Anda di halaman 1dari 4

SMK TAN SRI ABDUL KADIR

KERTAS CADANGAN
LAWATAN SAMBIL BELAJAR PEMIMPIN SEKOLAH KE ZARA FOODSTUFF
INDUSTRIES SDN. BHD, JOHOR BAHRU.
1.0 PENGENALAN

Asas kepada pendidikan adalah usaha untuk memperkukuhkan dan mengembangkan semangat
ingin tahu para murid. Oleh itu, sebelum menempuh alam pekerjaan murid-murid dituntut untuk
mengisi diri dengan ilmu pengetahuan. Ini adalah untuk mempersiapkan diri ke arah
perkembangan sains dan teknologi disamping sektor sosial dan ekonomi. Justeru, pendedahan
awal perlu diberikan dalam meransang pendidikan pendedahan mengenai kerjaya, kepentingan
kerjaya, kelayakan dan keperluan kerjaya serta prospek kerjaya perlulah dilaksanakan dengan
segera agar tidak ketinggalan. Jelas sekali masih terdapat murid-murid yang tidak tahu mengenai
kerjaya yang bakal diceburi. Fenomena ini berlaku kerana kurangnya maklumat dan pendedahan
yang akan atau bakal diterima. Oleh itu, lawatan sambil belajar ke Zara Foodstuff Industries Sdn.
Bhd,Larkin, Johor.yang adalah perlu bagi membuka mata dan minda para pelajar. Lawatan sambil
belajar selama (1) hari adalah sebagai satu pengalaman pembelajaran kepada para pemimpin
sekolah khusunya.

2.0 MATLAMAT

2.1 Memohon kebenaran menganjurkan lawatan sambil belajar .


2.2 Kertas cadangan ini disediakan adalah untuk memohon keizinan daripada pihak
Pengetua untuk mengadakan program ini.
2.3 Meningkatkan pengetahuan dan pengalaman murid-murid.

3.0 OBJEKTIF
3.1 Murid dari luar bandar perlu didedahkan kepada dunia luar melalui aktiviti lawatan
3.2 Sekolah bertanggungjawab melaksanakan serta menanam konsep lawatan dalam
negeri dengan tujuan untuk memberikan pengalaman kepada murid.
3.3 Murid dapat mengenal pasti laluan pendidikan bagi memenuhi ruang dan peluang
pekerjaan apabila tamat pengajian kelak.
3.4. Murid dapat mengenali dan menikmati keindahan alam di Malaysia.

4.0 TARIKH / HARI


4.1 30/11/2023 (Khamis)

5.0 TEMPAT
5.1 Zara Foodstuff Industries sdn bhd, Larkin, Johor.

6.0 KUMPULAN SASARAN


6.1 40 orang peserta

7.0 ANJURAN
7.1 Pusat Sumber Sekolah
7.2 Unit Pengawas Sekolah
7.3 Unit Kaunseling
8.0 AHLI JAWATAN KUASA
Pengerusi : Pn Sa’adah binti Abd Majid (Pengetua)
Timbalan Pengerusi : En Mohamad Zamri bin Abdullah (PK Pentadbiran)
Naib Pengerusi 1 : Pn Rohaya binti Yacob (PK Kokurikulum)
Penyelaras : Pn Noorzaliana binti Tongal
Setiausaha : Pn Norfadilah binti Said
Bendahari : Pn Iziatul Farhana binti Azizan

SENARAI NAMA AJK BIDANG TUGAS

Guru Pengiring  Mengiringi pelajar ke Zara Foodstuff


Industries sdn bhd, Larkin, Johor
 Noorzaliana binti Tongal
 Norfadilah binti Said
 Iziatul Farhana binti Azizan
 Norfhaziah binti Amer
 Mohamad Shahrizzat bin Mohd Salleh

9.0 TENTATIF PROGRAM

Tempat Yang Dilawati


Tarikh Masa
(Catatkan nama tempat dan negeri yang berkenaan)

30/11/2023 7.00 a.m Sarapan


(Khamis) 7.30 a.m Bertolak ke Zara Foodstuff Industries sdn bhd, Larkin Johor
10.00 a.m Lawatan ke Zara Foodstuff Industries sdn bhd, Larkin, Johor
12.30 pm Makan Tengah hari
1.00 pm Lawatan ke Masjid Sultan Abu Bakar
2.00 pm Pembelian buku di kedai Buku Badan Cemerlang, Angsana Mall.
4.00 pm Makan malam
6.00 pm Bertolak balik
10.0 KEWANGAN

SUMBER KEWANGAN JUMLAH

Kutipan Murid (RM 70.00 X 38 ORANG) RM 2660.00

Kutipan Guru Pengiring (RM 70 x 5 orang) RM 350.00

Sumbangan PIBG RM 255.00

Jumlah RM 3265.00

BUTIR-BUTIR PERBELANJAAN JUMLAH

Pengangkutan (bas) RM 800.00

Makan tengah hari (RM 10 x 43 orang) RM 430.00

Makan Malam - Steamboat (RM 45 x 43 orang ) RM 1935.00

Hadiah RM 100.00

Jumlah RM 3265.00

Baki NIL

11.0 PENUTUP

Adalah diharapkan agar kertas cadangan Lawatan Sambil Belajar Pemimpin Sekolah ke Zara Foodstuff
Industries Sdn. Bhd, Johor Bahru dapat dipertimbangkan dan dilulus oleh pihak sekolah Sehubungan
dengan itu, kejayaan program ini amatlah bergantung kepada peranan dan tanggungjawab masing-
masing bagi memastikan aktiviti program berjalan dengan lancar dan berkesan. Semoga aktiviti lawatan
ini dapat dimanfaatkan oleh semua peserta yang terlibat. Diharapkan agar apa yang dirancang ini dapat
dilaksanakan dengan lancar dan berkesan.

Disediakan oleh, Disemak oleh, Disahkan oleh,

…………………………… …………………………….. ……………………………..


(NORFADILAH BINTI SAID) (ZAMRI BIN ABDULLAH) (SA’ADAH BINTI ABD MAJID)
Guru Media dan Perpustakaan, Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Pengetua,
SMK Tan Sri Abdul Kadir. SMK Tan Sri Abdul Kadir. SMK Tan Sri Abdul Kadir
SMK TAN SRI ABDUL KADIR

KERTAS KERJA

_____________________________________________________________________
LAWATAN SAMBIL BELAJAR PEMIMPIN SEKOLAH KE ZARA FOODSTUFF
INDUSTRIES SDN. BHD, JOHOR BAHRU.
______________________________________________________________________

2023

Anda mungkin juga menyukai