Anda di halaman 1dari 5

KERTAS KERJA

PROGRAM TAYANGAN VISUAL

ANJURAN

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI SELAMAT

TARIKH: 10 APRIL 2019

HARI : RABU
1.PENDAHULUAN

Program tayangan visual yang dianjurkan untuk para murid berkeperluan khas ini bertujuan
mengaplikasi tugasan yang sebelum ini hanya berdasarkan teori yang diajar oleh guru di dalam
kelas. Selain itu, program ini juga dapat menambah pengetahuan am dan pembelajaran secara
tidak formal. Program ini juga merupakan salah satu proses pembelajaran yang baik bagi murid
bermasalah pembelajaran secara tidak langsung di luar bilik darjah. Secara ringkasnya, program ke
TGV Aeon Seri Manjung ini dapat mendedahkan murid kepada dunia luar di samping
meningkatkan keyakinan murid apabila berada di tempat awam

2. OBJEKTIF

1. Memberi peluang kepada murid pendidikan khas untuk belajar cara membeli tiket di kaunter
2. Memberi pendedahan kepada proses pengajaran dan pembelajaran secara tidak langsung di
luar bilik darjah.
3. Memberi pengalaman sosial, emosi dan tingkahlaku kepada murid kurang upaya dan
menggunakannya dalam pembelajaran di sekolah dan di rumah.
4. Dapat belajar sambil berhibur serta dapat memperluaskan pengetahuan luar kepada murid.
5. Memberi peluang kepada murid berdikari, berinteraksi, bekerjasama dan mematuhi peraturan
sosial dalam masyarakat.

3. MATLAMAT

1. Melatih para murid supaya bertanggungjawab terhadap diri sendiri,rakan sebaya dan keluarga.
2. Mendedahkan murid dengan tempat-tempat yang menarik.
3. Pelajar berpeluang berkomunikasi dengan masyarakat luar.
4. Mengeratkan hubungan guru, murid dan ibu bapa.
5. Murid dapat bertukar-tukar pendapat dan maklumat dengan orang lain.
4. AHLI JAWATANKUASA SEKOLAH
Penasihat : Pn. Hjh Rahimah Banun Binti Mohd Saaid
Pengerusi : Pn. Nor Fadhilah Binti Ahmad
Setiausaha : En. Ahmad Ruzainy Bin Roslan
Bendahari : Pn. Ling Siew Lee
: Pn. Nurul Ikhwani Binti Mohd Zim
: En. Mohd Rozlan Bin Roza
Pembantu Pengurusan Murid : Pn. Normaziah Binti Abdul Rani
: Pn. Nor Azimah Binti Mahmudin
: Pn. Nor Afzan Binti Mazlan

5. ANGGARAN PERBELANJAAN LAWATAN.


a) Pendapatan :
Kutipan program ( 29 murid xRM9 ) - RM 261.00
Kutipan program ( 5 guru x RM 17 ) - RM 85.00
Kutipan program ( 3 ppm x RM 17 ) - RM 51.00
JUMLAH BESAR - RM 397.00

b) Perbelanjaan :
Tiket masuk TGV ( RM9 x 29 orang murid ) - RM 261.00
( RM17 x 5 orang guru ) - RM 85.00
( RM17 x 3 orang ppm ) - RM 51.00
JUMLAH BESAR - RM 397.00

JUMLAH KESELURUHAN PERBELANJAAN : RM 397.00

6. SUMBER KEWANGAN

- Kutipan Guru dan PPM.

- Kutipan Murid.

7. LOKASI PROGRAM

1. TGV Cinema Aeon,Seri Manjung, Perak


8. ATURCARA PROGRAM

9.45 pagi : Bertolak dari sekolah

10.00 pagi : Dijangka tiba di Aeon.

- taklimat ringkas oleh guru

10.15 pagi : Membeli tiket wayang.

10.30 pagi : Menonton filem Upin dan Ipin

1.00 tengahari : Wayang tamat.

1.30 tengahari : Bertolak pulang ke sekolah

2.00 petang : Dijangka tiba di sekolah

9. TARIKH DAN MASA

Tarikh : 10 .4. 2019 ( Rabu )

Masa : 9.45 pagi hingga 2.00 petang

10. TENAGA PENGIRING

5 orang guru

3 orang pembantu pengurusan murid


11. PENUTUP

Program ini merupakan salah satu aktiviti yang dapat menambahkan ilmu pengetahuan dan
pengalaman kepada murid bekeperluan khas serta semua yang terlibat. Program ini juga diharapkan
dapat menjadi motivasi dan pendorong kepada murid pendidikan khas untuk belajar dengan lebih
tekun lagi.

Sekian, terima kasih.

“ KECEMERLANGAN INSAN ISTIMEWA KEGEMILANGAN BERSAMA “

Disediakan oleh : Disokong oleh :

……………………………………………. …………………………………………

( AHMAD RUZAINY BIN ROSLAN ) ( )


Guru Pendidikan Khas
Sekolah Kebangsaan Seri Selamat.

Disahkan oleh :

………………………………………….

( )

Anda mungkin juga menyukai