Anda di halaman 1dari 1

ADDIN

Fitnah kian berleluasa di media sosial

Oleh Dr Khairul Asyraf Mohd Nathir

BEGITU mudah berita palsu tersebar seiring dengan kecanggihan teknologi. FOTO Arkib NSTP

Penggunaan media sosial seperti Facebook dan Instagram menjadi keperluan kepada masyarakat hari ini.
Tidak kira latar belakang dan peringkat umur, penggunaan media sosial menjadi kewajipan kepada semua
bagi memperolehi maklumat dan berita semasa dengan pantas.

Lebih-lebih lagi apabila semua urusan pada hari ini berlangsung dalam talian secara maya tanpa bertemu
secara bersemuka. Fenomena maklumat di hujung jari semakin luas berkembang sehingga terlalu banyak
maklumat yang dikongsi tanpa melihat kepada status sama ada ia benar atau palsu.

Ad

Need A Quick Recap Of Stranger Things? Here


Is A TL;DR Of How It All Turned Upside Down

by Net_ix

Find out more!

Setiap sesuatu digunakan masyarakat, tidak dapat lari daripada unsur negatif terutama apabila berhadapan
media sosial yang mudah dan senang diakses oleh semua lapisan masyarakat. Fitnah dalam bentuk
penulisan dan hantaran yang disebarkan semakin lama semakin parah dengan banyak maklumat dikongsi
adalah pandangan peribadi serta disulami pula kebencian serta kemarahan dizahirkan menerusi media
sosial.

Situasi ini menjadi semakin merebak apabila timbul pula komen tidak berasas yang mencetuskan api
kemarahan sehingga menyebabkan pergaduhan secara maya berlaku. Hasilnya, cacian dan makian dengan
kata-kata yang tidak sepatutnya keluar dari mulut seorang Muslim sehingga memberi persepsi buruk oleh
masyarakat bukan Islam.

Daripada Ibnu Umar RA, baginda Nabi SAW bersabda maksudnya: "Sesungguhnya Allah SWT berNrman:
"Sungguh Aku menciptakan makhluk yang lisan mereka lebih manis daripada madu, tetapi hati mereka lebih
pahit daripada getah maka Aku bersumpah akan sediakan kepada mereka Ntnah yang membiarkan orang
berilmu di antara mereka dalam keadaan bingung maka sama ada dengan Aku mereka tertipu atau terhadap
Aku mereka menentang." Hadis Riwayat at-Tirmidzi

Dr Ahmad Al-Mubyyad dalam Mausuah beliau menjelaskan bahawa manusia akhir zaman tidak boleh dinilai
menerusi perwatakan luaran semata-mata. Di hadapan manusia lain, mereka menampakkan ciri-ciri sebagai
seorang yang zuhud, lembut tutur kata dan sangat beradab, namun cita-cita mereka adalah kepada dunia
semata-mata.

Jika dahulu, Ntnah disebarkan secara lisan atau sebaran daripada pendengaran telinga kepada telinga yang
lain dan pasti mengambil masa lama untuk tersebar. Namun dengan penggunaan internet dan kemajuan
teknologi khususnya telefon pintar, setiap maklumat yang disebarkan hanya mengambil masa selama
beberapa saat sahaja untuk tersebar ke seantero dunia.

Dalam hal ini, masyarakat perlu bertindak bijak dengan menapis setiap maklumat yang diterima dan merujuk
kesahihannya sebelum disebarkan. Kepentingan untuk tidak mempercayai bulat-bulat sebarang maklumat
yang diterima tanpa menyelidik terlebih dahulu amat ditekankan dalam al-Quran menerusi Nrman Allah SWT
yang bermaksud: "Wahai orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu
berita maka bertabayun (selidikilah untuk menentukan kebenarannya) supaya kamu tidak menimpakan
sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga
menjadikan kamu menyesali apa yang kamu lakukan." Surah al-Hujurat ayat 6

Berdasarkan ayat itu, jelas menunjukkan perintah kepada orang beriman untuk menyemak dan menyelidik
setiap berita atau maklumat yang diterima. Dengan usaha ini, pasti setiap umat Islam dapat mengelak
daripada melakukan dosa menyebar Ntnah tanpa sedar.

