Anda di halaman 1dari 28

PEMARKAHAN

PPG PJJ SEMESTER 1

SESI 2014/2015

KRB3053

KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU

SEKOLAH RENDAH

TAJUK

TUGASAN 1

ESEI ILMIAH

DISEDIAKAN OLEH

NAMA NO. MATRIK

NOORLIES BINTI SUKUR D20112054887

KUMPULAN : UPSI13(A141PJJ)

NAMA TUTOR E-LEARNING: DR ABD KADIR BIN ARIFIN

TARIKH SERAH: 28 NOVEMBER 2014


BIL ISI KANDUNGAN HALAMAN

1. 3
PENGENALAN

2. KONSEP 5P DALAM PENGAJARAN DAN 4 – 13


PEMBELAJARAN BAHASA

3. 14 – 17
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

4. 18 - 22
RANCANGAN PENGAJARAN BERINOVASI

23- 24
5. ULASAN TENTANG AMALAN
PENGAJARAN BIASA DAN AMALAN
PENGAJARAN BERINOVASI

6. 25
PENUTUP

7. 26
RUJUKAN

8. 27 - 28
LAMPIRAN 1 DAN 2

KRB3053 KAEDAH PENGAJARAN BM SEKOLAH RENDAH 2


1. PENGENALAN

Proses pendidikan di Malaysia merupakan usaha untuk membantu individu menyesuaikan diri
dengan pelbagai perubahan. Pendidikan juga memberi peluang individu mengembangkan
bakat, potensi dan kebolehan mereka untuk mencapai kesejahteraan diri seterusnya dapat
menyumbang tenaga dan buah fikiran ke arah keharmonian negara.

Sejajar dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang menjadikan Bahasa Melayu


sebagai bahasa kebangsaan dan perpaduan rakyat maka, golongan pendidik diberi
tanggungjawab dan kepercayaan melaksanakan tugas ini. Berdasarkan sukatan pelajaran yang
disediakan yang mengandungi objektif khusus dan Organisasi Kandungan Sukatan Pelajaran,
diharapkan institusi pendidikan yakni sekolah dapat melahirkan insan yang seimbang dari segi
intelek, emosi, jasmani, rohani dan sosial selaras dengan kehendak dan cita-cita Falsafah
Pendidikan Kebangsaan.

Melalui Kandungan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu (2003), murid-murid dilatih


menguasai kecekapan berbahasa dan berkomunikasi, mengembangkan kemahiran berfikir
secara kreatif dan kritis. Kebijaksanaan guru dalam memilih, menyusun dan merancang
pengajaran dan pembelajaran akan menentukan sama ada hasrat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan tercapai atau tidak. Faktor kesediaan guru dan keberkesanan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran mempengaruhi kejayaan kerana melalui sukatan pelajaran, akan
lahirlah insan yang diharapkan iaitu berilmu pengetahuan, berketerampilan, berdaya saing,
berakhlak mulia dan berupaya mencapai kesejahteraan diri bagi menghadapi dunia yang
sentiasa berubah.

Konsep 5P adalah strategi pengajaran dan pembelajaran bahasa Malaysia di peringkat


sekolah. Terdapat lima elemen yang terkandung dalam konsep 5P iaitu strategi
penggabungjalinan, penyerapan, penilaian, program pengayaan dan pemulihan. Konsep ini
merupakan satu saranan agar bidang-bidang kemahiran atau bahan-bahan pengajaran dan
pembelajaran disampaikan secara bersepadu. Setiap elemen ini penting untuk membantu guru
merancang satu proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Malaysia yang efektif. Semua
elemen dalam konsep 5P dijalankan secara bersepadu dan tidak secara berasingan.

KRB3053 KAEDAH PENGAJARAN BM SEKOLAH RENDAH 3


2. KONSEP 5P DALAM PENGAJARAN DAN P-EMBELAJARAN BAHASA

Apakah yang dimaksudkan dengan konsep 5P? Konsep ini merupakan strategi pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Melayu. Konsep 5P juga merupakan satu saranan supaya bidang
kemahiran atau bahan pengajaran dan pembelajaran disampaikan secara bersepadu dan tidak
secara berasingan. Konsep 5P menekankan penggabungjalinan, penyerapan, penilaian,
pengayaan, dan pemulihan.

Penggabungjalinan

Penilaian
Penyerapan

5P

Pengayaan
Pemulihan

2.1 Penggabungjalinan

Apakah yang anda faham tentang penggabungjalinan?

Penggabungjalinan adalah proses dalam satu sesi pengajaran dan pembelajaran yang
menyarankan supaya bidang-bidang kemahiran yang berkait rapat atau bahan-bahan
pengajaran yang mempunyai urutan yang baik tidak disampaikan secara berasingan. Menurut
Juriah Long (1992), strategi ini berhasrat untuk menjadikan aspek-aspek kemahiran saling
memperkukuh dan bahan-bahan pengajaran saling melengkapi. Dalam hal ini, sesi
pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih bererti.

2.1.1 Tujuan strategi penggabungjalinan

a. Kemahiran dapat dikuasai secara serentak.

b. Bentuk pengajaran lebih menarik dan berkesan.

c. Berpeluang untuk menggunakan kemahiran secara semula jadi.

d. Aktiviti melibatkan pelbagai kemahiran dan ramai pelajar.

KRB3053 KAEDAH PENGAJARAN BM SEKOLAH RENDAH 4


2.1.2 Prinsip-prinsip penggabungjalinan

Mudah ubah, bergantung kepada matlamat dan objektif yang hendak dicapai.

Guru mesti tahu apa dan berapa kemahiran yang ingin digabungjalinkan.

Kemahiran fokus dan sampingan hendaklah dirancang dengan baik.

