Anda di halaman 1dari 13

SKOP DAN SPESIFIKASI PERKHIDMATAN

1.1 SYARIKAT KAWALAN KESELAMATAN HENDAKLAH MELAKSANAKAN SKOP


KERJA YANG DITETAPKAN SEPERTI BERIKUT:

1.1.1 Jumlah Pengawal

 Bilangan Pengawal Keselamatan yang ditetapkan adalah empat (4) orang,


iaitu dua (2) orang yang bertugas pada syif siang selama dua belas (12)
jam dan dua (2) orang yang bertugas pada syif malam selama dua belas
(12) jam;

 Jumlah pengawal merupakan jumlah pengawal yang perlu ditempatkan


bertugas mengikut syif yang perlu dibekalkan oleh syarikat.

1.1.2 Waktu Perkhidmatan

 Tujuh (7) hari seminggu/ 24 jam sehari


 Termasuk cuti hujung minggu
 Termasuk Hari Kelepasan Am dan Cuti Persekolahan

1.1.3 Syif Bekerja Pengawal Yang Ditetapkan Adalah Seperti Berikut:

Syif 1 : Dari jam 8.00 pagi hingga 8.00 malam (12 jam)

Syif 2 : Dari jam 8.00 malam hingga 8.00 pagi (12 jam)

 Sebarang perubahan waktu bertugas/ syif adalah tertakluk kepada


kelulusan bertulis daripada Pengarah Institusi Pendidikan/ Pengetua/ Guru
Besar. Perubahan waktu bertugas tidak mengubah tempoh waktu
bertugas.

 Seorang pengawal hendaklah bertugas mengikut syif yang ditetapkan dan


tertakluk kepada Akta Kerja 1955 serta undang-undang dan peruntukan
semasa yang berkuat kuasa.

1.1.4 Peraturan Kerja/ Tanggungjawab

Syarikat hendaklah memastikan:

1.1.4.1 Pengawal hadir mengikut waktu yang ditetapkan dan pengawal


pengganti perlu disediakan sekiranya pengawal yang bertugas
bercuti. Pengawal juga tidak meninggalkan tempat bertugas
masing-masing selagi tiada pengganti semasa pertukaran syif;

1.1.4.2 Semua pengawal setiap lapisan pangkat yang bertugas sentiasa


mematuhi peraturan seperti berikut:

1.1.4.2.1 Berpakaian seragam rapi, kemas, lengkap dan bersih;

1
1.1.4.2.2 Rambut pengawal;
a. Lelaki : Sentiasa pendek, kemas, rapi dan tidak
melewati anak telinga
b. Perempuan : Sentiasa kemas dan rapi
1.1.4.2.3 Pengawal hendaklah sentiasa berada di dalam keadaan
bersedia. Mereka tidak dibenarkan tidur, leka
menggunakan peranti komunikasi, membaca surat khabar/
majalah dan berbual-bual semasa bertugas.
1.1.4.2.4 Semua pengawal wajib menghormati Pentadbir Premis
ini dan mana-mana wakil Kerajaan yang berada di premis
ini.
1.1.4.2.5 Semua pengawal wajib menghormati orang ramai yang
berurusan dengan pihak premis semasa bertugas demi
menjaga nama baik institusi kerajaan.
1.1.4.2.6 Pengawal wajib menjaga disiplin, tingkah laku dan
mengawal emosi semasa bertugas ketika menghadapi
situasi di luar jangkaan.
1.1.4.2.7 Syarikat hendaklah memastikan setiap pengawal telah
atau dikehendaki dari semasa ke semasa menjalani
pemeriksaan kesihatan yang rapid an disahkan sihat tubuh
badan, penglihatan yang baik dan mempunyai rekod
perubatan yang disahkan oleh Pegawai Perubatan
Kerajaan.
1.1.4.2.8 Syarikat hendaklah memastikan bahawa pengambilan
pengawal keselamatan bertugas yang mempunyai
pertalian saudara adalah tidak melebihi daripada dua (2)
orang.
1.1.4.2.9 Syarikat hendaklah memastikan pengawal keselamatan
tidak buta warna dan tidak cacat pendengaran. Pengawal
keselamatan juga hendaklah fasih bertutur dan menulis
dalam Bahasa Malaysia.
1.1.4.2.10 Pengawal tidak dibenarkan merokok/ vaping semasa
bertugas.
1.1.4.2.11 Pengawal hendaklah mahir dalam bidang pertolongan
cemas dan boleh melaksanakan pertolongan cemas
apabila ketiadaan pihak yang lebih mahir. Oleh itu,
pengawal dikehendaki cekap menggunakan peralatan
kecemasan dengan tatacara yang betul.
1.1.4.2.12 Pengawal dikehendaki mahir dalam penggunaan semua
alat pencegah kebakaran.
1.1.4.2.13 Pengawal dikehendaki juga melaksanakan pemeriksaan
terhadap pekerja-pekerja, orang-orang awam dan

