Anda di halaman 1dari 10

PERBADANAN KEMAJUAN PERTANIAN SELANGOR

PROSEDUR OPERASI STANDARD

( SOP )

UNIT KESELAMATAN

0
PROSEDUR TETAP OPERASI ( SOP )

UNIT KESELAMATAN PKPS

1. TUJUAN

Arahan tetap ini bertujuan untuk menerangkan tatacara dan peraturan yang mesti diikuti
dan dipatuhi oleh semua anggota unit keselamatan di setiap ladang dan bangunan milik
Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor ( PKPS ).

2. PERATURAN AM KERJA ANGGOTA UNIT KESELAMATAN


2.1 Semua anggota Unit Keselamatan di setiap ladang dan bangunan milk PKPS mestilah
mengetik kad ( Punch Kad ) kehadiran /merekod kehadiran serta dilarang untuk mengetik
kad ( Punch Kad ) kehadiran /merekod kehadiran milik anggota lain.
2.2 Setiap anggota diwajibkan bertugas mengikut syif yang telah ditetapkan.
2.3 Anggota hendaklah membuat serah terima tugas terlebih dahulu sebelum mula atau tamat
tugas.
2.4 Anggota tidak dibenarkan meninggalkan tempat bertugas tanpa kebenaran daripada
Penyelia / Pegawai atasan.
2.5 Anggota hendaklah menggunakan alat komunikasi ( walkie talkie ) secara berhemah.
Anggota dibenarkan menggunakan walkie talkie hanya untuk urusan kerja sahaja.
2.6 Anggota yang ditugaskan untuk bekerja harian atau lebih masa adalah diwajibkan hadir
bertugas kecuali atas keizinan pegawai atasan.
2.7 Mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh Pegawai atasan PKPS dari masa ke semasa.
2.8 Sentiasa dalam keadaan sihat dan cergas semasa menjalan kan tugas.
2.9 Dilarang mabuk semasa bertugas.
2.10 Dilarang membawa senjata merbahaya semasa bertugas.
2.11 Tidak dibenarkan tidur semasa bertugas.
2.12 Tidak dibenarkan pulang awal tanpa kebenaran ketua.

1
3. DISIPLIN ANGGOTA UNIT KESELAMATAN
3.1 Anggota dilarang meninggikan suara dan bercakap kasar kepada pelanggan.
3.2 Anggota hendalah sentiasa berpenampilan kemas dan segak.
3.3 Memastikan keadaan tempat bertugas sentiasa dalam keadaan kemas, bersih dan teratur.
3.4 Anggota tidak dibenarkan merokok , makan , mendengar radio, menonton televisyen,
menggunakan komputer riba, leka bermain telefon bimbit serta membaca surat khabar
dalam kawasan bertugas ( pos kawalan ).
3.5 Sentiasa memastikan peralatan bertugas mencukupi dan dalam keadaan baik.
3.6 Hendaklah memberi Penghormatan Sewajarnya dan memanggil dengan panggilan
”Tuan/Puan” kepada pegawai atasan manakala menggunakan panggilan ”Encik” kepada
Penyelia atau setarafnya.
3.7 Diwajibkan berpakaian kerja dengan kemas dan lengkap semasa bertugas.
3.8 Sentiasa berambut pendek dan kemas.
3.9 Bagi anggota yang mahu menyimpan jambang dan janggut diwajibkan dalam keadaan rapi
dan kemas.

4. PERMOHONAN CUTI
4.1 Anggota hendaklah merancang cuti sebaiknya supaya tidak mengganggu jadual bertugas.
4.2 Anggota tidak dibenarkan bercuti sebelum kelulusan diperolehi.
4.3 Pemberian kemudahan cuti yang diberikan oleh majikan kepada anggota bukanlah
merupakan hak seseorang anggota berkenaan tetapi ia adalah satu keistimewaan atau
kemudahan yang diberikan oleh majikan sebagai pengiktirafan ke atas perkhidmatan yang
diberikan.
4.4 Anggota hendaklah memaklumkan lebih awal jika tidak dapat hadir bertugas atas sebab-
sebab kecemasan.