Berdasarkan kebolehan dan pencapaian pelajar.

2.1.3 Bentuk-bentuk penggabungjalinan

Ada 3 bentuk penggabungjalinan :

i. Penggabungjalinan Kemahiran

K1

K1-Kemahiran Mendengar

K2-Kemahiran Bertutur
K4 K2

K3-Kemahiran Membaca

BM K4-Kemahiran Menulis
K3

BM-Bahasa Melayu

Rajah 2: Penggabungjalinan Kemahiran Bahasa dalam Satu Mata Pelajaran

K1
BM K1-Kemahiran Bahasa

K2-Kemahiran Muzik

K3 K2 K3-Kemahiran Seni

BM-Bahasa Melayu

Rajah 3: Penggabungjalinan Kemahiran Lebih daripada Satu Mata Pelajaran

KRB3053 KAEDAH PENGAJARAN BM SEKOLAH RENDAH 5


ii. Penggabungjalinan Aktiviti

Anda boleh menggabungjalinkan sekurang-kurangnya dua aktiviti atau lebih mengikut


keperluan dan kesesuaian. Aktiviti-aktiviti itu merangkumi aspek kemahiran mendengar dan
bertutur, membaca, dan menulis. Untuk melaksanakan penggabungjalinan, anda perlu
merancangkannya dengan aktiviti-aktiviti yang mempunyai urutan yang baik.

Contoh:

Berceramah → mencatat isi

Bercerita → berbincang → menulis karangan

Membaca → mengesan isi → mengulas → menulis ulasan

iii. Penggabungjalinan Bahan

Penggabungjalinan ini memberikan tumpuan kepada bahan atau tema pengajaran dan
pembelajaran. Bahan itu boleh terdiri daripada bahan utama atau bahan sokongan.
Perancangan harus dibuat bagi menentukan bahan yang dipilih sesuai dengan keperluan,
pengalaman, dan tahap pencapaian murid. Penggabungjalinkan bahan-bahan ini boleh
dilakukan mengikut keperluan masa yang diperuntukkan, pertalian bahan, dan urutan aktiviti
yang bersesuaian. Lihat contoh yang berikut:

Berita → ulasan

Iklan → surat permohonan → temu duga → surat jawapan.

2.2 Penyerapan

Penyerapan bertujuan untuk memenuhi elemen pengisian kurikulum dalam mata pelajaran
bahasa Malaysia. Menurut Kamarudin (1998), penyerapan merupakan proses penyebatian dan
menyatupadukan pengetahuan atau unsur pengetahuan daripada satu mata pelajaran lain
sebagai isi pelajaran bagi sesuatu mata pelajaran yang diajar. Terdapat empat aspek yang
terkandung dalam proses penyerapan iaitu aspek pembelajaran, aspek komunikasi,
pengetahuan atau isi pelajaran dan nilai murni. Proses penyerapan diaplikasikan secara
terancang oleh guru dan diserap pula oleh murid-murid secara tidak langsung semasa sesi
pengajaran dan pembelajaran.

KRB3053 KAEDAH PENGAJARAN BM SEKOLAH RENDAH 6


Penyerapan merupakan proses penyebatian dan menyatupadukan pengetahuan atau unsur
pengetahuan daripada satu mata pelajaran lain sebagai isi pelajaran bagi sesuatu mata
pelajaran yang diajar. Dalam pengajaran Bahasa Melayu unsur ilmu, nilai, dan kemahiran
bernilai tambah seperti kemahiran berfikir, kemahiran belajar, dan kajian masa depan boleh
diserapkan.

2.2.1 Tujuan Penyerapan.

Aspek ini boleh membantu murid untuk :

a. Menambahkan kefahaman dan kemahiran untuk mematuhi arahan dan peraturan


melalui aktiviti yang dijalankan;
b. Membentuk sikap ingin menambahkan ilmu pengetahuan; Meluaskan ruang untuk
meneroka bidang ilmu yang mereka minati;
c. Memupuk corak pemikiran yang terbuka dan sentiasa ingin tahu;
d. Membentuk pemikiran yang rasional, logik, objektif, dan positif; dan
e. Meluaskan ruang untuk meneroka bidang ilmu yang diminati.
f. Membantu murid menguasai pengetahuan tentang penggunaan perbendaharaan kata,
pemilihan laras bahasa, tatabahasa, kegunaan intonasi, dan perlakuan bukan bahasa
yang lain mengikut konteks;
g. Memahami dan menerima serta mengamalkan aspek nilai yang sesuai untuk
perkembangan diri; dan
h. Menguasai dan mengamalkan tingkah laku yang bersesuaian dan diterima oleh rakan
sebaya dan masyarakat.

2.2.2 Unsur Penyerapan dalam pengajaran Bahasa Melayu.

Terdapat lima unsur penyerapan, iaitu:

i. Ilmu Pengetahuan.

Bahan atau kandungan isi pelajaran daripada mata pelajaran lain seperti Agama Islam,
Pendidikan Moral, Pendidikan Seni, Matematik, Kajian Tempatan, Muzik, Sains, dan
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan yang digunakan sebagai isi kandungan dalam satu mata
pelajaran untuk mata pelajaran lain.

 Pelbagai karya sastera seperti pantun, syair, dan sajak.

KRB3053 KAEDAH PENGAJARAN BM SEKOLAH RENDAH 7


 Pengetahuan am seperti hal ehwal semasa dan hal ehwal dalam negeri. Hal ehwal
budaya, warisan, dan kemasyarakatan.

ii. Nilai murni.

Nilai murni boleh diserapkan dengan berbagai-bagai cara sepanjang pengajaran dan secara
terancang dalam aktiviti pembelajaran. Strategi utama untuk pembinaan nilai murni ialah
melalui aktiviti secara individu, berkumpulan, atau kelas.

Kadang kala nilai murni tidak dinyatakan secara terus, tetapi boleh disampaikan secara
terancang dalam satu waktu pengajaran dan pembelajaran. Pemupukan nilai murni ini boleh
dilakukan melalui aktiviti yang melibatkan murid secara aktif seperti gerak kerja kumpulan
dan kerja projek. Penyerapan nilai dalam pengajaran dapat melahirkan insan yang baik,
berakhlak mulia , berhemah tinggi, berperibadi mulia dan prihatin serta memahami antara
satu dengan lain.

iii. Kewarganegaraan

Penyerapan unsur patriotisme dalam pengajaran Bahasa Melayu mengutamakan pemupukan


semangat cinta dan taat setia akan negara Malaysia. Aktiviti ini bertujuan untuk melahirkan
warganegara yang baik dan meningkatkan komitmen individu terhadap bangsa dan negara.

iv. Peraturan sosio-budaya.

Peraturan sosio-budaya dalam pendidikan Bahasa Melayu meliputi kesantunan bahasa, laras
bahasa dan peribahasa yang diamalkan dalam masyarakat Malaysia. Peraturan sisio-budaya
ini mencerminkan falsafah dan keperibadian masyarakat Malaysia.

v. Kemahiran Bernilai Tambah.

Penyerapan kemahiran bernilai tambah dalam pengajaran bahasa bagi membolehkan pelajar
dapat mengaplikasikan kemahiran itu dalam dunia sebenar pelajar. Antara kemahiran bernilai
tambah ialah kemahiran berfikir, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kemahiran
belajar cara belajar, kajian masa depan dan kecerdasan pelbagai.

KRB3053 KAEDAH PENGAJARAN BM SEKOLAH RENDAH 8


2.3 Penilaian

Stufflebeam et. al. (1971: xxv) menyatakan “penilaian” sebagai the process of delineating,
obtaining, and providing useful information for judging decision alternatives.

Terry D. TenBrink (1974:8) pula menyatakan bahawa penilaian merupakan suatu proses
mendapatkan maklumat yang akan digunakan untuk membuat pertimbangan yang seterusnya
digunakan dalam membuat keputusan.

Sebagai rumusannya, penilaian merupakan satu proses atau aktiviti yang sistematik untuk
memperoleh maklumat yang berguna dalam menentukan sesuatu prestasi pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Melayu. Dalam Bahasa Melayu KBSR, penilaian merupakan satu
proses untuk menguji, mengukur, dan membuat pertimbangan mengenai kebolehan atau
kemahiran dan kefahaman murid berdasarkan objektif P&P.

PENILAIAN

PENGAYAAN
PEMULIHAN

PENILAIAN

Rajah 1: Konsep Pengayaan, Pemulihan dan Penilaian

2.3.1 Jenis-jenis Penilaian

Terdapat dua jenis ujian, iaitu ujian formatif dan ujian sumatif. Perbezaan antara kedua-dua
jenis ujian tersebut pada asasnya berdasarkan skop kemahiran, jangka masa P&P atau
objektif pengajaran dan pembelajaran yang hendak diuji.

KRB3053 KAEDAH PENGAJARAN BM SEKOLAH RENDAH 9


2.3.2 Perbezaan ujian formatif dan sumatif

Perbezaan antara ujian formatif dan ujian sumatif dapat ditunjukkan menerusi jadual di
bawah:
Ujian formatif Perbezaan Ujian sumatif

Maklum balas kepada pelajar Fungsi Pensijilan dan penggredan


dan guru tentang kemajuan dan
kelemahan.

Sepanjang pengajaran Masa Pada akhir unit/kursus

Kognitif, psikomotor dan afektif Penekanan Kognitif

Terhad kepada tugasan Sifat Beraneka jenis

Berubah-ubah Kesukaran Senang-sukar

Dibentuk khas Alat Peperiksaan akhir


tahun

Rujukan kriteria Jenis ujian Rujukan norma

Jadual 1: Perbezaan antara ujian formatif dengan ujian sumatif

2.3.3 Aktiviti Penilaian Bahasa

Bagaimanakah anda hendak menilai kemahiran bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran
anda? Berikut merupakan contoh-contoh aktiviti yang boleh anda lakukan:

 Penilaian Porfolio

Penilaian portfolio merupakan salah satu kaedah yang digunakan oleh guru untuk mengumpul
dan merekod bukti pencapaian pelajar dalam satu jangka masa yang dipersetujui bersama.
Terdapat beberapa jenis portfolio untuk tujuan dan konteks pembelajaran yang berbeza iaitu:

a. Portfolio Kerja Harian


b. Portfolio Hasil Terbaik
c. Portfolio Dokumen

KRB3053 KAEDAH PENGAJARAN BM SEKOLAH RENDAH 10


 Bagaimana menilai portfolio?

Berdasarkan konsep perkembangan pembelajaran yang berterusan dan berfokuskan kepada


perkembangan pelajar dalam aspek kemahiran-kemahiran, pengetahuan dan kefahaman.
Menggunakan peta perkembangan pembelajaran pelajar yang memberi gambaran
perkembangan yang lebih menyeluruh dari awal hingga akhir.

Menggunakan inferens dengan rekod menimbang pelbagai bukti seperti hasil


pemerhatian, jurnal dan rekod anekdot sebelum membuat anggaran seimbang (on-balance)
tentang tahap pencapaian pelajar. Membuat laporan samada secara huraian atau grafik untuk
memberi matlamat yang lebih lengkap dari markah mentah ujian yang hanya membandingkan
seorang pelajar dengan pelajar lain sahaja.

