Anda di halaman 1dari 2

Iman dan Sfera Ajaib

Wujudlah seorang remaja lelaki bernama Iman yang tidak mudah


berputus asa. Setiap hari dia membantu neneknya menjual kuih-muih di
pekan. Pada suatu hari, seorang wanita membayar jualannya dengan
sebuah sfera berwarna biru. Mula-mulanya, Iman menyangka bahawa itu
ialah batu akik yang berharga. Dengan terburu-buru Iman pergi ke kedai
batu perhiasan. Alangkah sedihnya Iman apabila penjual tersebut
menyatakan bahawa itu hanyalah batu biasa.
Dalam kesedihan itu, Iman berniat membaling sfera tersebut. Sebelum
membuang sfera itu, Iman terkejut apabila sfera itu tiba-tiba bercahaya
dan berubah menjadi telefon pintar. Iman lekas mengambil telefon itu
kerana hampir jatuh ke sungai. Selepas membelek-belek telefon pintar
itu, Iman terkenang akan keajaiban yang berlaku sebentar tadi. Tiba-tiba,
telefon itu berdering. Iman pun tertekan butang jawab kerana terlalu
terkejut. Suara perempuan kedengaran. Dia menyuruh Iman pergi ke
utara. Iman tertanya-tanya apa niat sebenar pemanggil tersebut. Dalam
perjalanan ke rumah, Iman termenung sebentar.
Malam pun tiba. Iman sudah selesai menyiapkan kelengkapan untuk
ke sana. Iman terpaksa bersetuju kerana rasa ingin tahu dalam dirinya
sudah tidak dapat dibendung. Iman sempat memberitahu neneknya
sebentar sahaja. Iman bernasib baik apabila neneknya memberi kebenaran
kepadanya. Iman juga dinasihati dan diberikan sebuah cincin untuk
berjaga jaga. Iman hanya mengiyakan sahaja.
Sebelum bertolak, Iman agak berat hati untuk meninggalkan
neneknya seorang diri. Dengan menaiki sampan peninggalan datuknya,
Iman mengayuh ke utara kerana hanya jalan air sahaja yang selamat pada
waktu malam. Setelah puas mengayuh, Iman berehat sebentar. Sekali lagi
telefon pintar itu bedering dan Iman pun membiarkan sahaja kerana
terlalu mengantuk. Namun, telefon pintar itu terjawab sendiri dan suara
perempuan kedengaran lagi. Perempuan itu memaklumkan bahawa Iman
perlu lekas pergi dari situ kerana terdapat sekumpuluan penjahat sedang
menunggunya. Iman pun hairan kenapa perempuan itu berkata sebegitu.
Iman sempat menilik-nilik keadaan sekeliling dan tiada apa-apa.
Dengan berat hati, Iman mengayuh perahu. Tiba tiba dia terdengar
bunyi tembakan. Iman mengayuhkan perahu itu ke tempat tersembunyi.
Apabila merasakan keadaan selamat, Iman lantas mengayuh perahu
miliknya dengan pantas. Tiba tiba, telefon itu berubah menjadi enjin bot
dan melekat di belakang perahu miliknya. Dengan pantas perahu Iman
menelusuri sungai itu. Iman hanya dapat berpegang di tepi perahu dek
kerana ketakutan.
Setelah beberapa jam, perahu Iman berhenti. Alangkah terkejutnya
Iman apabila di depannya terdiri megah sebuah istana yang diperbuat
daripada batu permata. Enjin bot miliknya bercahaya terang seolah-olah
memberi peringatan. Pintu gerbang pun terbuka. Iman disajikan dengan
permandangan yang indah.
Apabila tiba di hujung jalan, Iman disambut oleh seseorang. Iman pun
terkejut sekali lagi apabila mengetahui bahawa perempuan itu rupa-
rupanya ibunya yang hilang 14 tahun dahulu. Sambil menangis, Iman
lantas memeluk ibunya dan sang ibu memujuk Iman agar berhenti
menangis. Kemudian, Iman menanyakan di mana ibunya selama ini dan
mengapa ibu meninggalkan Iman dengan neneknya sendirian. Sang ibu
menjelaskan semua dan juga memberitahu bahawa sfera yang Iman
dapati sewaktu berjual di pekan itu adalah teknologi moden yang
dihasilkan oleh mereka. Iman sempat menanyakan bagaimana dengan
nenek dan ibunya menyatakan nenek selamat. Iman pun lega dan
akhirnya ibu dan anak itu bersatu lagi.

Anda mungkin juga menyukai