Anda di halaman 1dari 1

HASIL IDEA SISWI

Idea dan perancangan awal penubuhan PASTI bermula pada akhir tahun 1983 hasil cetusan
beberapa orang siswi (Usrah Nilam Puri) yang diberi hidayah oleh Allah) bagi memberi
pendidikan awal kepada kanak-kanak yang barang kali mereka sendiri tidak menduga berkat
hasil idea dan perancangan - mereka kini menjadi suatu kerja besar dan bermenfaat.

Siswi-siswi terbabit merancang penubuhan pusat pendidikan pra- sekolah Islam dengan nama
Pusat Tarbiyah Anak-Anak Islam (PUTRA ISLAM).

Idea itu terbukti telah memberi sumbangan yang sangat besar dan amat berfaedah kepada
perjuangan melahirkan insan yang berilmu dan beramal.

Mudah-mudahan siswi-siswi terbabit dikurniakan pahala yang berpanjangan dan menerima


nikmat ditingkat darjat keimanan, ketakwaan dan terus istiqomah dalam kerja-kerja untuk
Islam.

Mereka diberi bimbingan dan dipandu arah oleh Ustaz Yahya Othman yang merupakan
antara tenaga pengajar Fakulti Islam Universiti n Malaya Nilam Puri.
(Ustaz Yahya kemudiannya menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri Banggol Judah bagi
tempoh 1990-1999 setelah bertanding dalam pilihan-raya umum 1990 dan pernah menjadi
Anggota Exco Kerajaan Negeri Kelantan yang bertanggungjawab dalam bidang pendidikan
dan dakwah).

Turut membimbing dan memandu arah ialah Ustaz Wan Mohd Jamil Wan Mahmood selaku
Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan pada waktu itu dan seorang pegawai di Yayasan Islam
Kelantan (YIK) dan sebelum itu dia seorang guru.

Walaupun perancangan dibuat pada tahun 1993, namun PUTRA ISLAM hanya mula
beroperasi pada awal 1984 bertempat di Lorong Merican, Kota Bharu.

Dari hanya sebuah, pada tahun 1987, PUTRA ISLAM telah berkembang ke seluruh Negeri
Kelantan dengan bilangannya bertambah - kepada 24 cawangan de- ngan 32 kelas, 52 orang
guru dan 900 pelajar.

Anda mungkin juga menyukai