Anda di halaman 1dari 4

MINIT MESYUARAT KESELAMATAN & KESIHATAN KALI KE-4 PADA 25 NOV

2019 DI PEJABAT TAPAK @ 10.30 PETANG


PROJEK PEMBINAAN BLOK TAMBAHAN PEJABAT KASTAM ALOR SETAR

SENARAI KEHADIRAN

NO. NAMA JAWATAN SYARIKAT NO. PHONE

1 Nazari Haji Sulaiman Project Manager UESB


Safety & Health
2 Wanchik Mohamed UEB
Officer
3 Nur Izani Othman Site Manager UESB

4 Kausar Ismail EO UESB

5 Zuhaili Zawawi Jurutera UESB

6 Mohamad Firdaus Abdullah Penyelia Tapak UESB

7 Mohd Shuri Zainal Abidin Jurutera Wira Cool

8 Chow Fatt Loon Penyelia Kinta Teknik

9 Mohamad Akhmal Hakimi Jurutera Empire FM

10 Hasanudin Penyelia Kerja Bata

11 Raja Adie Sulaiman Jurutera Benzain

12 Mr Ooi Pengurus Hoe Huat Eng

13

14

15
No Keterangan Tindakan

PENGENALAN
Project Manager, En Nazari bin Sulaiman mengucapkan selamat
datang kepada semua ahli jawatakuasa keselamatan dan juga
penyelia yang dipanggil untuk bersama dalam mesyuarat kali ini.

Pengerusi meminta semua ahli jawatankuasa hadir pada setiap kali


1 -
mesyuarat kerana mesyuarat ini penting bagi mengenalpasti risiko
dan masalah kerja di tapak.

Tujuan utama adalah memastikan semua kerja-kerja dapat


dijalankan dengan selamat tanpa kemalangan dan mesyuarat hanya
di laksanakan setiap 3 bulan sekali sahaja.

PENERANGAN TENTANG KESELAMATAN & KESIHATAN


Pengerusi meminta En. Wanchik Mohamed selaku Safety & Health
Officer untuk memberi penerangan tentang keperluan-keperluan
keselamatan di tapak bina.

a. Masih terdapat pekerja-pekerja yang bekerja tanpa memakai PPE


terutama melibatkan pekerja-pekerja asing.
b. Situasi ini telah ditegur oleh pihak JKR dan memerlukan
kerjasama semua pihak bagi memastikan arahan ini dipatuhi.
c. Untuk kerja-kerja pemasangan rangka bumbong, mobile scaffold
telah dipasang dan diperiksa oleh Orang Kompeten. Semua yang
2
d. Subkon terlibat harus pastikan pekerja-pekerja mereka memakai hadir
harness setiap masa semasa melakukan kerja-kerja pemasangan
rangka bumbong.
e. Juga pastikan mobile scaffold menggunakan stopper setiap kali
pekerja-pekerja berada diatas peralatan ini.
f. Untuk pekerja-pekerja yang baru hadir untuk melakukan kerja
ditapak bina, mereka harus memaklumkan kehadiran kepada
pihak pengurusan tapak untuk tujuan penerangan tentang
keselamatan dan kesihatan.
g. Masih terdapat pekerja-pekerja yang hadir bekerja tanpa
penerangan dan tidak memakai PPE semasa bekerja.

JAWATANKUASA KESELAMATAN & KESIHATAN


a. En Wanchik menerangkan bahawa jawatankuasa ini
ditubuhkan bertujuan memastikan kejadian kemalangan
dapat dielakkan atau dikurangkan.
b. Selain mematuhi arahan perundangan, jawatankuasa juga
mempunyai tanggungjawab untuk bekerjasama dengan pihak
keselamatan terutama dalam pematuhan arahan-arahan
Semua yang
3 keselamatan di tapak.
hadir
c. Pengerusi memohon supaya setiap ahli jawatankuasa hadir
pada setiap mesyuarat dan memainkan peranan masing-
masing untuk mengelakkan kemalangan ditapak bina.
d. Ahli jawatankuasa perlu memastikan tempat kerja mereka
adalah selamat dan harus melakukan pemeriksaan secara
berkala supaya risiko-risiko tempat kerja dapat dipastikan
selamat.
STATISTIK KEMALANGAN & PRESTASI
a. En Wanchik membentangkan statik kemalangan dan data
prestasi sehingga hujung Nov 2019.

