Anda di halaman 1dari 12

PUSAT PENGAJIAN SAINS KIMIA

HFF225 – PHILOSOPHY AND CURRENT ISSUES

SEMESTER 1, SIDANG AKADEMIK 22/23

NAMA AHLI KUMPULAN:

1. NURAZMIN AFZA BINTI NASARUDDIN (156849)


2. NURAZWA BINTI KAMARZAMAN (156386)
3. NURDALIA ‘AFIFA BINTI MOHD DANI (158718)
4. NURIN ILYANA BINTI KAMIS (157823)

TEMA: KUPASAN TERHADAP WABAK PANDEMIK COVID-19

TAJUK: IMPLIKASI COVID-19 TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KEPADA


MAHASISWA UNIVERSITI DI MALAYSIA

PENYELIA: DR MOHAMMAD ANWAR MOHAMED IQBAL

DIHANTAR PADA: 30 DISEMBER 2022


IMPLIKASI COVID-19 TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KEPADA
MAHASISWA UNIVERSITI DI MALAYSIA

Nurazmin Afza binti Nasaruddin


Nurazwa binti Kamarzaman
Nurdalia ‘Afifa binti Mohd Dani
Nurin Ilyana binti Kamis

Universiti Sains Malaysia


azmin.afzaa@gmail.com

Abstrak: Penularan wabak Covid-19 yang melanda seluruh dunia pada hujung tahun 2019 telah
memberikan impak yang sangat ketara kepada sistem kehidupan manusia dari pelbagai aspek contohnya,
sosial, ekonomi, dan pendidikan. Tidak salah sekali jika mengatakan bahawa hampir seluruh rakyat di
Malaysia merasakan impak dan kesan berlakunya pandemik ini dalam kehidupan sehari-harian mereka.
Dari aspek pendidikan pula, pandemik ini telah memaksa bidang kuasa pendidikan untuk
memberhentikan pengajaran dan pembelajaran secara bersemuka dan menggantikan mod pembelajaran
kepada atas talian sepenuhnya buat sementara waktu untuk mengelakkan berlakunya penularan wabak
Covid-19 ini kepada orang ramai. Selaras dengan kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Kementerian
Pendidikan Tinggi untuk melakukan segala aktiviti pengajaran dan pembelajaran secara atas talian, para
pelajar daripada pelbagai peringkat menerima baik keputusan yang dikeluarkan dari pihak kerajaan agar
pelaksanaan aktiviti pembelajaran dan pengajaran dapat berjalan. Namun setelah hampir 2 tahun aktiviti
pengajaran dan pembelajaran dijalankan secara atas talian, ianya menjadi norma hidup baharu yang
kurang mudah untuk diterima oleh semua para pelajar di semua peringkat. Pengajaran dan pembelajaran
secara atas talian ini memberikan impak terhadap pencapaian akademik para pelajar kerana cabaran yang
dihadapi oleh para pelajar di fasa pandemik ini lebih tinggi berbanding cabaran yang perlu mereka hadapi
sepanjang pembelajaran mereka secara fizikal. Kajian ini bertujuan untuk membincangkan tentang impak
positif dan negatif yang dihadapi oleh mahasiswa universiti yang terdapat di Malaysia. Kajian ini adalah
kajian kuantitatif dan menggunakan kaedah tinjauan (survey). Responden kajian ini adalah seramai 150
orang rakyat Malaysia yang terdiri daripada segala peringkat umur dan latar belakang pendidikan.

