Anda di halaman 1dari 8

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN HUSSEIN ONN

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP)


AMBILAN JANUARI 2013
UNIT BERUNIFORM- PENGAKAP
WAJ 3110

TAJUK TUGASAN

: KEMAHIRAN PEMBACA BUKU (OWN TAJUK)

NAMA PELAJAR

: PAVITHRA A/P SIVASANKARAN

NO KAD PENGENALAN: 930121 06 5320

KUMPULAN

: REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI SJKT

SEMESTER

:5

NAMA PENSYARAH : EN. ABDUL LATIF BIN AHMAD

Kemahiran Pembaca Buku (Kegemaran)


Pembaca buku salah satu lencana dalam aspek kegemaran. Ia tergolong dalam
lencana kemajuan keris gangsa pengakap kanak-kanak. Sila lihat rajah di bawah.

Lencana ini diberikan bagi sebagai mengiktiraf minat membaca mereka. Terdapat
beberapa aspek untuk mendapatkan lencana ini. Antaranya:1. menyediakan daftar sekurang-kurangnya 8 buah buku yang telah dibaca serta
faham melalui bahan sastera berikut:a) Prosa tradisional seperti hikayat hasil sastera dan sejarah.
b) Prosa moden seperti petikan daripada buku-buku pengetahuan sains,
sejarah, geografi, ekonomi dan sebagainya. Novel, cerpen, drama,
pengumuman, pengisytiharan, akhbar, majalah, iklan dan rencana.
c) Puisi tradisional seperti pantun, seloka, gurindam, syair, dan bahasa
berirama (Klasik).
2. Boleh membaca dengan cekap dengan menepati tanda-tanda bacaan. Melafazkan
perkataan dengan menggunakan itonasi sewajarnya dan membuat bacaan difaham
serta berkesan.

3. Membuat kritikan atas isi petikan bacaan mengikut kemampuan umur dan boleh
membuat telahan.
4. Boleh menterjemah petikan yang penting daripada bacaannya secara lisan atau
bertulis dengan meringkaskan perkataan yang panjangnya kira-kira 150 perkataan.
5. Menghuraikan maksud petikan, ungkapan, kata-kata dan peribahasa.
6. Membuat penilaian bertulis mengenai sebuah buku sastera kanak-kanak yang
dibacanya.
7. Mengetahui menggunakan kamus, ensaiklopedia dan membuat kamus sendiri, dan
kata-kata baru yang dipelajari.
8. Menjadi ahli perpustakaan sekolah/ tempatan serta turut memberi khidmat sukarela
seperti memelihara, mengemas dan menjaga kebersihan perpustakaan dan
mengetahui mengapa perpustakaan harus dipelihara.

Untuk mengetahui bilangan buku yang dibaca oleh kanak-kanak dan


memastikan mereka mencapai aspek yang telah dihuraikan diatas; pemimbing perlu
mengamalkan program NILAM. Mari kita lihat secara terperinci apa itu program NILAM
yang diamalkan di sekolah.
NILAM atau Nadi Ilmu Amalan Membaca merupakan penggabungan atau
adunan semua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah dengan
memberi pengiktirafan yang sesuai. Pelaksanaan program ini meliputi penilaian
pembacaan yang berterusan sepanjang tahun dan markah dikumpulkan secara
kumulatif sehinggalah mereka tamat persekolahan.
Program ini ialah satu usaha Kementerian Pelajaran Malaysia dengan matlamat
untuk membina tabiat membaca di kalangan murid. Bahagian Teknologi Pendidikan
ialah urus setia di Kementerian Pelajaran yang ditugaskan untuk menyelaras program
ini. Program ini telah mula dilaksanakan dengan Tahun Satu di sekolah rendah dan
Tingkatan Satu atau Peralihan di sekolah menengah dengan rasminya pada 1999,
melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pelajaran Malaysia Bil.13/1998: Program
Membina Tabiat Membaca bertarikh 22 Mei 1998.

Apakah komponen yang terdapat dalam program ini? Mari kita lihat.
Membaca dan merekod bahan bacaan
Murid perlu membaca buku yang sesuai dengan tahap kebolehan mereka dan mencatat
maklumat pengarang, judul, bilangan mukasurat, penerbit dan sinopsis atau peta minda
tentang buku yang dibaca ke dalam buku rekod.
Mengesahkan rekod dan mengumpul data
Tugas guru adalah untuk mengesahkan serta menandatangani rekod bacaan murid dan
ia merupakan tanggungjawab semua guru di sekolah. Data rekod hendaklah
dikumpulkan oleh guru kelas dan diserahkan kepada penyelaras Pusat Sumber
Sekolah atau guru penyelaras NILAM untuk dianalisa dan direkodkan. Data pembacaan
murid perlu dikumpulkan dan diserahkan kepada Pusat Kegiatan Guru di kawasan
sekolah tersebut untuk dipanjangkan ke Pusat Sumber Pendidikan Negeri dan
Bahagian Teknologi Pendidikan,Kementerian Pelajaran Malaysia.
Memberi Pengiktirafan dan Ganjaran
Sekolah dan semua peringkat Kementerian Pelajaran juga perlu memberi pengiktirafan
dan ganjaran kepada murid yang telah banyak membaca dan berusaha mengisi rekod
bacaan mereka mengikut sistem ganjaran dan pengiktirafan NILAM, misalnya dengan
memberikan buku sebagai hadiah, sijil pengiktirafan NILAM atau dinyatakan bilangan
buku yang sudah dibaca dalam rekod kemajuan murid dan sijil berhenti.

