Anda di halaman 1dari 1

Angsa yang bertelur emas

Selamat petang kepada guru-guru sekalian Tajuk cerita saya pada hari ini ialah “Angsa yang bertelur emas”

Pada suatu hari, seorang petani membawa seekor angsa pulang ke rumahnya. Pada hari keesokan, angsa itu

mengeluarkan telur emas. “Angsa ajaib!” Kata petani.

Dia segera membawa telur emas itu ke pedagang emas di pasar. Pedagang kata, “Ini emas tulen!” Pedagang itu

membelinya dengan wang yang sangat banyak.

Sejak hari itu, angsa itu bertelur setiap hari. Kini, petani itu sudah memiliki selusin telur emas. Namun, petani itu

belum puas lagi. Dia mahu cepat jadi kaya raya.

Oleh itu, dia pun membunuh angsa itu! Dia terkejut apabila mendapati badannya sama sahaja seperti angsa-angsa

lain.

Kawan-kawan sekalian, nilai murni yang terdapat dalam cerita ini adalah janganlah sekali-kali mengamalkan sikap

yang tamak. Sikap yang tamak boleh membawa kerugian. Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai