Anda di halaman 1dari 50

LECT 2: KONSEP SISTEM &

KOMPOSISI STRUKTUR
ATMOSFERA
KONSEP SISTEM
• Sistem = unsur yang saling berinteraksi
• BUMI sebagai satu sistem
• Earth systems: interactions of environmental
spheres
• KONSEP SISTEM – satu set angkubah yang
berstruktur dan saling berinteraksi antara
satu sama lain untuk mencapai keseimbangan.
• Terdiri daripada 3 sistem
• Bumi sebagai satu sistem
Environmental Spheres and Earth Systems

• Earth systems: interactions of environmental spheres


− closed systems: isolated from outside influence
− open systems: energy and matter free to be exchanged
across systems
− interconnected systems: change in one system affects
another, e.g. glacier systems
• Equilibrium: inputs and outputs in balance, so
conditions remain the same over time
• Feedback loops: outputs “feed back” as inputs
reinforcing change; positive versus negative
• Terdapat tiga jenis
sistem utama yang
dikelaskan
berdasarkan keadaan
dan perilaku
sempadannya iaitu:
• a) Sistem terpencil,
b) Sistem tertutup
• c) Sistem terbuka.

4
Sistem terpencil Sistem tertutup Sistem Terbuka

- tidak ada sebarang - Hanya Sistem terbuka ialah


interaksi dengan membenarkan satu sistem yang
alam sekeliling pertukaran tenaga melibatkan input,
melepasi sempadan sahaja storan, pengangkutan
sistem. - Aliran tenaga masih dan output tenaga dan
- Sistem begini tiada dapat berpindah bahan, atau kedua-
input dan output keluar atau masuk duanya sekali, melepasi
tenaga dan jisim ke dalam sistem sempadannya.
dengan sistem yang melalui sempadan Sememangnya sistem
lain. - Contoh sistem bumi terbuka memerlukan
- Dalam dunia dengan matahari . tenaga sebagai bekalan
sebenar, sistem Bumi hanya tenaga untuk terus
terpencil tidak menerima tenaga kekal dan seterusnya
wujud. sahaja dari matahari beroperasi.
Contoh : sistem saliran,
system ekologi, sistem
geomorfologi, sistem
hidrologi

5
Geographical concept feedback

feedback

Positive + Negative -

Equilibrium: inputs and outputs in balance, so


conditions remain the same over time
Feedback loops: outputs “feed back” as inputs
reinforcing change; positive versus negative
• FORUM – Bincangkan satu sistem di kawasan
persekitaran anda dan huraikan sistem
tersebut
ATMOSFERA
ATMOSFERA
• The mixture of gases, water droplets, solid
particles above the earth’s surface
• Evolution of the atmosphere- Earth’s early
atmosphere contained mostly hydrogen and
helium
• A modern atmosphere began to form
through outgassing by volcanic eruption,
collision of comets with earth (both
supplying mostly carbon dioxide and water
vapor)
KANDUNGAN DAN JISIM UDARA

• Kandungan Atmosfera
• Kandungan udara biasanya tidak tetap di mana ia
sentiasa berubah dari masa ke semasa dan dari tempat
ke tempat.
• Peranan gas-gas di atmosfera memerangkap
pembahangan kembali seperti bahangan gelombang
panjang menyebabkan kadang kala gas-gas ini dikenali
sebagai gas-gas rumah hijau.

kekal

3 jenis unsur gas berubah

Juzuk
bukan gas
Gas kekal
• Tiga gas yang dianggap sebagai gas kekal iaitu nitrogen,
oksigen dan argon.

• Nitrogen dan oksigen membentuk kira-kira 99 % dari


isipadu atmosfera.
• Ia berada dalam atmosfera melalui proses pereputan dan
pembakaran bahan-bahan organik, letusan gunung
berapi dan penguraian kimia batuan-batuan tertentu.
• Oksigen pula yang
dianggap gas kedua
terbanyak adalah sangat
aktif dalam proses-proses
kimia alam sekitar fizikal
dan biologikal serta ia
mudah bergabung
dengan unsur-unsur lain.

