Anda di halaman 1dari 5

BIMS 3163 ORGANIZATIONAL BEHAVIOUR IN ISLAM

SESI 2022/2023 (A222)

TAJUK

LAPORAN UNIT MAKANAN DAN MINUMAN

DISEDIAKAN KEPADA:

DR. MUHAMAD FIKRI BIN AZIZ

DISEDIAKAN OLEH:

NO. NAMA NOMBOR MATRIK

1. NUR SABRINA ALIA BINTI KAMARUSLAN 279934


2. NUR AINI BINTI MOHAMAD OTHMAN 278221
3. NOOR HIDAYATUL AZRINNA BINTI AZIZ 292356
4. NURUL IZZAH RAIHANA BINTI WAN MOHD ASYID 292414
LAPORAN UNIT MAKANAN DAN MINUMAN

AHLI JAWATANKUASA:
1. NUR SABRINA ALIA BINTI KAMARUSLAN
2. NUR AINI BINTI MOHAMAD OTHMAN
3. NOOR HIDAYATUL AZRINNA BINTI AZIZ
4. NURUL IZZAH RAIHANA BINTI WAN MOHD ASYID

SKOP TUGAS UNIT:


1. Mencari pembekal makanan yang murah dan berpatutan
2. Menyusun makanan jamuan dengan teratur
3. Memastikan makanan yang dihidangkan mencukupi untuk pelajar kelas dan Dr.
4. Membeli barangan seperti pinggan plastik, cawan, sudu dan garfu di kedai
5. Membeli pencuci mulut seperti kuih raya di cawangan yang berdekatan

GERAK KERJA:

1. Sebelum

Bil Jenis tugas/aktiviti Tarikh mula Tarikh Akhir

1 Mencari catering untuk Majlis 10 May 2023 19 May 2023


Sambutan Hari Raya Aidilfitri.

2 Membuat perbincangan dengan majlis 10 May 2023 18 May 2023


tertinggi untuk menetapkan menu yang
akan dihidang

3 Sentiasa mengemas kini menu dengan 10 May 2023 20 May 2023


pihak catering.
2. Semasa

Bil. Jenis tugas/aktiviti Tarikh mula Tarikh Akhir

1 Memastikan makanan sampai tepat 20 May 2023 20 May 2023


pada waktunya

2 Menyediakan tempat letak 20 May 2023 20 May 2023


makanan

3 Melakukan persiapan hiasan untuk 14 May 2023 20 May 2023


majlis

3. Selepas

Bil Jenis tugas/aktiviti Tarikh mula Tarikh Akhir

1 Mengemas dan menyusun tempat 20 May 2023 20 May 2023

2 Mengembalikan peralatan makanan 20 May 2023 20 May 2023


pihak catering

3 Menyediakan laporan penuh bagi unit 29 May 2023 17 Jun 2023


makanan dan minuman untuk
dihantar kepada setiausaha

Permasalahan

Permasalahan yang dihadapi oleh ahli jawatankuasa makanan adalah kesukaran dalam
mencari tempahan. Hal ini kerana kebanyakan cafe sudah mempunyai tempahan pada tarikh
yang kami inginkan. Kami bertanya banyak cafe di dalam Universiti Utara Malaysia bagi
membuat tempahan juadah, namun kebanyakan cafe sudah penuh ditempah pada tarikh
tersebut. Selain itu, komunikasi di antara ahli jawatankuasa juga kurang memuaskan dimana
ahli jawatankuasa lewat untuk memberikan respons untuk tujuan pembahagian tugas.
Seterusnya adalah penukaran catering di saat akhir sedikit sebanyak menimbulkan
permasalahan yang disebabkan salah faham berkaitan tarikh program. Pada awalnya, kami
sudah menempah catering, namun apabila berlakunya permasalahan kami terpaksa mencari
catering yang baru bagi menjayakan program ini dimana majlis tertinggi menyuruh kami untuk
bertanya kepada catering yang sama ada boleh tukar tarikh ataupun tidak. Namun, disebabkan
salah tafsiran ayat tersebut menyebabkan kami terpaksa mencari catering lain.

