Anda di halaman 1dari 2

Rujukan: TDCHB-BDS/04/22/011(12)

Tarikh: 1 November 2022

KEPADA: SEMUA PENGEDAR TDC HOLDINGS SDN BHD

Assalamualaikum wbt. & Salam Sejahtera,

MAKLUMAN TERKINI TERHADAP KEMASUKKAN TDC KE PASARAN INDONESIA

TDC teruja melihat kesungguhan yang dipamerkan oleh para Pengedar yang dikasihi ketika
dimaklumkan yang TDC mengambil langkah keterhadapan didalam memastikan penguasaan
pasaran dengan mengorak langkah melalui penerokaan pasaran Indonesia yang berpotensi besar
dengan saiz pasaran melebihi 300 juta penduduk. Langkah mula TDC adalah menubuhkan
syarikat di Indonesia dengan membawa nama PT TDC Imuno Global (no daftar:
4022093031107945) melalui pemodalan asing 100% sebesar RP. 10,000,000,000 (Rupiah
Sepuluh Ribu Billion) atau lebih kurang RM 3,000,000 (Tiga Juta Ringgit Malaysia)

2. Proses seterusnya adalah menunggu kelulusan pihak berkuasa Indonesia melalui Permit
Badan Pengawas Obat dan Makanan Indonesia (BPOM) yang mengawal-selia kemasukan &
jualan produk di pasaran Indonesia dan Surat Izin Penjualan Langsung (SIUPL) bagi
membolehkan PT TDC Imuno Global beroperasi secara sah dan patuh kepada undang-undang
Negara Indonesia.

3. Kelulusan pihak berkuasa Indonesia ini dijangka akan mengambil tempoh selama beberapa
bulan dan TDC sangat optimis bahawa kelulusan ini akan diperolehi kerana semua produk TDC
seperti yang diketahui, lengkap dengan semua persijilan dan pengiktirafan sehingga peringkat
nasional di Malaysia.

4. Bersama dengan makluman ini dilampirkan senarai harga pakej dan produk untuk pasaran
Negara Indonesia bagi rujukan semua pengedar. TDC mengajak semua pengedar untuk bersama-
sama kami dimana TDC akan meneruskan usaha untuk meneroka potensi pasaran di luar negara,
membolehkan pengedar TDC membesarkan potensi pendapatan mereka tanpa sebarang batas
dan halangan.

5. Marilah kita bersama-sama merapatkan silaturrahim sesama kita dan bersama-sama


menuju kejayaan. Semoga dipermudahkan urusan kita semua untuk mengajak rakyat Indonesia
bersama-sama sihat dan berjaya.

Sekian. Harap Maklum.

PT TDC Imuno Global: Memperkenalkan Kolostrum dengan Immunoglobulin terbaik di dunia

Jabatan Pembangunan Perniagaan


TDC Holdings Sdn Bhd | PT TDC Imuno Global
HARGA REGISTRASI DAN PEMESANAN KEMBALI

Registrasi Silver Dealer Gold Dealer Platinum Dealer

Pemesanan Kembali Repeat Order 1x Repeat Order 3x Auto Redemption (AR)

Anda mungkin juga menyukai