2
kenderaan yang memasuki kawasan premis untuk
mencegah kecurian/ pencerobohan.
1.1.4.2.14 Pengawal hendaklah membuat pemeriksaan yang teliti
terhadap pemunggahan barang-barang menggunakan
kenderaan untuk keluar dari kawasan premis bagi
mengelakkan kecurian harta Kerajaan/ pegawai/
kakitangan dan pelajar atau mana-mana orang yang
dibenarkan secara sah meletakkan aset mereka di dalam
kawasan premis (bagi urusan rasmi di sekolah).
1.1.4.2.15 Pengawal hendaklah sentiasa ada dalam simpanannya
nombor telefon Balai Polis, Bomba dan hospital/ pusat
kesihatan yang berhampiran dan juga dipamerkan di
dalam pondok/ pos pengawal untuk tujuan dihubungi
ketika kecemasan.
1.1.4.2.16 Pengawal hendaklah menyediakan laporan keselamatan
dalam buku laporan harian yang disediakan pihak
syarikat pada tiap-tiap hari dan menyerahkannya kepada
Pentadbir Premis/ wakil yang dilantik untuk pengesahan
kerja dan tindakan.
1.1.4.2.17 Pengawal hendaklah mematuhi semua peraturan kerja
yang berkuat kuasa dan lain-lain perubahan peraturan
kerja dari semasa ke semasa serta apa-apa peraturan
yang akan digubal hasil dari perundingan dan
perbincangan terperinci di antara Kerajaan dan Syarikat
Kawalan Keselamatan.
1.1.4.2.18 Pengawal wajib memberikan kerjasama yang sepenuhnya
ketika pemantauan oleh pihak “Kerajaan” atau Pejabat
Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan (PKPKK) atau
pihak yang dilantik bagi tujuan menilai keberkesanan
khidmat yang diberikan.
1.1.4.2.19 Perbincangan dengan pihak pentadbir sekolah/ institusi
Pendidikan hendaklah dilakukan bagi tujuan seperti
berikut:
i. Menentukan kawasan yang terlibat;
ii. Mengatur program kerja;
iii. Taklimat mengenai peraturan-perturan sekolah/
institusi;
iv. Senarai pengawal yang akan dibekalkan;
v. Lain-lain perkara yang berkaitan.

1.1.4.2.20 Kontraktor hendaklah melantik pengawal bergaji tetap


dengan bilangan pengawal seperti yang telah
ditetapkan di para 1.1.1.

3
1.1.4.2.21 Kontraktor wajib mengemukakan Salinan Sijil Lulus
Tapisan Keselamatan bagi setiap pengawal yang
dibekalkan kepada pihak pentadbir premis dalam tempoh
enam puluh (60) hari bekerja dari tarikh kontrak
berkuat kuasa atau tarikh pengawal keselamatan
berkenaan dilantik oleh syarikat, mengikut mana yang
terkemudian. Mana-mana pengawal keselamatan yang
didapati tidak lulus tapisan keselamatan dalam tempoh
yang ditetapkan tidak dibenarkan berkhidmat dan perlu
diganti dengan serta merta dengan pengawal keselamatan
yang telah lulus tapisan keselamatan.

1.1.4.2.22 Kontraktor wajib mengambil pengawal warganegara


Malaysia yang telah mendapat pengesahan kad
pengenalan biometrik di mana-mana Jabatan Pendaftaran
Negara. Pengawal hendaklah berumur tidak kurang 18
tahun dan tidak melebihi 65 tahun sepanjang tempoh
Perjanjian. Kontraktor digalakkan untuk memberi
keutamaan kepada bekas tentera/polis dari kawasan
setempat sebagai pengawal keselamatan. Kontraktor
hendaklah mengemukakan laporan pemeriksaan
kesihatan yang dijalankan setiap tahun bagi pekerja yang
berumur di antara 56 tahun sehingga 65 tahun yang
mengesahkan bahawa pekerja-pekerja ini disahkan sihat
dari segi mental dan fizikal untuk bekerja (fit for duty) serta
tidak menghidap penyakit berjangkit berbahaya oleh pihak
hospital atau klinik kerajaan. Laporan hendaklah
ditandatangani/ disahkan oleh sekurang-kurangnya
Pegawai Perubatan Kerajaan dan dikemukakan kepada
pentadbir premis sekolah/ institusi Pendidikan. Kelulusan
untuk bekerja diberikan secara tahunan tertakluk kepada
pemeriksaan kesihatan yang dijalankan secara berkala
pada setiap tahun.

1.1.4.2.23 Memandangkan perkhidmatan ini akan dilaksanakan di


premis-premis kerajaan, semua pengawal keselamatan
yang ditugaskan hendaklah berpakaian seragam

4
lengkap, kemas di samping menjaga tingkah laku yang
baik. Setiap pengawal keselamatan hendaklah
menghormati pengetua, guru besar, guru dan penjawat
awam yang diberi kuasa di Premis/ Lokasi perkhidmatan
dan mematuhi arahan semasa yang ditetapkan oleh
pentadbir premis.

1.1.4.2.24 Kontraktor wajib memasang Analog Watchman Clock


Point di lokasi-lokasi yang dipersetujui oleh pihak pentadbir
premis sekolah/institusi Pendidikan.

1.1.4.2.25 Cadangan pemasangan peralatan serta kuantiti dan pelan


susun atur lokasi pemasangan hendaklah dikemukakan
kepada pihak pentadbir premis dalam masa dua (2)
minggu sebelum tarikh kontrak bermula. Kontraktor
diberi masa dua (2) minggu daripada tarikh surat
persetujuan pihak pentadbir premis ke atas cadangan
kontraktor tersebut sekiranya diterima untuk memasang
dan kontraktor perlu memastikan peralatan tersebut siap
beroperasi.

1.1.4.2.26 Segala kos pemasangan dan penyelenggaraan peralatan


pengawasan tersebut akan ditanggung oleh pihak
kontraktor.

1.1.1.4.27 Adalah menjadi tanggungjawab kontraktor untuk menjaga


keselamatan pengawal, orang awam dan segala harta
benda kerajaan serta harta benda awam yang dibenarkan
untuk berada di dalam kawasan dan bangunan sekitarnya.
Sebarang kemudaratan, kehilangan atau kerosakan yang
melibatkan harta benda milik Kerajaan kerana kecuaian
kontraktor akan dikenakan tuntutan ke atas kontraktor.

1.1.4.2.28 Kerajaan sentiasa berhak untuk memeriksa perkhidmatan


kawalan keselamatan pada bila-bila masa. Kontraktor
hendaklah memberi kemudahan kepada Kerajaan untuk
meneliti serta memeriksa kawasan di mana perkhidmatan
kawalan keselamatan ini dilaksanakan.

5
1.1.4.2.29 Pihak pentadbir sekolah/ institusi Pendidikan seterusnya
akan membuat perakuan terhadap perkhidmatan kawalan
keselamatan yang berkenaan setelah kerja-kerja siap pada
satu-satu masa.