• Ianya dihasilkan oleh


tumbuh-tumbuhan dan
terhapus oleh berbagai-
bagai proses organik dan
bukan organik.
• Argon adalah gas lengai dan secara kimia ianya
tidak bertindakbalas dengan gas-gas atau
sebatian-sebatian lain di atmosfera.

• Ketiga-tiga gas ini mempunyai kesan yang amat


minimum terhadap iklim dan cuaca.

• Gas-gas surih neon, helium, metana, krypton


dan hidrogen adalah juga mempunyai kesan yang
amat sedikit ke atas cuaca
Gas berubah

• Sesetengah daripada gas-gas


berubah ini terdapat secara
semulajadi dan setengahnya
pula terbentuk hasil proses-
proses tempatan seperti proses
pembakaran.

• Kandungan gas-gas berubah


ini tidak sama dari semasa ke
semasa dan dari tempat ke
tempat.

• Didapati ada tiga jenis utama


dan merupakan komponen-
komponen yang amat penting
seperti wap air, gas karbon
dioksida dan gas ozon serta
beberapa gas yang lain
• Wap air (H20) penting dari
segi tindakbalasnya dengan
bahangan solar kerana ia boleh
berubah dalam bentuk gas,
cecair dan pepejal.

• Jumlah wap air secara


pratiknya berubah-ubah iaitu
daripada 0 % di kawasan
gersang hinggalah kira-kira 3 –
4 % di kawasan-kawasan
tropika lembap.
• Sebenarnya jumlah wap air
menentukan kadar kelembapan
atmosfera.

• Wap air mempunyai kesan nyata


ke atas iklim dan cuaca iaitu
sebagai sumber semua awan dan
kerpasan.

• Wap air juga terlibat dalam


proses penyimpanan, pergerakan
dan pembebasan tenaga haba.
Keadaan ini berlaku semasa air
bertukar bentuk ia akan
menyerap atau membebaskan
haba yang dipanggil haba
pendam.

• Wap air di dalam atmosfera


memindahkan haba pendam ini
dari satu kawasan ke satu
kawasan lain dan ia menjadi
sumber haba yang mampu
menggerakkan kebanyakan
ribut.
• Carbon dioxide (CO2)- Gas rumah hijau
• Umumnya, konsentrasi karbon dioksida di
atmosfera bumi pada akhir kurun ke 19
dianggarkan sekitar 290 ppm.

• Pengukuran yang dilakukan di pusat


pemerhatian jauh terletak di kawasan yang
bebas dari pencemaran industri seperti di
Mauna Loa di kawasan Pasifik menunjukkan
bahawa purata konsentrasi karbon dioksida
tahunan telah meningkat ke 341 ppm dalam
tahun 1982.

• Pemerhatian di kutub selatan dan di tempat-


tempat lain menunjukkan paras berkenaan
dan peningkatan konsentrasi karbon dioksida
sekarang adalah dianggarkan kira-kira 0.3 %
setiap tahun.
• Salah satu punca utama
peningkatan konsentrasi ini ialah
pembakaran bahan bakar
berasaskan karbon seperti arang
batu, gas asli dan minyak. Faktor
penyumbang selanjutnya ialah
pemusnahan hutan secara meluas
seperti yang berlaku di
Lembangan Amazon.

• Penggunaan bahan bakar


berasaskan karbon telah berlipat
ganda setiap dekad sejak 1900.
Tindakan manusia hari ini
menambahkan konsentrasi
karbon dioksida sebanyak 18 juta
tan setiap tahun ke atmosfera
terutamanya dari penggunaan
bahan –bahan bakar.
OZONE (O3)
• Konsentrasi gas ozon di atmosfera
banyak terdapat di paras ketinggian 15
dan 35 km dari permukaan bumi iaitu di
lapisan stratosfera.

• Taburan gas ini adalah tidak seragam dan


kandungannya di atmosfera dikatakan
terlalu sedikit iaitu 0.00006 %.

