Anda di halaman 1dari 7

1.

0 PENGENALAN BOLA TAMPAR

Sejarah bola tampar telah mencetuskan perdebatan yang hangat. Walaupun asal-usulnya
tidak jelas, tetapi dipercayai bahawa terdapat satu permainan yang hampir sama dengan bola
tampar telah dimainkan beberapa ratus tahun dahulu di Amerika Tengah, Selatan dan di Asia
Tenggara. Di dalam sebuah buku bertajuk Sports and Games yang di karang oleh Howard
Keith pada tahun 1942 telah menyatakan bahawa bola tampar di Amerika telah diubah suai
daripada permainan Fraust Ball yang mana telah diperkenalkan di Jerman pada tahun 1893.
Pada tahun 1895, David McConnaugh telah memperkenalkan permainan Minton dan dibawa
ke Amerika. Kedua-dua jenis permainan tersebut mempunyai ciri-ciri yang hampir sama
dengan bola tampar Morgan. Walaubagaimanapun, Morgan tetap berpendirian bahawa
beliaulah yang telah mencipta permainan bola tampar.

Permainan bola tampar telah diperkenalkan pada tahun 1895 di Gimnasium Y.M.C.A.,
Springfields, Massachusettes, Amerika Syarikat oleh Prof.William J. Morgan pada tahun
1870-1942 sebagai suatu permainan rekreasi. Morgan sebagai seorang pengarah fizikal telah
dipertanggungjawabkan untuk mencipta suatu permainan rekreasi untuk sekumpulan lelaki
yang enggan bermain bola keranjang. Pada peringkat permulaan, permainan ini
menggunakan bola keranjang dan bola ini dipukul dengan tangan supaya ia sentiasa di udara
seperti menimbang bola takraw. Kemudian jaring diletakkan di tengah dan beberapa
peraturan diwujudkan. Jaring ditinggikan kepada tujuh kaki, namun bermain dengan bola
keranjang telah menyebabkan tangan pemain menjadi sakit kerana menahan beratnya.
Morgan seterusnya telah meminta pertolongan syarikat Spalding untuk mencipta bola baharu
yang dihasilkan dengan menggunakan kulit anak lembu. Sejak itu, permainan ini terus diminati
dan diterima oleh masyarakat.

Pada mulanya, bola tampar dikenali dengan nama Mintonette dan diubah kepada
Volleyball oleh Prof H. T. Halstead pada tahun 1896. Populariti bola tampar bermula pada
tahun 1900 apabila Kanada menjadi Negara pertama menerimanya dan kemudiannya
diperkenalkan ke India pada tahun yang sama. Sukan bola tampar terus berkembang apabila
diperkenalkan ke Cuba (1905), China (1906), Jepun (1908), Puerto Rico(1909) dan Filipina
(1910) sebelum ianya diperkenalkan ke Eropah. Semasa Perang Dunia Pertama, tentera
Amerika Syarikat memperkenalkan permainan bola tampar ke Eropah; Yogoslavia (1918),
Czechoslovakia dan Poland (1919) serta Rusia (1922). Secara beransur-ansur permainan
bola tampar telah berkembang daripada peringkat permainan berbentuk rekreasi kepada
sukan yang dipertandingkan. Pada tahun 1934, usaha pertama menubuhkan persatuan
antarabangsa dan misi khas telah bermula.
Pada tahun 1936, usaha diteruskan semasa Sukan Olimpik Berlin tetapi telah
diganggu oleh Perang Dunia Kedua. Perkembangan tersebut telah menyebabkan banyak
persatuan bola tampar ditubuhkan. Persatuan Bola Tampar Amerika Syarikat ditubuhkan
pada tahun 1928 dan diikuti oleh Czechoslovakia, Poland, Rusia, Jepun dan Filipina.
Perancis, Itali dan Belgium masing-masing telah menubuhkan persatuan bola tampar pada
tahun 1936,1945 dan 1946. Pada tahun 1947, Federation Internasionale de Volleyball (FIVB),
iaitu sebuah badan rasmi bola tampar dunia ditubuhkan dengan 14 ahli. Presiden pertama
badan tersebut ialah Paul Libaud (Perancis) yang memegang jawatan selama 37 tahun.