1.1.4.2.30 Pengawal hendaklah berdisiplin dan mematuhi peraturan-


peraturan yang sedang berkuat kuasa yang ditetapkan
oleh pihak Kerajaan dari semasa ke semasa.

1.1.4.2.31 Semua pengawal hendaklah memakai pakaian seragam


yang disediakan dengan sempurna dan mempunyai kad/
pas pengenalan diri yang dibekalkan oleh kontraktor.

1.1.4.2.32 Kontraktor hendaklah memastikan rekod kedatangan dan


jadual bertugas dikemaskini pada setiap hari.

1.1.4.2.33 Kontraktor dikehendaki mengganti atau membaiki apa-apa


kerosakan yang berlaku kepada harta benda premis akibat
daripada kelalaian/ kecuaian pihak pengawal kontraktor
semasa mengendalikan perkhidmatan berkenaan.

1.1.4.2.34 Kontraktor hendaklah memastikan setiap pengawal


menghadiri Kursus Certified Security Guard (CSG)
yang dianjurkan oleh Kementerian Dalam Negeri.
Sekiranya pengawal belum menghadiri kursus CSG,
kontraktor hendaklah memastikan semua pengawal
menghadiri kursus tersebut dalam tempoh enam (6) bulan
dari tarikh berkuatkuasa Perjanjian ini atau tarikh
pengawal berkenaan dilantik oleh syarikat, mengikut mana
yang terkemudian.

Salinan kehadiran kursus CSG hendaklah


dikemukakan kepada pentadbir premis.

1.1.4.2.35 Kontraktor bertanggungjawab sepenuhnya ke atas


pengawal dalam aspek:

 Pembayaran Gaji dan Upah;


 Caruman PERKESO dan KWSP;
 Pakaian Seragam;
 Perbelanjaan Perubatan dan Rawatan;
6
 Disiplin;
 Kebajikan;
 Peralatan Untuk Menjalankan Perkhidmatan Kawalan
Keselamatan; dan
 Latihan/Kursus yang berkaitan dengan Kawalan
Keselamatan.

1.1.4.2.36 Kontraktor hendaklah memastikan pengawal keselamatan


yang dilantik wajib lulus ujian air kencing dalam tempoh
empat belas (14) hari dari tarikh berkuat kuasa perjanjian
ini atau tarikh pengawal keselamatan dilantik oleh syarikat
mengikut mana terkemudian. Pengawal yang didapati tidak
lulus ujian air kencing dalam tempoh yang ditetapkan,
Pengawal Keselamatan tersebut tidak dibenarkan
berkhidmat dan hendaklah digantikan dengan pengawal
lain yang lulus ujian air kencing dengan serta merta.
Keputusan Ujian Air Kencing hendaklah dikemukakan
kepada pihak pentadbir premis.

1.1.4.2.37 Jika kontraktor dalam proses untuk memperbaharui Lesen


Agensi Persendirian di bawah Akta Agensi Persendirian
1971, kontraktor hendaklah berbuat demikian dalam
tempoh tiga (3) bulan sebelum tarikh tamat Lesen Agensi
Persendirian yang dikeluarkan oleh Kementerian Dalam
Negeri termasuk lain-lain permit atau kebenaran di bawah
mana-mana akta/peraturan yang berkuat kuasa sama ada
untuk penggantian atau pembaharuan. Kontraktor
hendaklah mengemukakan kepada Kerajaan apa-apa bukti
atau dokumen yang menunjukkan bahawa lesen, permit
atau kebenaran tersebut adalah dalam proses untuk
gentian atau pembaharuan, mengikut mana yang
berkenaan. Kontraktor hendaklah tanpa apa-apa
kelewatan mengemukakan lesen, permit atau kebenaran
tersebut kepada Kerajaan dalam tempoh tujuh (7) hari dari
tarikh kelulusan oleh Kementerian Dalam Negeri diterima
oleh kontraktor. Sekiranya kontraktor gagal
mengemukakan Lesen Agensi Persendirian yang telah

7
diperbaharui dalam tempoh empat belas (14) hari sebelum
31 Disember setiap tahun (melainkan setelah mendapat
kebenaran daripada Kementerian Dalam Negeri untuk
lanjutan tempoh pembaharuan Lesen Agensi Persendirian
dan kontraktor mengemukakan Lesen Agensi Persendirian
yang telah diperbaharui dalam tempoh empat belas (14)
hari sebelum 31 Januari setiap tahun), maka perkhidmatan
akan ditamatkan pada tarikh tamat lesen.

