Anda di halaman 1dari 1

Maksud Nama Jalur Gemilang

Huraian maksud nama adalah seperti berikut:


1. Jalur - Menggambarkan Bendera yang mempunyai 14 jalur merah dan
putih Lambang jalur pada Bendera menggambarkan satu haluan yang
lurus, hala tuju yang sama dan arah yang sama yang dianuti oleh rakyat
negara ini dari Perlis hingga ke Sabah dalam menuju kegemilangan
bangsa dan negara
2. Gemilang - Bermaksud bercahaya, terang-benderang dan cemerlang
Ianya memberi pengertian bahawa jalur atau bendera itu melambangkan
kecemerlangan negara Malaysia dan rakyat Malaysia dalam mengharungi
apa bidang kehidupan sekali pun sama ada di dalam atau di luar negara
Kesungguhan, kegigihan dan kesanggupan rakyat untuk menaikkan imej
negara, sesungguhnya sentiasa mendapat petunjuk dan pedoman yang
terang lagi jelas.

Maksud Warna Pada Bendera Jalur Gemilang


Huraian maksud warna pada bendera Malaysia adalah seperti berikut:
Biru - Menggambarkan perpaduan rakyat yang terdiri daripada berbilang
kaum di negara ini seperti Melayu, Cina, India.
Merah - menunjukkan keberanian dan kesediaan dalam mengharungi
segala jenis cabaran demi negara yang tercinta.

Putih - Melambangkan kesucian dan keluhuran hati rakyat dalam


mengangkat nama negara ke persada dunia.
Kuning - melambangkan warna Diraja, secara khususnya menggambarkan
kedaulatan Raja-Raja Melayu yang Berperlembagaan

Maksud Lambang Pada Jalur Gemilang


Berikut dikongsikan huraian maksud lambang yang ada:
Bulan & Bintang - Menggambarkan Agama Islam sebagai agama
persekutuan negara
Bintang Pecah 14 - Menunjukkan perpaduan 13 buah negeri dan 1 wilayah
Persekutuan.
14 Jalur - Jalur berwarna merah dan putih yang sama lebar
menggambarkan 13 buah negeri anggota dan sebuah Wilayah
Persekutuan yang memiliki keanggotaan yang sama dalam negara
Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai