Anda di halaman 1dari 5

INSTITUTE OF EDUCATION

KAJIAN KES

PENINGKATAN KEMAHIRAN MEMBACA TEKS JAWI


DAN MENULIS DIKALANGAN MURID TAHUN 2 BAGI DUA
BUAH SEKOLAH PILIHAN DI PAHANG

DISEDIAKAN OLEH:

MOHD AZRUL HISYAM BIN SALLEH ( 1024791 )

UNTUK PEMERHATIAN

DR. MUHAMAD ZAHIRI BIN AWANG MAT

PUSAT PEMBELAJARAN

UIAM GOMBAK

0
KAJIAN KES

TAJUK KAJIAN

Peningkatan Kemahiran Membaca Teks Jawi Dan Menulis Dikalangan Murid Tahun 2 Bagi
Dua Buah Sekolah Pilihan Di Pahang

PENGENALAN

Masalah kurang kemahiran membaca dan menulis jawi dikalangan murid sekolah

rendah hari ini sangat ketara. Tambahan pula masa kini hampir semua murid tidak suka

membaca atau menulis jawi. Mereka menganggap bahawa membaca dan menulis jawi ini

amat susah dan sukar untuk mengeja sesuatu perkataan. Ini berdasarkan kajian kes di SK

yang dipilih di Pahang dibuktikan dengan statistik data program membaca jawi peringkat

sekolah menunjukkan kelemahan yang ketara dalam bacaan dan tulisan. Murid-murid ini

lebih suka membaca bahasa melayu dan menulis rumi sahaja kerana ianya mudah apatah

lagi ianya selalu digunakan dalam kehidupan seharian. Justeru itu, maka satu kajian akan

dibuat untuk mengenalpasti punca, penyelesaian dan cara mengatasinya permasalahan ini.

OBJEKTIF

1. Tahap kebolehan membaca teks Jawi kelas Tahun 2 .

2. Mengetahui tahap kebolehan menulis Jawi kelas Tahun 2 melalui penilaian terhadap

buku tulis.

3. Menjawab soalan peperiksaan atau ujian yang diberikan dengan baik.

SOALAN PENYELIDIKAN

1. Apakah yang diukur dalam kajian ini?

2. Apakah yang diukur dalam kajian ini selain daripada kebolehan membaca Jawi?

3. Bagaimana cara untuk melihat tahap kefahaman murid dalam tulisan jawi?

1
CARA PERLAKSANAAN KAJIAN KES

Untuk melaksanakan dan menyelesaikan kajian kes ini maka beberapa kaedah yang

difikirkan perlu dibuat iaitu penyelidikan melalui pemerhatian dan juga melalui analisis

pembacaan serta penulisan murid. Semuanya akan direkodkan semasa kajian kes itu nanti

dan berkemungkinan mengambil masa yang lama sedikit.

JANGKAAN KESAN KES YANG DIBUAT

Melalui kajian kes yang dibuat ini murid akan memahami dan boleh mengeja jawi

dengan baik. Disamping itu juga dapat menarik minat murid-murid untuk membaca buku-

buku cerita dalam tulisan jawi.

Walaubagaimanapun dijangka terdapat juga beberapa permasalahan yang akan

berlaku diantaranya ialah :

1. Masalah ketidak hadiran murid ke sekolah yang menggangu pengajaran dan kajian.

2. Masa ketika mengendalikan kes ini kerana tugas-tugas lain yang ada.

Walaubagaimanapun semuanya akan dirancang dan diatur dengan baik semasa kajian

nanti, Insyaallah.

Instrument Kajian Kes

Instrumen kajian yang digunakan ialah:

i. Rakaman video

ii. Buku tulis

iii. Kertas peperiksaan

2
Kaedah Kajian

1. Rakaman video – rakaman dibuat semasa murid sedang membaca dan menulis jawi

di dalam kelas ketika sesi pembelajaran berdasarkan satu waktu pengajaran sahaja.

Kemudian membuat rakaman pandangan guru-guru yang mengajar jawi atau mana

insan yang mahir dalam bidang pendidikan terutama mengenai masalah

pembelajaran untuk memberikan pandangan bagaimana cara membantu murid

menguasai bacaan dan penulisan jawi.

2. Buku tulis – beberapa buah buku tulis murid diambil secara rawak untu disemak.

Kemudian beberapa muka surat dari buku-buku tersebut di fotostat untuk di buat

analisis tentang kemahiran menulis jawi. Data analisis ini akan dinilai dan mencari

punca serta cara mengatasainya.

3. Kertas peperiksaan – Mengambil beberapa kertas jawapan peperiksaan akhir tahun

yang akan dijalankan tidak lama lagi. Kertas peperiksaan ini juga dinilai dan

dianalisis untuk melihat sejauh mana kemahiran menulis jawi

4. Intervensi - Melaksanakan program bimbingan (pemulihan, pengukuhan dan

pengayaan). Kemudian membuat ujian sebagai refleksi (dapatan)

Penutup

Semoga kajian ini mendapat sokongan daripada semua pihak di sekolah yang dipilih

inii dan semuanya dapat dilakukan dengan jayanya. Analisa yang dibuat juga akan diteliti

berdasarkan bukti-bukti yang sah. Semoga dengan kajian ini dapat membantu murid yang

lemah ini dan yang lainnya supaya boleh membaca serta menulis jawi dengan lebih baik

pada masa akan datang.

3
LAPORAN TINDAKBALAS KAJIAN YANG DIBUAT

Tajuk Kajian :

Tarikh Mula Kajian :

Tempoh Kajian & Perlaksanaan :

RUMUSAN:

1) Sebelum

a) Jumlah murid terlibat

b) Masalah yang dihadapi

2) Selepas

a) Perkembangan murid

3) Tindakkan susulan

a) Cadangan bimbingan selanjutnya

Anda mungkin juga menyukai