Pendahuluan

Covid-19 kini merupakan satu topik yang sangat hangat untuk dibincangkan kerana wabak ini telah
menggemparkan dunia dengan banyak kematian di luar jangkaan seluruh warga dunia. Seperti negara
lain, Malaysia juga tidak terkecuali daripada terkena jangkitan virus ini. Jangkitan virus ini merebak
dengan sangat cepat dan mudah dan telah menyebabkan banyak kematian yang melibatkan lingkungan
bayi sehingga ke warga emas. Wabak Covid-19 ini telah menyebabkan kematian sebanyak 36,387
sehingga ke hari ini. Sesungguhnya pandemik Covid-19 yang melanda pelusuk dunia pada kini hari
merupakan ujian dan memberikan banyak kesedaran besar kepada masyarakat sejagat. Dengan skala
kematian yang semakin meningkat hari ke hari, pandemik Covid-19 telah banyak menjejaskan lumrah
kehidupan manusia. Ini menyebabkan norma kehidupan harian manusia terkesan sehinggakan banyak
sektor yang terpaksa diberhentikan atau ditutup serentak disebabkan penularan wabak Covid-19 ini. Salah
satu sektor yang terjejas dan terpaksa ditutup buat sementara waktu disebabkan pandemik Covid-19
adalah sektor pendidikan. Disebabkan oleh virus Covid-19 telah banyak menyebabkan kematian yang
tidak kira umur dan bangsa, pihak tertinggi dan berwajib iaitu Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT)
mencadangkan pendekatan lain bagi memastikan penularan wabak Covid-19 ini dapat dibendung dan
mengurangkan kes kematian dan kemasukan ke hospital disebabkan wabak ini. Antara inisiatif utama
yang dicadangkan oleh pihak kementerian adalah untuk menjalankan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran secara atas talian. Dengan kaedah ini, aktiviti pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan
sekaligus dapat membendung wabak ini daripada terus menular. Namun, inisiatif ini tidak mudah diterima
oleh semua pihak, terutamanya mereka di dalam kalangan pelajar yang kini perlu belajar di alam maya.
Perkara ini menimbulkan banyak masalah dan kegusaran dalam kalangan pelajar kerana konsep
pembelajaran secara atas talian ini sememangnya memerlukan bukan sahaja ketahanan fizikal tetapi ianya
juga turut melibatkan daya ketahanan emosi dan intelektual.

Pembelajaran Dalam Talian Semasa Pandemik

Pembelajaran dalam talian merupakan satu keperluan yang amat penting dalam Pendidikan Revolusi
Industri 4.0, khususnya dalam keadaan pandemik Covid-19 yang jelasnya sedang melanda bukan sahaja
negara Malaysia, malah seluruh negara sedang menghadapi wabak yang telah menyebabkan lebih 1 juta
kematian keseluruhan. Sejajar dengan arahan pihak kementerian untuk menutup dan memberhentikan
perkhidmatan sektor pendidikan sementara waktu bagi memutuskan rantaian penularan wabak yang
berbahaya ini. Inisiatif untuk menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di atas talian tidak
diterima baik oleh para pelajar di seluruh peringkat. Proses pengajaran dan pembelajaran yang dahulunya
dijalankan secara bersemuka terpaksa diberhentikan dan para pelajar terpaksa untuk memulakan norma
baharu dengan cara belajar secara atas talian melalui persidangan video seperti Google Meet, Webex,
Microsoft Team, Skype dan lebih banyak lagi aplikasi yang dapat menyokong pembelajaran norma
baharu ini. Hal ini telah menjadikan ianya cabaran baru kepada pelajar dan para pendidik yang terpaksa
menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam talian secara sepenuhnya. Kaedah ini telah
mencabar keupayaan para pendidik untuk melaksanakan pengajaran di atas talian dalam fasa pandemik
ini. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran secara atas talian memerlukan kedua-dua pelajar dan tenaga
pendidik untuk mempunyai capaian Internet yang stabil bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran
dapat dijalankan dengan mudah. Penggunaan alat elektronik seperti komputer riba dan telefon bimbit juga
diperlukan bagi menghubungkan pelajar dan para pendidik. Dengan tempoh pelaksanaan Perintah
Kawalan Pergerakan (PKP) yang agak lama telah menyebabkan motivasi pelajar untuk belajar telah
berkurangan. Pelajar mula untuk rasa bosan dan terkurung dengan berada di rumah sepanjang waktu.
Tambahan pula, kekurangan aktiviti sosial antara pelajar juga boleh menggangu tingkah laku sosial
mereka sendiri dan boleh menyebabkan pelajar semakin kurang berkeyakinan untuk menyerlahkan diri
masing-masing. Menurut sumber Bernama, ekoran penutupan sektor pendidikan selaras dengan Perintah
Kawalan Pergerakan telah memberi banyak cabaran baharu kepada warga pendidik untuk memastikan
para pelajar terus bersemangat untuk menuntut ilmu. Para pendidik berusaha sedaya upaya untuk
menyampaikan ilmu dan maklumat berguna kepada para pelajar melalui platform media sosial seperti
Whatsapp dan Telegram. Segala usaha dijalankan dengan niat untuk membantu para pelajar memperoleh
ilmu dan memastikan pembelajaran pelajar tetap berjalan dengan lancar walaupun pembelajaran
dijalankan secara atas talian. Bagaimanapun, tidak semua pelajar mempunyai manfaat untuk belajar
dengan mudah secara atas talian kerana pembelajaran secara atas talian dilihat berkesan hanya kepada
mereka yang mempunyai capaian Internet yang stabil dan pemilikan alat elektronik seperti telefon bimbit
dan komputer riba. Selain itu, faktor persekitaran juga memainkan peranan yang penting dalam
memastikan pembelajaran dapat dijalankan dengan persekitaran yang kondusif. Persekitaran yang
kondusif memainkan peranan yang penting dalam menangani emosi para pelajar sepanjang menjalani
pembelajaran secara atas talian.