Semua permasalahan ini boleh dikaitkan dengan komunikasi. Dalam setiap organisasi
komunikasi amatlah penting antara satu sama lain. Dalam konteks ini, kurangnya komunikasi
di antara ahli jawatankuasa dan juga salah faham tentang ayat yang telah diberikan oleh majlis
tertinggi. Komunikasi memainkan peranan penting supaya setiap program yang hendak
dianjurkan dapat dijalankan dengan sebaiknya.

Penambaikan

Penambahbaikan yang hendak lakukan adalah memahami setiap arahan yang diberikan
oleh majlis tertinggi dengan sebaiknya. Ahli jawatankuasa yang lain juga perlulah aktif di
dalam group “Whatsapp” supaya segala gerak kerja dapat dijalankan dengan pantas. Hal ini
kerana, apabila ahli jawatankuasa lain tidak aktif maka segala gerak kerja akan menjadi lambat.
Selain itu, ketua bagi unit makanan perlulah memainkan peranan yang penting dimana ketua
mestilah membuat perancangan terlebih dahulu supaya ahli yang lain mengetahui apa yang
mereka perlu lakukan.

Seterusnya, penambahbaikan yang hendak dilakukan adalah melakukan segala kerja


yang diberikan dengan pantas supaya jika berlaku perkara yang tidak diingini dapat diatasi
dengan cepat. Apabila gerak kerja agak lambat maka segala perkara yang lain juga akan jadi
lambat. Bukan itu sahaja, kerjasama di antara satu sama lain juga mestilah ada. Dalam setiap
organisasi kerjasama juga penting kerana apabila berlakunya permasalahan ianya dapat
diselesaikan secara bersama-sama.

Akhir sekali, harapan untuk masa akan datang adalah agar segala penambaikan dapat
diperbaiki supaya segala gerak kerja dapat dijalankan dengan lancar. Apabila penambahbaikan
dilakukan segala permasalahan yang berlaku dapat diatasi dengan sebaiknya dan juga tidak
akan berlaku perkara yang tidak diingini di dalam sebuah organisasi.
KESIMPULAN

Sebagai ahli jawatankuasa yang mengendalikan bahagian makanan, ia merupakan


cabaran besar bagi kami kerana perlu menghadapi karenah peniaga dari pelbagai aspek.
Contohnya peniaga mengenakan cas yang tinggi bagi setiap hidangan. Selain itu, walaupun
terdapat juga permasalahan dalam komunikasi di antara ahli jawatankuasa namun semua
permasalahan tersebut dapat diatasi dengan jayanya. Semua permasalahan tersebut dapat
diatasi dengan hasil kerjasama di antara ahli jawatankuasa yang lain. Bukan itu sahaja, dengan
adanya perbincangan secara berkumpulan, majlis ini dapat dijalankan dengan teratur dan
lancar.

Selain itu, majlis jamuan raya yang diadakan juga dapat menunjukkan budaya
masyarakat melayu yang beragama Islam kepada kaum lain. Menu yang dipilih amatlah
bersesuai dengan suasana hari raya seperti kuih raya, ketupat dan rendang. Di samping itu,
dengan adanya majlis jamuan raya ini juga dapat mengeratkan hubungan di antara rakan
sekelas dan juga dapat mengenali rakan-rakan yang lain dimana sebelum ini tidak mempunyai
kesempatan untuk berkenal.

Akhir sekali, majlis sambutan hari raya yang diadakan dapat memberikan seribu
kenangan yang manis buat pelajar dan pensyarah walaupun banyak rintangan yang perlu
dihadapi namun majlis jamuan raya ini dapat juga dijalankan. Harapan untuk kedepan nanti
adalah semoga kita sama-sama boleh mengambil iktibar daripada apa yang berlaku dan sama-
sama memperbaiki segala permasalahan.

Anda mungkin juga menyukai