Anda di halaman 1dari 4

SENARAI TUGAS AHLI LEMBAGA KOPERASI

Tugas Pengerusi :

1. Mempengerusikan semua mesyuarat lembaga.


2. Menandatangani dan mengesahkan minit mesyuarat lembaga.
3. Memperakui cabutan dan salinan dari rekod koperasi menurut peraturan bersama
setiausaha melalui satu akuan yang bertarikh dan ditandatangani.
4. Memanggil sendiri atau melalui setiausaha , mesyuarat lembaga bila perlu.
5. mengarahkan jawatan kuasa audit dalaman supaya memeriksa buku , rekod dan
dokumen koperasi pada bila-bila masa dan melaporkan kepada lembaga.
6. Menandatangan permohonan pendaftaran kepada pindaan Undang-undang Kecil
dokumen lain yang berkaitan bersama dua anggota lembaga.
7. Menyelia secara am pentadbiran , hal ehwal dan pekerja koperasi.

Tugas Setiausaha

1. Memanggil dan menghadiri mesyuarat agung, mesyuarat lembaga dan mesyuarat


jawatan kuasa dan menyampaikan segala laporan dan dokumen untuk pertimbangan
mesyuarat.
2. Merekodkan perjalanan dan keputusan mesyuarat
3. Menyenggara dan mengemaskini semua daftar anggota , daftar penama, buku dan
laporan yang dikehendaki oleh lembaga.
4. Menguruskan surat- menyurat sebagaimana yang diarahkan oleh Lembaga
5. mengesahkan bersama Pengerusi salinan segala perkara yang bertulis di dalam buku
koperasi
6. Menyimpan dan menjaga dengan selamatnya mohor Koperasi
7. Menjalankan tugas lain yang ditentukan oleh Lembaga dari semasa ke semasa
Tugas Bendahari :

1. Mengendalikan semua urusan perdagangan dan perindustrian koperasi mengikut dasar


yang ditetapkan oleh lembaga.
2. Menerima dan menjaga semua wang yang diterima oleh koperasi dan membuat
pembayaran mengikut arahan lembaga
3. Menyimpan ke dalam bank atas nama koperasi semua wang yang diterima dalam
tempoh 24 jam hari bekerja daripada penerimaannya.
4. Mengeluarkan resit, menyediakan baucer dan surat lain mengikut arahan lembaga
5. Menyimpan dalam Akaun Wang Runcit , wang sebanyak yang diluluskan oleh
lembaga untuk memenuhi perbelanjaan runcit dan perbelanjaan yang dibuat daripada
akaun ini boleh diganti seberapa kerap yang perlu.
6. Menyenggara dan menyimpan akaun koperasi dengan sempurna dan kemaskini
supaya dapat diperiksa pada bila-bila masa oleh pihak berkuasa yang berkenaan.
7. Menyediakan akaun tahunan dan laporan tahunan koperasi untuk dibentangkan dalam
mesyuarat lembaga
8. Menyediakan belanjawan tahunan koperasi dalam bentuk yang menunjukkan dengan
jelas segala butiran perbelanjaan dan pendapatan untuk ditimbang oleh lembaga
sebelum dibentangkan dalam mesyuarat agung tahunan
9. Menyediakan penyata pendapatan dan perbelanjaan koperasi yang benar dengan
secara dibutirkan satu persatu bagi sesuatu tempoh sebagaimana yang dikehendaki
oleh lembaga untuk dibandingkan dengan belanjawan bagi tempoh berkenaan yang
telah diluluskan oleh mesyuarat agung

Pengurus Belian :

1. Mebuat tinjauan keperluan warga sekolah


2. Mencari peluang untuk promosi barangan baru bagi pihak koperasi
3. mencadang kepada lembaga koperasi barangan / perkhidmatan yang hendak dibeli
4. Menguruskan pembelian barang /perkhidmatan atas permintaan lembaga
5. Menyerahkan barang belian kepada bendahari untuk urusan merekod stok
6. Menyerahkan invois kepada bendahari dan menyimpan satu salinan untuk fail sendiri
7. Menyimpan buku log belian
8. Mengemaskini buku log belian
9. Membuat laporan bulanan untuk belian
10. Menyediakan dan membuat laporan belian dalam mesyuarat ALK
11. Memastikan borang-borang yang berkaitan belian digunakan.

Pengurus Jualan
1. Menerima stok untuk jualan mingguan / bulanan dari Bendahari
2. Memohon tambahan stok untuk jualan dari pengurus stok
3. Menetapkan harga jualan berdasarkan keputusan ALK
4. Menguruskan jualan harian di kedai koperasi
5. Melantik pembantu jualan di kedai koperasi
6. Menyediakan jadual bertugas harian untuk jurujual
7. Mengira dan merekodkan hasil jualan harian / bulanan
8. Menyerahkan wang tunai hasil jualan harian kepada bendahari
9. Memastikan hanya guru atau pelajar yang bertugas sahaja berada di koperasi semasa
jualan berlangsung
10. Menyediakan dan membuatkan laporan jualan pada setiap mesyuarat ALK
11. Memastikan borang-borang berkaitan jualan digunakan

Pengurus Promosi :

1. Membuat promosi barang-barang yang dibeli oleh Pengurus Belian melalui pamplet,
perhimpunan atau blog koperasi.
2. Membantu Pengurus Pendaftaran Ahli membuat promosi untuk menambah keahlian
3. Membantu setiausaha merancang program-program tahunan koperasi

Pengurus Pendaftaran Ahli :

1. Membuat dan menyediakan borang pendaftaran ahli


2. Membantu bendahari mengagihkan dividen kepada ahli
3. Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan semasa mesyuarat lembaga
4. Menceriakan koperasi
Audit Dalaman :

1. Memeriksa dan mengaudit akaun-akaun dan rekod-rekod relevan koperasi secara


bulanan dan memaklumkan lembaga sebarang perkara yang luar biasa yang diperolehi
semasa pemeriksaan dan pengauditan
2. Mengaudit dan memberi laporan mengenai penyata kewangan yang dikemukakan
oleh lembaga selepas tamatnya tahun kewangan
3. Menyediakan: :

3.1 Sama ada penyata kewangan atau memberi gambaran sebenar dan
saksama tentang transaksi kewangan dan kedudukan hal ehwal
koperasi
3.2 Perkara lain yang berbangkit daripada pengauditan sebagaimana
yang difikirkan patut dilaporkan
4. Membuat pernyataan dalam laporannya sama ada rekod perakaunan dan rekod-rekod
lain yang sepatutnya telah disimpan penerimaan, perbelanjaan dan pelaburan wang
dan perolehan dan pelupusan aset oleh koperasi dalam tahun iyu adalah mengikut akta
, peraturan dan undang-undang kecil koperasi
5. Melapor pada bila-bila masa kepada koperasi tentang apa-apa perkara yang
berbangkit daripada kerja pengauditan
6. Memastikan pengauditan akaun koperasi akan mengambil penelitian mengenai hutang
belum jelas ( jika ada ), nilaian aset ( jika ada ) dan liabiliti koperasi.

Anda mungkin juga menyukai