Anda di halaman 1dari 8

GARIS PANDUAN

Amalan Langkah
Pencegahan COVID-19
INDUSTRI PEMBINAAN
DI TAPAK BINA

CIDB MALAYSIA
PANDUAN INI TELAH DISEDIAKAN BERDASARKAN MAKLUMAT AMALAN DAN PENJAGAAN KESIHATAN
ANTARABANGSA YANG TERPAKAI DALAM PENGURUSAN TAPAKBINA KETIKA WABAK COVID-19
1/2020
APRIL 2020
ISI KANDUNGAN

Objektif Umum .......................................................................................................................................... 2


Objektif Khas ............................................................................................................................................. 2
Pendahuluan ............................................................................................................................................. 2
Amalan Umum........................................................................................................................................... 3
LANGKAH 1 – Maklum ............................................................................................................................ 3
LANGKAH 2 - Saring ............................................................................................................................... 5
LANGKAH 3 – Rekod............................................................................................................................... 5
LANGKAH 4 - Pantau .............................................................................................................................. 6
LANGKAH 5 - Jarak ................................................................................................................................. 7

1
4/9/2020 10:07 AM
Objektif Umum

Garis Panduan ini hendaklah digunapakai oleh SEMUA KONTRAKTOR yang telah diberi kebenaran

menjalankan kerja-kerja pembinaan dalam tempoh masa kerja yang dibenarkan ketika penularan wabak

COVID-19.

Objektif Khas

 Membantu pihak kontraktor mengambil langkah pencegahan penularan di tapak bina.

 Mengurangkan risiko penularan wabak COVID-19 di tapak bina.

 Menyeragamkan tindakan awal pencegahan wabak di tapak bina oleh kontraktor.

 Menentukan proses kerja kontraktor tertakluk kepada undang-undang bertulis selaras dengan

Akta 520 CIDB, Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, 1994 (Akta 514) dan Akta Kilang dan

Jentera, 1967 (Akta 139).

Pendahuluan

Dalam usaha Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) Malaysia untuk memastikan industri

pembinaan terus bergerak dan memacu ekonomi negara, beberapa tindakan segera perlu dilaksanakan

oleh kontraktor dalam memastikan keadaan persekitaran tapak bina adalah selamat, kondusif dan

terkawal termasuk dalam menangani isu jangkitan COVID-19 di tapak bina.

Garis Panduan ini dirangka untuk pelaksanaan dengan 5 Langkah seperti berikut:

2
4/9/2020 10:07 AM
Amalan Umum

 Semua kontraktor dan pekerja hendaklah mematuhi prosedur pencegahan COVID-19 yang telah
ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN)
yang dikeluarkan dari masa ke semasa.

 Sekiranya terdapat pekerja-pekerja yang berada di bawah pemerhatian KKM (person under
investigation & person under surviellance), pekerja terbabit tidak dibenarkan datang bekerja dan
perlu menjalani tempoh pengasingan yang ditetapkan oleh KKM.

 Pekerja-pekerja asing yang tidak menetap di Malaysia adalah tidak dibenarkan bekerja
walaupun di syarikat-syarikat yang telah diberi kebenaran beroperasi sepanjang tempoh PKP
berkuatkuasa.

 Pekerja-pekerja yang baru pulang dari luar negara, tidak dibenarkan bekerja dalam tempoh
empat belas (14) hari dari tarikh sampai ke Malaysia dan perlu menjalani proses kuarantin
sepanjang tempoh tersebut.

 Waktu bekerja adalah dari jam 8.00 pagi hingga 5.30 petang. Tiada kerja lebih masa dibenarkan.

LANGKAH 1 – Maklum

 Kontraktor WAJIB mengisytiharkan kepada CIDB mengenai kelulusan memulakan kerja dan

senarai pekerja sebelum memulakan kerja.

 Kontraktor hendaklah mengurangkan bilangan pekerja kepada tahap paling minima dari jumlah

semasa atau yang berdaftar bagi kerja yang dilaksanakan di dalam tempoh Perintah Kawalan

Pergerakan (PKP).

3
4/9/2020 10:07 AM
 Kontraktor perlu memaklumkan semua pembekal barangan dan perkhidmatan yang terlibat

dalam proses kerja tapak bina (supply value chain) untuk mematuhi dan melaksanakan arahan

dan langkah pencegahan COVID-19.

 Kontraktor perlu memaklumkan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Pihak Berkuasa

yang terlibat dengan melampirkan bukti kebenaran bekerja yang sah dikeluarkan oleh pihak

berwajib.

 Pihak kontraktor adalah bertanggungjawab memastikan bahawa sebarang pemeriksaan yang

dijalankan oleh Pihak Berkuasa adalah dibenarkan sekiranya ia berkait dengan penyebaran

COVID-19. Sebarang proses penyahjangkitan di tapak bina adalah menjadi tanggungjawab

kontraktor dan hendaklah dilaksanakan dengan kadar segera mengikut tatacara pembersihan

dan disinfeksi oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sekiranya terdapat jangkitan di

kawasan kerja.

 Kontraktor hendaklah sentiasa peka kepada semua arahan semasa yang dikeluarkan oleh

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

 Kontraktor hendaklah melaporkan kepada Kementerian Kesihatan dengan segera sekiranya ada

maklumat berkaitan pekerja yang disyaki menghidap COVID-19. Arahan pemberhentian kerja

boleh dilaksanakan kepada tapak bina.