Sebagai contoh, mari kita lihat bagaimana penilaian portfolio dilaksanakan dengan
menggunakan peta perkembangan pembelajaran berkaitan penguasaan ejaan murid yang
mempunyai lima tahap perkembangan. Setiap tahap telah ditentukan kriteria-kriteria yang
perlu dikuasai oleh murid. Selepas murid menguasai setiap tahap, maka murid itu boleh
meneruskan dengan tahap berikutnya sehinggalah sampai ke tahap lima, iaitu tahap yang
terakhir.

E 5 Berdikari mengeja perkataan-perkataan

J 4 Mencantum suku kata dengan bimbingan guru

A 3 Membentuk suku kata

A 2 Menyebut bunyi huruf

N 1 Permulaan mengenal huruf

Rajah 2: Lima tahap perkembangan pembelajaran murid

 Penilaian Melalui Pemerhatian.

Beberapa perkara perlu diambil kira dalam melaksanakan proses pemerhatian. Antaranya
ialah:

a. Kualiti Pemerhatian

KRB3053 KAEDAH PENGAJARAN BM SEKOLAH RENDAH 11


b. Bentuk Perancangan
c. Jenis-jenis Pemerhatian

2.4 Pengayaan

Pengayaan adalah sejenis aktiviti pembelajaran yang menarik dan mencabar untuk memberi
peluang kepada murid mengembangkan sifat ingin tahu, semangat berdikari, daya kreativiti,
dan semangat kepemimpinan. Pengayaan disediakan untuk semua murid sama ada kumpulan
cerdas, sederhana, atau lemah. Aktiviti pengayaan berlainan daripada aktiviti pembelajaran
kemahiran asas. Aktiviti ini diberikan kepada murid selepas mereka berjaya menguasai
kemahiran asas tertentu. Murid menggunakan kemahiran yang telah dikuasai untuk
menjalankan aktiviti pengayaan. Aktiviti pengayaan akan meluaskan pengalaman dan
pengetahuan murid sejajar dengan kebolehan dan minat mereka dalam bidang tertentu.

2.4.1 Objektif Pengayaan

Di bawah ini, dicatatkan beberapa objektif pengayaan. Selepas membacanya, cuba


bincangkan dengan rakan anda:

a. Menggunakan kemahiran yang telah dikuasai dalam pelajaran biasa untuk memperluas
pengalaman dan pengetahuan mereka dalam pelajaran tertentu;
b. Melakukan kegiatan pembelajaran yang menarik dan mencabar kebolehan mereka;
c. Melahirkan daya cipta melalui pemikiran dan kegiatan serta kebolehan untuk menilai
sesuatu hasil kerja sendiri;
d. Meminati dan menguasai bacaan luas dengan membuat rujukan terhadap pelbagai
bahan dan sumber pengetahuan;
e. Berminat untuk belajar sendiri dan berdikari untuk membolehkan mereka meneruskan
pembelajaran seumur hidup.

2.4.2 Aktiviti Pengayaan

Sebagai guru, anda perlu mengambil kira beberapa perkara semasa merancang aktiviti
pengayaan. Antaranya adalah seperti yang berikut:

a. Menggunakan daya usaha sendiri;


b. Membuat kerja sendiri dan hasilan kendiri;
c. Memberikan penekanan kepada aktiviti yang bersifat kreatif dan eksperimental;
d. Menggunakan kaedah dan organisasi yang mudah ubah
KRB3053 KAEDAH PENGAJARAN BM SEKOLAH RENDAH 12
e. Melibatkan pembacaan luas; dan
f. Memberikan peluang bagi mengembangkan sifat kepimpinan sosial.

Program pengayaan boleh dilaksanakan melalui pelbagai aktiviti seperti:

a. Kerja projek;
b. Bacaan tambahan;
c. Permainan dan rekreasi; dan
d. Pembelajaran berbantukan komputer.

2.5 Pemulihan

Dalam konteks ini pemulihan dihubungkan dengan kanak-kanak yang menghadapi kesulitan
pembelajaran. Pengajaran pemulihan merupakan langkah khas yang guru lakukan untuk
membantu murid yang menghadapi masalah pembelajaran tertentu dalam menguasai
kemahiran asas membaca, menulis, dan mengira (3M). Sebaik sahaja masalah pembelajaran
dikesan dan dikenal pasti, program ini akan dilaksanakan. Murid-murid dalam kategori
pemulihan perlu didedahkan dengan aktiviti ini mengikut kadar kemampuan murid
menguasai sesuatu kemahiran supaya jurang perbezaan antara mereka dengan murid lain
dapat dikurangkan atau dihapuskan sama sekali.

2.5.1 Objektif program pemulihan

Antara objektif strategi pemulihan ini adalah untuk membolehkan murid:

a. Menguasai kemahiran tertentu dengan mengikuti aktiviti yang sesuai dengan mereka;
b. Mendapat layanan dan kemudahan belajar yang sesuai dengan kemampuan dan
perkembangan mental individu;
c. Mengurangkan masalah yang dihadapi melalui bantuan guru;
d. Mengembangkan potensi dan minat mereka dalam pelajaran ke taraf yang lebih maju;
e. Mendapat peluang yang sama dengan melibatkan diri dalam aktiviti sosial sama ada di
dalam atau di luar bilik darjah;
f. Membina, memperoleh, dan mengembangkan sikap percayakan diri sendiri dan
berdikari; dan
g. Meneruskan pelajaran mereka dalam sistem persekolahan biasa yang bersesuaian
dengan keperluan masing-masing.