• Bagaimanapun, ia adalah juzuk yang


amat penting kerana dari segi fungsinya
ia menyerap bahangan ultra lembayung
dan dengan ini meningkatkan suhu di
lapisan stratosfera.

• Ozon dibentuk melalui proses fotokimia


iaitu di bawah pengaruh bahangan ultra
lembayung, molekul-molekul oksigen
terpecah kepada atom-atom oksigen.

• Atom-atom oksigen ini akan berlanggar


dan bercantum dengan molekul oksigen
dan akhirnya membentuk ozon.
• Kehadiran lapisan ozon bumi adalah
amat penting kepada penghuni bumi
ini.

• Ini adalah kerana ozon mampu


menyerap bahangan ultra lembayung
yang merbahaya yang berpunca dari
matahari.

• Sekiranya ozon tidak menapis sejumlah


besar bahangan ultra lembayung dan
sampai ke permukaan bumi, maka
sudah semestinya tidak akan ada
kehidupan di atas permukaan bumi ini
sebagaimana yang ada pada hari ini.

• Justeru itu, sekiranya ada sesuatu


faktor yang boleh menyebabkan
berkurangnya kandungan ozon
atmosfera, maka ia mampu
menyebabkan kerosakan kehidupan di
atas permukaan bumi.
• Kloroflorokarbon (CFC) adalah
dihasilkan oleh bahan-bahan aerosol,
bahan penyejuk peti sejuk, bahan
pencuci dan penyaman udara.

• Sebenarnya berasaskan kajian yang


telah dijalankan, gas CFC ini tidak
wujud di atmosfera sebelum tahun-
tahun 1930 an.

• Secara perlahan-lahan molekul-molekul


CFC naik ke atmosfera dan bergerak ke
arah kutub dan terlerai oleh proses-
proses fotokimia menjadi klorin.

• Dianggarkan jangka hayat CFC di


atmosfera adalah kira-kira 55-116 tahun
lamanya.
Juzuk bukan gas

• Juzuk-juzuk bukan gas atau


dikenali juga sebagai aerosol
termasuk habuk, asap, partikel
garam dari sejatan percikan laut
dan air yang diluapkan.

• Kehadiran juzuk-juzuk bukan gas


di atmosfera adalah pada kadar
konsentrasi yang berbeza-beza
iaitu dari beberapa partikel
hinggalah kepada juta partikel
setiap meter padu udara dan ia
memberi kesan kepada tranmisi
bahangan melalui atmosfera.
• Sesetengah daripadanya berasal dari
partikel-partikel butiran tanah dan
habuk bahan galian dari permukaan-
permukaan kering, karbon dari api dan
debu dari gunung berapi.
• Bagi partikel-partikel yang kasar
biasanya selepas beberapa hari akan
terus mendap ke permukaan bumi
akibat hujan tetapi bagi partikel-partikel
halus yang berasal dari letusan gunung
berapi mungkin mengekal di lapisan
atmosfera untuk 1-3 hari lamanya.
LAPISAN ATMOSFERA DAN PERANAN DALAM
EKOSISTEM BUMI

• Pengenalan
• Bumi adalah berbeza dalam semua aspek dari lain-lain planet
yang diketahui kewujudannya. Salah satu perbezaan yang
begitu ketara ialah kehadiran atmosfera yang mengelilingi
planet bumi yang berbeza dengan atmosfera di planet-planet
lain.
• Atmosfera bumi yang bertanggungjawab menyebabkan atau
memungkinkan adanya kehidupan di atas permukaan bumi ini.
• Di sini didapati atmosfera membekalkan gas oksigen yang
diperlukan oleh haiwan termasuk manusia untuk hidup dan
juga gas karbon dioksida yang amat diperlukan oleh tumbuh-
tumbuhan di atas permukaan bumi ini.
• Selain itu, atmosfera turut memainkan peranan
mengekalkan bekalan air yang amat diperlukan oleh
kehidupan di permukaan bumi.

• Atmosfera bumi juga berperanan sebagai penebat


permukaan bumi daripada mengalami keadaan suhu
ekstrem dan dengan itu menjadikan hampir
keseluruhan alam sekitar bumi boleh didiami oleh
binatang, tumbuh-tumbuhan dan manusia.

