Anda di halaman 1dari 2

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SMK RAJA ABDULLAH Kod Sekolah: WEB0248

1. Nama Guru ROHANI BINTI MD ALI

2. Judul Tentang Dia: Doa. Iltizam. Air Mata 3. Bidang: - Agama

4. Tarikh Pembentangan - 18.8.2023 5. Masa: -


-
6. Tempat Pembentangan
7. Sinopsis

Membaca buku ini bagaikan mendengar nasihat dari seorang ibu. Walaupun tidak
berpelajaran tinggi dan tidak mempunyai ilmu psikologi, namun cara wanita ini di dalam
mendidik dan membesarkan sebelas orang anak-anak beliau untuk berdikari serta
berjaya di dunia di samping beramal demi kehidupan akhirat mereka.
Puan Hajah Hitam memastikan anak-anaknya tidak leka di dalam menunaikan rukun
Islam kedua, solat berjemaah serta menunaikan solat sejurus selepas azan tanpa
melewatkan solat itu., Puan Hajah Hitam juga memastikan kesemua anak, menantu
serta cucunya sentiasa menjadikan Al-Quran itu sahabat mereka, beliau berbangga
kerana 24 orang cucunya berjaya menjadi huffaz

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Pengajaran yang boleh diambil daripada buku ini ialah anak-anak perlu saling sayang-
menyayangi dan saling bantu-membantu sesama sendiri. Terutamanya apabila ada
dalam kalangan mereka Orang Kurang Upaya. Beliau juga menegaskan betapa
pentingnya menziarahi orang yang sakit dan memenuhi semua jemputan yang diterima.
Sesungguhnya, amalan ziarah-menziarahi adalah salah satu amalan mulia yang dapat
meringankan sedikit beban orang yang sakit. Sembahyang itu adalah tiang agama.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Berbekalkan pengetahuan yang sedia ada, dan disulami dengan ajaran agama, sudah
pasti kita dapat mendidik generasi yang bukan sahaja cintakan agama, tetapi generasi
yang mempunyai adab dan berbudi pekerti.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

..............................
(ROHANI BINTI MD ALI)

Anda mungkin juga menyukai