menuntut di University Sydney, Australia. Aimeen, 19 tahun pelajar
tahun dua di Universiti Malaya, Malaysia dalam jurusan undang-undang. Ainah dan Ainee
masing-masing berusia 15 dan 12 tahun. Mereka bersekolah dalam Malaysia dan tinggal
bersama ibubapa. Anak bongsu mereka Ainee merupakan anak istimewa dan bersekolah di
sekolah khas untuk kanak-kanak istimewa.
Pada tahun 2022, En Jasmandee juga membelanjakan sebanyak RM5,800 untuk
perubatan ibubapa beliau. Beliau juga mempunyai polisi insurans hayat untuk isterinya. Beliau

16
membayar premium insurans atas polisi insurans RM1,500 setahun. Beliau juga membayar
zakat dan fitrah sebanyak RM4,800 untuk tahun 2022.
Kirakan pelepasan cukai yang layak dituntut oleh En Jasmandee bagi TT 2022.

Penyelesaian:
En Jasmandee
Pengiraan Pelepasan Cukai bagi TT 2022
RM
Pelepasan:
Diri 9,000
Isteri 4,000
Belanja perubatan ibubapa 5,800
Anak:
Aiman 8,000
Aimeen 8,000
Ainah 2,000
Ainee 6,000
Insurans hayat dan KWSP 7,000
Jumlah Pelepasan 49,800
KADAR CUKAI: TAHUN TAKSIRAN 2021 & 2022

Banjaran Pendapatan Pengiraan Kadar Cukai


Kategori
Bercukai (RM) % (RM)

A 0 - 5,000 5,000 pertama 0 0

5,000 pertama 0
B 5,001 - 20,000
15,000 berikutnya 1 150

20,000 pertama 150


C 20,001 - 35,000
15,000 berikutnya 3 450

35,000 pertama 600


D 35,001 - 50,000
15,000 berikutnya 8 1,200

50,000 pertama 1,800


E 50,001 - 70,000
20,000 berikunya 13 2,600

70,000 pertama 4,400


F 70,001 - 100,000
30,000 berikutnya 21 6,300

100,000 pertama 10,700


100,001 - 250,000
G 150,000 berikutnya 24 36,000

250,000 pertama 46,700


H 250,001 - 400,000
150,000 berikutnya 24.5 36,750

17
400,000 pertama 83,450
I 400,001 - 600,000
200,000 berikutnya 25 50,000

600,000 pertama 133,450


J 600,001 - 1,000,000
400,000 berikutnya 26 104,000

1,000,000 pertama 237,450


K 1,000,001 - 2,000,000
1,000,000 berikutnya 28 280,000

2,000,000 pertama 517,450


L Melebihi 2,000,000
Setiap ringgit berikutnya 30 ..........

SOALAN / QUESTION

1. Dalam pengiraan cukai pendapatan individu, terdapat beberapa pelepasan yang diberikan
kepada pembayar cukai. Nyatakan 5 pelepasan yang yang boleh diberikan kepada
individu pemastautin pembayar cukai.

i.
ii.
iii.
iv.
v.

Rujukan Utama:
1. Zaimah & Natrah (2021) Malaysian Taxation For Individuals and Businesses. Penerbit
Universiti Utara Malaysia. Sintok.

Rujukan Tambahan :
1. Budget Commentary and Tax Information (2021) – MITA, MIA
2. Choong Kwai Fatt (2019), Malaysian Taxation ( Principle and Practise) Info World
3. Jeyapalan Kasipilasi (2015), A Guide to Malaysia Taxation, Mcgraw – Hill Education
(Malaysia)

18

Anda mungkin juga menyukai