Metodologi kajian

Kertas kerja ini membincangkan data kuantitatif yang didapati dari instrumen kajian soal selidik bagi
mendapatkan impak yang terpaksa dihadapi oleh masyarakat terutamanya mahasiswa seluruh universiti di
Malaysia sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran secara atas talian dengan lebih mendalam.
Penggunaan borang soal selidik dibuat bagi memperoleh instrumen data yang berbentuk angka yang
boleh diukur. Borang soal selidik kajian ini mengandungi 3 bahagian yang mengandungi maklumat data
responden pada bahagian A, cabaran yang dihadapi oleh mahasiswa sepanjang pembelajaran dalam talian
bahagian B dan juga masyarakat diikuti dengan bahagian C berkaitan langkah mengatasi masalah
jangkitan Covid-19. Kaedah skala lima likert telah digunakan sebagai pilihan jawapan daripada responden
kajian bagi mengenal pasti impak yang dihadapi sepanjang pembelajaran dalam talian dan cara mengatasi
masalah mahasiswa sepanjang menjalani pembelajaran dalam talian dan juga langkah mengatasi masalah
jangkitan Covid-19. Skala lima likert ini juga digunakan untuk memudahkan pengkaji mengenal pasti
pandangan dan penilaian responden terhadap item-item yang dirasakan sesuai. Jadual 1 menunjukkan
skor penilaian skala likert yang digunakan bagi bahagian ini:

Jadual 1: Skor Skala Likert

Pernyataan Skor

Sangat Tidak Setuju 1

Tidak Setuju 2

Tidak Pasti 3

Setuju 4

Sangat Setuju 5

Data yang dikumpulkan terdiri daripada soal selidik yang diedarkan secara rawak melalui borang secara
dalam talian (online form). Pakej (SPSS) telah digunakan untuk menganalisis data ini. Penganalisaan data
melibatkan Statistik Deskriptif. Statistik Deskriptif digunakan adalah untuk menunjukkan jumlah
responden yang bersetuju untuk pertanyaan yang dinyatakan pada borang soal selidik berkenaan dengan
impak pembelajaran dalam talian serta cara mengatasi masalah mahasiswa sepanjang menjalani
pembelajaran dalam talian serta kepada masyarakat dan juga langkah mengatasi.
Perbincangan hasil kajian

