Anda di halaman 1dari 14

SKOP DAN SPESIFIKASI PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN (PKK)

1. SYARIKAT KAWALAN KESELAMATAN HENDAKLAH MELAKSANAKAN


SKOP KERJA YANG DITETAPKAN SEPERTI BERIKUT:

1.1. Bilangan Pengawal

Bilangan pengawal adalah seperti yang dinyatakan dalam Senarai Sekolah /


Institusi Pendidikan.

1.2. Waktu Perkhidmatan

 Tujuh (7) hari seminggu / 24 jam sehari


 Termasuk cuti hujung minggu
 Termasuk Hari Kelepasan Am dan Cuti Persekolahan

1.3 Peraturan Kerja/ Tanggungjawab

Syarikat hendaklah memastikan:

1.3.1. Pengawal hadir mengikut waktu yang ditetapkan dan pengawal


pengganti perlu disediakan sekiranya pengawal yang bertugas bercuti.
Pengawal juga tidak meninggalkan tempat bertugas masing-masing
selagi tiada pengganti semasa pertukaran syif.

1.3.2. Semua pengawal setiap lapisan pangkat yang bertugas sentiasa


mematuhi peraturan seperti berikut:

1.3.3. Berpakaian seragam rapi, kemas, lengkap dan bersih.

1.3.4. Rambut pengawal;

a. Lelaki : Sentiasa pendek, kemas, rapi dan tidak melewati


anak telinga
b. Perempuan : Sentiasa kemas dan rapi

1.3.5. Pengawal hendaklah sentiasa berada di dalam keadaan bersedia.


Mereka tidak dibenarkan tidur, membaca surat khabar/ majalah dan
berbual-bual semasa bertugas.

1.3.6. Semua pengawal wajib menghormati Pentadbir Premis ini dan mana-
mana wakil Kerajaan yang berada di premis ini.

1|
1.3.7. Semua pengawal wajib menghormati orang ramai yang berurusan
dengan pihak premis semasa bertugas demi menjaga nama baik
institusi kerajaan.

1.3.8. Pengawal wajib menjaga disiplin, tingkah laku dan mengawal emosi
semasa bertugas ketika menghadapi situasi di luar jangkaan.

1.3.9. Pengawal tidak dibenarkan merokok semasa bertugas.

1.3.10. Pengawal hendaklah mahir dalam bidang pertolongan cemas dan


boleh melaksanakan pertolongan cemas apabila ketiadaan pihak yang
lebih mahir. Oleh itu pengawal dikehendaki cekap menggunakan
peralatan kecemasan dengan tatacara yang betul.

1.3.11. Pengawal dikehendaki mahir dalam penggunaan semua alat pencegah


kebakaran.

1.3.12. Pengawal dikehendaki juga melaksanakan pemeriksaan terhadap


pekerja-pekerja, orang-orang awam dan kenderaan yang memasuki
kawasan premis untuk mencegah kecurian/ pencerobohan.

1.3.13. Pengawal hendaklah membuat pemeriksaan yang teliti terhadap


pemunggahan barang-barang menggunakan kenderaan untuk keluar
dari kawasan premis bagi mengelakkan kecurian harta Kerajaan/
pegawai/ kakitangan dan pelajar atau mana-mana orang yang
dibenarkan secara sah meletakkan aset mereka di dalam kawasan
premis (bagi urusan rasmi di sekolah).

1.3.14. Pengawal hendaklah sentiasa ada dalam simpanannya nombor telefon


Balai Polis, Bomba dan hospital/ pusat kesihatan yang berhampiran
dan juga dipamerkan di dalam pondok/ pos pengawal untuk tujuan
dihubungi ketika kecemasan.

1.3.15. Pengawal hendaklah menyediakan laporan keselamatan dalam buku


laporan harian yang disediakan pihak syarikat pada tiap-tiap hari dan
menyerahkannya kepada Pentadbir Premis/ wakil yang dilantik untuk
pengesahan kerja dan tindakan.