1.1.5 Senarai Tugas

Tugas-tugas tertentu pengawal adalah tertakluk kepada jawatan pengawal


tersebut seperti berikut:

1.1.5.1 Pegawai Operasi


i. Menyediakan laporan bulanan dan mengemukakan laporan tersebut
kepada Jabatan Pendidikan Negeri/ Pejabat Pendidikan Daerah/
Bahagian tidak lewat daripada tujuh (7) hari bulan bagi setiap bulan;

ii. Menghadiri mesyuarat yang diadakan oleh Jabatan Pendidikan


Negeri/ Pejabat Pendidikan Daerah/ Bahagian dengan pihak
Pengurusan syarikat;
iii. Menyediakan nombor telefon kecemasan seperti nombor telefon Balai
Polis, Hospital, Bomba dan agensi-agensi yang berkaitan di Premis
dan diletakkan di setiap pos kawalan bagi persediaan menghadapi
sebarang kemungkinan termasuk juga nombor-nombor penting bagi
Syarikat dan Kerajaan; dan
iv. Melakukan pemantauan secara berkala menurut kekerapan yang
telah ditetapkan.

1.1.5.2 Pegawai Ronda

Pegawai Ronda adalah pegawai yang memberi laporan terus kepada


Pegawai Operasi bagi setiap perkara yang berlaku di dalam kawasan
rondaan tersebut. Tugas Pegawai Ronda adalah seperti berikut:

i. Menyelaras dan menjalankan pemeriksaan keselamatan di


premis Kerajaan di bawah tanggungjawab dalam perkara
berikut:

 Kawalan Pintu Masuk


 Kawasan dan Bangunan
 Rondaan
 Laluan/ lalulintas dalam premis

8
ii. Menyediakan tugas harian Pengawal mengikut jadual yang
ditetapkan.
iii. Merangka jadual tugas harian/ bulanan Pengawal dengan
menentukan pergerakan/ penempatan anggota mencukupi dan
menepati masa.
iv. Memastikan peralatan yang diperlukan bagi tujuan kawalan
keselamatan di premis sentiasa mencukupi.
v. Mengambil tindakan mengeluarkan arahan kepada pengawal
bagi tujuan menguat kuasakan setiap peraturan dilaksanakan.
vi. Bertanggungjawab ke atas disiplin pengawal-pengawal.
vii. Mengatur dan menyediakan jadual tugas, roll call, latihan
jasmani dan kawad anggota pengawal.
viii. Menyediakan tuntutan lebih masa anggota dan mengaturkan
tugas lebih masa mengikut keperluan yang sepatutnya.
ix. Membantu sesi latihan fire drill yang diadakan oleh pihak
pentadbir premis dari semasa ke semasa.
x. Mengemukakan laporan bertulis (buku log) mengenai rondaan
di sekeliling kawasan premis secara mingguan kepada
pentadbir premis
xi. Menjalankan tugas-tugas lain yang bersesuaian seperti mana
diarahkan oleh pihak pentadbir premis.
xii. Membuat rondaan sekurang-kurangnya sekali sehari dan
pengesahan rondaan hendaklah disahkan di dalam buku log.
Cth: analog watchman clock/ pengesahan kehadiran di dalam
buku laporan.