5. TANGGUNGJAWAP KETUA PENGAWAL

5.1 Menyediakan jadual bertugas mengikut giliran shif yang ditetapkan setiap bulan.
5.2 Memantau dan menentukan anggota keselamatan menjalankan tugasan sepertimana yang
ditetapkan.
5.3 Memastikan semua keluar – masuk pelawat didaftarkan dengan pengawal dan mengambil
PAS sebelum masuk dan memulangkan PAS setelah selesai urusan.
2
5.4 Memastikan setiap pelawat memakai PAS pelawat sepanjang mereka berada di kawasan
premis dan Ladang PKPS.
5.5 Memastikan Pelawat yang tiada PAS tidak dibenarkan berada dikawasan PKPS.
5.6 Memantau dan menghalang kemasukan pengemis, jurujual tanpa kebenaran/penjaja dan
orang gila.
5.7 Melaporkan setiap masalah yang dihadapi ketika bertugas di dalam buku laporan harian dan
berkongsi sebarang cadangan untuk meningkatkan aspek keselamatan aset, premis serta
Ladang PKPS.
5.8 Membuat rondaan di kawasan premis/ladang dan memantau sebarang pencerobohan
ataupun perkara yang mencurigakan daripada mana-mana pihak dan melaporkan kepada
Pegawai atasan .
5.9 Membuat pemantauan dan pemasangan Seal pada lori yang membawa BTS dan merekodkan
nombor Seal.

6. TANGGUNGJAWAP ANGGOTA PENGAWAL KESELAMATAN


6.1 Menerima arahan dari ketua dan pengatur tugas untuk memastikan keselamatan pelawat
yang melalui pintu utama premis PKPS.
6.2 Memastikan semua vendor / kontrantor yang bekerja/berurusan dengan mendaftar dengan
Pengawal , menunjukkan permit kebenaran bekerja dan mengambil PAS sebelum dibenarkan
masuk.
6.3 Melaporkan sebarang masalah yang dihadapi ketika menjalankan tugas dan merekodkan di
dalam buku laporan harian.
6.4 Memastikan semua aset-aset PKPS yang berada di dalam kawasan rondaan dalam keadaan
baik dan terkawal.

7. PERALATAN
7.1 Semua urusan pinjaman barang-barang atau peralatan hendaklah mendapatkan kelulusan
Pegawai atasan.
7.2 Setiap penerimaan dan pengeluaran peralatan hendaklah direkodkan.
7.3 Semua anggota perlu bertanggungjawap ke atas peralatan yang dibekalkan dan digunakan
manakala bagi setiap kerosakan ( akibat daripada kecuaian sendiri ) – kos pembaikannya
atau penggantian peralatan tersebut akan ditanggung oleh anggota berkenaan.

3
8. TATACARA RONDAAN
8.1 Persediaan Awal Sebelum Rondaan
8.1.1 Peralatan yang perlu dibawa semasa rondaan adalah seperti berikut :
(a) Cota
(b) Lampu Suluh
(c) Alat Perhubungan ( walkie talkie / telefon bimbit )
(d) Wisel

8.2 Tindakan semasa Rondaan Dilakukan


8.2.1 Memeriksa sekeliling kawasan / bangunan untuk memastikan tiada
berlaku sebarang pencerobohan dan ancaman keselamatan.
8.2.2 Melaporkan sebarang kejadian ke pos pengawal untuk mendapatkan
Bantuan.
8.2.3 Memeriksa kenderaan dan orang yang tidak dikenali di kawasan rondaan.
Menahan dan meminta pengenalan diri individu tersebut.
8.2.4 Memeriksa pintu pagas , pintu dan tingkap pejabat serta aset-aset yang
berada diluar bangunan.
8.2.5 Menandatangani buku-buku Rondaan di Check Point atau clocking device.

8.3 Tindakan Selepas Rondaan Dilaksanakan


8.3.1 Periksa untuk pastikan peralatan semasa rondaan berkeadaan baik.
8.3.2 Membuat laporan rondaan dan mencatat buku laporan tugas harian.
8.3.3 Membuat laporan kejadian sekiranya ada.
8.3.4 Membuat serah terima tugas kepada anggota seterusnya.

4
9. TATACARA MEMERIKSA KENDERAAN MASUK (LADANG DAN LAIN-LAIN PREMIS PKPS)
9.1 Setiap kenderaan yang akan masuk ke kawasan ladang perlu diperiksa untuk mencegah
terjadinya hal-hal yang tidak diingini.