1.3.16. Pengawal hendaklah mematuhi semua peraturan kerja yang


berkuatkuasa dan lain-lain perubahan peraturan kerja dari semasa ke
semasa serta apa-apa peraturan yang akan digubal hasil dari
perundingan dan perbincangan terperinci di antara Kerajaan dan
Syarikat Kawalan Keselamatan.

2|
1.3.17. Pengawal wajib memberikan kerjasama yang sepenuhnya ketika
pemantauan oleh pihak “Kerajaan” atau Pejabat Ketua Pegawai
Keselamatan Kerajaan (PKPKK) atau pihak yang dilantik bagi
tujuan menilai keberkesanan khidmat yang diberikan.

1.4. Senarai Tugas

Tugas-tugas tertentu Pengawal adalah tertakluk kepada jawatan Pengawal


tersebut seperti berikut:

Pegawai Rondaan

1.4.1. Pegawai Rondaan adalah pegawai yang memberi laporan terus


kepada Pengurus Operasi bagi setiap perkara yang berlaku di dalam
kawasan rondaan tersebut. Tugas pegawai rondaan adalah seperti
berikut:

1.4.2. Menyelaras dan menjalankan pemeriksaan keselamatan di premis


Kerajaan di bawah tanggungjawab dalam perkara berikut:-

 Kawalan Pintu Masuk


 Kawasan dan Bangunan
 Rondaan
 Laluan/ lalulintas dalam premis

1.4.3. Menyediakan tugas harian Pengawal mengikut jadual yang ditetapkan.

1.4.4. Merangka jadual tugas harian/ bulanan Pengawal dengan menentukan


pergerakan/ penempatan anggota mencukupi dan menepati masa.

1.4.5. Memastikan peralatan yang diperlukan bagi tujuan kawalan lalu lintas
di luar sekolah sentiasa mencukupi di sesebuah premis.

1.4.6. Mengambil tindakan mengeluarkan arahan kepada Pengawal bagi


tujuan menguat kuasakan setiap peraturan dilaksanakan.

1.4.7. Bertanggungjawab ke atas disiplin pengawal-pengawal.

1.4.8. Mengatur dan menyediakan jadual tugas, roll call, latihan jasmani dan
kawad anggota pengawal.

1.4.9. Menyediakan tuntutan lebih masa anggota dan mengaturkan tugas


lebih masa mengikut keperluan yang sepatutnya.
3|
1.4.10. Membantu sesi latihan fire drill yang diadakan oleh pihak pentadbir
premis dari semasa ke semasa.

1.4.11. Mengemukakan laporan bertulis (buku log) mengenai rondaan di


sekeliling kawasan premis secara mingguan kepada Pentadbir Premis.

1.4.12. Menjalankan tugas-tugas lain yang bersesuaian seperti mana


diarahkan oleh pihak pentadbir premis.

1.4.13. Membuat rondaan sekurang-kurangnya sekali sehari dan pengesahan


rondaan hendaklah disahkan di dalam buku log. Cth: analog watchman
clock/ pengesahan kehadiran di dalam buku laporan.

Ketua Pengawal

1.4.14. Ketua Pengawal adalah wakil pengawal yang dilantik di kalangan


pengawal keselamatan bagi sesuatu premis yang melaksanakan
tugas-tugas tambahan seperti berikut:
 Menyelia dan menyelaras tugas dan semua Pengawal di bawah
tanggungjawab.
 Menyelia kawalan keselamatan pintu masuk, kawalan rondaan
dan laluan/ lalu lintas di dalam premis.
 Menyelia dan memastikan peralatan yang diperlukan bagi tujuan
kawalan lalu lintas di luar sekolah sentiasa mencukupi sebelum
Pengawal Keselamatan dibenarkan melaksanakan kawalan lalu
lintas.
 Menjalankan tugas-tugas pentadbiran ke atas semua Pengawal
(cuti, disiplin dan sebagainya).
 Membantu pemantauan tugas operasi keselamatan.
 Menjalankan tugas-tugas lain berkaitan keselamatan di dalam
kawasan premis seperti mana diarahkan oleh pihak pentadbiran
premis.

