Anda di halaman 1dari 7

Perak yang dikatakan sebagai negeri pembekal bijih timah utama negara sejak ratusan tahun

dahulu sehinggalah ke zaman selepas merdeka. Kesan tinggalan aktiviti perlombongan cukup
jelas sekali di Perak.

Termasuk monumen-monumen yang didirikan untuk memperingati kawasan perlombongan


dahulu dan begitu juga di Gopeng. Dahulunya, paip air yang besar sepanjang 15 km berfungsi
untuk menyalurkan air bersih dari kawasan gunung ke kawasan perlombongan bijih timah
dan penduduk setempat di sekitar Gopeng.

Monumen paip besar Gopeng telah dibina pada tahun 1908 untuk menjadi mercu tanda
kegemilangan industri perlombongan timah di Gopeng. Paip air besar sepanjang 15km ini
dahulunya berfungsi untuk menyalurkan air dari kawasan gunung ke kawasan perlombongan
bijih timah di sekitar Gopeng dan juga sebagai bekalan air bersih untuk penduduk setempat.

Jika dikira usianya, dianggarkan sudah lebih 160 tahun. Lokasi paip ini amat mudah dikesan
apabila anda melalui pekan Gopeng pada satu ketika dulu, tetapi kini apa yang tinggal hanya paip
sepanjang 200 meter sahaja.
Berdasarkan cerita lisan oleh Mokhtar yang pernah berkhidmat sebagai Tentera British berpangkalan
di Singapura, berkata batang paip besar itu ditarik ke puncak bukit menggunakan gajah kerana terlalu
berat dan panjang.
Dan menurut penduduk tempatan, ada yang mendakwa banyak saki baki batang paip besi itu sudah
dipotong dan dijual oleh mereka yang tidak bertanggung-jawab. Inilah sikap yang kita tidak mahu
iaitu tiada kesedaran untuk menghargai nilai sejarah demi kepentingan diri sendiri.

Paip air tersebut diuruskan oleh Syarikat Osborne and Chappell yang ditutup pada tahun
1994. Paip air besi yang besar itu disambungkan menggunakan pasak kayu sahaja.

Bayangkan ukuran batang paip yang mempunyai garis pusat 48 inci, garis pusat 24 inci, jarak
antara tiang pula adalah 600 meter. Antara kawasan yang mendapat manfaat daripada paip
besar tersebut adalah Kampung Tersusun Gopeng, Taman Gopeng Baru, Lawan Kuda,
Kopisan Baru, Kampung Sungai Itek dan Kampung Pintu Padang.

Paip Besar Gopeng


Monumen Paip Besar Gopeng yang telah dibina pada tahun 1908. Paip air besar sepanjang
15km ini dahulunya berfungsi untuk menyalurkan air dari kawasan gunung ke kawasan
perlombongan bijih timah di sekitar Gopeng.
Info: Paip Air Gopeng dan aktiviti perlombongan

* Syarikat Osborne and Chopper ditutup 1994.


* Paip air besi disambung menggunakan pasak kayu.

* Ukuran batang paip:


* Garis pusat 48 inci
* Garis pusat 24 inci
* Jarak antara tiang: 600 meter
* Antara laluan saluran paip:
Kampung Tersusun Gopeng, Taman Gopeng Baru, Lawan Kuda, Kopisan Baru, Kampung
Sungai Itek & Kampung Pintu Padang

PA I P B E S A R G O P E N G
 Pembuatan paip oleh:

he Mephan-Fergusan Pipe Co. Ltd. United Kingdom

 Dipasang oleh:

Gopeng Tin Mining Co. Ltd (Jurutera FD Obsome)

 Tahun Pemasangan:

1908

RINGKASAN

 Panjang paip asal: 13.6km dengan diameter 14 inci bagi menghubungkan sumber air dari
Ulu Geruntum dan Ulu Geroh dengan kawasan perlombogan di Gopeng.
 Penggantian paip sedia ada berikutan permintaan timah yang meningkat pada tahun 1919
oleh: Perunding Osborne & Chappel Co. Ltd (diameter 45inci).
 Pada tahun 1930-an, pertambahan pemasangan dua batang paip berukuran diameter 30
inci.
 Panjang keseluruhan ketiga-tiga batang paip: Bertambah daripada 13.6km kepada 15km.
 Batang paip dan penyokongnya telah dirobohkan pada 21 Julai 2010 oleh Gopeng Berhad
kerana struktur asal boleh mendatangkan bahaya kepada pengguna jalan persekutuan.
 2 batang paip yang dipamerkan sekarang telah didermakan oleh kontraktor pelupus,
Syarikat Global Distinction Sdn. Bhd (saiz paip 96 kaki panjang (30 meter) dan diameter
30 inci kepada Kerajaan Negeri
Dahulu paip ini digunakan untuk menyalur air untuk aktiviti
perlombongan bijih timah di kawasan Gopeng. Ia dibina oleh The
Mephan-Fergusan Co. Ltd. United Kingdom dan dipasang dalam tahun
1908 oleh Gopeng Tin Mining Co. Ltd. Gopeng pernah menjadi pengeluar
bijih timah terbesar di Lembah Kinta dengan kawasan perlombongannya
mencecah 3,543 ekar sehinggalah operasinya ditamatkan pada bulan
Ogos 1992 kerana harga timah jatuh merudum sejak tahun 1985.

