Anda di halaman 1dari 5

5.

0 HASIL KAJIAN DAN PERBINCANGAN

Bahagian ini membincangkan keputusan analisis data dan memaparkan hasil


penemuan kajian tentang kadar inflasi antara

Semenanjung Malaysia dan negeri Sarawak dari tahun 2009 hingga 2019. Data yang
diperoleh telah diproses untuk mendapatkan statistic deskriptif seperti angka dan [

peratusan. Seterusnya, data tersebut dirumuskan dalam bentuk yang mudah difahami,
iaitu dalam bentuk jadual dan graf. Hasil kajian dibahagikan kepada dua bahagian
mengikut objektif kajian yang telah ditetapkan.

5.1 Menganalisis kadar inflasi di Semenanjung Malaysia dari tahun 2009 hingga
tahun 2019

Tahun IHP (2008=97.8) Kadar Inflasi (%)


2009 98.3 98.3-97.8 × 100% = 0.51
97.8
2010 100.0 1.73
2011 103.3 3.30
2012 105.0 1.65
2013 107.2 2.10
2014 110.7 3.26
2015 113.2 2.26
2016 115.7 2.21
2017 120.3 3.98
2018 121.5 1.00
2019 122.4 0.74
(Sumber : Jabatan Perangkaan Malaysia tahun 2009-2019)

Jadual 1 : Indeks harga pengguna (IHP) dan kadar inflasi di Semenanjung Malaysia
pada tahun 2009 hingga tahun 2019
Kadar inflasi di Semenanjung Malaysia
4.50%

4.00%

3.50%

3.00%

2.50%

2.00%

1.50%

1.00%

0.50%

0.00%
2009 2010 2011 2012 2013 2014 2015 2016 2017 2018 2019

Kadar inflasi di Semenanjung Malaysia

Graf 1 : Kadar inflasi di Semenanjung Malaysia pada tahun 2009 hingga tahun 2019

Jadual 1 dan graf 1 menunjukkan data yang berkaitan dengan indeks harga
pengguna (IHP) dan kadar inflasi yang telah berlaku antara tahun 2009 hingga tahun
2019. Berdasarkan jadual di atas, indeks harga pengguna (IHP) pada tahun 2009
adalah 98.3 meningkat kepada 100.0 pada tahun 2010. Berlaku peningkatan IHP
sebanyak 1.7 pada tahun 2010 berbanding tahun sebelumnya. Manakala kadar inflasi
pada tahun 2009 adalah sebanyak 0.51% meningkat kepada 1.73% pada tahun 2010.
Pada tahun 2011, indeks harga pengguna (IHP) meningkat kepada 103.3 berbanding
tahun sebelumnya. Kadar inflasi pada tahun 2011 meningkat kepada 3.30% iaitu
berlaku peningkatan sebanyak 1.57% berbanding tahun 2010. Pada tahun 2012 pula,
IHP meningkat kepada 105 berbanding tahun sebelumnya manakala kadar inflasi
menurun kepada 1.65%. IHP pada tahun 2013 adalah sebanyak 107.2 berbanding
tahun sebelumnya dan kadar inflasi telah meningkat kepada 2.10%. Pada tahun 2013
pula, IHP meningkat kepada 107.2 berbanding tahun sebelumnya manakala kadar
inflasi meningkat kepada 2.10%. IHP pada tahun 2014 adalah sebanyak 110.7
berbanding tahun sebelumnya dan kadar inflasi telah meningkat kepada 3.26%. Pada
tahun 2015 pula, IHP meningkat kepada 113.2 berbanding tahun sebelumnya
manakala kadar inflasi menurun kepada 2.26%. IHP pada tahun 2016 adalah
sebanyak 115.7 berbanding tahun sebelumnya dan kadar inflasi telah menurun kepada
2.21%. Pada tahun 2017 pula, IHP meningkat kepada 120.3 berbanding tahun
sebelumnya manakala kadar inflasi meningkat kepada 3.98%. IHP pada tahun 2018
adalah sebanyak 121.5 berbanding tahun sebelumnya dan kadar inflasi telah
meningkat kepada 1.00%. Akhirnya, pada tahun 2019 pula IHP meningkat kepada
122.4 berbanding tahun sebelumnya manakala kadar inflasi menurun kepada 0.74%.

Berdasarkan hasil kajian 5.1, kadar inflasi pada tahun 2017 telah mengalami
peningkatan yang paling tinggi berbanding tahun 2016. Peningkatan kadar inflasi
sebanyak 1.77% daripada 2.21%pada tahun 2016 kepada 3.98% pada tahun 2017.
Peningkatan ini disebabkan oleh kenaikan harga makanan dan minuman bukan
alkohol, perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api lain serta minuman alkohol dan
tembakau. Kumpulan-kumpulan ini telah memberi sumbangan kepada peningkatan
inflasi yang tinggi di Semenanjung Malaysia. Selain itu, kadar inflasi pada tahun 2017
mengalami peningkatan yang tinggi adalah kerana peningkatan harga minyak mentah
global. Oleh itu, harga barang dan perkhidmatan di negara kita telah meningkat akibat
faktor tersebut dan kadar inflasi turut meningkat.