1.1.5.3 Ketua Pengawal Keselamatan

Ketua Pengawal Keselamatan adalah wakil pengawal yang dilantik di


kalangan pengawal keselamatan bagi sesuatu premis yang
melaksanakan tugas-tugas tambahan seperti berikut:

i. Menyelia dan menyelaras tugas dan semua pengawal di


bawah tanggungjawab.

ii. Menyelia kawalan keselamatan pintu masuk, kawalan rondaan


dan laluan/ lalulintas dalam premis.

iii. Menyelia dan memastikan peralatan yang diperlukan bagi


tujuan kawalan lalulintas di luar sekolah sentiasa mencukupi
sebelum pengawal keselamatan dibenarkan melaksanakan
kawalan lalulintas.

iv. Menjalankan tugas-tugas pentadbiran ke atas semua


pengawal (cuti, disiplin dan sebagainya).

v. Membantu pemantauan tugas operasi keselamatan.

9
vi. Menjalankan tugas-tugas lain berkaitan keselamatan di dalam
kawasan premis seperti mana diarahkan oleh pihak
pentadbiran premis.

1.1.5.4 Pengawal Keselamatan


Senarai tugas pengawal keselamatan meliputi bidang pelaksanaan
tugas-tugas seperti berikut:
a. Kawalan Pintu Masuk/ Lalulintas
1.1.5.4.1 Memastikan pelawat-pelawat luar melaporkan diri di
Pondok/ Pos Pengawal sebelum dibenarkan masuk ke
dalam kawasan premis.
1.1.5.4.2 Memastikan hanya kakitangan dan pelawat yang
mempunyai pas sahaja yang dibenarkan masuk.
1.1.5.4.3 Membuat pemerhatian terhadap semua individu yang
keluar masuk ke kawasan premis.
1.1.5.4.4 Menghubungi pihak Pengurusan premis dan pihak
berkuasa berkaitan dengan segera sekiranya berlaku
sebarang kejadian yang tidak diingini seperti kecurian,
pencerobohan dan sebagainya.
1.1.5.4.5 Semua pengawal hendaklah memahami dan mahir
mengenai peraturan keselamatan premis kerajaan
yang berkuatkuasa.
1.1.5.4.6 Laluan keluar/ masuk pintu pagar utama premis
hendaklah sentiasa ditutup.

b. Kawalan Kawasan dan Bangunan


i. Membuka pintu dan menutup pintu blok-blok pentadbiran
sekiranya diarahkan oleh pihak Pengurusan premis.
ii. Bertanggungjawab untuk memastikan kawasan bangunan
tidak dicerobohi oleh individu-individu yang tidak berkaitan.
iii. Membuat rondaan setiap masa untuk memastikan
keselamatan kawasan/ bangunan dan tempat bertugas.
iv. Merekod setiap kejadian yang tidak diingini di dalam buku
laporan harian yang disediakan oleh pihak syarikat.
v. Membuat laporan bertulis mengenai rondaan di sekeliling
kawasan premis dalam Buku Laporan Bertugas Harian
setiap dua (2) jam.

10
vi. Melaporkan kepada pentadbir premisdalam bentuk laporan
bertulis mengenai kerosakan, kehilangan peralatan/
barangan/ harta benda, kebakaran atau apa-apa kejadian
yang tidak diingini dan cubaan pencerobohan atau
kecurian.
vii. Melaporkan kepada Polis Diraja Malaysia dengan segera
apa-apa kejadian kehilangan, pencerobohan, kecurian,
sabotaj, atau apa-apa kejadian yang tidak diingini dan
cubaan pencerobohan atau kecurian.
viii. Memastikan pintu bangunan ditutup rapat dan berkunci
dnegan selamat dan merekodkan dalam buku laporan
harian.
ix. Bertanggungjawab membantu mencegah kebakaran.
Melaporkan dengan segera kepada Bomba dan
Penyelamat apa-apa kejadian kebakaran dan bersedia
untuk melakukan tindakan kecemasan jika terdapat
kemalangan kebakaran.