Bagi mereka yang menyebar berita bohong dan Ntnah, Allah SWT memberi amaran yang keras dalam al-
Quran seperti Nrman-Nya yang bermaksud: "Sesungguhnya orang yang suka menghebah tuduhan yang
buruk dalam kalangan orang beriman, mereka akan beroleh azab seksa tidak terperi sakitnya di dunia dan di
akhirat serta (ingatlah) Allah mengetahui (segala perkara) sedangkan kamu tidak mengetahui (yang
demikian)." Surah an-Nur ayat 19

Dalam Surah al-Buruj ayat 10 pula Allah SWT berNrman: "Sesungguhnya orang yang menimpakan Ntnah
(bencana) terhadap lelaki beriman dan perempuan beriman kemudian mereka tidak bertaubat maka mereka
akan beroleh azab Neraka Jahanam (kerana perbuatan buruk itu) dan mereka akan beroleh lagi azab api
neraka yang kuat membakar (kerana mereka tidak bertaubat)."

Oleh itu, penyebaran Ntnah khususnya melibatkan media sosial menunjukkan bahawa dosa memNtnah dan
menyebarkan berita bohong ini amatlah besar azabnya. Walaupun pada hakikatnya, sesuatu maklumat yang
diterima nampak jelas kebenaran yang dizahirkan, tetapi dari sisi orang fasik berita berunsur Ntnah ini jelas
menunjukkan perkara berkenaan adalah dusta dan bohong.

Daripada Huzaifah RA, baginda Nabi SAW bersabda maksudnya: "Pelbagai Ntnah ditimpakan pada hati
manusia seperti tikar yang dianyam selembar demi selembar. Bagi hati yang diresapi Ntnah dengan
sempurna maka akan ditoreh dengan satu titik hitam padanya. Bagi hati yang mengingkarinya maka
ditorehkan satu titik putih padanya sehingga hati manusia menjadi dua. Hati putih seperti batu halus licin
maka tiada Ntnah yang dapat menimpa mereka selagi ada langit dan bumi. Sedangkan hati yang lain adalah
berwarna hitam keruh seperti belakang tempayan, tidak mengenali kebaikan dan tidak mengingkari
kemungkaran kecuali apa yang dirasukkan daripada hawa nafsunya." Hadis Riwayat Muslim

Isyarat hadis ini jelas menunjukkan banyaknya Ntnah yang membinasakan hati Muslimin sebagaimana
perumpamaan bilah anyaman tikar yang disiapkan untuk dianyam. Apabila siap satu bilah dianyam maka
disusuli dengan bilah yang seterusnya sehingga selesai pembuatan tikar. Begitu ibarat Ntnah kepada
manusia, apabila Ntnah bertubi-tubi meresap masuk ke dalam hati manusia.

Sementelah dalam situasi dalam talian kini, Ntnah masuk secara halus menghiris hati orang Mukmin
sehingga banyak perpecahan berlaku khususnya membabitkan maklumat dan info palsu yang disebarkan
tanpa diselidiki kebenarannya.

Oleh itu, menjadi kewajiban setiap anggota masyarakat untuk memastikan setiap berita yang diperoleh
ditapis terlebih dahulu sebelum disebarkan seterusnya mengelakkan diri daripada terjerumus ke lembah
dosa menNtnah.

Penulis Pensyarah Kanan, Fakulti Pengajian Bahasa Utama, Universiti Sains Islam Malaysia (Usim)

Disiarkan pada: August 20, 2021 @ 7:00am

Hubungi Kami Akademia

Team myMetro #ITMetro

RSS Feed Ku Bela

Disclaimer Santai

Notis Perlindungan P&P


Data Peribadi
Dekotaman

Utama WM

Mutakhir
Addin
Global
Rencana
Arena
Sihat
Rap/Rapxtra
Xpresi
Bisnes
Vroom
MetroTV
Galeri

InfograNk

© 2022 Harian Metro, New Straits Times Press (M) Bhd.


A part of Media Prima Group.

Anda mungkin juga menyukai