PROSEDUR

9.2 Palang Keselamatan hendaklah sentiasa diturunkan.


9.3 Anggota Pengawal Yang bertugas menghampiri kenderaan tersebut dan mengucapkan salam
: ”Selamat Pagi/Petang Tuan/Puan/Encik”.
9.4 Menanyakan keperluan lenderaan tersebut untuk memasuki kawasan ladang – dengan
mengucapkan : ”apa yang boleh saya bantu Tuan/Puan/Encik”?.
9.5 Mohon pelawat yang berkenaan untuk mengisi borang pelawat / buku pelawat dengan
menyerahkan lesen memandu. Pengawal yang bertugas perlu memberi PAS kepada pelawat.
Pelawat berlu memakai PAS yang dibekalkan sepanjang berada didalam kawasan
premis/ladang PKPS.
9.6 Mengarahkan kenderaan ke tempat yang ditentukan.

10. TATACARA PEMERIKSAAN KENDERAAN KELUAR ( LADANG DAN LAIN-LAIN PREMIS PKPS )
10.1 Setiap kenderaan/Pelawat yang keluar pastikan membawa dan memulang
dokumen perjalanan/PAS lawatan yg telah diberikan oleh anggota Pengawal.

PROSEDUR

10.2 Anggota pengawal yang bertugas perlu menghampiri kenderaan tersebut dan mengucapkan
salam : ”Selamat Pagi/Petang Tuan/Puan/Encik”.
10.3 Memohon pemandu menyerahkan semula PAS pelawat dan borang pelawat dan pengawal
perlu mengembalikan semula Lesen memandu dan berkata ”Mohon Kerjasama
Tuan/Puan/Encik buka bonet belakang untuk pemeriksaan”.
10.4 Pemeriksaan menyeluruh mesti dilakukan pada kenderaan : bertujuan memeriksa jika ada
pengeluaran hasil/peralatan tanpa kebenaran ( sekiranya tiada pengesahandari pihak
ladang. Pengawal hendaklah berhubung dengan pihak pengurusan untuk pengesahan jika
terdapat sebarang keraguan.
10.5 Setelah selesai pemeriksaan pada kenderaan , pengawal hendaklah mengucapkan : ”Terima
kasih atas kerjasama Tuan/Puan/Encik”.
5
10.6 Bagi Lori yang membawa BTS keluar dari Ladang perlu dilakukan oleh Ketua Pengawal diseal
dan nombor seal di rekodkan didalam buku.

11. ARAHAN SEMASA PADA SETIAP CUTI UMUM


11.1 Bertujuan untuk mempertingkatkan lagi sistem kawalan dan kesiap siagaan pengawal
keselamatan di kawasan tugasan.
11.2 Semua Pengawal Keselamatan yang bertugas di kehendaki memeriksa setiap kenderaan yang
keluar masuk dengan lebih ketat serta merekod di dalam buku dan memantau serta
membuat pemeriksaandi setiap kawasan persekitaran bagi menentukan keadaan terkawal
daripada sebarang ancaman keselamatan.
11.3 Pengawal yang bertugas di Pos Pengawal mestilah berada di Pos pada setiap masa ( kecuali
pergi makan/tandas ) serta palang keselamatan hendaklah sentiasa diturunkan. Keutamaan
tugas pemeriksaan adalah seperti berikut di setiap ladang :
11.3.1 Selangor Fruit Valley ( SFV ) – Pejabat, Pavillion, Cafe, Makmal, Bengkel dan Pencawang TNB.
Ketua Pengawal dikehendaki membuat rondaan dan pemeriksaan menyeluruh di setiap
kandang dan ladang.
11.3.2 Ladang Sg.Panjang dan Jelutung Jati – Pejabat , rumah keluarga, stor, kandang ternakan dan
Baja Kompos. Ketua Pengawal dikehendaki membuat rondaan dan pemeriksaan menyeluruh
di kawasan ladang.
11.3.3 Ladang Sg,Tengi – Pejabat, rumah keluarga dalam keadaan baik dan selamat. Ini bagi
memastikan kawasan rondaan senantiasa dalam keadaan selamat dan terkawal. Ketua
Pengawal dikehendaki membuat rondaan dan pemeriksaan menyeluruh.
11.3.4 Ladang Editas – Pejabat, rumah keluarga dan rumah pekerja ladang dalam keadaan baik dan
selamat. Ini bagi memastikan kawasan rondaan senantiasa dalam keadaan yang selamat dan
terkawal. Ketua Pengawal dikehendaki membuat rondaan dan pemeriksaan menyeluruh
dikawasan ladang.