• Peranan yang amat penting adalah ia menjadi


‘penghalang’ kepada kemasukan bahangan ultra ungu
(lembayung) yang sungguh merbahaya kepada
sebarang kehidupan di atas permukaan bumi ini.
• Udara pada umunya ialah istilah yang sinonim bagi
atmosfera.

• Sebenarnya ia bukanlah terdiri daripada gas-gas tertentu


tetapi lebih merupakan campuran dari beberapa jenis gas
dan pada asasnya terdiri dari dua yang penting iaitu
oksigen dan nitrogen.

• Selain itu, kebanyakan udara adalah juga mengandungi


pelbagai partikel padat dan cair yang halus-halus yang
berlainan kuantitinya.

• Setiap partikel tersebut adalah bersifat submikroskopik


dan oleh itu ia mudah terampai di dalam udara.
• Udara bersih adalah tidak boleh nampak kerana gas-gas
bersifat tiada berwarna, tidak berbau dan tidak boleh
dirasai.

• Sebaliknya, gas-gas yang tidak tulin seringkali boleh dikesan


melalui baunya dan mungkin udara tersebut boleh dilihat
dengan mata kasar sekiranya ia mengandungi bahan-bahan
submikroskopik padat dan bahan-bahan cecair tercemar
(terikat bersama-sama) dengan kuantiti yang banyak yang
boleh membentuk partikel-partikel bersaiz besar sehingga
mampu membalik atau menyelerakkan cahaya matahari.
• Atmosfera secara menyeluruh adalah mengelilingi planet
bumi dan dengan itu mungkin boleh digambarkan sebagai
lautan udara yang luas mengelilingi bumi ini.

• Ia kekal mengelilingi bumi dengan adanya daya tarikan


graviti dan kerana itu ia bersama-sama planet bumi dalam
sebarang pergerakan bumi ini.

• Bagaimanapun, perlu diingatkan di sini bahawa perkaitan


di antara bumi dan atmosfera adalah amat longgar.

• Atmosfera boleh berpindah dan bergerak dari tempat


asalnya dan ini tidak berlaku kepada planet bumi yang
padu iaitu sentiasa kekal di tempat asalnya.
STRUKTUR MENEGAK ATMOSFERA

• Banyak perubahan sifat dan ciri-


ciri berlaku mengikut ketinggian di
dalam atmosfera bumi.

• Sesetengah perubahan tersebut


berlaku secara berterusan
mengikut ketinggian dan
setengahnya pula hanya berlaku
pada paras ketinggian tertentu
sahaja.

• Bagi tujuan memudahkan melihat


perubahan menegak di dalam
struktur atmosfera, maka
atmosfera ini boleh dibahagikan
kepada beberapa zon yang
berbeza sifat dan ciri-cirinya.
• Terdapat empat lapisan
atmosfera menegak yang
terpenting iaitu troposfera,
stratosfera, mesosfera
dan termosfera.

• Dari empat lapisan berbeza


ketinggian, tekanan dan suhu
ini, atmosfera boleh
dibahagikan pula kepada lima
lapisan yang berbeza darjah
kepanasannya iaitu terdiri
dari tiga lapisan yang panas
dan dua lapisan sejuk.
• Lapisan panas yang pertama terletak
berhampiran dengan permukaan
bumi.
• lapisan panas kedua berada di sekitar
ketinggian 50-60 km dari permukaan
bumi.
• lapisan panas ketiga pula terletak
pada ketinggian melebihi dari 100 km.
• Di antara lapisan-lapisan yang panas
ini, terletaknya lapisan-lapisan yang
sejuk iaitu di sekitar ketinggian 10-30
km dan 80 km dari permukaan bumi.
• Selain daripada empat lapisan yang
penting ini, terdapat dua lapisan yang
melampaui lapisan mesosfera ke
angkasa lepas iaitu ekosfera dan
magnetosfera.
Troposfera
• Istilah troposfera yang mula
diperkenalkan pada tahun 1908 oleh
Teisserrence de Bort berasal dari
perkataan Greek iaitu ‘tropos’
bermaksud berputar dan ia
menerangkan sifat-sifat percampuran
dan perolakan di lapisan berkenaan.