No. Keterangan Okt 2019 Nov 2019

1 Jumlah Bulan Tanpa Kemalangan 25 26

2 Jumlah Hari Tanpa Kemalangan 740 770

3 Jumlah Jam Tanpa Kemalangan 5920 6160


4 4 Jumlah Jentera dan Mesin 14 15
Makluman

5 Aktiviti Toolbox briefing 4 2

b. Pengerusi meminta semua ahli jawatankuasa untuk


bekerjasama bagi memastikan prestasi yang baik ini dapat
dikekalkan sehingga projek siap sepenuhnya.
c. Sehingga hari ini tiada kemalangan berlaku di tapak bina dan
secara keseluruhan tempat kerja berada dalam baik dan
terkawal.

HOUSEKEEPING DI TAPAK BINA


a. Pengerusi meminta supaya kerja-kerja housekeeping dibuat
sekerap mungkin supaya tapak bina tidak mendatangkan
bahaya pada semua pihak.
b. Pihak JKR juga kerap memberi teguran mengenai perkara ini
dan juga membangkitkan isu ini dalam mesyuarat tapak.
5 c. Pastikan domestic waste dan construction waste diasingkan Makluman
sebelum dikeluarkan dari tapak.
d. EO memaklumkan supaya sebarang kebocoran minyak
ditapak harus dibersihkan segera.
e. Tindakan tegas akan diambil jika subkon-subkon gagal
mematuhi arahan ini setelah banyak kali teguran dibuat.

ALAT PERLINDUNGAN DIRI (PPE)


a. En Wanchik menerangkan keperluan untuk memakai PPE di
tapak bina kepada semua pekerja samada kontraktor,
Semua yang
6 pelanggan dan juga pelawat. Buat masa ini, helmet dan kasut
hadir
keselamatan adalah memadai.
b. Untuk kerja tempat tinggi, harness dan laluan selamat
ketempat tinggi haruslah dipatuhi.

POLISI KESELAMATAN & KESIHATAN


a. Polisi Keselamatan & Kesihatan telah di semak semula supaya
lebih sesuai dengan situasi kerja dan memenuhi arahan-
7 arahan perundangan. Makluman
b. Salinan polisi ini dipamerkan di Papan Kenyataan di Pejabat
Tapak dan semua ahli jawatankuasa harus mengambil
maklum perkara ini.
MESIN DAN JENTERA DITAPAK
a. Semua jentera dan mesin-mesin ditapak harus berada dalam
keadaan yang baik dan beroperasi tanpa masalah.
b. Pemeriksaan berkala serta rekod-rekod pemeriksaan harus
dibuat dan disimpan untuk tujuan rujukan.
c. Hanya yang berkelayakan sahaja dibenarkan mengendalikan
mesin dan jentera dan perkara ini akan diawasi oleh pihak
8 Subkon terlibat
keselamatan tapak.
d. Terdapat juga pekerja-pekerja asing yang dilihat
mengendalikan jentera dan secara langsung mendapat
kebenaran oleh pihak subkon.
e. Pengerusi memberi amaran keras mengenai perkara ini dan
tindakan tegas akan diambil terhadap pekerja dan subkon
jika perkara ini berulang.

LAIN-LAIN HAL
a. Pengerusi meminta semua ahli pemantau situasi tapak bina
terutama melibatkan kerja-kerja berisiko tinggi.
b. Toolbox briefing telah ditetapkan setiap hari ahad jam
10.30pagi dan semua subkon perlu memaklumkan kepada
pekerja masing-masing mengenai jadual ini.
c. Terdapat kenderaan yang parker sesuka hati ditapak
sehingga mendatangkan kesukaran kepada pihak lain.
d. Pengerusi memberi arahan supaya kenderaan diparkir
dikawasan lapang dan tidak menghalang atau membahayakan
9 pada mana-mana pihak. Makluman
e. Laluan keluar masuk ke tapak akan berubah mengikut situasi
kerja di pondok pengawal. Pihak terlibat diminta
memastikan barrier dipasang dan jalan diratakan untuk
kemudahan semua pihak terutama kepada pihak Kastam.
f. Pengerusi meminta EO untuk memastikan lori air beroperasi
supaya dapat mengurangkan debu-debu ditapak bina.
g. En Firdaus diminta membantu didalam hal ini.
h. En Wanchik memohon kerjasama semua pihak bagi
memastikan arahan-arahan keselamatan dipatuhi agar
keselamatan & kesihatan semua pihak terpelihara.

PENUTUP
10 Pengerusi mengucapkan terima kasih pada semua yang hadir dan -
mesyuarat berakhir pada jam 12.15 tengahari.

Disediakan oleh Disahkan Oleh

Setiausaha Pengerusi
Pegawai Keselamatan & Kesihatan Pengurus Projek

Anda mungkin juga menyukai