KRB3053 KAEDAH PENGAJARAN BM SEKOLAH RENDAH 13


3. RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BIASA

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ( BAHASA MALAYSIA TAHUN 5)

Tarikh : 28 Oktober 2014

Hari : Isnin

Masa : 8.50 – 9.50 (60 Minit)

Kelas :Tahun 5 Standard

Bil Murid : 25 Orang

Mata Pelajaran : Bahasa Malaysia

Tema : Teknologi Maklumat

Topik/ Tajuk : Kesan-kesan Negatif Permainan Video Kepada Pelajar Sekolah –

Penulisan Fakta/pendapat

Hasil Pembelajaran :1.2 Aras 2 (i) Mengemukakan soalan yang relevan tentang topik yang

berkaitan

8.1 Aras 1(i) Menulis perkataan dan pelbagai jenis ayat.

8.2 Aras 3 (i) Menulis fakta berdasarkan sesuatu tajuk dengan

menggunakan pelbagai jenis ayat.

9.3 Aras 1 (ii) Menyusun atur maklumat mengikut mengikut

keutamaan.

Objektif : Di akhir pengajaran dan pembelajaran ini murid dapat:

a. Menyenaraikan sekurang-kurangnya lima isi penting berdasarkan tajuk yang diberi

b. Menulis karangan dengan format yang betul

c. Menghasilkan penulisan yang baik dari segi isi, struktur ayat, tatabahasa, ejaan, tanda

baca dan penggunaan hurup besar ditempat yang sesuai.

Pengetahuan sedia ada : Murid biasa bermain alat permainan video samada di

rumah mahupun di pusat-pusat siber.

Sistem bahasa : Tatabahasa – kata nama, kata hubung,ayat majmuk,ayat

penyata,tanda baca.
KRB3053 KAEDAH PENGAJARAN BM SEKOLAH RENDAH 14
Kosa kata - menyeramkan, menyeronokkan, kegilaan, popular

Pengisian Kurikulum : Ilmu – Pendidikan Sivk dan Kewarganegaraan/TMK/Sains

Nilai –Berjimat cermat, menghargai masa, bijak membuat

pilihan.

KBT- Kontekstual – mengaplikasi, menghubungkait

Media Pengajaran : Kad Manila, Pentel Pen, Pelekat, kad gambar alat/permainan

video, pita rakaman cd.

Aktiviti Pengajaran Pembelajaran


Langkah/Masa Isi Pelajaran
Aktiviti Guru Aktiviti Guru

Set Induksi 1.Bacaan doa Murid diminta untuk Murid membaca doa
5 Minit membaca doa penerang penerang hati secara
hati serentak
2.Mencungkil
pengetahuan sedia Guru bersoaljawab dengan Murid dijangka
ada murid tentang cara mereka menjawab:
menghabiskan masa -bermain permainan
lapang. video
-melayari internet
-bermain permainan
computer
-berbasikal
-bermain bola
Guru bertanya kepada
murid tentang perkara Murid bercerita
yang paling mereka gemari tentang apa yang
semasa waktu lapang mereka gemar lakukan
apabila ada masa
lapang.(individu)

Langkah/Masa Isi Pelajaran Aktiviti Guru Aktiviti Murid

Langkah 1 1.Guru Guru menunjukkan Murid melihat


(10 Minit) menunjukkan pelbagai jenis gambar pelbagai jenis gambar
pelbagai jenis kepada murid. yang guru tunjukkan.
gambar alat-
alat/permainan Guru mengajukan soalan:
video. 1. Gambar apakah ini? Murid-murid akan
2. Di manakah kamu biasa memberi reaksi ke atas
melihat alat-alat ini? soalan-soalan yang
3. Nyatakan nama-nama diajukan.
permainan video yang
kamu tahu? Beberapa orang murid
KRB3053 KAEDAH PENGAJARAN BM SEKOLAH RENDAH 15
4. Apakah kesan secara individu diberi
permainan video kepada peluang untuk
pelajar sekolah? menyatakan menjawab
atau menyatakan
pendapat.

Langkah 2 Gambar Guru mengedarkan satu Murid memerhati dan


(15 Minit) rangsangan. kad gambar kepada memberi reaksi
(Kad gambar) kumpulan.

Merangka Guru Membahagikan Murid bersedia


karangan bertajuk: murid kepada 6 kumpulan. menurut arahan
“ Kesan Negatif
Permainan Video Kad Manila dan pentel pen
Kepada Pelajar diberi kepada setiap
Sekolah” kumpulan

Murid diarah
menyenaraikanisi/rangka Setiap kumpulan
karangan (Kumpulan) bersedia dan
memulakan
1.Pendahuluan perbincangan dan
-jenis alat permainan menyiapkan tugasan
dalam tempoh masa
2.Isi karangan yang dinyatakan
- nama permainan
video
- permainan yang
popular masa
kini.

3.Penutup
-kesan dan akibat
bermain permainan
video.

Langkah 4 Melapor hasil kerja Seorang wakil kumpulan Wakil kumpulan


(10 Minit) kumpulan yang dilantik dalam dengan diiringi oleh
kumpulan akan ahlinya melaporkan
melaporkan hasil kerja hasil
mereka. kerja masing-masing.

Pujian diberikan selepas Rakan-rakan sekelas


selesai pembentangan. akan memberi komen
dan tepukan atas usaha
kerja sama dari
kumpulan kerana
berjaya menyiapkan
tugasan yang diberikan
dengan baik.
KRB3053 KAEDAH PENGAJARAN BM SEKOLAH RENDAH 16
Langkah 5 Menulis karangan Murid diminta menulis Murid menulis
(15 Minit) yang panjangnya karangan berdasarkan karangan. (Individu)
tidak kurang rangka karangan yang
daripada 80 patah telah dihasilkan oleh
perkataan. kumpulan masing-masing.