Paip ini asalnya sepanjang 13.6 km dan bergarispusat 14 in. yang


menghubungkan sumber air dari Ulu Geruntom dan Ulu Geroh ke
kawasan perlombongan. Dengan ledakan pemintaan bijih timah,
keperluan semakin bertambah maka dua batang paip bergaris pusat 45 in
ditambah dan panjang sehingga 15km.

Memandangkan batang paip ini tidak digunakan dan mengundang bahaya


kepada penduduk sekitar, ianya dirobohkan oleh kontraktor mulai 21 Julai
2010 namun sejarah dan fungsinya kepada perkembangan ekonomi di
Gopeng dan usianya yang melebihi 100 tahun, wajarlah sebahagiannya
dipelihara sebagaimana kedudukan asal sebagai bahan sejarah dan
peringatan kepada generasi baru. Dari itu, Syarikat Global Distinction
Sdn. Bhd. telah bermurah hati mendermakan 2 batang paip yang
panjangnya 96 kaki (30 meter) dan bergarispusat 30 in kepada Kerajaan
Negeri Perak.
Batang paip besar dipercayai ditarik ke puncak bukit menggunakan gajah kerana terlalu
berat dan panjang
SEJARAH membuktikan Perak diakui sebagai negeri pembekal bijih timah utama negara
sejak ratusan tahun sehingga ke zaman selepas merdeka. Kesan tinggalan aktiviti
perlombongan cukup jelas, tetapi perubahan zaman menyaksikan banyak bukti fizikal itu
diubah suai mengikut keperluan semasa.

