Anda di halaman 1dari 2

TEKS UCAPAN PENGETUA

MAJLIS MENANDATANGANI NOTA KERJASAMA (NOTE OF UNDERSTANDING)


ANTARA
SMK MENJALARA DENGAN PERTUBUHAN KEBAJIKAN DAN TRANSFORMASI SOSIAL SELANGOR

YBrs, Tuan Samymuthu A/L Masilamani, Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Dan Transformasi Sosial
Selangor

YBrs, En Mazlan Bin Sharif, Penolong Kanan Pentadbiran SMK Menjalara,

YBrs, Pn Norsiah Binti Juahir, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SMK Menjalara,

YBrs, Pn Norliza Binti Borhan, Penolong Kanan kokurikulum, SMK Menjalara,

YBrs, En Ampandi Bin Omar, Penolong Kanan Pendidikan Khas SMK Menjalara,

YBrs, Pn Paramas Wari a/p R.M Subramaniam, Penolong Kanan Petang SMK Menjalara,

Serta guru-guru yang dihormati sekalian.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Saya lafazkan rasa syukur kepada Allah SWT kerana dengan rahmatNya, majlis menandatangani Nota
Kerjasama antara SMK Menjalara dan Pertubuhan Kebajikan Dan Transformasi Sosial Selangor
dapat dilaksana pada pagi ini. Saya mengalu-alukan kehadiran Tuan Samymuthu A/L Masilamani,
Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Dan Transformasi Sosial Selangor ke SMK Menjalara pada kali ini .

Saya berharap bahawa Majllis menandatangan Nota Kerjasama ini bukan merupakan awalan kepada
kerjasama antara dua organisasi, tetapi lebih sebagai penggalak dan pendorong untuk meningkatkan
kerjasama yang telah sedia berlangsung. Dengan melaksanakan Majlis Menandatangani Nota
Kerjasama bersama Pertubuhan Kebajikan Dan Transformasi Sosial Selangor ini diharap dapat
membuka ruang yang lebih luas untuk pelbagai aktiviti dalam meningkatkan kemenjadian murid
serta dapat melahirkan Murid Berkeperluan Khas (MBK) Program Pendidikan Khas Intergrasi (PPKI)
SMK Menjalara yang cemerlang dan berdaya saing.

Pelbagai program yang dijalankan di sekolah melibatkan hubungan dengan komuniti.


hubungan dengan masyarakat setempat dan komuniti luar yang akrab akan membina jaringan dan
jalinan yang memberi kebaikan kepada kedua-dua pihak. Pihak sekolah memerlukan pihak luar bagi
mendapatkan sokongan untuk menjalankan program dan pihak luar pula sering memohon bantuan
dari segi penyertaan murid-murid dan guru untuk melibatkan diri dalam program mereka.
Sebagai pengakhir kata, saya amat berharap bahawa pemeteraian bersama ini akan merancakkan bidang-
bidang kerjasama yang sedia ada di antara dua organisasi kita di samping menjana bidang kerjasama yang
baru yang dapat memberikan impak dan manfaat kepada murid serta guru-guru PPKI SMK Menjalara dan
pihak Pertubuhan Kebajikan Dan Transformasi Sosial Selangor.

Sekian dan terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai