Anda di halaman 1dari 5

SKRIP TEMU BUAL

NAMA:

No.Kp:

Umur:

Alamat:

Pada 31 April yang lalu ,pengkaji telah pergi ke rumah penduduk taman untuk mendapatkan
maklumat tentang penggunaan media sosial dalam meningkatkan semangat kejiranan di Taman
Impian Indah. Temu bual itu adalah seperti berikut:

PENGKAJI : Selamat petang, Encik Teoh. Terima kasih kerana sudi memberi
saya peluang ini untuk bertemu bual dengan tuan.

PENDUDUK TAMAN: Sama-sama. Apakah tujuan anda mengadakan temu bual ini dengan
saya?

PENGKAJI : Sebenarnya, saya sedang membuat kajian tentang penggunaan media


sosial dalam meningkatkan semangat kejiranan di taman kita. Oleh itu,
saya ingin bertanya pendapat tuan tentang faktor-faktor dan manfaat
penggunaan media sosial dalam kalangan penduduk di taman ini.
Bolehkah saya mulakan sekarang?

PENDUDUK TAMAN: Begitu rupanya. Ya, silakan.

PENGKAJI : Pada pendapat tuan, adakah penggunaan media sosial dalam kalangan
penduduk merupakan salah satu faktor dalam meningkatkan semangat
kejiranan di taman kita?
PENDUDUK TAMAN: Ya, Hal ini demikian kerana media sosial dapat membantu
menyebarkan
maklumat tentang budaya setiap kaum di taman ini. Hal ini dapat
meningkatkan semangat kejiranan antara penduduk dan penduduk akan
lebih mengenali budaya setiap kaum di taman ini. Oleh itu,
penduduk di taman ini akan menghormati budaya semua kaum
penduduk
di taman ini.

PENGKAJI : Apakah manfaat penggunaan media sosial dalam meningkatkan


semangat kejiranan di taman ini?

PENDUDUK TAMAN : Manfaat penggunaan media sosial dapat membangun semangat


kejiranan
yang kukuh antara penduduk. Penduduk taman ini juga bersama-sama
menyertai aktiviti kejiranan seperti aktiviti gotong-royong, rumah
terbuka dan sebagainya. Tindakan ini dapat memudahkan penduduk
untuk berinteraksi antara satu sama lain dan secara tidak langsung
memperkuatkan semangat kejiranan penduduk di taman ini.

PENGKAJI : Adakah tuan bersetuju penggunaan media sosial membolehkan interaksi


antara jiran menjadi lebih mesra? Sekiranya tuan bersetuju atau tidak
bersetuju, minta tuan berikan sebab.

PENDUDUK TAMAN: Memang tidak dapat dinafikan media sosial membolehkan penduduk
berinteraksi dengan jiran lain namun harus diingat media sosial
memerlukan akses internet yang kuat. Oleh itu, penduduk di taman ini
tidak dapat berkongsi informasi tentang kejiranan dan berbual-bual
melalui media sosial jika tiada akses kepada internet.
PENGKAJI : Bolehkah tuan jelaskan sebab-sebab media sosial di taman ini dikatakan
mengeratkan hubungan antara jiran?

PENDUDUK TAMAN: Media sosial yang digunakan oleh penduduk di taman ini untuk
berinteraksi mencari kawan. Selain itu, media sosial yang digunakan
oleh
penduduk digunakan sebagai sumber imformasi. Penduduk boleh
mencari informasi atau maklumat dari media sosial seperti facebook atau
tiktok untuk melakukan aktiviti kejiranan seperti perhiasan logo taman
dengan mengecat atau pun membina logo yang baharu secara kreatif
atau
mengambil gambar sebagai rujukan dalam pembinaan logo taman dari
media sosial.

PENGKAJI : Bolehkah tuan jelaskan bagaimana penggunaan media sosial menjadi


agen dalam penyatuan penduduk di taman ini.

PENDUDUK TAMAN: Penggunaan media sosial menjadi agen penyatuan penduduk di taman
ini
kerana media sosial dapat menghantar mesej atau informasi supaya
penduduk dapat bersama -sama menjalankan aktiviti kejiranan ini. Ini
dapat mengeratkan hubungan antara penduduk kerana masing -masing
ingin menjayakan aktiviti kejiranan yang telah dirancang. Oleh itu
penggunaan media sosial dapat meningkatkan semangat kejiranan
dalam
kalangan penduduk di taman ini.

PENGKAJI : Boleh tuan nyatakan kesan penggunaan media sosial dalam


meningkatkan semangat tolong-menolong antara jiran?
PENDUDUK TAMAN: Kesan penggunaan media sosial dalam meningkatkan semangat tolong-

menolong ialah penduduk taman ini akan menjadi lebih bersatu padu
dengan menjalankan aktivtiti yang dijalankan seperti menjadi
sukalerawan meronda di kawasan taman ini pada waktu malam bagi
menggelakkan berlakunya kes kecurian atau pecah masuk rumah
penduduk di taman ini.

PENGKAJI : Apakah pendapat tuan tentang penggunaan media sosial dapat


mengenali
jiran dengan lebih dekat.

PENDUDUK TAMAN: Media sosial dapat mengenali jiran dengan lebih dekat melalui aplikasi
seperti wechat dan whatsapp. Selain itu, penduduk di taman ini
boleh mengenali jiran dengan lebih dekat dengan menyertai aktiviti
kejiranan seperti aktiviti gotong-royong sebelum sambutan perayaan
dan
aktiviti sambutan hari kemerdekaan. Langkah ini dapat membantu
penduduk untuk mengenali jiran dengan lebih dekat.

PENGKAJI : Masa sudah tidak mengizinkan saya untuk meneruskan temu bual pada
hari ini. Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan terima kasih
kepada Encik Teoh, kerana banyak memberikan maklumat yang
berguna
kepada saya untuk melengkapkan kajian kerja kursus Pengajian Am ini.
Terima kasih sekali lagi.

PENDUDUK TAMAN: Sama-sama.

Anda mungkin juga menyukai