Bola tampar di Malaysia telah bermula di Pulau Pinang dan Selangor sejak tahun
1926. Permainan ini telah diperkenalkan oleh bekas mahasisawa dari University di Shangai,
China. Pada tahun 1927, kejohanan pertama bola tampar di Malaysia dikenali sebagai Liga
Selangor telah dianjurkan. Di peringkat sekolah-sekolah, pertandingan bola tampar dianjur
atau dikelolakan oleh Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM). Dalam pertandingan
bola tampar, kejayaan sesebuah pasukan bergantung kepada strategi permainan,
penguasaan kemahiran, kecergasan fizikal yang tinggi dan kekuatan mental. Selain itu,
persefahaman yang tinggi dan komunikasi yang berkesan antara pemain juga merupakan
faktor utama yang mendorong kepada kejayaan sesebuah pasukan. Bola tampar boleh
dimainkan diluar atau dalam dewan. Semua ukuran peralatan yang digunakan dalam
permainan ini adalah mengikut undang – undang yang telah ditetapkan oleh Persekutuan Bola
Tampar Antarabangsa (FIVB).
2.0 UNDANG-UNDANG, KEMUDAHAN DAN ALATAN
2.1 Undang-Undang

Pertandingan bola tampar dilaksanakan mengikut undang-undang Persatuan Bola


Tampar Amatur Malaysia (MAVA) dan peraturan-peraturan am Majlis Sukan Sekolah-
Sekolah Malaysia (MSSM). Antara undang-undang asas permainan bola tampar
adalah seperti berikut :

1. Pertandingan bola tampar diadili oleh dua pengadil iaitu pengadil pertama dan
pengadil kedua.
2. Setiap pasukan perlu terdiri daripada sekurang-kurangnya enam orang pemain
dan tidak melebihi 12 orang pemain yang berdaftar.
3. Servis hanya boleh dilaksanakan selepas pengadil pertama meniup wisel.
4. Servis perlu dilakukan oleh setiap pemain mengikut giliran yang sah.
5. Pemain yang melakukan servis tidak dibenarkan memijak garisan belakang.
6. Setiap pemain boleh menyentuh bola sekali sahaja. Pemain boleh menyentuh bola
dengan mana-mana bahagian badan.
7. Setiap pasukan hanya boleh menyentuh atau memainkan bola dengan tiga
sentuhan sebelum menghantar ke gelanggang pihak lawan. Pengiraan ini tidak
termasuk sentuhan bagi mengadang.
8. Menghadang hanya boleh dilakukan oleh pemain barisan hadapan.
9. Pemain barisan belakang boleh melakukan rejaman tetapi dari luar kawasan
serangan.
10. Pemain dilarang menyentuh mana-mana bahagian jaring atau memasuki kawasan
pihak lawan.
11. Setiap pasukan boleh meminta dua kali “time-out” dalam satu set permainan
dengan kebenaran pengadil.
12. Setiap pasukan boleh melakukan enam pertukaran dalam satu set permainan bila-
bila masa dengan kebenaran pengadil. Pemain yang ditukar perlu diganti dengan
pemain yang sama apabila pertukaran dibuat semula.
13. Mata kemenangan adalah 25 mata yang dikira secara pengiraan pingpong. Apabila
kedudukan mata 24-24, lebihan dua mata diperlukan untuk menentukan
kemenangan.
14. Set penentuan, hanya 15 mata sahaja digunakan dengan lebihan dua mata
diperlukan untuk menentukan kemenangan.
15. Antena berfungsi untuk memastikan bola masih berada dalam kawasan permainan
semasa bola masuk ke kawasan pihak lawan.
2.2 Kemudahan dan Alatan

Gelanggang

Permukaan gelanggang bola tampar perlu rata dan diperbuat daripada simen atau
sebarang permukaan sintetik yang sesuai dan selamat. Gelanggang bola tampar juga
boleh dibuat di atas padang berumput dan permukaan tanah liat.
Tiang, Jaring, dan Antena

Tiang yang digunakan perlu berbentuk silinder. Ketinggian tiang dan jaring adalah
mengikut peringkat umur dan jantina. Jaring diikat pada dua batang tiang yang berada
di luar gelanggang. Ketinggian jaring diukur pada bahagian tengahnya. Sepasang
antena diletakkan di kedua-dua hujung jaring serenjang dengan garisan tepi
gelanggang. Antena diwarnakan putih berbelang merah.