Pengawal Keselamatan

1.4.15. Senarai tugas pengawal keselamatan meliputi bidang pelaksanaan


tugas-tugas seperti berikut:
1.4.16. Kawalan Pintu Masuk/ Lalulintas

1.4.16.1. Memastikan pelawat-pelawat luar melaporkan diri di Pondok/ Pos


Pengawal sebelum dibenarkan masuk ke dalam kawasan premis.

4|
1.4.16.2. Memastikan hanya kakitangan dan pelawat yang mempunyai pas
sahaja yang dibenarkan masuk.

1.4.16.3. Membuat pemerhatian terhadap semua individu yang keluar


masuk ke kawasan premis.

1.4.16.4. Menghubungi pihak pengurusan premis dan pihak berkuasa


berkaitan dengan segera sekiranya berlaku sebarang kejadian
yang tidak diingini seperti kecurian, pencerobohan dan
sebagainya.

1.4.16.5. Semua Pengawal hendaklah memahami dan mahir mengenai


peraturan keselamatan premis kerajaan yang berkuatkuasa.

1.4.16.6. Laluan keluar/ masuk pintu pagar utama sekolah hendaklah


sentiasa ditutup.

1.4.17. Kawalan Kawasan dan Bangunan

1.4.17.1. Membuka pintu dan menutup pintu blok-blok pentadbiran


sekiranya diarahkan oleh pihak pengurusan premis.

1.4.17.2. Bertanggungjawab untuk memastikan kawasan bangunan tidak


dicerobohi oleh individu-individu yang tidak berkaitan.

1.4.17.3. Membuat rondaan setiap masa untuk memastikan keselamatan


kawasan/ bangunan dan tempat bertugas.

1.4.17.4. Merekodkan setiap kejadian yang tidak diingini di dalam buku


laporan harian yang disediakan oleh pihak syarikat.

1.4.17.5. Membuat laporan bertulis mengenai rondaan di sekeliling


kawasan premis dalam Buku Laporan Bertugas Harian setiap
empat (4) jam.

1.4.17.6. Melaporkan kepada Pentadbir Premis dalam bentuk laporan


bertulis mengenai kerosakan, kehilangan peralatan/ barangan/
harta benda, kebakaran atau apa-apa kejadian yang tidak diingini
dan cubaan pencerobohan atau kecurian.

1.4.17.7. Melaporkan kepada Polis DiRaja Malaysia dengan segera apa-


apa kejadian kehilangan, pencerobohan, kecurian, sabotaj, atau
apa-apa kejadian yang tidak diingini dan cubaan pencerobohan
atau kecurian.
5|
1.4.17.8. Memastikan pintu bangunan ditutup rapat dan berkunci dengan
selamat dan merekodkan dalam buku laporan harian.

1.4.17.9. Bertanggungjawab membantu mencegah kebakaran. Melaporkan


dengan segera kepada Bomba dan Penyelamat apa-apa kejadian
kebakaran dan bersedia untuk melakukan tindakan kecemasan
jika terdapat kemalangan kebakaran.

1.4.18. Kawalan pada waktu pejabat

1.4.18.1. Membuka pintu utama di setiap blok/ premis di waktu bertugas


dan menutupnya kembali setelah tamat waktu pejabat.

1.4.18.2. Membuat kawalan dan pemantauan keluar masuk kakitangan dan


orang ramai yang berurusan di kawasan premis dengan
memastikan individu yang tidak berkaitan seperti jurujual, peminta
derma supaya tidak masuk ke kawasan/ bangunan tanpa
mendapat kebenaran terlebih dahulu daripada pihak pengurusan
premis.

1.4.18.3. Memeriksa mana-mana pegawai / kakitangan, pengawal atau


pelawat yang disyaki membawa atau menyorokkan sesuatu yang
boleh membahayakan keselamatan dan menahan mana-mana
orang yang tidak diingini atau yang tidak dibenarkan masuk ke
premis.