Di Gopeng juga mengalami perubahan sama, banyak tanah lombong kini ditebus guna
untuk projek perumahan, kampung tersusun, bangunan pejabat, sekolah dan jalan raya.
Dari aspek pembangunan, perubahan memang diperlukan tetapi timbul persoalan adakah
semua tinggalan sejarah itu perlu diubah dan dihapuskan semata-mata untuk mengecapi
permodenan. Perlu diselidik kenapa Kota A Famosa di Melaka tidak dihancurkan semuanya
dan apa kesan tinggalan pintu gerbang yang masih kekal kepada industri pelancongan,
sedangkan Gopeng juga mempunyai kesan sejarah perlombongan yang hampir pupus iaitu
paip air gergasi. Batang paip besi dan laluannya sepanjang yang dianggarkan 14.5 kilometer
batu itu pernah menjadi mercu tanda Gopeng ketika era kegemilangan industri
perlombongan tetapi kini dipandang sebelah mata sebagai ‘besi buruk’ yang langsung tiada
nilainya. Jika dikira usianya, dianggarkan sudah lebih 160 tahun tetapi mungkin bagi pihak
berkuasa tempatan, paip itu hanya suatu yang menyemak mata memandang dan perlu
dibuang tanpa sebarang usaha mengekal atau menjadikan sebahagian daripadanya
sebagai bahan sejarah. Kedudukannya cukup mudah dikesan kerana jika melintasi jalan
utama ke pekan Gopeng, pasti akan melalui satu jejantas lama yang diatasnya masih ada
sisa batang paip besi yang bersambung antara Taman Gopeng Baru dengan masjid di
seberang jalan. Di bawah jejantas itu tertulis 4m (empat meter) menandakan kenderaan
yang mempunyai ketinggian melebihi paras itu dilarang melaluinya. Di sebelah Taman
Gopeng Baru, paras tanda itu semakin rendah dengan tanda 3m (meter). Di situ juga ada
dua laluan bawah jejantas yang hanya boleh memuatkan sebuah kenderaan pada satu-satu
masa kerana kedudukannya di satu selekoh. Semakin jauh ke dalam kawasan kampung,
semakin rendah laluan batang paip berkenaan. Air yang dipam di puncak bukit di situ
disalurkan ke kawasan rendah untuk aktiviti lombong dedah yang menggunakan banyak air
untuk menembak dan menghancurkan tanah bukit sebelum diteruskan dengan kaedah
mendulang. Pada masa sama, penduduk juga mendapat manfaatnya melalui pemberian air
percuma yang dibekalkan syarikat perlombongan Osborne and Chopper dan kerajaan
negeri ketika itu. Semua itu, hanya tinggal kenangan dan sejarah kerana penduduk di situ
mendakwa banyak batang paip besi itu sudah dipotong dan dijual dengan izin. Apa yang
ada hanyalah batang besi dianggarkan sepanjang 200 meter di pekan Gopeng dan bakinya
di Kampung Sungai Itek. Penduduk dan bekas pekerja lombong, Mokhtar Baki, 76,
mengakui mereka kecewa dengan keadaan semasa dan mengharapkan kerajaan negeri
mengambil tindakan segera dengan mengekalkan saki baki tinggalan sejarah. Katanya, paip
air besar itu sebenarnya dipam dari dua empangan iaitu Kampar Water Supplier (KWS) dan
Jeranto Water Supplier (JWS) untuk kegunaan kira-kira 2,000 pekerja lombong, tidak
termasuk penduduk tempatan. Air dari kedua-dua empangan itu akan disalurkan untuk
kawasan tadahan syarikat Osborne and Chopper dan bekalan air kerajaan (GWS). “Itulah
(batang paip besi) sejarah Gopeng, ‘trade mark’ orang sini. Dulu, penduduk dapat bekalan
air percuma, cuma perlu gotong royong pasang paip dan salurkan ke rumah masing-masing.
Air gunung sangat bersih dan sejuk. “Kalau tak dikekalkan atau dijaga dengan baik, saya
percaya dalam masa beberapa tahun akan datang, Gopeng langsung tak ada apa-apa,”
katanya. Berdasarkan cerita lisan, Mokhtar yang pernah berkhidmat sebagai Tentera British
berpangkalan di Singapura, berkata batang paip besar itu ditarik ke puncak bukit
menggunakan gajah kerana terlalu berat dan panjang. Ada yang mendakwa batang paip itu
ditarik di rel kereta api tetapi apa pun kaedah yang digunakan, ia mencerminkan suatu yang
cukup sukar untuk menyambung paip air dari empangan atas bukit. Bahkan, khidmat Orang
Asli turut digunakan untuk menjaga kawasan empangan, manakala pekerja lain ditugaskan
memantau sukatan air melalui rumah stim yang dikhaskan mengawal meter air atau jumlah
air yang dilepaskan. Paip besar banyak kenangan BATANG paip besi Gopeng bukan
sekadar membekalkan air bersih untuk penduduk dan aktiviti perlombongan tetapi
meninggalkan seribu kenangan suka duka kepada penduduk yang menganggap ia
sebahagian daripada hidup mereka. Bagi kanak-kanak sekolah ketika itu, batang paip besar
itu adalah laluan mereka merentasi kampung untuk ke sekolah. Saiznya yang cukup besar
membolehkan kanak-kanak berjalan dan berlari di sepanjang laluan dan turun di mana-
mana lokasi dikehendaki. Bahkan, ada juga rumah yang dibina berdepan dengan saluran
batang paip dan terpaksa membuat laluan khas untuk melintasi sama ada di bawah atau
atas paip. Kebiasaannya, mereka lebih selesa melalui jalan bawah. Namun, semua itu
hanya tinggal kenangan dan sejak 1998 hinggalah 2009, hanya tinggal kurang 200 meter
batang paip yang tinggal. Penduduk, Shaari Ali, 59, mengakui batang paip itulah tempatnya
bermain dan berkejaran bersama rakan untuk ke sekolah setiap hari. “Laluan atas batang
paip itu sepatutnya berlumut, tetapi disebabkan kami menggunakannya setiap hari, lumut
pun tak sempat tumbuh, dah macam ada laluan khas,” katanya mengimbau kenangan
sejarah paip Gopeng. Katanya, jika ditanya pendapatnya mengenai kepentingan
mengekalkan bahan sejarah itu, sudah pasti penduduk tempatan menyokong sepenuhnya
kerana hanya itulah mercu tanda sejarah yang ada di Gopeng. “Kami tiada ada kuasa untuk
buat keputusan. Kenapa tidak pindahkan saki baki batang paip itu ke satu lokasi baru
sebagai tatapan atau kekalkan di tempat asal dan baik pulih bahagian yang rosak, letakkan
sedikit papan maklumat,” katanya. Menurut cerita lisan, air di situ sangat sejuk hinggakan
jika ada penduduk yang mengalami demam panas, mereka akan berbaring di atas batang
paip itu untuk beberapa jam sehingga suhu badan turun ke paras normal. Kini, penduduk
kampung masih lagi menggunakan bekalan air bukit tetapi menggunakan batang paip baru
yang lebih kecil dan disambung ke rumah dengan paip getah bersaiz tiga inci.
Bagaimanapun, mereka juga menghadapi masalah tekanan air tidak menentu disebabkan
saiz batang paip utama dikatakan terlalu kecil dan tidak mampu menampung keperluan
penduduk. Info: Paip Air Gopeng dan aktiviti perlombongan * Syarikat Osborne and
Chopper ditutup 1994. * Paip air besi disambung menggunakan pasak kayu. * Ukuran
batang paip:
 Garis pusat 48 inci
 Garis pusat 24 inci * Jarak antara tiang: 600 meter * Antara laluan saluran paip:
 Kampung Tersusun Gopeng
 Taman Gopeng Baru
 Lawan Kuda
 Kopisan Baru.
 Kampung Sungai Itek
 Kampung Pintu Padang
Khazanah Gopeng Oleh Mohd Azis Ngah azis@bharian.com.my 2010/05/30

Anda mungkin juga menyukai