Anda di halaman 1dari 13

Apakah itu PWM dan bagaimana ia berfungsi?

Sebelum kita mempelajari apakah itu PWM dan bagaimana ia berfungsi, kita perlu
tahu jenis isyarat elektrik yang wujud. Dalam dunia elektronik, terdapat dua isyarat
elektrik yang wujud iaitu isyarat digital dan isyarat analog. Isyarat analog adalah
isyarat yang mempunyai apa-apa nilai manakala isyarat digital hanya mempunyai
dua nilai sama ada nilai ‘tinggi’ dan juga nilai ‘rendah’ yang juga secara ringkasnya
juga dipanggil nilai ‘1’ dan ‘0’. Kedua-dua jenis isyarat ini dikendalikan dengan cara
yang berbeza dalam dunia elektronik, namun perlu bekerjasama antara mereka (ini
dipanggil “mixed singnal electronics” atau elektronik isyarat campuran).

Contohnya, jurutera elektronik sering kali perlu mengambil bacaan daripada sensor
contohnya suhu yang merupakan sejenis signal analog kerana ia mempunyai apa-
apa nilai. Untuk membolehkan mikropengawal atau komputer memahami isyarat ini,
ianya perlu ditukarkan kepada isyarat digital (dalam bentuk ‘0’ dan ‘1’) terlebih
dahulu kerana mikropengawal dan komputer hanya memahami dan memproses
isyarat digital. Penukaran isyarat analog kepada isyarat digital dibantu menggunakan
ADC atau “analog-to-digital converter” atau penukar analog ke digital.
Bagaimanapula dengan output oleh mikropengawal? Bagaimana mikropengawal
yang merupakan peranti digital mengeluarkan output dalam bentuk analog?

Maka, datanglah PWM menyelamatkan keadaan. PWM adalah satu cara untuk
mengawal peranti analog menggunakan signal digital. Signal digital yang kita
maksudkan disini adalah signal PWM itu sendiri. Mikropengawal mampu
mengeluarkan signal digital dalam bentuk PWM yang menyerupai seakan signal
analog untuk mengawal peranti analog seperti motor, lampu LED dan pembesar
suara. PWM bukanlah output analog yang sebenar. Ia hanyalah menyerupai seakan
signal analog dengan cara mengeluarkan signal dalam bentuk denyutan.
Apakah itu PWM?
PWM adalah singkatan daripada Pulse Width Modulation atau dalam bahasa melayu
dipanggil modulasi lebar denyut. PWM adalah sejenis isyarat yang berdenyut dan
denyutan tersebut adalah dalam bentuk gelombang persegi (square wave). Nilai
amplitud gelombang ini adalah sama ada ‘tinggi’ atau ‘rendah’. Contohnya jika nilai
‘tinggi’ tersebut adalah 5V, isyarat PWM akan mempunyai nilai sama ada 5V atau
0V. Nama “Pulse Width Modulation” wujud kerana kebolehan untuk kita mengawal
lebar denyut isyarat tersebut. Cara untuk mengawal lebar denyut isyarat akan
dibincangkan pada bahagian seterusnya.

Pengiraan dalam PWM


Untuk membolehkan kita mengawal isyarat PWM supaya ia memberikan output
yang kita ingini, terdapat dua parameter yang perlu kita kira dan tentukan iaitu kitar
tugas dan juga frekuensi.

Kitar Tugas (Duty Cycle)


Maksud kitar tugas adalah pecahan satu tempoh ketika isyarat berada dalam
keadaan aktif, sering kali dinyatakan dalam bentuk peratusan. Isyarat elektrik
DC yang hanya sentiasa mempunyai nilai voltan contohnya 5V umpama mempunyai
kitar tugas bersamaan 100%. Manakala isyarat DC yang hanya mempunyai nilai 0V,
umpama mempunyai kitar tugas bersamaan 0%. Bagaimana jika kita inginkan voltan
tengah-tengah antara nilai 0V dan 5V tersebut?
Isyarat PWM ini boleh dikawal supaya ianya mempunyai nilai purata yang kita
inginkan peratusan daripada nilai ‘tinggi’. Contohnya, pada nilai ‘tinggi’ 5V, jika kita
inginkan purata voltan separuh daripada nilai ‘tinggi’ tersebut, kitar tugas boleh di
setkan pada 50% menghasilkan nilai purata 2.5V. Untuk membolehkan kita
mengawal kitar tugas ini, terdapat dua parameter yang perlu kita tentukan pada
isyarat PWM iaitu “on time” (masa hidup) dan juga “off time” (masa tutup). Durasi
isyarat ini dalam keadaan ‘tinggi’ dipanggil “masa hidup” dan durasi ketika dalam
ampllitud ‘rendah’ dipanggil ‘masa tutup’. Formula bagi kitar tugas adalah seperti
berikut:
Kitar\:Tugas=\frac{T_{on} }{T_{on}+T_{off}}KitarTugas=Ton+ToffTon
Setelah kita tahu nilai kitar tugas, voltan output yang dihasilkan oleh PWM boleh
dikara dengan formula:
V_{out}=Kitar\:Tugas\times V_{tinggi}Vout=KitarTugas×Vtinggi