Hasil dapatan kajian secara keseluruhannya mendapati jumlah responden terhadap cabaran yang
terpaksa dihadapi oleh masyarakat terutamanya mahasiswa sepanjang menjalani pembelajaran dalam
talian. Bagi cabaran yang dihadapi oleh mahasiswa sepanjang menjalani pembelajaran dalam talian, nilai
responden yang sangat setuju bagi kesukaran untuk melakukan perbincangan bersama rakan secara atas
talian mendapat nilai paling tinggi, iaitu sebanyak 81 responden dan diikuti dengan cabaran masalah
rangkaian internet di kawasan tempat tinggal iaitu sebanyak 75 responden. Berikutnya, implikasi
pandemik Covid-19 kepada prestasi akademik pelajar, iaitu sebanyak 71 responden dan diikuti dengan
cabaran pembelajaran di dalam talian menjadi kurang kondusif (69 responden), cabaran penggiliran
dalam penggunaan peranti sesama ahli keluarga (54 responden), pembelajaran secara atas talian lebih
berkesan (49 responden) dan cabaran input pembelajaran yang diperoleh memuaskan (48 responden).
Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa kesukaran untuk melakukan perbincangan bersama rakan secara
atas talian merupakan cabaran yang terbesar kepada mahasiswa ketika menjalani pembelajaran dalam
talian. Walaupun kenalan di Internet sangat memudahkan proses interaksi, komunikasi secara maya
sukar untuk mewujudkan satu kesefahaman berbanding secara bersemuka. Masalah gangguan internet
juga mungkin merupakan salah satu faktor yang menyukarkan pelajar untuk berkomunikasi. Manakala
cabaran input pembelajaran yang diperoleh memuaskan mendapat nilai responden yang paling rendah
dalam kalangan mahasiswa kerana terdapat sesetengah mahasiswa fokus semasa sesi pembelajaran dan
terdapat juga pelajar yang bersikap sebaliknya. Ini menyebabkan mereka lebih faham apa yang dipelajari.
Nota yang diberikan oleh pensyarah atau guru juga telah dimanfaatkan dengan baik.

Kami juga turut menjalankan kajian kesan terutamanya masyarakat semasa mengalami pandemik
Covid-19. Cabaran harga pasaran akibat Covid-19 mendapat nilai tertinggi iaitu sebanyak 141 responden
diikuti dengan kewangan menjadi kurang stabil apabila terjadinya pandemik (133 responden). Seterusnya
cabaran pergerakan keluar masuk bandar terhad (128 responden) dan yang terakhir tekanan pelajar
semakin meningkat memandangkan semua secara online (122 responden). Dapatan kajian ini
menunjukkan bahawa harga pasaran meningkat akibat Covid-19 kerana segala aktiviti import dan export
barangan tergendala. Selain itu, inflasi turut meningkat semasa kerajaan-kerajaan di dunia
memperuntukkan sejumlah besar wang dalam program rangsangan selepas pandemik Covid-19
menyebabkan aktiviti ekonomi terhenti. Manakala tekanan pelajar semakin meningkat memandangkan
semua secara online mendapat nilai terendah. Hal ini kerana masalah capaian internet ini akan menjurus
kepada masalah untuk menyelesaikan sesuatu tugasan yang diberikan oleh guru, pensyarah mahupun
majikan sehingga menyebabkan boleh berlakunya tekanan kepada individu tersebut. Namun masih ramai
lagi pelajar yang dapat mengatasi masalah tekanan ini.