1.4.18.4. Merekodkan butiran diri orang awam yang masuk ke kawasan


premis/ bangunan dan memastikan setiap pelawat yang berada
di premis memakai pas pelawat yang dibekalkan oleh syarikat /
pentadbir premis dan dikawal oleh pentadbir premis.

1.4.19. Kawalan pada waktu luar pejabat

1.4.19.1. Memastikan orang awam yang tidak berkenaan atau pekerja-


pekerja kontrak tidak lagi berada di dalam kawasan premis
selepas waktu pejabat kecuali mereka yang dibenarkan oleh
pentadbir premis sahaja. Sekiranya terdapat kakitangan yang
bertugas di luar waktu pejabat, butiran diri kakitangan tersebut
hendaklah direkodkan.

1.4.20. Kawalan Aset Kerajaan, Kakitangan dan Pelajar

6|
1.4.20.1. Pengawal hendaklah memastikan tidak berlaku apa-apa
kecurian, kerosakan/ vandalisma atau kehilangan aset alih dan
tak alih Kerajaan, pegawai, kakitangan, pelajar atau mana-mana
orang yang dibenarkan secara sah meletakkan aset mereka di
dalam kawasan premis atas urusan rasmi.

1.4.21. Kawalan ke atas kakitangan, pelajar dan penghuni premis

1.4.21.1. Pengawal hendaklah memastikan supaya tidak berlaku apa-apa


jua bentuk gangguan terhadap kakitangan, pelajar dan penghuni
premis di dalam persekitaran premis oleh individu –individu luar
sepanjang masa bertugas.

1.4.22. Rondaan

1.4.22.1. Membuat rondaan setiap empat (4) jam sekali sekitar bangunan
dan kawasan jagaannya dalam masa bertugas dan mengunci
waktu rondaan di watchman clock (watchman clock dibekalkan
oleh syarikat) pada setiap lawatan ke tempat yang ditentukan
tersebut. Jadual bagi waktu rondaan hendaklah dirunding dan
ditentukan bersama dengan pihak pentadbir premis.

1.4.22.2. Bagi premis yang mempunyai seorang pengawal sahaja,


kekerapan rondaan sehari dan jadual rondaan hendaklah
dirunding dan ditentukan bersama pihak pentadbir premis.

1.4.22.3. Memastikan kawasan blok/ premis selamat dan bebas dari


sebarang bentuk pencerobohan.

1.4.22.4. Memeriksa punca sekiranya terdapat sebarang bunyi/ bau/


cahaya yang luar biasa. Perkara tersebut mungkin
menggambarkan percubaan pencerobohan, pergerakan pekerja
yang tidak dibenarkan, kerosakan peralatan/ jentera atau
sebarang kemungkinan masalah gangguan.

1.4.22.5. Melaporkannya segera kepada pihak pentadbir premis dan pihak


berkuasa yang berkaitan jika punca sumbernya tidak diketahui.

1.4.22.6. Membuat pemeriksaan setiap barangan yang keluar dan masuk


melalui tempat pemunggahan barang ‘loading bay’ dan membuat
catatan di dalam buku laporan yang disediakan.

1.4.22.7. Membantu memastikan semua kelas/ dewan kuliah dikunci


selepas waktu pejabat.
7|
1.4.22.8. Membantu memastikan semua suis lampu, kipas serta alat
penghawa dingin dimatikan selepas waktu pejabat.

1.4.22.9. Menjalankan tugas-tugas keselamatan sepertimana diarahkan


dari masa ke masa yang telah diluluskan oleh Kerajaan.