c. Kawalan Pada Waktu Pejabat


i. Membuka pintu utama di setiap blok/ premis di waktu
bertugas dan menutupnya kembali setelah tamat waktu
pejabat.
ii. Membuat kawalan dan pemantauan keluar masuk
kakitangan dan orang ramai yang berurusan di kawasan
premis dengan memastikan individu yang tidak berkaitan
seperti jurujual, peminta derma supaya tidak masuk ke
kawasan/ bangunan tanpa mendapat kebenaran terlebih
dahulu daripada pihak Pengurusan premis.
iii. Memeriksa mana-mana pegawai/ kakitangan, pengawal
atau pelawat yang disyaki membawa atau menyorokkan
sesuatu yang boleh membahayakan keselamatan dan
menahan mana-mana orang yang tidak diingini atau yang
tidak dibenarkan masuk ke premis.
iv. Merekodkan butiran diri orang awam yang masuk ke
kawasan premis/ bangunan dan memastikan setiap
pelawat yang berada di premis memakai pas pelawat yang
dibekalkan oleh syarikat/ pentadbir premis dan dikawal
oleh pentadbir premis.
d. Kawalan Pada Waktu Luar Pejabat
Memastikan orang awam yang tidak berkenaan atau pekerja-
pekerja kontrak tidak lagi berada di dalam kawasan premis
selepas waktu pejabat kecuali mereka yang dibenarkan oleh
pentadbir premis sahaja. Sekiranya terdapat kakitangan yang

11
bertugas di luar waktu pejabat, butiran diri kakitangan tersebut
hendaklah direkodkan.
e. Kawalan Aset Kerajaan, Kakitangan dan Pelajar
Pengawal hendaklah memastikan tidak berlaku apa-apa kecurian,
kerosakan/ vandalism atau kehilangan aset alih dan tak alih
Kerajaan, pegawai, kakitangan, pelajar atau mana-mana orang
yang dibenarkan secara sah meletakkan aset mereka di dalam
kawasan premis atas urusan rasmi.
f. Kawalan Ke Atas Kakitangan, Pelajar dan Penghuni Premis
Pengawal hendaklah memastikan supaya tidak berlaku apa-apa
jua bentuk gangguan terhadap kakitangan, pelajar dan penghuni
premis di dalam persekitaran premis oleh individu-individu luar
sepanjang masa bertugas.
g. Rondaan
i. Membuat rondaan setiap dua (2) jam sekali sekitar
bangunan dan kawasan jagaannya dalam masa bertugas
dan mengunci waktu rondaan di watchman clock
(watchman clock dibekalkan oleh syarikat) pada setiap
lawatan ke tempat yang ditentukan tersebut. Jadual bagi
waktu rondaan hendaklah dirunding dan ditentukan
bersama dengan pihak pentadbir premis.
ii. Bagi premis yang mempunyai seorang pengawal sahaja,
kekerapan rondaan sehari dan jadual rondaan hendaklah
dirunding dan ditentukan bersama pihak pentadbir premis.
iii. Memastikan kawasan blok/ premis selamat dan bebas dari
sebarang bentuk pencerobohan.
iv. Memeriksa punca sekiranya terdapat sebarang bunyi/ bau/
cahaya yang luar biasa. Perkara tersebut mungkin
menggambarkan percubaan pencerobohan, pergerakan
pekerja yang tidak dibenarkan, kerosakan peralatan/
jentera atau sebarang kemungkinan masalah gangguan.
v. Melaporkan segera kepada pihak pentadbir premis dan
pihak berkuasa berkaitan jika punca sumbernya tidak
diketahui.
vi. Membuat pemeriksaan setiap barangan yang keluar dan
masuk melalui tempat pemunggahan barang ‘loading
bay’dan membuat catatan di dalam buku laporan yang
disediakan.
vii. Membantu memastikan semua kelas/ dewan kuliah dikunci
selepas waktu pejabat.
viii. Membantu memastikan semua suis lampu, kipas serta alat
penghawa dingin dimatikan selepas waktu pejabat.

12
ix. Menjalankan tugas-tugas keselamatan seperti mana
diarahkan dari semasa ke semasa yang telah diluluskan
oleh Kerajaan.

13

Anda mungkin juga menyukai