Kajian tentang langkah mengatasi masalah jangkitan Covid-19 juga turut kami lakukan. Nilai
responden yang sangat setuju bagi menjalani kuarantin dengan berdisiplin sepanjang tempoh disahkan
positif Covid-19 mendapat nilai tertinggi iaitu sebanyak 118 responden diikuti dengan pemakaian pelitup
muka di kawasan terbuka iaitu sebanyak 108 responden. Seterusnya menormalisasikan penggunaan
pembasmi kuman (107 responden), melakukan ujian kendiri Covid-19 jika mengalami simptom (104
responden), pengambilan vaksin dan dos penggalak (103 responden) dan yang terakhir sekali penjarakan
sosial di tempat awam (98 responden). Dapatan kajian ini menunjukkan hampir kesemua responden
sangat bersetuju bahawa menjalani tempoh kuarantin dengan berdisiplin sepanjang disahkan positif
Covid-19 kerana individu yang berpenyakit akan mengakibatkan lebih ramai yang terjangkit sekiranya
beliau melanggar tempoh kuarantin. Ini akan menyebabkan kes Covid-19 di Malaysia akan semakin
meningkat dan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan berpanjangan. Seseorang yang
melanggar perintah tempoh kuarantin juga akan dijatuhkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau
dikenakan denda atau kedua-duanya sekali di bawah Seksyen 24 Akta Pencegahan dan Pengawalan
Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342). Manakala penjarakan sosial di tempat awam mendapat nilai
responden yang paling rendah kerana kebanyakan masyarakat tidak menyedari kepentingan penjarakan
sosial tersebut. Mereka mungkin berpendapat ianya tidak begitu penting dan tidak menyebabkan seorang
individu itu dijangkiti. Kesesakan manusia di sesuatu tempat juga mungkin merupakan faktor mereka
tidak berapa mementingkan penjarakan sosial. Hal ini kerana kawasan yang sempit menyukarkan mereka
untuk menjaga jarak antara satu sama lain. Namun masih ramai lagi responden yang berpendapat
penjarakan sosial harus dijaga kerana terdapat tiga perempat daripada jumlah responden sangat setuju
dengan pernyataan berikut.

Impak Pembelajaran Dalam Talian Terhadap Mahasiswa

Wabak Covid-19 telah memberikan impak yang negatif kepada banyak sektor, terutamanya
sektor pendidikan. Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan oleh kerajaan telah
menuntut semua sekolah dan institusi pendidikan di Malaysia agar ditutup. Hal ini telah mengakibatkan
kepada penangguhan sistem pembelajaran yang seterusnya menyebabkan peperiksaan-peperiksaan besar
seperti Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) dibatalkan
manakala Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pula ditangguhkan. Disini merupakan titik mula pembelajaran
secara atas talian yang digunakan secara berleluasa di seluruh negara demi memastikan sistem pendidikan
tidak terus tergendala kesan daripada penularan wabak Covid-19. Perkara ini tidak menjadi suatu masalah
untuk negara kita dek kepesatan teknologi yang serba moden dengan kewujudan peranti elektronik seperti
telefon pintar, pelajar dapat mengakses maklumat dan bahan pembelajaran secara dalam talian. Selain itu,
platform persidangan video seperti Webex dan Google Meet juga sangat membantu untuk merealisasikan
sesi pengajaran dan pembelajaran secara atas talian. Meskipun terdapat kesulitan bagi pihak tenaga
pengajar, dan pelajar dalam beradaptasi dengan dunia teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) pada
peringkat awal, mereka kini dapat mempelajari sesuatu yang baru dan mengaplikasikan kemahiran ini di
dalam kehidupan seharian mereka.

