Anda di halaman 1dari 2

TUGASAN KERJA LAPANGAN GEOGRAFI TINGKATAN 3 2022

TAJUK:
FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEGIATAN EKONOMI DI KAWASAN TEMPAT
TINGGAL / SEKOLAH
Pertama sekali syukur kepada Allah S.W.T. kerana limpah izin serta
rahmatnya, dapatlah saya menyiapkan tugasan kerja kursus ini dengan jayanya. Seterusnya,
saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengetua SMK Taman Bunga, Puan
Hajah Kalsum Binti Shukri yang telah memberi kebenaran kepada saya untuk menjalankan
kajian ini. Jutaan terima kasih juga saya tujukan kepada guru Geografi saya, Encik Fairuz bin
Osman, yang tanpa penat dan lelah memberikan bimbingan dan tunjuk ajar sehingga kajian
ini dapat diselesaikan dengan sempurna. Selain itu, saya amat terhutang budi kepada kedua-
dua ibu bapa saya yang telah memberikan peruntukkan perbelanjaan serta dorongan dan
sokongan sepanjang kajian ini disiapkan. Dalam pada itu, penghargaan juga saya tujukan
kepada para responden yang telah memberikan kerjasama secukupnya juga buat rakan-
rakan sekelas saya Siti Sarah, Nordiana, Fazira dan Syafiqah yang telah bersama-sama dalam
menyiapkan kajian ini. Tanpa sokongan dari setiap pihak yang terlibat tidak mungkin saya
dapat menyiapkan kajian ini dengan jayanya kerana kerja-kerja untuk menyiapkan tugasan
ini memerlukan motivasi, usaha, buah fikiran dan mahupun peruntukan kewangan bagi
memastikan ianya berjalan dengan lancar.

Anda mungkin juga menyukai