• Selain itu, ia dikenali sebagai zon


turbulens. Troposfera merupakan
lapisan atmosfera paling bawah
yang mengandungi kira-kira 75 %
keseluruhan jisim gas atmosfera
dan menjadi lapisan yang amat
penting dalam mencorakkan
cuaca planet bumi.

• Tebalnya dari permukaan bumi kira-kira


16 km di kawasan khatulistiwa
tetapi hanya 8 km berdekatan
dengan kawasan kutub.
• Sifat terpenting taburan suhu
di dalam lapisan atmosfera
secara seragam adalah
semakin berkurangan
mengikut ketinggian iaitu
purata penurunan kira-kira
6.6 celcius setiap km.
• Bagaimanapun, sifat ini
terkecuali bagi kawasan
kutub pada musim sejuk
yang menunjukkan wujudnya
songsangan suhu (suhu
meningkat dengan
ketinggian) yang lazimnya
berlaku di atas permukaan
yang diliputi dengan ais.
• Lapisan ini juga mengandungi
90 % udara yang
membolehkan manusia,
haiwan dan tumbuh-
tumbuhan hidup.
• Selain daripada itu, lapisan troposfera
mengandungi hampir semua wap air udara
dan awan.

• Kandungan wap air tertinggi yang pernah


direkodkan ialah di pantai Laut Merah di mana
purata suhu adalah 34 darjah celcius dalam
musim panas.
• Di kawasan toposfera didapati
berlaku hampir kesemua aktiviti
perolakan yang dikaitkan dengan
pembentukan awan-awan dan juga
semua komponen pergerakan udara
secara menegak.

• Cuaca yang dialami di permukaan


bumi ini adalah dibentuk dan
dicorakkan oleh perubahan-
perubahan yang berlaku di dalam
troposfera.

• Hampir kesemua bahan-bahan


pencemaran udara yang utama
berada di dalam lapisan troposfera
ini.
• Biasanya di khatulistiwa, ketinggian
tropopaus adalah disekitar 16-17 km
manakala di kawasan-kawasan
kutub, ketinggian hanyalah kira-kira
8-9 km.
• Lapisan troposfera di sebelah atas
dipisahkan dari lapisan stratosfera oleh
tropopaus iaitu lapisan sempadan
yang amat penting dari aspek
fenomena meteorologi.

• Kewujudan lapisan ini mungkin sebagai


kawasan songsangan suhu atau satu
lapisan isoterma sahaja (suhu kekal
mengikut ketinggian).

• Dapatlah dikatakan bahawa lapisan


tropopaus ini adalah sebagai satu
penutup kepada sebarang proses
perolakan yang berlaku di dalam
lapisan troposfera dan juga siling
sebelah atas untuk cuaca-cuaca
permukaan bumi.
Stratosfera
• Perkataan stratosfera juga berasal
dari perkataan Latin iaitu ‘stratum’
yang bermaksud satu lapisan yang
menghuraikan sifat semulajadi
berstratum dan tanpa perolakan.

• Lapisan ini bermula dari tropopaus


hingga ke paras ketinggian kira-kira
50 km dari permukaan bumi hingga
ke stratopaus.

• Di antara sifat-sifatnya yang


terpenting ialah di paras stratosfera
paling bawah (sehingga ketinggian
kira-kira 25 km), suhu adalah sama
atau meningkat secara perlahan-
lahan dengan ketinggian.
• Selain dari itu, di stratosfera paling
bawah halaju angin cenderung
berkurangan dengan ketinggian
dan kemudiannya meningkat
dengan setiap kenaikan di
bahagian atas stratosfera.

• Sebahagian besarnya, angin-angin


ini menjadi angin timuran dalam
musim panas dan angin baratan
dalam musim sejuk.