Namun begitu, pembelajaran di dalam talian ini telah memberikan impak yang kurang
memberansangkan di kalangan mahasiswa. Hal ini kerana, pembelajaran secara atas talian memerlukan
capaian rangkaian internet yang baik untuk memastikan kelas berjalan dengan lancar. Seperti yang kita
semua ketahui, tidak semua tempat mempunyai capaian rangkaian internet yang baik terutamanya di
kawasan perkampungan dan pedalaman. Selain itu, faktor cuaca yang buruk seperti hujan lebat dan ribut
petir juga dapat mempengaruhi capaian rangkaian internet di suatu kawasan. Pelajar berpotensi untuk
terlepas maklumat-maklumat penting yang diberitahu pensyarah di dalam kelas. Kegagalan mendapatkan
rangkaian internet yang baik memberi impak yang sangat besar daripada segi kefahaman dan tahap input
pembelajaran yang diperoleh pelajar. Hal ini juga mendorong pelajar untuk tidak hadir ke kelas secara
atas talian dan lambat menghantar tugasan dalam masa yang ditetapkan. Lebih teruk lagi, jika peperiksaan
diadakan secara atas talian dan pelajar mengalami capaian rangkaian internet yang buruk, hal ini sedikit
sebanyak mengganggu tumpuan dan meningkatkan stres mereka kerana bimbang skrip jawapan mereka
tidak berjaya dihantar dalam tempoh yang diberikan. Perkara ini seterusnya membawa kepada
kemerosotan prestasi akademik pelajar. Berdasarkan kajian tinjauan yang telah dilakukan, 107 daripada
145 (73.8%) melaporkan bahawa mereka mengalami masalah capaian rangkaian internet di kawasan
mereka.

Di samping itu, antara masalah lain yang dihadapi ketika pembelajaran di atas talian adalah
masalah kewangan yang dihadapi oleh sesetengah keluarga yang tidak berkemampuan untuk
menyediakan peranti elektronik seperti komputer riba untuk tujuan pembelajaran. Hal ini kerana harga
peranti elektronik yang mencecah ribuan ringgit. Pembelajaran di atas talian memerlukan gajet atau
peranti elektronik yang boleh menyokong fail-fail berkapasiti besar dan mudah dibawa ke mana-mana
sahaja. Komputer riba ataupun tablet merupakan satu keperluan ketika menduduki kelas pembelajaran di
atas talian kerana semua tugasan dan bahan pembelajaran akan diberikan dalam bentuk salinan lembut
(softcopy). Komputer riba juga memainkan peranan yang penting untuk pensyarah berkomunikasi secara
interaktif dengan pelajar secara maya. Jadi, bagi pelajar yang kurang berkemampuan, mereka akan
ketinggalan di dalam kelas dek kekangan untuk mengakses bahan pembelajaran dan tugasan. Hal ini
bukan sahaja merisaukan para pelajar, tetapi juga para pensyarah kerana tugasan yang diberikan
mempunyai peratusan markah yang pastinya akan mempengaruhi CGPA mereka. Masalah ini akan
memberikan tekanan kepada pelajar dan membuat pelajar berasa putus asa kerana masalah ini berada di
luar kawalan mereka. Berdasarkan kajian tinjauan yang telah dilakukan, 128 daripada 145 (88.3%)
melaporkan bahawa mereka mengalami masalah kewangan untuk membeli komputer riba.

Akhir sekali, persekitaran yang tidak kondusif juga merupakan salah satu faktor pelajar tidak
dapat menumpukan sepenuh perhatian dan merasakan pembelajaran di atas talian membosankan. Secara
psikologi, persekitaran merupakan faktor yang penting dalam mempengaruhi minda dan perasaan kita,
misalnya jika pelajar menjalani kelas di atas katil, pelajar cenderung untuk berasa mengantuk. Rata-rata
pelajar yang menduduki kelas di atas talian lebih gemar untuk menghabiskan masa kelas mereka di atas
katil kerana keselesaannya berbanding di meja belajar. Hal ini kerana, pelajar berasa selesa di sebalik
skrin dengan menutup kamera dan menggunakan mod senyap. Satu hal mengenai pembelajaran di atas
talian adalah pelajar boleh melakukan beberapa kerja dalam waktu yang sama. Pelajar berada di dalam
zon selesa dan melakukan hal yang sebaliknya seperti tidur, makan atau bermain telefon sewaktu kelas
pembelajaran sedang berlangsung kerana pensyarah tidak tahu apa yang mereka lakukan. Ini merupakan
salah satu sebab pelajar sering ketinggalan dalam subjek mereka dan mengamalkan pembelajaran saat
akhir sehingga mengalami kemerosotan dalam prestasi akademik mereka. Berdasarkan kajian tinjauan
yang telah dilakukan, 104 daripada 145 (71.7%) melaporkan bahawa persekitaran yang tidak kondusif
merupakan salah satu faktor pembelajaran atas talian adalah tidak efektif.
SOLUSI UNTUK MASALAH YANG DIHADAPI