6
SENARAI TUGAS PENGAWAL KESELAMATAN

WISMA PKPS

Senarai tugas pengawal keselamatan meliputi bidang pelaksanaan tugas-tugas seperti

berikut :

1.Kawalan Setiap Pintu Masuk

 Memastikan pelawat-pelawat luar melaporkan diri di Pos Pengawal sebelum

dibenarkan menggunakan lif Wisma PKPS.

 Memastikan hanya kakitangan dan pelawat yang mempunyai Pas Pelawat sahaja

yang dibenarkan masuk dan menggunakan lif.

 Membuat pemerhatian terhadap semua individu yang keluar masuk ke kawasan

premis.

 Menghubungi pihak pengurusan premis dan pihak berkuasa berkaitan dengan

segera sekiranya berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini seperti

kecurian,pencerobohan dan sebagainya.

 Semua pengawal hendaklah memahami dan mahir mengenai SOP Pengawal


Keselamatan dan Peraturan Tertentu (Special Orders) mengenai peraturan
keselamatan premis PKPS serta melaksanakannya.
 Laluan keluar/masuk pintu utama Wisma hendaklah sentiasa ditutup.
 Laluan pintu masuk ke lif Wisma ( daripada parking tingkat 1 dan tingkat 2 )
hendaklah sentiasa dipantau bagi mengelakkan bangunan tidak dicerobohi oleh

individu-individu yang tidak berkaitan.

2. Kawalan Kawasan dan Bangunan

 Membuka pintu dan menutup pintu utama Wisma sekiranya diarahkan oleh

pihak pengurusan premis.

 Bertanggungjawab untuk memastikan kawasan bangunan tidak dicerobohi oleh

individu-individu yang tidak berkaitan.


7
 Membuat rondaan setiap masa untuk memastikan keselamatan kawasan/ bangunan
dan tempat bertugas.
 Merekodkan setiap kejadian yang tidak diingini di dalam buku laporan harian yang

disediakan oleh pihak pentadbiran.

 Membuat laporan bertulis mengenai rondaan di sekeliling Kawasan premis dalam

Buku Laporan Bertugas Harian setiap dua (2) jam.

 Melaporkan kepada Pentadbiran dalam bentuk laporan bertulis mengenai

kerosakan,kehilangan peralatan/barangan/harta benda,kebakaran atau apa-apa

kejadian yang tidak diingini dan cubaan pencerobohan atau kecurian.

 Melaporkan kepada Polis Diraja Malaysia dengan segera apa-apa kejadian

kehilangan, pencerobohan, kecurian, sabotaj atau apa-apa kejadian yang tidak

diingini dan cubaan pencerobohan atau kecurian.

 Memastikan pintu bangunan ditutup rapat dan berkunci dengan selamat dan

merekodkan dalam buku laporan harian.

 Bertanggungjawab membantu mencegah kebakaran. Melaporkan dengan segera

kepada Bomba dengan Penyelamat apa-apa kejadian kebakaran dan bersedia untuk

‘emergency action’ jika terdapat kemalangan kebakaran.

3. Kawalan pada waktu pejabat

 Membuka pintu utama Wisma/premis di waktu bertugas dan menutupnya kembali


setelah tamat waktu pejabat.
 Membuat kawalan dan pemantauan keluar masuk kakitangan dan orang ramai yang

berurusan dikawasan premis dengan memastikan individu yang tidak berkaitan

seperti jurujual,peminta derma supaya tidak masuk ke kawasan/ bangunan tanpa

mendapat kebenaran terlebih dahulu daripada pihak pengurusan premis.

8
4. Kamera Litar Tertutup ( CCTV )

 Pengawal hendaklah sentiasa memantau dan memerhatikan Skrin rakaman CCTV


setiap masa.
 Sentiasa bersiap sedia jika ternampak sesuatu yang mencurigakan yang ternampak di
CCTV
 Sentiasa peka kepada setiap aktiviti pelanggan yang mencurigakan. Jika terdapat
aktiviti yang mencurigakan, sila laporkan kepada penyelia ataupun laporkan kepada
Pegawai Keselamatan PKPS untuk tindakan selanjutnya.
 Memeriksa setiap CCTV dan melaporkan jika terdapat sebarang kerosakan

Anda mungkin juga menyukai