Anda di halaman 1dari 2

Nama : lawrence kail Subjek : Sains

Tahun Gred : Tahun 6 Tajuk : 1.1 Kemahiran proses sains - Set 2

1) Pekebun-pekebun sayur menyembur racun serangga pada tanamannya yang terletak berdekatan dengan sebatang sungai.

Pilih kemungkinan yang akan berlaku disebabkan semburan racun serangga tersebut.

(A) Racun serangga akan mengalir ke dalam sungai


(B) Pokok sayur membesar dengan cepat
(C ) Paras air sungai akan meningkat
(D ) Semua serangga akan mati

2) Maklumat berikut menunjukkan beberapa aktiviti manusia.

Bahan buangan plastik dibuang di merata-rata tempat.


E

F Kawasan sekitar rumah yang kotor.

G Longgokan sampah menggalakkan pembiakan tikus.

H Pokok hutan ditebang secara berleluasa.


Aktiviti yang manakah merupakan inferens penularan penyakit kencing tikus?

(A) E, F
(B) E, G
(C ) F, G
(D ) G, H

3) Rajah di bawah menunjukkan sejenis haiwan.

Antara yang berikut, peralatan yang manakah sesuai digunakan untuk memerhati haiwan di atas?

(A) Stetoskop
(B) Kanta pembesar
(C ) Pita pengukur
(D ) Penimbang
4) Antara berikut yang manakah menunjukkan pemerhatian kualitatif?

I. Berasa pahit

II. Ukuran panjang sebatang pen

III. Berjisim 200g

IV. Berwarna hijau

(A) I & II
(B) II & III
(C ) II & IV
(D ) I & IV

5) Tumbuhan yang sihat dibiarkan dalam kotak hitam selama 2 minggu dengan tanah lembap dan selepas 2 minggu tanaman itu layu.

Apakah inferens yang betul mengenai keadaan pokok selepas 2 minggu berdasarkan pernyataan di atas?

(A) Pokok itu tidak mendapat udara


(B) Pokok itu tidak mendapat air
(C ) Pokok itu tidak mendapat cahaya matahari
(D ) Pokok itu tidak mendapat ruang yang mencukupi

Anda mungkin juga menyukai