Anda di halaman 1dari 2

GURU NILAM

1. Sebagai seorang guru yang memegang jawatan PENYELARAS NILAM, latihan asas
yang diberikan oleh PKG saya tak ingat sama ada atau tiada. Latihan untuk Guru
Media dan Sumber (Guru Perpustakaan) memang ada.
2. Jadi, bagaimana saya tahu skop tugas seorang penyelaras NILAM melalui latihan asas
Guru Media dan Sumber yang mana saya menyertai kursus tersebut sekitar tahun
2012 tak silap saya.
3. Selain tu, melalui bahan bacaan di internet juga membantu saya serba sedikit tentang
perjalanan program NILAM.
4. Program NILAM ni melalui banyak perubahan dari segi kutipan data di peringkat
sekolah. Bermula dengan penggunaan buku catatan NILAM hinggalah yang terkini
borang catatan NILAM.
5. Yang terkini saya menggunakan borang catatan NILAM bagi memudahkan murid
membuat perekodan dan juga menjimatkan kos di mana murid tidak perlu lagi
mengeluarkan wang untuk membeli buku catatan NILAM.
6. Borang tersebut saya bina berdasarkan contoh yang pernah pihak PPD keluarkan dan
juga berdasarkan data yang mereka minta.
7. Data bacaan murid diminta oleh pihak PPD sebanyak 3 kali setahun.
8. Semasa kutipan data NILAM yang pertama, saya membuat analisa data bacaaan
murid secara manual.
9. Kemudian,saya bina google data studio untuk pengumpulan data apabila saya dapati
semakin ramai murid yang mula berminat membaca dan mengisi rekod bacaan
mereka bagi memudahkan saya mendapatkan analisa data tersebut. Satu hari jugalah
saya bina sendiri dengan merujuk Youtube.
10. Pada tahun lepas, pihak JPN Melaka ada mengeluarkan data studio mereka, IQ
NILAM, bagi kutipan data NILAM di peringkat sekolah. Jadi semua murid mengisi
rekod bacaan mereka secara atas talian, tidak perlu merekod secara manual.
11. Namun, usaha mereka ini menerima kecaman dari SJKC lalu mereka memansuhkan
penggunaan data studio tersebut. Maklumat ini saya terima dari pegawai PPD yang
datang memantau perjalanan Pusat Sumber dan program NILAM di sekolah.
12. Satu usaha yang saya kira bagus dari pihak JPN, tapi kekangannya adalah talian
internet yang tidak begitu memuaskan dan sukar diakses jika murid berada di rumah.
Jadi, murid terpaksa catat dahulu di mana-mana rekod bacaan mereka, dan kemudian
masukkan pula dalam system IQNILAM JPN. Jadi, ni dah kira dua kali kerja lah kan.
Sedikit sebanyak murid akan mula malas untuk isi dan data dan hanya isi data tanpa
rekod.
13. Sekarang, saya menggunakan khidmat pengawas perpustakaan sekolah untuk mengira
data bacaan murid dari setiap kelas dan mengisi data tersebut di dalam data studio
yang saya bina sendiri. Mereka mengisi data tersebut sebelum sesi pdpr bermula dan
semasa waktu rehat.
14. Banyak persediaan yang perlu saya lakukan bagi memudahkan kerja saya untuk
menghantar data yang diperlukan oleh PPD setiap 3 kali setahun.
15. Saya tertanya-tanya, adakah wajar data-data ini diminta dan diberikan kepada PPD
dalam tempoh yang ditetapkan?

Anda mungkin juga menyukai