Pembelajaran secara atas talian merupakan jalan akhir yang dapat diambil oleh kerajaan demi
memastikan sistem pendidikan tidak tergendala dengan lebih lama lagi kesan daripada penularan wabak
covid-19. Jadi, pihak kerajaan juga hendaklah peka dengan masalah yang dihadapi rakyat dan mencari
inisiatif untuk meringankan beban ini. Antara masalah yang sering mendapat rungutan golongan pelajar
adalah capaian rangkaian internet yang terhad telah menyukarkan sesi pembelajaran mereka. Oleh itu,
pihak kerajaan telah mengambil inisiatif dengan menterjemah perancangan capaian internet di seluruh
negara, termasuk kawasan pedalaman dan perkampungan orang asli supaya semua lapisan masyarakat
dapat menikmati jaringan komunikasi yang lebih baik. Kerajaan juga telah memperuntukkan lebih RM
700 juta untuk meningkatkan infrastruktur digital di negeri Kelantan pada tahun 2022. Peruntukan itu
membabitkan kerja menaik taraf 1,232 menara telekomunikasi, membina 85 menara telekomunikasi
baharu dan meluaskan rangkaian gentian optik berkelajuan tinggi ke 54,904 premis. Sebanyak 18 menara
siap dibina pada April dan Mei lalu, iaitu masing-masing sebuah di Jeli, Tanah Merah serta Pasir Putih,
dua di Gua Musang serta Bachok, empat di Machang, dan tujuh lagi di Pasir Mas. Semua menara ini
berada di kawasan luar bandar sesuai dengan dasar untuk merapatkan jurang digital antara bandar dan
kampung. Status liputan 4G akan mencapai 96.3 peratus pada tahun 2022. Sehingga kini terdapat 1,245
struktur menara selular di seluruh Kelantan yang meliputi 93.15 peratus untuk perkhidmatan 4G, 95.98
peratus bagi 3G dan 97.14 peratus untuk 2G. Sementara itu, Jabatan Perdana Menteri Ekonomi, Datuk
Seri Mustapa Mohamed turut melawat ke menara telekomunikasi yang mampu memberi liputan 4G
dalam radius dua kilometer dan memanfaatkan lebih 600 penduduk di Kampung Kubang Tebit.

Seterusnya, antara isu lain yang menjadi beban rakyat adalah harga peranti elektronik yang
mencecah harga ribuan ringgit terutama untuk golongan B40 yang mempunyai ramai tanggungan. Ramai
keluarga yang terkesan dengan penularan wabak covid-19 seperti dibuang kerja, tidak boleh berniaga
semasa perintah kawalan pergerakan dilaksanakan dan sebagainya. Oleh itu, kerajaan telah menawarkan
inisiatif Perantisiswa Keluarga Malaysia bagi membekalkan tablet kepada pelajar di institusi pengajian
tinggi dengan kerjasama syarikat telekomunikasi terpilih. Projek ini telah memakan kos sebanyak RM
450 juta. Selain itu, tidak dilupakan juga kepada individu-individu yang turut memberikan bantuan
daripada segi sumbangan mahupun kutipan daripada masyarakat sendiri seperti Ustaz Ebit Lew dan juga
Syed Saddiq yang giat menyerahkan tablet secara percuma kepada keluarga yang tidak berkemampuan.
Syarikat- syarikat besar juga tidak ketinggalan memberi bantuan tablet kepada pelajar- pelajar yang tidak
berkemampuan seperti Yayasan Aeon dan Huawei. Usaha ini telah membantu pelajar dan menaikkan
semangat pelajar untuk belajar dengan lebih bersungguh-sungguh. Kemudahan yang disediakan oleh
kerajaan dan sumbangan daripada pihak-pihak prihatin telah memberikan reaksi yang positif dalam
kalangan masyarakat untuk saling tolong menolong terutamanya di dalam keadaan darurat ini.