Guru membimbing murid


terutama yang berkaitan Murid membuat
dengan kesalahan pembetulan akan
perenggan,tatabahasa, kesilapan yang
ejaan, struktur ayat, tanda dilakukan.
baca dan penggunaan
tanda baca.

Catatan: Murid berhenti


Murid yang lambat diberi menulis. Murid yang
peluang untuk menyiapkan telah selesai
karangan di rumah.(Kerja mengarang
rumah) akan menghantar hasil
kerja mereka untuk
penilaian guru.

Penutup Menyanyi lagu Murid di minta berdiri dan Murid menyanyi


(5 Minit) permainan video menyanyi lagu “Dragon dengan penuh
yang mereka Ball Z Kai” bersemangat.
gemari.
“Lagu Dragon Guru merumus isi Murid memberi
Ball Z Kai” pelajaran sebagai penutup. perhatian
melalui pita
rakaman cd.

Merumus isi
pelajaran

Refleksi:

-20 orang murid dapat menulis sebuah karangan fakta dengan baik dari segi isi, struktur ayat,
tatabahasa, ejaan, tanda baca dan penggunaan hurup besar ditempat yang sesuai.

-5 orang murid yang lambat akan diberikan peluang menyelesaikan karangan di rumah
dengan bimbingan guru serta ibubapa.

KRB3053 KAEDAH PENGAJARAN BM SEKOLAH RENDAH 17


4. RANCANGAN PENGAJARAN BERINOVASI

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ( BAHASA MALAYSIA TAHUN 5)

Tarikh : 28 Oktober 2014

Hari : Isnin

Masa : 8.50 – 9.50 (60 Minit)

Kelas :Tahun 5 Standard

Bil Murid : 25 Orang

Mata Pelajaran : Bahasa Malaysia

Tema : Teknologi Maklumat

Topik/ Tajuk : Kesan-kesan Negatif Permainan Video Kepada Pelajar Sekolah –

Penulisan Fakta/pendapat

Hasil Pembelajaran :1.2 Aras 2 (i) Mengemukakan soalan yang relevan tentang topik yang

berkaitan

8.1 Aras 1(i) Menulis perkataan dan pelbagai jenis ayat.

8.2 Aras 3 (i) Menulis fakta berdasarkan sesuatu tajuk dengan

menggunakan pelbagai jenis ayat.

9.3 Aras 1 (ii) Menyusun atur maklumat mengikut mengikut

keutamaan.

Objektif : Di akhir pengajaran dan pembelajaran ini murid dapat:

a. Menyenaraikan sekurang-kurangnya lima isi penting berdasarkan tajuk yang diberi

b. Menulis karangan dengan format yang betul

c. Menghasilkan penulisan yang baik dari segi isi, struktur ayat, tatabahasa, ejaan, tanda

baca dan penggunaan hurup besar ditempat yang sesuai.

Pengetahuan sedia ada : Murid biasa bermain alat permainan video samada di

rumah mahupun di pusat-pusat siber.

KRB3053 KAEDAH PENGAJARAN BM SEKOLAH RENDAH 18


Sistem bahasa : Tatabahasa – kata nama, kata hubung,ayat majmuk,ayat

penyata,tanda baca.

Kosa kata - menyeramkan, menyeronokkan, kegilaan, popular

Pengisian Kurikulum : Ilmu - Pendidikan Sivk dan Kewarganegaraan/TMK/Sains

Nilai –Berjimat cermat, menghargai masa, bijak membuat pilihan.

KBT- Kontekstual – mengaplikasi, menghubungkait

Media Pengajaran : Kad Manila, Pentel Pen, Pelekat, Laptop, Skrin, Pembesar Suara.

Aktiviti Pengajaran Pembelajaran


Langkah/Masa Isi Pelajaran
Aktiviti Guru Aktiviti Guru

Set Induksi 1.Bacaan doa Murid diminta untuk Murid membaca doa
5 Minit membaca doa penerang penerang hati secara
hati serentak
2.Mencungkil
pengetahuan sedia Guru bersoaljawab Murid dijangka
ada dengan murid tentang menjawab:
cara mereka -bermain permainan
menghabiskan masa video
lapang. -melayari internet
-bermain permainan
computer
-berbasikal
-bermain bola
Guru bertanya kepada
murid tentang perkara Murid bercerita
yang paling mereka tentang apa yang
gemari semasa waktu mereka gemar
lapang lakukan apabila ada
masa
lapang.(individu)
Langkah/Masa Isi Pelajaran Aktiviti Guru Aktiviti Murid

Langkah 1 1.Tayangan video Guru menayangkan Murid menonton klip


(10 Minit) kesan negatif video yang memaparkan video kemalangan
permainan video tentang permainan jalan raya.
kepada pelajar video.
sekolah.
Guru mengajukan Murid-murid akan
2.Mempelihatkan soalan: member reaksi
beberapa paparan 1. Apa yang telah kamu keatas soalan-soalan
gambar. lihat melalui tayangan yang
video yang diajukan.
dipertontonkan sebentar
KRB3053 KAEDAH PENGAJARAN BM SEKOLAH RENDAH 19
tadi? Beberapa orang
2.Apakah jenis-jenis murid secara
permainan video yang individu diberi
kamu lihat? peluang untuk
3.Apakah nama menyatakan
permainan video yang menjawab atau
paling digemari? menyatakan
4.Yang mana satukah pendapat.
permainan video yang
paling kamu gemari?
5.Di manakah tempat
yang dikunjungi untuk
bermain permainan
video?
6.Apakah kesan negatif
permainan video?
7. Patutkah permainan
video dijadikan sebagai
hobi?Kenapa?
8. Kalau tidak
setuju?Kenapa?