• Secara ekstremnya, lapisan


stratosfera ini adalah amat kering
dan tanpa awan atau cuaca.
• Ianya mengandungi sejenis gas
yang amat penting iaitu ozon.
Sungguhpun jumlah gas ozon ini
agak sedikit, namun ia penting
bagi kewujudan kehidupan di
atas permukaan bumi ini.

• Keadaan ini adalah disebabkan


peranan gas ozon yang bersifat
menyerap dan menapis
bahangan ultra lembayung yang
mempunyai panjang gelombang
0.23 hingga 0.32 mikron (1
mikron = seperseribu milimeter).

• 90 peratus kandungan ozon


adalah berada di sekitar bawah
dari paras 35 km dan
mempunyai konsentrasi
maksimum pada ketinggian 25
km dari permukaan bumi.
• Ozon dihasilkan bila molekul
gas berinterkasi dengan cahaya
dan sinaran ultra lembayung
dari matahari. Kehadiran ozon
di atmosfera dapat menyerap
99 % sinaran bahaya dari
matahari dari terus sampai ke
permukaan bumi.

• Penapisan yang dilakukan ozon


akan dapat menghalang
manusia dari ‘sunburn’, kanser
kulit dan mata, kataraks dan
kerosakan sistem imunisasi. Ia
juga dapat mencegah
kerosakan pada tumbuhan,
organisma akuatik dan haiwan.
• Udara yang wujud di dalam lapisan
ini juga tidak sama dengan
troposfera.

• Ia tenang dan tiada gerakan angin


secara menegak yang boleh
mewujudkan keadaan udara yang
kurang stabil.

• Juruterbang lebih suka


menerbangkan pesawat di lapisan ini
kerana kurangnya pengaruh
turbulen/ribut/gangguan menegak
serta pandangan yang jelas kerana
kebanyakan awan telah sempurna
terbentuk.

• Ia juga memberikan kecekapan dari


segi penggunaan minyak kerana
udara yang nipis dapat melancarkan
pergerakan ke hadapan tanpa
gangguan.
MESOSFERA

• Mesosfera yang berasal dari perkataan Greek iaitu ‘meso’


yang bermaksud pertengahan berada di sebelah atas
stratosfera sehingga ke paras ketinggian kira-kira 80 km
dari permukaan bumi.

• Lapisan yang memisahkan mesosfera dari stratosfera


dikenali sebagai stratopaus yang berada pada paras
ketinggian kira-kira 50 km. Ia dianggap sebagai permulaan
atmosfera bahagian atas.
• Di lapisan mesosfera suhu
berkurangan semula mengikut
ketinggian dan mencapai paras
minimum di sekitar –90 darjah
celcius di mesopaus iaitu lapisan
mesosfera paling tinggi dan
menjadi sempadan dengan
lapisan termosfera.

• Sesetengah suhu yang paling


rendah yang diperhatikan wujud
di atmosfera terdapat di
mesopaus dan suhu pernah
direkodkan serendah –100
darjah celcius.
Termosfera
• Lapisan termosfera yang bermula di atas
dari mesopaus menunjukkan lapisan
atmosfera yang mempunyai profil suhu
meningkat semula dengan ketinggian.

• Ketumpatan atmosfera di lapisan ini


adalah amat rendah sekali. Di lapisan
paling bawah dipenuhi dengan gas
nitrogen dan oksigen.
• Ke atas dari paras 200 km
didapati atom oksigen
mengatasi gas nitrogen.

• Peningkatan suhu dengan


ketinggian di lapisan ini
adalah disebabkan kekuatan
atom oksigen menyerap
bahangan ultra lembayung
yang banyak.

• Kuasa penyerapan atom


oksigen di sini amat penting
terutamanya kepada manusia
kerana sekiranya
keseluruhan bahangan ultra
lembayung sampai ke
permukaan bumi ia boleh
menyebabkan barah kulit.
Rumusan
• Sistem –earth as a system
• Komposisi atmosfera- gas2 lapisan atmosfera
• Kepentingan atmosfera
• Lapisan atmosfera

Anda mungkin juga menyukai