Selain itu, kadar inflasi pada tahun 2018 telah mengalami penurunan yang paling
banyak berbanding tahun sebelumnya. Penurunan kadar inflasi sebanyak 2.98%
daripada 3.98% pada tahun 2017 kepada 1.00% pada tahun 2018. Penurunan ini
disumbang oleh pemansuhan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang digantikan
dengan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST). Harga barang lebih baik di bawah
Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) daripada Cukai Barang dan Perkhidmatan
(GST). Selain itu, pada awal tahun 2018, penurunan dalam inflasi Semenanjung
Malaysia dipengaruhi terutamanya oleh faktor-faktor global. Dengan kadar pertukaran
ringgit yang lebih kukuh pada waktu itu dan kenaikan harga minyak dunia yang
secara relatif kecil, harga bahan api dalam negeri menunjukkan trend menurun. Pada
15 Mac 2018, harga petrol RON97, petrol RON95 dan diesel lebih rendah, masing-
masing pada RM2.45, RM2.18 dan RM2.16 seliter (Disember 2017: masing-masing
pada RM2.55, RM2.27 dan RM2.23 seliter).

Secara keseluruhannya, kadar inflasi di Semenanjung Malaysia mengalami turun


naik dari tahun 2009 hingga 2019. Sepanjang tempoh tahun tersebut, kadar inflasi
Semenanjung Malaysia telah mencapai kemuncak pada 2017 iaitu sebanyak 3.98%.
Manakala nilai kadar inflasi yang terendah adalah 0.51% pada tahun 2009.
5.2 Membandingkan kadar inflasi di Semenanjung Malaysia dan negeri Sarawak dari
tahun 2009 hingga tahun 2019

Tahun IHP Sarawak Kadar Inflasi Sarawak Kadar Inflasi


(2008=98.3) (%) Semenanjung Malaysia
(%)
2009 98.5 98.5-98.3 x 100%= 0.20 0.51
98.3
2010 100.0 1.52 1.73
2011 102.6 2.60 3.30
2012 104.4 1.75 1.65
2013 106.4 1.92 2.10
2014 109.4 2.82 3.26
2015 110.9 1.37 2.26
2016 112.6 1.53 2.21
2017 116.0 3.02 3.98
2018 116.7 0.60 1.00
2019 116.8 0.09 0.74
(Sumber : Jabatan Perangkaan Malaysia tahun 2009-2019)

Jadual 2 : Perbandingan kadar inflasi di Semenanjung Malaysia dan negeri Sarawak


pada tahun 2009 hingga tahun 2019

Perbandingan Kadar Inflasi Sarawak dan Semenanjung


Malaysia
4.50%
4.00%
3.50%
3.00%
2.50%
2.00%
1.50%
1.00%
0.50%
0.00%
2009 2010 2011 2012 2013 2014 2015 2016 2017 2018 2019

Kadar inflasi Sarawak Kadar inflasi Semenanjung Malaysia


Graf 2 : Perbandingan kadar inflasi negeri Sarawak dan Semenanjung Malaysia pada
tahun 2009 hingga tahun 2019

Jadual 2 dan graf 2 menunjukkan data yang berkaitan dengan perbandingan kadar
inflasi negeri Sarawak dan Semenanjung Malaysia pada tahun 2009 hingga tahun
2019. Berdasarkan jadual di atas, Indeks Harga Pengguna (IHP) bagi negeri Sarawak
pada tahun 2009 adalah 98.5 meningkat kepada 100.0 pada tahun 2010. Berlaku
peningkatan sebanyak 1.5 pada tahun 2010 berbanding tahun sebelumnya. Manakala
kadar inflasi pada tahun 2009 adalah 0.20% meningkat kepada 1.52% pada tahun
2010. Pada tahun 2011, Indeks Harga Pengguna (IHP) negeri Sarawak telah
meningkat kepada 102.6 berbanding tahun sebelumnya. Kadar inflasi pada tahun 2011
pula meningkat sebanyak 1.08% kepada 2.60% berbanding tahun 2010. Pada tahun
2012, IHP masih mengalami peningkatan sebanyak 1.8 manakala kadar inflasi
menurun kepada 1.75%. IHP negeri Sarawak pada tahun 2013 adalah 106.4 dan kadar
inflasi adalah sebanyak 1.92%. Pada tahun 2014, IHP telah meningkat sebanyak 3
kepada 109.4 dan kadar inflasi pula meningkat kepada 2.82%. IHP pada tahun 2015
adalah 110.9 dan kadar inflasi telah menurun kepada 1.37%. IHP pada tahun 2016
telah meningkat sebanyak 1.7 kepada 112.6 dan kadar inflasi pula meningkat
sebanyak 0.16% kepada 1.53% berbanding tahun sebelumnya. Pada tahun 2017, IHP
bagi negeri Sarawak adalah 116 dan kadar inflasi adalah 3.02%. IHP pada tahun 2018
telah meningkat sebanyak 0.7 kepada 116.7 dan kadar inflasi pada tahun 2018
menurun sebanyak 2.42% kepada 0.60%. Akhirnya, IHP negeri Sarawak pada tahun
2019 adalah 116.8 dan kadar inflasi pula adalah 0.09%.

Perbezaan kadar inflasi di negeri Sarawak dan Semenanjung Malaysia yang paling
tinggi adalah sebanyak pada tahun 2017. Perbezaan ini disebabkan oleh

Anda mungkin juga menyukai