Anda di halaman 1dari 2

ALAMAT ENGIRIM

______________________________________________________________________________

ALAMAT PENERIMA

MEMOHON SUMBANGAN PERALATAN SUKAN BAGI KEGUNAAN BELIA KG


Perkara diatas adalah dirujuk,
02. Saya Nama Penuh, No Kad Pengenalanm XXXXXX-XX-XXXX merupakan pengerusi belia Kg,
ingin memohon sumbangan peralatan sukan untuk kegunaan belia di kampung ini. Butiran peralatan yang
diperlukan saya lampirkan dalam LAMPIRAN 1. Ini kerana, ahli belia terpaksa menggunakan peralatan
sukan sendiri seperti bola, jaring dan juga meminjam daripada pihak-pihak luar seperti jersi bola sepak
untuk digunakan apabila ada acara sukan yang diadakan di kampung ataupun sekiranya dijemput oleh
kampung-kampung lain. Ini menyebabkan ahli belia malu untuk menyerti oleh kerana kampung tidak
mempunyai identiti sendiri dari segi keseragaman pakaian.
03. Peningkatan ahli belia di kampung ini sebenarnya dapat memberikan nafas baru dalam bidang sukan
agar bakat dapat dicungkil dalam diri belia. Namun oleh kerana kurangnya perlalatan yang diperlukan
bakat yang ada dalam diri belia tidak dapat ditonjolkan kepada umum. Bagi senarai ahli belia dapat
dirujuk dalam LAMPIRAN 2
Oleh itu, saya berharap agar pihak tuan dapat mempertimbangkan permohonan saya ini.

Sekian terima kasih

.........................................
PENGIRIM
LAMPIRAN 1

SENARAI PERALATAN SUKAN YANG INGIN DIPOHON

Peralatan Kuantiti
Bola Takraw 2
Jaring Bola Takraw 1
Jaring Bola Tampar 1
Bola Tampar 2
Baju Jersi Bola Sepak 15
Seluar Jersi Bola Sepak 15
Bola Sepak 3

Anda mungkin juga menyukai