Dengan ini, pembimbing boleh mengetahui dan merekod bilangan buku dibaca oleh
murid dan siapa yang layak untuk mendapat lencana pembaca buku dalam aspek
kegemaran. Pembimbing boleh rujuk tahap jauhari untuk mendapatkan rekod murid.

REFLEKSI
Saya Pavithra A/P Sivasankaran pelajar Reka Bentuk Dan Teknologi SJKT ingin
mengongsikan pengalaman saya dalam membuat tugasan. Tugasan ini merupakan
tugasan bagi unit beruniform Pengakap. Saya telah mendapat banyak cabaran dalam
menyiapkan tugasan tetapi daripada cabaran itu saya telah membelajari beberapa
pengajaran.
Pertama saya ingin berterima kasih kepada pensyarah pembimbing kami kerana
membantu dalam menyiapkan tugasan ini. Saya telah menghadapi kesukaran dalam
mencari nota-nota untuk tajuk yang saya dapat. Saya telah ditugaskan untuk membuat
kajian tentang kemahiran pembaca buku. Saya juga dikehendaki membuat esei
panjang serta membuat persembahan power point. Antara halangan atau dugaan yang
saya hadapi sepanjang proses melaksanakan kajian ini ialah berkaitan sumber rujukan
yang terhad. Saya hanya mencari sumber daripada internet di mana tidak semua
sumber tidak boleh dipercayai. Sumber buku di perpustakaan kampus ini adalah terhad,
oleh itu sukar bagi saya untuk membuat rujukan. Berpandukan sumber internet, saya
meneliti maklumat yang diperolehi dan membuat perbandingan maklumat yang
diperoleh daripada pelbagai laman sesawang.
Tugasan ini telah mengajar saya nilai kesabaran. Hal ini kerana tugasan ini
memerlukan kemahiran mencari dan mentafsir maklumat untuk dijadikan isi dalam
kajian ini. Selain itu, saya mendapat pengalaman untuk bersedia mengajar di sekolah.
Saya telah mendapat banyak maklumat dalam mencari nota yang boleh digunakan di
sekolah. Melalui tugasan ini, banyak ilmu yang bermanfaat telah saya perolehi.
Antaranya ialah ilmu tentang kepengakapan dan peringkat-peringkat lencana Pengakap
Kanak-kanak. Selain itu, saya juga mendapat banyak ilmu tentang program NILAM.
Kesimpulannya, tugasan ini sememangnya membantu saya dalam pelbagai
aspek. Segala ilmu yang saya pelajari semasa menyiapkan tugasan ini akan saya
gunakan sebaik mungkin. Sebagai pemimpin Pengakap, saya akan mencurahkan
segala ilmu yang telah saya pelajari kepada anak murid saya kelak. Sekian terima
kasih.

RUJUKAN
Abdul Halim Abdul Rahim (2000). Ilmu Pengakap. Kuala Kumpur. Penerbit Fajar Bakti
Sdn. Bhd
Mokhtar bin Idris (2003). Aktiviti Lencana Keris Gangsa, Kuala Lumpur, Buku Must Sdn.
Bhd.
Esa Manaf (1992). Program Latikan Pengakap Kanak-kanak, Kuala Lumpur, Bahagian
Latihan Dan Program, Persekutuan Pengakap Malaysia.
lencana keris gangsa. (2009, ogos 17). Retrieved februari 2, 2014, from
http://pengakapsksl.blogspot.com/2009/08/nota-lencana-keris-gangsa-rukunegara.html
pemasangan lencana keris gangsa. (2013, september 8). Retrieved januari 30, 2014,
from http://scoutjempol.blogspot.com/2013/09/pemasangan-lencana-keris-gangsapkk_8.html
skim lencana Pengakap Kanak-kanak. (2012, april 30). Retrieved februari 1, 2014, from
http://pengakapttdiwpkl.blogspot.com/2012/04/skim-lencana-pengakap-kanakkanak.htm
Jurnal refflektif
http://pdfdog.org/a/CONTOH%20REFLEKSI%20BAGI%20JURNAL%20PRAKTIKUM
%20INSITITUT%20PERGURUAN%20PERLIS%20...#
Pengurusan Kokurikulum sekolah
http://www.scribd.com/doc/53125199/25697192-Kandungan-Buku-Panduan-PengurusanAktiviti-Kokurikulum-Sekolah

Anda mungkin juga menyukai