 Kontraktor adalah tertakluk kepada kewajipan memastikan tapak bina selamat selaras dengan

Seksyen 34B (1) (b) Akta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia, iaitu

memastikan kerja pembinaan dijalankan mengikut peruntukan Akta CIDB, mana-mana

peraturan, terma dan syarat yang dikenakan oleh Lembaga dan mana-mana undang-undang

bertulis yang lain.

 Kontraktor yang disabitkan kerana mengingkari pelaksanaan ini boleh diambil tindakan di

bawah Akta 520.

4
4/9/2020 10:07 AM
LANGKAH 2 - Saring

 Pihak kontraktor perlu melaksanakan saringan kesihatan dengan menjalankan pemeriksaan

suhu badan kepada semua pekerja pada setiap hari di pintu masuk premis kerja serta

memastikan pekerja terbabit bebas daripada gejala demam, batuk, sakit tekak atau kesukaran

bernafas. Pekerja yang mempunyai suhu badan abnormal atau gejala perlu dirujuk dengan

segera ke hospital/ Pusat Kesihatan/ klinik bagi mendapatkan pandangan dan rawatan

perubatan dengan serta merta.

LANGKAH 3 – Rekod

 Kontraktor hendaklah mengurus dan menyimpan rekod saringan kesihatan pekerja setiap hari.

 Rekod hendaklah sentiasa sedia untuk diperiksa oleh pihak berwajib pada bila-bila masa jika

diperlukan.

 Kontraktor perlu melantik Kumpulan dan Pegawai Khas yang dipertanggungjawabkan bagi

menguruskan risiko penularan wabak di tapak bina.

 Kontraktor perlu menyediakan dan menentukan hanya pintu-pintu masuk bertanda/ khusus

sahaja digunakan untuk mengawal pergerakan pekerja.

 Setiap pelaksanaan kerja di tapak bina hendaklah dirancang dengan mengambilkira bilangan

pekerja yang seminima mungkin selaras dengan syarat kelulusan.

 Penilaian semula risiko dengan memasukkan elemen risiko jangkitan COVID-19 hendaklah

dilaksanakan sebelum memulakan kerja di tapak bina oleh pegawai yang bertanggungjawab.

 Senarai rekod yang perlu disediakan di tempat kerja:-

i. Rekod saringan kesihatan;

5
4/9/2020 10:07 AM
ii. Rekod kehadiran pekerja;

iii. Rekod penilaian semula risiko;

iv. Rekod butiran peribadi pekerja.

LANGKAH 4 - Pantau

 Kontraktor perlu memantau semua pekerja yang bekerja di tapak bina setiap masa agar tidak

duduk berkumpul dan berada dalam jarak yang selamat. Sebarang perkumpulan (Cth: Toolbox

Briefing) hendaklah ditangguhkan terlebih dahulu.

 Kontraktor disarankan untuk memastikan semua pekerja sentiasa menjaga kebersihan diri dan

persekitaran tapak bina. Penggunaan asas Kelengkapan Perlindungan Diri (PPE) yang mencukupi

dan berkualiti wajar disediakan oleh kontraktor sekiranya perlu untuk digunakan. Antara PPE

yang perlu disediakan adalah:-

o Penutup Hidung & Mulut 3 Lapisan (Mask);

o Sarung Tangan (Glove);

 Kontraktor perlu menyediakan kemudahan untuk mencuci tangan dengan menggunakan air,

sabun dan bahan pencuci tangan (hand sanitizer)

 Kontraktor hendaklah menyediakan kenderaan bagi pengangkutan pekerja ke tapak bina. Tiada
penggunaan kenderaan awam.

 Memastikan kenderaan untuk mengangkut telah menjalani proses sanitasi dan pembasmian
kuman setiap kali sebelum digunakan. Proses nyah jangkitan perlu dilaksanakan secara berkala.

 Kontraktor juga dikehendaki memberi peringatan lebih kerap dan berterusan di tapak bina

melalui siar raya atau menampal poster peringatan COVID-19.

6
4/9/2020 10:07 AM
 Kontraktor hendaklah memastikan tempat kediaman (rumah kongsi) ditapak adalah selamat dan

menepati garis panduan CLQ CIDB.

 Bagi tapak bina dengan kuarters atau kediaman pekerja didalam tapak, kebersihan dan

pemantauan pergerakan pekerja hendaklah dilaksanakan secara berterusan. Pergerakan pekerja

keluar masuk hendaklah di hadkan.

LANGKAH 5 - Jarak

 Penjarakkan sosial hendaklah dilaksanakan di tapak bina agar pekerja tidak berada atau bekerja

berdekatan antara satu sama lain dalam tempoh yang lama. Semua pekerjaan di ruangan

tertutup hendaklah diminimakan.

 Penjarakkan sosial juga perlu dipastikan pelaksanaanya di semua kawasan kerja, kantin dan

ruang solat.

 Kafeteria/kantin di dalam tapak yang dibenarkan beroperasi perlulah menyediakan makanan

berbungkus dan sediakan oleh pengendali yang memakai topeng muka dan sarung tangan.

 Waktu rehat juga perlu disusun agar tidak bersesak sesak di kantin dengan pembahagian waktu

rehat dalam kumpulan kecil.

 Pekerja yang tidak sihat atau sakit tidak boleh sama sekali dibenarkan masuk ke tapak bina dan

perlulah diasingkan dan berehat sehingga benar disahkan sihat.

 Pelaksanaan mesyuarat tapak hendaklah di ruangan sesuai dan dalam jarak selamat 1.0 meter

antara setiap personel.

7
4/9/2020 10:07 AM

Anda mungkin juga menyukai