Jadual dibawah menunjukan ukuran ketinggian jaring menurut kategori pertandingan.

Kategori pertandingan Ketinggian jaring


Lelaki bawah 18 tahun 2.43 m
Perempuan bawah 18 tahun 2.24 m
Lelaki bawah 15 tahun 2.25 m
Perempuan bawah 15 tahun 2.10 m

Bola

Bola tampar berbentuk sfera dan diperbuat daripada kulit atau bahan sintetik yang
ringan dan lembut. Bahan ini penting untuk menyerap hentakan pada tangan ketika
bola disentuh. Kesesuaian tekanan angin dapat ditentukan dengan menjatuhkan bola
dari ketinggian aras kepala. Bola tersebut akan melantun semula pada ketinggian aras
pinggang.
Skor
Pelbagai kaedah skor digunakan dalam permainan bola tampar. Bergantung
pada jenis pertandingan, setiap pasukan akan menggunakan format skor yang
berbeza untuk meningkatkan perlawanan supaya pertandingan mengikut
jadual dan memberi peluang kepada pasukan-pasukan untuk bermain. Dalam
semua kaedah skor, pasukan yang melakukan kesilapan (seperti memukul
bola ke luar garisan pada jaring dan sebagainya), kehilangan peluang untuk
servis.

Format Skor Biasa


Permainan dimainkan sehingga skor 15. Hanya pasukan yang membuat servis boleh
skor mata dan setiap setiap pasukan harus menang dua mata. Satu pertandingan
mengandungi satu pasukan yang menang dua daripada tiga perlawanan. Gunakan
format ini apabila hanya dua pasukan bertanding dan masa tidak diambil berat.

Skor Reli
Satu mata diskor pada setiap servis tidak mengira pasukan mana yang membuat
servis. Pasukan yang memenangi mata berpeluang membuat servis untuk mata
seterusnya.

Contohnya : Pasukan A membuat servis ke luar garisan; pasukan B mendapat mata


dan servis berikutnya. Format ini sesuai digunakan apabila masa terhad. Inilah satu-
satunya format yang memberikan mata kepada pasukan yang tidak membuat servis.

Perlawanan Masa
Dalam perlawanan besar tiga lawan tiga atau pertandingan berpusingan, masa
digunakan untuk membolehkan pertandingan berjalan dengan lancar. Bergantung
kepada jumlah pasukan dan gelanggang yang boleh digunakan, biasanya perlawanan
terus berlangsung antara lapan hingga sepuluh minit. Perlawanan masa boleh
menggunakan skor biasa atau reli.
Pencabulan

Bergantung kepada sistem skor yang digunakan, pasukan yang melakukan


salah satu daripada kesalahan-kesalahan berikut akan didenda satu mata atau
diketepikan (servis diberikan kepada pasukan lawan). Pengadil mula serta
memberhentikan perlawanan membuat keputusan akhir atas semua peraturan
permainan.

Kesalahan
Bola terkena lantai.
Bola dipegang, dibawa, dibaling, diangkat atau ditolak secara tidak sah.
Bola menyentuh badan pemain, bahagian pinggang ke bawah.
Pemain menyentuh jaring.
Kaki pemain melepasi garisan tengah ke dalam gelanggang pasukan
lawan. Sekiranya sebarang bahagian badan pemain di atas paras
pinggang, menyentuh gelanggang pasukan lawan.
Pemain yang menyentuh bola dua kali berturutan (pengecualian: apabila
melakukan adangan , pemain boleh mengadang rejaman dan kemudian
menyentuh bola semula sebelum ahli pasukan yang lain menyentuhnya).
Pasukan menyentuh bola lebih daripada tiga kali berturutan (kecuali
semasa mengadang).
Bola jatuh di luar gelanggang atau menyentuh objek di luar gelanggang.
Pemain memijak garisan semasa membuat servis.
Pemain menyerang atau mengadang bola apabila bola berada sepenuhnya
dalam gelanggang pasukan pihak lawan sebelum bola disentuh oleh
pasukan penyerang. Sekiranya sebarang bahagian bola melepasi jaring,
pasukan lawan boleh menyentuhnya.

Anda mungkin juga menyukai