Langkah 2 Gambar rangsangan Guru memperlihatkan Murid memerhati


(15 Minit) (Permainan video) rakaman video. dan memberi reaksi

Merangka karangan Guru membahagikan


bertajuk: murid kepada 6 Murid bersedia
“ Kesan Negatif kumpulan. menurut arahan
Permainan Video
Kepada Pelajar Kad Manila dan pentel
Sekolah” pen diberi kepada setiap
kumpulan

Murid diarah Setiap kumpulan


menyenaraikan bersedia dan
isi/rangka karangan memulakan
(Kumpulan) perbincangan dan
menyiapkan tugasan
1.Pendahuluan dalam tempoh masa
-jenis alat permainan yang dinyatakan

2.Isi karangan
- nama permainan
video
- permainan yang
popular masa
kini.

3.Penutup
-kesan dan akibat

KRB3053 KAEDAH PENGAJARAN BM SEKOLAH RENDAH 20


bermain permainan
video

Langkah 4 Melapor hasil kerja Seorang wakil kumpulan Wakil kumpulan


(10 Minit) kumpulan yang dilantik dalam dengan diiringi oleh
kumpulan akan ahlinya melaporkan
melaporkan hasil kerja hasil
mereka. kerja masing-
masing.
Pujian diberikan selepas
selesai pembentangan. Rakan-rakan sekelas
akan memberi
komen dan tepukan
atas usaha kerja
sama dari kumpulan
kerana berjaya
menyiapkan tugasan
yang diberikan
dengan baik.

Langkah 5 Menulis karangan Murid diminta menulis Murid menulis


(15 Minit) yang panjangnya karangan berdasarkan karangan. (Individu)
tidak kurang rangka karangan yang
daripada 80 patah telah dihasilkan oleh
perkataan. kumpulan masing-
masing.

Guru membimbing Murid membuat


murid terutama yang pembetulan akan
berkaitan dengan kesilapan yang
kesalahan dilakukan.
perenggan,tatabahasa,
ejaan, struktur ayat,
tanda baca dan
penggunaan tanda baca. Murid berhenti
menulis. Murid yang
Catatan: telah selesai
Murid yang lambat mengarang
diberi peluang untuk akan menghantar
menyiapkan karangan di hasil kerja mereka
rumah.(Kerja rumah) untuk penilaian guru.

Penutup Menyanyi lagu Murid di minta berdiri Murid menyanyi


(5 Minit) permainan video dan menyanyi lagu dengan penuh
yang mereka gemari. “Dragon Ball Z Kai” bersemangat.
“Lagu Dragon Ball
Z Kai” melalui Guru merumus isi Murid memberi
Youtube. pelajaran sebagai perhatian
Merumus isi penutup.
pelajaran
KRB3053 KAEDAH PENGAJARAN BM SEKOLAH RENDAH 21
Refleksi:

-20 orang murid dapat menulis sebuah karangan fakta dengan baik dari segi isi, struktur ayat,
tatabahasa, ejaan, tanda baca dan penggunaan hurup besar ditempat yang sesuai.

-5 orang murid yang lambat akan diberikan peluang menyelesaikan karangan di rumah
dengan bimbingan guru serta ibubapa.

KRB3053 KAEDAH PENGAJARAN BM SEKOLAH RENDAH 22


4. ULASAN TENTANG AMALAN PENGAJARAN BIASA DAN AMALAN
PENGAJARAN BERINOVASI

Melalui hasil dapatan yang membezakan kedua-dua amalan pengajaran di atas, dapat
mengenalpasti bahawa penggunaan TMK dapat menjana pemikiran dan kreativiti murid
dalam menghasilkan penulisan karangan yang lebih baik.

Penggunaan komputer semakin penting dalam menjana dan memperkembangkan idea


dan kreativiti pendidik dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kemahiran guru dalam
mengadaptasikan TMK sebagai alat bantu mengajar dianggap penting dalam memperluaskan
tahap penguasaan dan penggunaan dalam pendidikan.

Penggunaan TMK secara berfikrah, terancang dan bersesuaian dengan keperluan dalam
pembelajaran membolehkan:

a. Murid meningkatkan kefahaman dan penguasaan murid dalam pembelajaran.


b. Murid mengakses maklumat yang sukar diperolehi.
c. Murid mengumpul sesuatu maklumat yang diperlukan dalam masa yang lama atau
terlalu mahal untuk dikumpulkan.
d. Murid meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi mereka.
e. Murid diberi peluang belajar secara berkesan dengan bimbingan guru secara
minimum.
f. Murid meningkatkan kemahiran TMK mereka.

Namun begitu, setiap rancangan pengajaran sama ada amalan pengajaran biasa mahupun
amalan pengajaran berinovasi konsep dan elemen 5P terkandung di dalam kedua-dua
rancangan pengajaran iaitu

 Penggabungjalinan – matapelajaran lain seperti Pendidikan Sivik dan


Kewarganegaraan, TMK dan Sains.
 Penyerapan - nilai berjimat cermat, menghargai masa dan bijak membuat pilihan.
 Penilaian – dibuat secara formatif sepanjang pembelajaran iaitu menilai karangan
murid pada akhir pengajaran.
 Pengayaan – guru menggalakkan murid mencari bahan-bahan daripada suratkhabar
ataupun internet.

KRB3053 KAEDAH PENGAJARAN BM SEKOLAH RENDAH 23


 Pemulihan – guru memberikan panduan kepada murid-murid yang lemah bagaimana
cara membuat karangan berdsarkan rangka karangan. Guru memberi peluang murid
menyelesaikan karangan di rumah dengan meminta bimbingan daripada ibubapa.