2. SENARAI PREMIS YANG DITETAPKAN ADALAH SEPERTI BERIKUT :

Rujuk Dokumen Senarai Premis/Lokasi Perkhidmatan

3. SYIF BEKERJA PENGAWAL YANG DITETAPKAN ADALAH SEPERTI


BERIKUT :

Syif 1 : Dari jam 8.00 pagi hingga 4.00 petang (8 jam)


Syif 2 : Dari jam 4.00 petang hingga 12.00 malam (8 jam)
Syif 3 : Dari jam 12.00 malam hingga 8.00 pagi (8 jam)

Sebarang perubahan waktu bertugas/ syif adalah tertakluk kepada kelulusan


bertulis daripada Pengarah Institusi Pendidikan/ Pengetua/ Guru Besar.
Perubahan waktu bertugas tidak mengubah tempoh waktu bertugas. Pengawal
tidak dibenarkan bekerja melebihi tempoh 8 jam dalam satu syif.

4. MEMBEKALKAN KELENGKAPAN DAN PERALATAN KESELAMATAN


SEPERTI BERIKUT :

4.1 Syarikat dikehendaki menyedia, memasang dan membekalkan alat


kawalan keselamatan iaitu Analog Watchman Clock.

4.2 Syarikat hendaklah memastikan Analog Watchman Clock SENTIASA


berfungsi dengan baik dan sempurna. Perincian skop dan spesifikasi
Analog Watchman Clock adalah seperti berikut:

4.2.1 Analog Watchman Clock

a. Kunci watchman clock dipasang di 4 lokasi.

b. Lokasi pemasangan kunci ditentukan oleh pentadbir premis.

c. Analog Watchman Clock hendaklah dipasang mengikut


kuantiti ditetapkan dalam tempoh empat belas (14) hari
selepas kontrak bermula.

8|
4.3 Syarikat hendaklah membekalkan walkie talkie mengikut skop dan
spesifikasi seperti berikut:

4.3.1 Membekalkan 1 set walkie talkie yang mengandungi beberapa


unit radio, beberapa unit bateri ganti dan beberapa unit charger.
Bilangan unit radio, bateri ganti dan charger adalah bersamaan
dengan bilangan pengawal yang bertugas pada syif pagi, syif
petang atau syif malam, mengikut bilangan pengawal yang paling
ramai bertugas pada satu-satu syif, sama ada syif pagi, syif
petang atau syif malam. Contoh: (1) Syif pagi 3 pengawal; (2) Syif
petang 2 pengawal; (3) Syif malam 2 pengawal. Bilangan unit
radio, bateri ganti dan charger yang perlu dibekalkan oleh
syarikat adalah 3 unit bagi setiap satu peralatan.

4.3.2 Sekolah yang mempunyai 1 pengawal tidak memerlukan walkie


talkie.

4.3.3 Minimum kawasan liputan satu (1) kilometer.

4.3.4 Bateri ganti hendaklah boleh beroperasi sehingga 4 jam.

4.3.5 Kalis air (water proof)

4.4 Syarikat hendaklah membekalkan cotar, wisel, baju hujan dan lampu
suluh dengan mengikut bilangan pengawal yang paling ramai bertugas
pada satu-satu syif, sama ada syif pagi, syif petang atau syif malam.
Contoh: (1) Syif pagi 3 pengawal; (2) Syif petang 2 pengawal; (3) Syif
malam 2 pengawal. Bilangan unit cotar, wisel, baju hujan dan lampu
suluh yang perlu dibekalkan oleh syarikat adalah 3 unit bagi setiap satu
peralatan. Spesifikasi peralatan tersebut adalah seperti berikut:

4.4.1 Cotar adalah dari jenis kayu (325 gram) dan panjang 45 cm.

4.4.2 wisel besi jenis tahan karat.

4.4.3 baju hujan jenis polyester berwarna cerah.

4.4.4 lampu suluh jenis heavy duty berkuasa 6V.

4.5 Syarikat hendaklah menanggung kos pembelian pakaian seragam


pengawal sebanyak 2 pasang setahun. 2 pasang pakaian seragam
hendaklah diserahkan kepada setiap pengawal pada bulan pertama,
bulan ke-13 dan bulan ke-25 dalam tempoh perkhidmatan.

9|
4.6 Garis panduan pemakaian seragam pengawal adalah seperti di Jadual
1.