Akhir sekali, mengenai persekitaran yang tidak kondusif ini merupakan sesuatu yang berada di
dalam kawalan pelajar. Jadi, mereka hendaklah mempunyai motivasi untuk memperbaiki diri dan prestasi
akademik mereka dengan mewujudkan suasana yang kondusif sesuai dengan kriteria yang mereka
mahukan. Hal ini kerana, setiap orang mempunyai citarasa yang berlainan. Misalnya, sesetengah individu
lebih selesa untuk belajar di kawasan yang senyap seperti perpustakaan, di kafe yang mempunyai
aromanya yang tersendiri mahupun di bilik sendiri yang selesa. Persekitaran sangat mempengaruhi daya
tumpuan kita. Jadi, individu hendaklah mengenal pasti suasana yang produktif untuk mereka belajar dan
berfikir dengan selesa. Hal ini merupakan tanggungjawab individu sendiri untuk mewujudkan suasana
yang kondusif agar mereka boleh belajar dengan lebih produktif. Seorang pelajar yang bertanggungjawab
akan berusaha untuk menjadi lebih produktif untuk memperbaiki prestasi akademiknya dan tidak
menjadikan kelas di atas talian sebagai satu alasan untuk memandang enteng terhadap pelajaran dan
prestasi akademik mereka.

Rujukan

1. Creative, M. H. M. (2020, June 4). Penjarakan Sosial Bagi Mengekang

Penyebaran Virus : Sudut Pandang Ahli Statistik | MajalahSains. Majalah Sains.

https://www.majalahsains.com/penjarakan-sosial-bagi-mengekang-penyebaran-

virus-sudut-pandang-ahli-statistik/

2. Ehwan Ngadi. (2021). Covid19: Implikasi pengajaran dan pembelajaran atas

talian. USIM | Universiti Sains Islam Malaysia.

https://www.usim.edu.my/news/in-our-words/covid19-implikasi-pengajaran-dan-

pembelajaran-atas-talian/

3. HARIAN, T. S. (2021, July 3). Dunia alami kenaikan tinggi harga makanan.

Sinar Harian. https://www.sinarharian.com.my/article/147796/GLOBAL/Dunia-

alami-kenaikan-tinggi-harga-makanan

4. Mastura. (2020a, October 19). Stress Akibat Banyak Tugasan Online, Internet

Pula Tak Stabil, Pelajar Bertindak Bunuh Diri - Lobak Merah. Lobakmerah.com.

https://lobakmerah.com/stress-akibat-banyak-tugasan-online-internet-pula-tak-

stabil-pelajar-bertindak-bunuh-diri/

5. Mastura, I. (2020b, April 19). Capaian Internet kekangan utama pelajar di luar

bandar. Www.utusanborneo.com.my.
https://www.utusanborneo.com.my/2020/04/19/capaian-internet-kekangan-utama-

pelajar-di-luar-bandar

6. Mustafa, S. (2021, June 26). Kerajaan komited tingkat capaian internet luar

bandar. Berita Harian.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/06/832315/kerajaan-komited-

tingkat-capaian-internet-luar-bandar

7. SANUSI, R. M. (2020, March 17). Langgar perintah kuarantin boleh dipenjara.

Sinar Harian.

https://www.sinarharian.com.my/article/74118/KHAS/Covid-19/Langgar-

perintah-kuarantin-boleh-dipenjara

8. SULAIMAN, D. M. A. (2020, December 14). Pelajar perlu bijak berkomunikasi.

Sinar Harian.

https://www.sinarharian.com.my/article/114654/khas/pendapat/pelajar-perlu-

bijak-berkomunikasi

Anda mungkin juga menyukai