KRB3053 KAEDAH PENGAJARAN BM SEKOLAH RENDAH 24


6. PENUTUP

Tugas seorang guru bukanlah sesuatu yang mudah seperti yang disangkakan kerana ia bukan
sahaja bertugas untuk menyampaikan isi pengajaran secara berkesan, tetapi dalam masa yang
sama ia juga berperanan untuk menyemai dan memupuk nilai-nilai murni dalam jiwa murid-
murid. Guru adalah pendidik dan pengasuh generasi muda yang akan menjadi warisan
kebudayaan dan ilmu pengetahuan untuk kemajuan negara pada masa hadapan. Oleh itu, guru
seharusnya mempunyai sifat dan kualiti peribadi, professional dan sosial yang baik dan murni.

Penggabungjalinan merupakan strategi pengajaran yang mampu untuk menghasilkan


sebuah sesi pengajaran dan pembelajaran yang efektif dan berkualiti. Guru perlu
mempertimbangkan kemahiran-kemahiran, unsur-unsur daripada mata pelajaran lain, serta
bahan-bahan yang sesuai untuk digabungjalin dalam sesebuah pengajaran dan
pembelajaran. Dengan itu bahan pengajaran yang disampaikan akan menjadikan murid-murid
memahaminya dan boleh dimanfaatkan dalam kehidupannya (Omardin Ashaari,
1999). Strategi yang menggabungjalinkan kemahiran, bahan dan aktiviti dapat digunakan
oleh guru di dalam proses pengajaran dan pembelajaran untuk memperkaya, memperjelas dan
menimbulkan keseronokan dalam mempelajari subjek bahasa Malaysia.

Strategi penggabungjalinan membolehkan murid-murid melihat perkaitan di antara


disiplin diri. Isi-isi pelajaran yang dipelajari oleh murid-murid tidak terpisah dan dengan itu
proses pembelajaran akan menjadi lebih mudah, luas dan bermakna bagi diri mereka. Hasil
daripada gabungan yang mantap di antara proses penggabungjalinan dan kemahiran seorang
guru mengolah isi pelajaran dengan bantuan bahan bantu mengajar yang bersesuaian, maka
terhasillah satu proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan objektif yang telah
disasarkan oleh guru akan dapat dicapai. Hanya guru yang mempunyai komitmen, iltizam
dan kompetensi yang tinggi terhadap tugasnya serta mempunyai akhlak, budi pekerti dan
tatasusila yang tinggi sahaja mampu untuk mewujudkan proses pengajaran dan pembelajaran
yang efektif. Ia juga akan berjaya menjalankan tugas sebagai seorang pendidik dengan
sempurna dan efektif.

KRB3053 KAEDAH PENGAJARAN BM SEKOLAH RENDAH 25


7. RUJUKAN

Abd. Aziz Abd. Talib. (2000). Pedagogi Bahasa Melayu, Prinsip, Kaedah dan
Teknik. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.

Faridah Nazir. (2010). Kurikulum dan Perkaedahan dalam Pengajaran Bahasa


Melayu. Selangor Darul Ehsan: Open University Malaysia.

Johnson & Johnson. (1991). Learning Together and Alone: Cooperative, Competitive and
Individualistic Learning. Upper Saddle River: Prentice Hall.

Juriah Long, et al. (1992). Perkaedahan Pengajaran Bahasa Melayu. Kuala Lumpur:
Penerbit Fajar Bakti.

Kamarudin Haji Husin, et al. (1998). Pedagogi Bahasa: Perkaedahan. Kuala


Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn Bhd.

Koh Boh Boon. (1989). Perspektif-perspektif Dalam Pengajaran Bahasa Melayu. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mahzan Arshad. (2003). Pendidikan Literasi Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Utusan
Publications & Distributors Sdn Bhd:

Marohaini Yusoff. (1999). Strategi Pengajaran Bacaan dan


Kefahaman. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mook Soon Sang, Lee Shok Mee. (1986). Kurikulum Baru Sekolah Rendah. Tahap I. Siri
Maktab Perguruan. Kuala Lumpur: Heineman Malaysia Sdn. Bhd

Nik Safiah Karim et. al. (2009). Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Omardin Ashaari. (1999). Pengajaran Kreatif Untuk Pembelajaran Aktif. Kuala


Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Pusat Perkembangan Kurikulum. (2003). Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tahun
Lima, Kurikulum Baru Sekolah Rendah. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia.

KRB3053 KAEDAH PENGAJARAN BM SEKOLAH RENDAH 26


LAMPIRAN 1

BAHAN BANTU BELAJAR RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BIASA

PSP PS1

PSP

PS3 PS4

PSP
PSP
X- BOX CD-CD PSP

PSP PSP

KRB3053 KAEDAH PENGAJARAN BM SEKOLAH RENDAH 27


MENGHABISKAN MASA
MENGHABISKAN WANG
SEMATA-MATA UNTUK UNTUK BERMAIN
BERMAIN PERMAINAN VIDEO PERMAINAN VIDEO

PSP PSP

LEFT 4 DEAD
DRAGONBALL Z

LAMPIRAN 2

BAHAN BANTU BELAJAR RANCANGAN PENGAJARAN BERINOVASI

- VIDEO ‘KESAN-KESAN NEGATIF PERMAINAN VIDEO KEPADA


PELAJAR SEKOLAH ‘ YANG DIBANGUN BERASASKAN MOVIE MAKER
BOLEH DILIHAT MELALUI PAUTAN DI BAWAH:

https://drive.google.com/file/d/0B-E2CTvDip3jZHcwN3JnTzFiY3c/view?usp=sharing

KRB3053 KAEDAH PENGAJARAN BM SEKOLAH RENDAH 28

Anda mungkin juga menyukai