Frekuensi PWM
Setiap isyarat yang berulang seperti isyarat sin, cos termasuklah isyarat PWM
mempunyai nilai frekuensi sebagai satu parameter yang penting. Frekuensi PWM
menentukan berapa pantas isyarat PWM menyelesaikan satu kitaran (period).
Formula bagi frekuensi PWM adalah:
Frekuensi=\frac{1}{T}Frekuensi=T1
Dimana T adalah tempoh isyarat untuk menyelesaikan satu kitaran yang boleh
ditentukan oleh:
T=T_{on}+T_{off}T=Ton+Toff
Mengapa perlu untuk menentukan frekuensi yang dihasilkan oleh PWM? Ini kerana
lain aplikasi memerlukan frekuensi yang berbeza. Contohnya frekuensi yang
diperlukan untuk mengawal motor elektrik DC contohnya adalah 50Hz manakala
frekunsi yang diperlukan dalam aplikasi inverter adalah 500Hz. Mari kita lihat apakah
lagi aplikasi-aplikasi yang melibatkan penggunaan PWM.

Aplikasi PWM
1. Mengawal kecerahan lampu
Jika anda mempunyai mentol atau lampu yang canggih, anda semestinya mampu
mengawal berapa terang atau warna lampu tersebut. Kecerahan lampu tersebut
dikawal oleh isyarat PWM. Kecerahan yang paling tinggi bermaksud kitar tugas
isyarat PWM tersebut adalah 100% manakala kecerahan yang paling rendah apabila
kitar tugas PWM adalah 0%. Terdapat dua cara untuk mengawal kecerahan lampu:
menggunakan perintang boleh ubah dan juga PWM. Menggunakan peringtang boleh
ubah bermaksud anda menukarkan sebahagian tenaga cahaya kepada tenaga
haba. Ini bermaksud, terdapat tenaga yang dibazirkan dalam bentuk haba. Dalam
kaedah PWM, tiada tenaga dibazirkan kerana ianya hanyalah umpama suis yang
dibuka dan ditutup dengan laju berulang kali. Tiada arus elektrik yang dibazirkan.

2. Mengawal kelajuan motor


Sama konsep dengan mengawal kecerahan lampu LED, PWM juga boleh digunakan
untuk mengawal kelajuan motor berberus sebagai kaedah efisien berbanding
menggunakan perintang boleh ubah. Motor jenis tanpa berus (BLDC) pula
mempunyai papan litar kawalan (ESC-Electronic Seed Control) yang terdiri daripada
transistor yang menerima input dalam bentuk PWM. Litar ESC tersebut kebiasanya
menerima input PWM yang mempunyai frekuensi 50Hz dan berkitar tugas antara 5%
dan 10%.

3. Menghasilkan isyarat audio


Menggunakan PWM adalah salah satu cara untuk menghasilkan audio. Isyarat audio
yang mempunyai berlainan nada mempunyai berlainan frekuensi. Mikropengawal
boleh menghasilkan isyarat PWM berlainan frekuensi untuk menghasilkan tone yang
berbeza. Kitar tugas PWM menentukan berapa kuat audio tersebut.
4. Mengekod mesej dalam telekomunikasi
Selain menggunakan isyarat sinusoidal untuk mengekod mesej dalam
telekomunikasi, isyarat PWM juga boleh digunakan. Caranya adalah dengan
mengubah lebar denyutan (iaitu dengan mengawal “masa hidup”) berpadanan
dengan nilai yang ingin dikodkan. Contohnya adalah seperti gambarajah dibawah
dimana lebar denyutan yang tinggi digunakan untuk menyimpan nilai data yang
tinggi.

Cara menghasilkan PWM


PWM adalah sejenis isyarat elektrik yang boleh dihasilkan oleh litar bersepadu
digital seperti mikropengawal dan 555 timer (pemasa 555). Isyarat PWM di dalam
mikropengawal boleh dihasilkan dengan ciri ‘timer’ yang terdapat di dalamnya.
Mengeluarkan isyarat PWM daripada mikropengawal memerlukan sedikit penulisan
kod. Contohnya termudah, jika anda menggunakan arduino, fungsi digitalWrite()
boleh digunakan untuk menghasilkan PWM.
Selain daripada menggunakan mikropengawal, IC
555 timer juga boleh digunakan untuk
menghasilkan isyarat PWM. Ianya mudah dan
tidak memerlukan kod untuk ditulis. Tetapi, anda
perlu membina sedikit litar kecik yang terdiri
daripada resistor dan kapasitor. Banyak contoh
litar yang dikongsikan di Internet yang boleh
didapati dengan carian Google “555 timer pwm
circuit.

Anda mungkin juga menyukai