4.7 Syarikat hendaklah menanggung sepenuhnya kos membekal,


memasang, menyelenggara alat kawalan keselamatan sepanjang
tempoh Perkhidmatan.

4.8 Kerosakan peralatan hendaklah diganti dalam tempoh 48 jam.

10 |
JADUAL 1

GARIS PANDUAN PEMAKAIAN PAKAIAN SERAGAM PENGAWAL


KESELAMATAN KONTRAK PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN DI
SEKOLAH- SEKOLAH DAN PREMIS INSTITUSI PENDIDIKAN DI BAWAH
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Syarikat keselamatan dikehendaki mematuhi garis panduan pemakaian pakaian


seragam yang ditetapkan oleh Kementerian Dalam Negeri melalui Arahan
Pemakaian Pakaian Seragam Baru Bagi Pengawal Keselamatan yang dikeluarkan
pada 5 Februari 2016 seperti berikut:

a. Pakaian Seragam

(a) Baju

(i) Jenis kain : Polysoft

(ii) Warna : Putih / BT100

(iii) Potongan lengan:


a. Pendek (lelaki)
b. Panjang (wanita)

(iv) Lining (wanita)


a. Putih (kain Tafena)
b. Lining separuh

(v) Poket atas (lelaki dan wanita)


a. Panjang (11cm) / Lebar (12cm)
b. 1 butang biasa
c. 2 snap button di kiri dan kanan

(vi) Butang baju


a. 7 butang berwarna putih
b. Jarak 9 cm setiap butang

(vii) Ukuran baju


a. Labuh baju melepasi paras punggung (wanita)

(b) Seluar

(i) Jenis kain : Polyester

(ii) Warna : Hitam / BT01

(iii) Poket belakang


a. 2 poket
11 |
b. Panjang (14cm) / Lebar (18cm)
c. Loop kecil (tali pinggang)

(c) Peaked cap / beret / baseball cap / bowler hat (wanita)

(d) Kasut kulit hitam bertali

PENGAWAL STATIK (LELAKI)

PENGAWAL STATIK (WANITA)

12 |
b. Aksesori

Bil. Perkara Keterangan Gambar

 Baseball cap
1. Topi  Berlogo “PPKKM”
 Warna hitam

 Warna hitam
 Tulisan “SECURITY” dan
2. Epaulette dua border berwarna
kuning
 Saiz 10cm

 Bersulam
Lencana
3.  Di sebelah lengan kanan
PPKKM
 Saiz 5cm x 5cm

 Bersulam
Lencana
4.  Di sebelah lengan kiri
syarikat
 Saiz 5cm x 5cm

 Besi (logam)
Lencana
5.  Di sebelah kanan dada
CSG
 Saiz 3cm x 3cm

 Bersulam dan Velcro


 Di sebelah kanan dada
6. Tanda nama
 Font “ARIAL” AHMAD
 Saiz 2.5cm x 10cm
 Maksimum huruf adalah 8
 Border line berwarna putih

13 |
Bil. Perkara Keterangan Gambar

 Bersulam dan Velcro


 Di sebelah kiri dada
7.
Nama
 Font “ARIAL”
ABC
syarikat
 Saiz 2.5cm x 10cm
 Border line berwarna putih

 Warna hitam
 Wisel
 Panjang 35 inci
8. Lanyard
 Tebal 1 ½ inci
 Pemakaian di sebelah bahu
kiri

 Jenis kayu (325 gram)


 Panjang 45 cm
9. Cotar
 Diselitkan di sebelah kanan
pinggang

 Tali pinggang nylon


 Warna hitam
 Berlogo “PPKKM”

10. Tali pinggang

 Crossbelt/ Sam Browne


Belt
 Warna hitam

 Kasut kulit
Kasut
11.  Berwarna hitam dan bertali

Peraturan-peraturan kerja bagi semua pengawal keselamatan yang ditetapkan


selepas ini adalah berkuatkuasa dari tarikh kontrak ini bermula.

14 |

Anda mungkin juga menyukai