Anda di halaman 1dari 1

TASK 3: KEPENTINGAN MELABUR DALAM MODAL INSAN BAGI NEGARA

ASIA TENGGARA

Umum mengetahui bahawa melabur dalam modal insan merupakan peranan yang penting

untuk sesebuah negara khususnya Asia Tenggara. Hal ini dikatakan demikian kerana melabur

dalam modal insan mampu memberikan kemajuan dan kestabilan negara tersebut dari

pelbagai aspek. Antara kepentingan melabur dalam modal insan ialah meningkatkan daya

saing ekonomi sesebuah negara. Buktinya, tenaga kerja terlatih yang mampu memberikan

khidmat yang baik sekaligus menyokong sektor ekonomi dari pelbagai sektor. Selain itu,

melabur dalam pendidikan dan pembangunan kemahiran dapat mengurangkan kadar

pengangguran dan meningkatkan taraf hidup masyarakat. Hal ini dikatakan demikian kerana

ia mampu meningkatkan kemahiran tenaga kerja, peluang pekerjaan, dan meningkatkan

pendapatan per kapita. Buktinya, Malaysia mempunyai sekolah yang berasaskan kemahiran

seperti Kolej Vokasional (KV), KV mendedahkan kepada anak-anak muda tentang

kemahiran berbanding sekolah-sekolah biasa yang hanya belajar teori semata-mata.

Seterusnya, melabur dalam modal insan mampu mencapai pembangunan yang mampan.

Pembangunan yang mampan akan wujud sekiranya sesebuah negara tersebut meningkatkan

pendidikan, kesihatan, dan kemahiran. Kesimpulannya, melabur dalam modal insan

merupakan perkara yang amat penting bagi sesebuah negara. Hal ini dikatakan demikian

kerana pelaburan modal insan bukan sahaja dapat meningkatkan ekonomi negara sahaja

sekaligus dapat melahirkan masyarakat yang lebih berpengetahuan, produktif, dan terbuka

dalam segala benda di era globalisasi ini.

Anda mungkin juga menyukai