Anda di halaman 1dari 4

Circular No 432/2020

Dated 7 Dec 2020

To Members of the Malaysian Bar

Time Limit for Oral Submissions for Application for Leave


to Appeal to the Federal Court

The Chief Registrar of the Federal Court of Malaysia, Tuan Ahmad Terrirudin bin Mohd
Salleh, has issued a directive entitled “Penetapan Had Masa Berhujah 20 Minit Bagi
Permohonan Kebenaran Merayu Ke Mahkamah Persekutuan Di Bawah Seksyen 96(A) Akta
Mahkamah Kehakiman 1964” dated 2 Dec 2020.

The Judiciary has agreed that parties are allowed 20 minutes for oral submissions in respect
of applications for leave to appeal to the Federal Court, thus reversing the Judiciary’s
previous stance to disallow oral submissions for such leave applications.

Therefore, please be informed that starting from 4 Jan 2021, there will be a 20-minute time
limit for oral submissions for applications for leave to appeal to the Federal Court.

Please click here (see page 2 onwards) to view the guidelines for oral submissions for
applications for leave to appeal to the Federal Court.

We hope that the information provided here is of assistance to Members. We will update
Members as and when there are new developments.

Thank you.

A G KALIDAS
Secretary
Malaysian Bar
PENETAPAN HAD MASA BERHUJAH 20 MINIT
BAGI PERMOHONAN KEBENARAN MERAYU KE
MAHKAMAH PERSEKUTUAN DI BAWAH
SEKSYEN 96(a) AKTA MAHKAMAH
KEHAKIMAN1964
From: Ahmad Terrirudin Bin Mohd Salleh | terrirudin@kehakiman.gov.my Wednesday,
2 Dec, 2:00
PM

YBhg Tan Sri/Dato'/Tuan/Puan,

2. Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas.Adalah saya diarahkan oleh YAA Tun
Tengku Maimun binti Tuan Mat, Ketua Hakim Negara untuk memaklumkan bahawa mulai 4
Januari 2021, masa berhujah secara lisan bagi pendengaran permohonan untuk kebenaran
merayu ke Mahkamah Persekutuan di bawah seksyen 96(a) Akta Mahkamah Kehakiman
1964 akan dihadkan kepada 20 minit sahaja bagi setiap pihak.

3. Sehubungan dengan itu, panduan berkaitan penetapan had masa berhujah yang akan
dilaksanakan adalah seperti yang berikut:

3.1 Pemakaian

had masa untuk berhujah secara lisan selama 20 minit bagi setiap pihak adalah terpakai
bagi pendengaran permohonan untuk kebenaran merayu ke Mahkamah Persekutuan di
bawah sekyen 96(a) Akta Mahkamah Kehakiman 1964 yang ditetapkan untuk didengar di
Mahkamah terbuka dengan kehadiran pihak-pihak; dan

had masa ini tidak terpakai bagi pendengaran yang dijalankan melalui teknologi komunikasi
jarak jauh.
3.2 Had masa berhujah secara lisan

penetapan had masa berhujah secara lisan akan menggunakan aplikasi "Nano Countdown
Timer System" yang dipasang di meja jurubahasa dan disambungkan kepada skrin paparan
masa yang dipasang di sudut Mahkamah terbuka;

20 minit masa berhujah secara lisan akan diberikan kepada semua pihak yang dibenarkan
untuk berhujah;

pengiraan tempoh masa 20 minit adalah tidak termasuk pencelahan oleh Panel Persidangan
atau mana-mana pihak lain;

pengiraan tempoh masa 20 minit bermula apabila pihak-pihak memulakan hujahan


substantif;

Pengerusi Panel Persidangan mempunyai budi bicara untuk memberhentikan


pihak-pihak walaupun masa berhujah belum tamat; dan

Pengerusi Panel Persidangan mempunyai budi bicara untuk membenarkan pelanjutan


masa berhujah.

3.3 Skrin Paparan masa

skrin paparan masa akan memaparkan masa dalam warna hijau apabila pengiraan masa 20
minit bermula;

skrin paparan masa akan bertukar kepada warna kuning apabila masa berhujah adalah
berbaki 5 minit;

skrin paparan masa akan bertukar kepada warna merah apabila masa berhujah adalah
berbaki 3 minit; dan

Sistem akan mengeluarkan bunyi apabila masa berhujah adalah berbaki 5 minit, 3 minit,
1 minit, 30 saat dan 3 saat yang terakhir.
4. Sekiranya pihak YBhg. Tan Sri/Dato'/Tuan/Puan mempunyai sebarang
pertanyaan, pegawai-pegawai yang boleh dihubungi adalah seperti yang berikut:

Puan Jumirah binti Marjuki


Timbalan Kanan Pendaftar
Mahkamah Persekutuan Malaysia
03-88803947 / jumirah@kehakiman.gov.my

Puan Wan Fatimah Zaharah binti Wan Yussof


Timbalan Pendaftar
Mahkamah Persekutuan Malaysia
03-88803596 / fatimah@kehakiman.gov.my

Sekian, terima kasih.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yang menjalankan amanah,

t.t.

(AHMAD TERRIRUDIN BIN MOHD SALLEH)


Ketua Pendaftar
Mahkamah Persekutuan Malaysia

GO GREEN-PAPERLESS | Sila pertimbangkan alam sekitar sebelum mencetak e-mel ini

Anda mungkin juga menyukai